Professional Documents
Culture Documents
Liga hoki dimulakan di negara kita, iaitu pada tahun 1946 di Taiping kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh, Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan ini di negara kita. Pada tahun 1953 FIH telah menerima MHF sebagai ahligabungannya. Dengan demikian ia telah memberi peluang kepada pasukan kita mengambil bahagian dalam kejohanan dan pertandingan antarabangsa. Kemudian MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan. Kejohanan hoki pertama anjuran MHF ialah pada tahun 1951 hingga kini . Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai Presiden MHF ( 1957) beliau menghadiahkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan antara negeri ini. Piala ini dinamakan Piala Razak. Bagaimanapun pada tahun 1963 barulah pertandingan ini berjaya dianjurkan. Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden MHF telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada MHF serta orang ramai untuk memperlihatkan permainan ini dinegara kita. Buktinya kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan setiap tahun anjuran MHF. Kini Presiden MHF ialah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. MHF juga menguruskan perlawanan dan pertandingan peringkat antarabangsa. Hasil pertemuan Tanah Melayu dan India telah mendorong pasukan tersebut untuk mengadakan perlawananulangan pada tahun 1954. Setahun kemudian, pasukan hoki Pakistan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kita. Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi hoki di negara kita. Ini kerana pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan hoki juga turut mengambil bahagian dalam Pia la Dunia. Pada tahun 1975 negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia, dimana kita menduduki tempat ke empat.Manakala dalam Sukan Asia kita sering menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan, dan dalam Sukan SEA pula, tiada negara yang mampu menggugat pasukan kita.
Carta Organisasi