You are on page 1of 7

TAJUK: LAPORAN SOAL SELIDIK LOKASI: LEBUH MACCULUM

KASI

Pada hari 8/11/99, kumpulan kami telah melawat ke tapak kajian (Lebuh Macculum) untuk menjalankan kaji selidik. Soal selidik yang dijalankan ini adalah bertujuan mengenalpasti sesuatu masalah supaya penyelesaiannya boleh dirangka, memahami sesuatu fenomena dengan lebih jelas, serta mengumpul pendapat pengguna tentang isu tersebut. Sasaran responden kami ialah penduduk di Lebuh Macculum. Namun kami hanya mengambil 3 Pangsapuri iaitu Pangsapuri Pelangi, 356, 350 sebagai sample. Sebanyak 10% penghuni di Lebuh Macculum telah menjadi sample kami. Malah kaedah pengumpulan soal selidik adalah bercampur aduk dengan kaedah temubual.

1. Data yang dikumpul.


Bilangan responden yang kami hendak capai ialah sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah penghuni (lebih kurang 3000 orang) iaitu sebanyak 300 orang di tapak kajian tersebut. Di bawah ialah graf-graf yang memaparkan data yang kami peroleh.

Bilangan Penghuni yang menjadi responden kajian di ketiga-tiga pangsapuri. A- Pangsapuri Pelangi; B- Pangsapuri 356; C - Pangsapuri

Bilangan Jenis Padang yang dipilih oleh penghuni.

Bilangan Jantina yang telah kami temubual.

Carta pai ini menunjukkan peratusan penghuni yang menggunakan padang.

Graf ini menggambarkan jenis aktiviti yang biasa dijalankan di padang-padang Lebuh Macculum.

Graf ini pula menunjukkan bilangan jenis bangsa yang telah kami temubual.

Graf di atas memaparkan data yang menerangkan waktu yang lazim penghuni menjalankan aktiviti mereka di padang.

Graf ini menunjukkan jenis pengangkutan yang biasa digunakan oleh penghuni di Lebuh Macculum.

Carta pai ini menunjukkan peratusan bilangan penghuni sama ada mereka setuju atau tidak tentang isu padang ditukarkan kepada pasar.

2. Masalah yang dihadapi


Semasa kami menjalankan soal selidik, kami telah menghadapi beberapa masalah kecil. Yakni, kesukaran dalam komunikasi. Misalnya semasa ahli kumpulan bertemu dengan orang ng Cina atau orang Hindu yang tidak fasih atau

tidak bertutur Bahasa Malaysia. Jadi semasa kajian ini dijalankan, kami telah dibahagikan tiga kumpulan yang mempunyai bangsa yang berlainan. Selain itu, terdapat pula mereka yang enggan meluangkan masa untuk menjawab soal selidik ataupun melayan kami. Malahan kadang kala kami juga disalah anggap sebagai jurujual walaupun kami telah menyatakan kami ialah pelajar USM dan tujuan kami hanya untuk menjalankan kajian. Di samping itu, terdapat juga satu masalah yang dihadapi kami ialah hanya wakil keluarga dapat. Jadi, dari segi data penggunaan padang mungkin kurang jitu. Namun, kami juga cuba menanyakan mereka dari segi pandangan ahli keluarga mereka.

3. Kelemahan dan penyelesaian cara soal selidik ini.


Cara soal selidik(self-administered) didapati terdapat kelemahannya iaitu ia hanya berkesan jika responden itu boleh atau bersedia memberikan pendapatnya dengan jelas. Malahan seseorang responden tersebut mestilah pandai membaca dan menulis. Justeru, untuk mengelakkan hal yang demikian, borang soal selidik tidak hanya diserahkan kepada mereka tetapi juga akan kami membantu. Hal ini membolehkan respoden kami bukan hanya terdiri daripada mereka yang celik huruf tetapi juga mereka yang buta huruf. Akan tetapi, kaedah ini amat mamakan masa.

4. Kritikan dan komen


Setelah kaji selidik ini dijalankan, kami mendapati kebanyakan penduduk di Lebuh Macculum jarang menggunakan padang. Namun, mereka tetap membantah isu tentang padang dijadikan pasar. Kebanyakannya berpendapat sekiranya projek ini dijalankan beberapa masalah akan timbul. Misalnya, pencemaran, kesesakan, kebisingan dan yang terutama sekali ialah mengganggu kehidupan peribadi mereka.

5. Perkara yang dipelajari


Walau bagaimanapun, kaji selidik ini telah memberikan peluang yang baik untuk kami sekalian menimba pengetahuan dan pengalaman. Dengan itu, kami telah lebih memahami bagaimana sesuatu kaji selidik itu boleh dijalankan dengan lebih lancar dan berkesan. Tambahan pula, kami juga lebih jelas tentang kelemahan borang soal selidik yang telah kami sediakan sebelumnya.

6. Kesimpulan
Secara kesimpulan, kami telah menyedari bahawa sesuatu kaji selidik bukan senang dijalankan dengan berkesan. Hal ini memerlukan komitmen ahli kumpulan serta kebijaksanaan bertemubual dengan responden. Malahan yang penting sekali ialah jangan sekali-kali mempengaruhi pandangan atau jawapan seseorang responden walaupun dengan sengaja ataupun tidak sengaja.

Disediakan oleh, Loh Tze Suh

You might also like