You are on page 1of 11

1.

PENGENALAN KEPADA ILMU KETAMADUNAN

Perbincangan tentang ilmu ketamadunan telah banyak dikupas oleh tokoh-tokoh sarjana di Timur mahupun di Barat dari pelbagai perspektif. Pelbagai istilah telah muncul dalam mendefinisikan pengertian tamadun, di mana secara umumnya ianya membawa erti pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di samping pemupukan tingkahlaku yang baik. Menurut The Oxford Dictionary (1995) salah satu makna moden ialah barn dan mutakhir iaitu new and up to date. Menurut Kamus Dewan (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban. Dalam bab ini, perbandingan di antara definisi tamadun yang dikemukakan oleh sarjana Barat dan definisi yang dikemukakan oleh sarjana Islam akan dilihat. Perbandingan ini dibuat bagi mendapatkan satu definisi terbaik. Perbincangan mengenai ciri-ciri masyarakat bertamadun dan faktor-faktor yang membantu sesebuah tamadun itu muncul dan seterusnya terbina turut diperbincangkan tanpa mengabaikan faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan sesebuah tamadun. 1.1 Konsep Tamadun

Perkataan tamadun dari sudut etimologi berasal daripada perkataan maddana dalam bahasa Arab. Maddana merupakan kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan maddana ini lahirlah perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalarn bahasa lnggeris untuk memberi maksud tarnadun ialah civilization atau civilisation. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Tamadun dari segi bahasa mempunyai erti yang sama dengan istilah civilization dalam bahasa Inggeris.

1.2

Pandangan Tokoh-tokoh Terkenal Mengenai Tamadun

2.0

FAKTOR-FAKTOR KELAHIRAN DAN KEJAYAAN TAMADUN

2.1

Politik yang Kukuh

Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan Kod ammurabinya (1792-50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal dengan sistem beraja dan sistem pembesamya seperti empayar Melaka. Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang sekitar 1400M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang bermula di Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho) juga ditentukan kesinambungan hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.

2.2

Kedudukan yang Strategik

Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang trategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk lemperoleh sumber-sumber semulajadi untuk menampung kehidupan masyarakatnya. aktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktor-faktor geografi telah .ilihat menggalakkan kemunculan tamadun China di Lembah HuangHe dan Yang Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah igris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan juga tamadun Melaka di )inggiran- Selat Melaka. Jika dilihat keistimewaan Tamadun Melaka sehingga menjadi mpayar yang ulung di rantau ini pada abad ke-15 adalah disebabkan kedudukannya rang strategik dari segi perdagangan dan pelabuhannya terlindung dan selamat dari iupan angin Monsun.
2.3

Rangsangan Keagamaan

Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan eagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenamya mendorong lanusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan sud yang mendorong ,epada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan eragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan mereka menuju kepada :esempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada lembangunan kehidupan seperti ini bermulalah bibit-bibit kehidupan bertamadun. kemunculan Tamadun Islam misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai aripada penghayatan cara hidup Islam yang sempuma. Sejarah Tamadun Islam bermula di Semenanjung Tanah Arab, dari zaman yang dikenali sebagai Jahiliah kerana masyarakat Arab pada masa itu masih jahil tentang agama dan berpuak-puak. Peperangan sering meletus, golongan kaya sering menindas golongan miskin dan wanita berada pada kedudukan yang hina. Kedatangan Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab kepada perpaduan ummah dan sifat keinsanan yang tinggi. Tamadun Islam mula berkembang pesat sehingga mencapai kegemilangan.

2.4

Pengalaman Kesengsaraan Hidup

Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk bekerjasama mengembelengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua. Kekalahan dalam peperangan tersebut telah meningkatkan semula semangat rakyat Jepun untuk bangun memajukan negara mereka. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi serta muncul salah satu kuasa ekonomi dunia.
2.5

Toleransi dengan Tamadun Lain

Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun barn. Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya merupakan tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber ilmu astronomi daripada tamadun Yunani.

3.0

FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Setiap tamadun sememangnya akan mengalami kemerosotan dan ada pula yang runtuh secara mendadak. Pendapat ini telah ditegaskan oleh Ibnu Khaldun. Menurut beliau, sesebuah tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia yang akan melalui tempoh kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua.

3.1

Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang

Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan berlaku pada zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal, terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan golongan kaya terus menambah kekayaan. Golongan miskin ini tidak dapat hak untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan atasan maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan orang

bawahan. Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai tanah, namun desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan Cains Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33). 3.2 Penindasan dan Kezaliman

Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sarna sekali. Kehidupan bertarnadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589618), Maharaja Yang Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejarn ke atas rakyatnya. Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina istanaistana raja dan terusan membawa rasa tidak puas hati rakyat. Akhimya golongan petani bangkit memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul Rahman, 2001 : 23). 3.3 Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat

Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutarnanya di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekern yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan Tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin. Dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah perpecahan berlaku di kalangan puak Syi'ah dan Sunni kerana semangat perkauman yang sempit. Malah wujud di kalangan pemimpin mereka yang tidak berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya. Nilai-nilai yang tidak sihat di kalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil, akhirnya kerajaan menjadi merosot dan lemah. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33). Seorang penyair Arab, Ahmad Shawqi (1868-1932) menerusi nukilan puisinya yang bermaksud Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu adalah disebabkan ketinggian akhlaknya. Sekiranya akhlak mereka hilang maka umat tersebut akan lenyap. 3.4 Sikap Tertutup dan Menerima Perubahan

Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan so sial. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya. 3.5 Malapetaka dan Bencana Alam

Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah me! ebak ke seluruh bandar Athens dan telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk Athens pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah menjadi mangsa wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah banyak membuat perubahan kepada Athens sendiri. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 34)

. 4.0 FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN TAMADUN ISLAM

Penjajahan Barat: dilanda kebekuan dan sifat jumud. Islam tidak dijadikan sebagai satu cara hidup. Terdedah kepada serangan pemikiran dan fizikal.

Sistem Pengajaran dan Pendidikan: perubahan terhadap moral umat Islam. institusi pendidikan Barat ditubuhkan di negara-negara Islam. umat Islam semakin jauh daripada ajaran Islam. lahirnya golongan Islam yang mengagumi kehebatan tamadun Barat.

Serangan sosial: keruntuhan moral dalam kalangan para pemimpin. Berlakunya kejutan budaya Barat yang tidak bermoral.

umat Islam diancam dengan suatu cara hidup yang menyimpang dari landasan cara hidup secara Islamiah.

You might also like