You are on page 1of 5

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA ( MSSM ) PERINGKAT DAERAH TUARAN TAHUN 2013

1. NAMA PERTANDINGAN Pertandingan ini ialah Pertandingan Bola Sepak kategori umur 12 Tahun. 2. PENGELOLAAN Pertandingan ini dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran dengan kerjasama Pengerusi Teknik Bola Sepak 12 Tahun Daerah Tuaran. 3. UNDANG-UNDANG 3.1. Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan olehFIFA dan FAM. 3.2. Kejadian yang tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :3.2.1. Bagi peringkat umur 12 Tahun dan ke bawah, undangundang 2 bola menggunakan saiz 4. 3.3. Sebarang keputusan yang telah dibuat oleh jawatankuasa pengelola pertandingan adalah muktamad. 4. PENYERTAAN 4.1. Pertandingan ini dibuka kepada sekolah-sekolah daerah Tuaran. 4.2. Setiap sekolah hanya dibenarkan mendaftar dua pasukan sahaja. 5. KELAYAKAN PEMAIN 5.1. Seorang pemain hanya layak didaftar untuk satu kategori pasukan sahaja. 5.2. Setiap pemain perlu menunjukkan bukti dokumen kepada jawatankuasa pertandingan seperti berikut :5.2.1. Sijil kelahiran asal, satu salinan sijil kelahiran yang telah disahkan oleh guru besar, dan borang R02. 6. PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI 6.1. Setiap pemain hendaklah mendaftar dengan menggunakan Borang R01 dan R02.

6.2. Setiap pasukan boleh mendaftar seramai 16 pemain dengan menggunakan borang R02. 7. SISTEM PERTANDINGAN 7.1. Sistem pertandingan akan dijalankan mengikut peraturn Am MSSM peraturan 11.1. 7.2. Peraturan permainan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan yang akan menggunakan ketetapan seperti berikut :7.2.1. Pemberian mata menang 3 mata, seri 1 mata, kalah 0 mata. 7.2.2. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain setelah diberikan tempoh menunggu 15 minit dari masa bermain maka pasukan yang hadir akan diberikan kemenangan percuma dengan memperolehi 3 mata dan 2 jaringan. 7.2.3. Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang mempunyai mata yang sama, maka akan diambil kira ketetapan seperti berikut :a) Pemenang perlawanan terdahulu atau b) Jumlah jaringan yang paling banyak atau c) Perbezaan jaringan atau d) Ditentukan oleh pengurus pertandingan. 8. JANGKAMASA PERLAWANAN Masa permainan bagi kategori 12 Tahun ialah 30 minit setiap separuh masa dan masa rehat tidak melebihi 5 minit. 9. PENGGANTIAN PEMAIN Penggantian pemain untuk setiap perlawanan tidak melebihi 5 orang pemain. 10. PAKAIAN PEMAIN 10.1. Setiap pemain hendaklah memakai kasut bola, stokin panjang dan alas betis atau shin guard . 10.2. Setiap pemain hendaklah memakai jersi dengan nombor yang sama seperti dalam pendaftaran. 10.3. Setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi dan mewartakan warna jersi sebagai tuan rumah dalam borang pendaftaran. Jika terdapat persamaan warna jersi, maka pasukan pelawat perlu menukar jersi tersebut.

10.4. Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan di lengan dan sekiranya pemain tersebut keluar, maka hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugas tersebut. 11. JADUAL PERLAWANAN 11.1. Jawatankuasa Teknikal Bola Sepak akan menyediakan jadual pertandingan dengan masa memulakan perlawanan mengikut kesesuaian dan persetujuan pengelola. 11.2. Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai disebabkan oleh cuaca atau hal-hal yang tidak dijangka atau perlawanan dihentikan akibat hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan tersebut akan dimainkan semula pada satu masa yang ditetapkan oleh pengurus pertandingan.

12. TINDAKAN TATATERTIB Hukuman secara otomatis, maka jawatankuasa tidak akan bersidang untuk kesalahan seperti ketetapan yang telah dinyatakan dalam peraturan bola sepak FIFA dan FAM. 13. ETIKA PEGAWAI DAN PEMAIN 13.1. Pengurus pasukan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap pegawai dan pemain termasuk penyokong mematuhi kepada etika dan tingkah laku yang dihormati berdasarkan semangat sukan yang tulin. 13.2. Sebarang penipuan dalam perkara kelayakan pemain atau samaada sengaja atau tidak sengaja adalah bertentangan dalam etika permainan. Tindakan memprotes sebarang keputusan dengan keluar padang permainan adalah perbuatan biadab yang harus dielakkan dan tidak sepatutnya diamalkan. 14. BANTAHAN Bantahan terhadap keputusan atau kelayakan pemain mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya hendaklah

diterima dalam tempoh masa satu jam selepas berakhirnya perlawanan tersebut berserta wang tunai Ringgit Malaysia Dua Ratus sahaja ( RM 200.00 ) 15. HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN Peraturan Am MSSM 23 dirujuk.

JADUAL PERLAWANAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSM BAHAGIAN BARAT TAHUN 2012
Tarikh Tempat : 03hb hingga 04hb April 2012 : Padang Kg.Selupuh Tuaran.

SENARAI PASUKAN KOD PASUKAN A1 A2 A3 A4 NAMA PASUKAN Daerah Tuaran Daerah Kota Kinabalu Daerah Ranau Daerah Penampang

JADUAL PERLAWANAN Bil 01 . Tarikh 03hb April 2012 Masa 08.00 Pagi 09.15 Pagi 03.15 Ptg 04.30 Ptg 08.00 Pagi 09.15 Pagi Perlawanan ( A1) Daerah Tuaran VS ( A4) Daerah Penampang ( A2 ) Daerah Kota Kinabalu VS ( A3) Daerah Ranau ( A1 ) Daerah Tuaran VS ( A3) Daerah Ranau ( A2 ) Daerah Kota Kinabalu VS ( A4) Daerah Penampang ( A3) Daerah Ranau VS ( A4) Daerah Penampang ( A1) Daerah Tuaran VS ( A2) Daerah Kota Kinabalu

02 .

04hb April 2012

You might also like