You are on page 1of 22

BAB 7 PENUBUHAN MALAYSIA

OBJEKTIF BAB Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami latarbelakang penubuhan Malaysia. 2. Meneliti sebab-sebab penubuhan Malaysia dan langkah-langkah yang telah dijalankan. 3. Mengkaji reaksi terhadap gagasan tersebut. 7.1 PENGENALAN

Tahukah anda bahawa negara kita ini merupakan sebuah entiti politik yang merangkumi beberapa buah negeri yang mempunyai banyak keseragaman dan juga beberapa perbezaan yang tersendiri. Keseragaman tersebut antara lain ialah dari segi bentuk populasi, iaitu dari segi jenis etnik dalam masyarakat, amalan agama, dan adat resam, manakala perbezaannya ialah dari segi pengaruh politik dan corak pembangunan. Malaysia telah diisytiharkan penubuhannya secara rasmi pada 16 September 1963. Sebelum itu negara kita dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya atau dikenali juga sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Negeri-negeri yang berada dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah terdiri dari negeri-negeri yang berada di Semenanjung. Semasa pentadbiran British, ia terdiri dari Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negerinegeri Selat, dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Bab 7 ini akan mengajak anda untuk sama-sama membincangkan mengenai latar belakang penubuhan Malaysia. Penyatuan Malaysia dengan wilayah-wilayah jiran bukanlah merupakan satu idea yang baru malah ia merupakan antara matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Muda.1
145

Masihkah anda ingat matlamat perjuangan Kesatuan Melayu Muda yang lain? Dari segi sejarah perkembangannya sejarah kerajaan Melayu, ia merangkumi ruang lingkup geografi-politik yang agak luas. Lingkungan pemerintahan Melayu yang pernah wujud ialah seperti Kerajaan Majapahit, Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Melayu Melaka, dan Empayar Johor-Riau. Namun demikian, penyatuan ini telah terpisah berikutan dengan termeterai Perjanjian Inggeris-Belanda tahun 1824. Ia secara langsung telah memecahkan Empayar Melayu yang telah wujud sejak sekian lama. Cadangan pengabungan negeri-negeri Melayu termasuklah Negeri-Negeri Selat dan wilayah-wilayah Borneo telah timbul semasa penguasaan British ke atas Tanah Melayu. Cadangan yang pertama diutarakan oleh Lord Brassey pada abad yang merupakan seorang pengarah Syarikat Borneo Utara. Ideanya ialah penyatuan wilayah-wilayah Borneo dengan negerinegeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat yang dinaungi oleh British bagi memudahkan pentadbiran dan ekonomi British dan membentuk sebuah jajahan yang besar. Namun demikian, cadangan ini ditolak oleh pemegang saham syarikat tersebut pada tahun 1894. 2 Seterusnya pada tahun 1950-an, Malcolm Mac Donald iaitu Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu (19491952) juga turut mencadangkan perkara yang sama. Seterusnya Ketua Menteri Singapura, David Marshall juga memberikan pandangan mengenai perkara tersebut. Pemikiran terhadap pencantuman Tanah Melayu dengan wilayah-wilayah jiran akhirnya turut dikemukakan oleh tokoh tempatan. Pada tahun 1954, Ghazali Shafie yang pada masa itu baru sahaja tamat pengajian undang-undang di Britain telah menyuarakan pendapatnya mengenai penyatuan Singapura, Tanah Melayu, dan wilayah-wilayah Borneo Utara. Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 telah memberikan kesedaran kepada negara-negara jiran
146

yang masih dijajah oleh Inggeris. Pada masa itu, Singapura, Sabah, dan Sarawak masih dikuasai oleh Inggeris, manakala Brunei merupakan negara naungan. Oleh kerana Tanah Melayu terlebih dahulu mencapai kemerdekaan, maka ramai pemimpin-pemimpin dari negara-negara jiran yang belum merdeka datang ke Tanah Melayu untuk berunding dengan tujuan untuk mencapai kemerdekaan bagi negara tersebut. Usaha-usaha gigih Tanah Melayu dalam ancaman menghapuskan komunis pada masa itu masih dalam tempoh Darurat, serta usaha-usaha mula diadakan oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat khususnya bagi mereka yang berada di luar bandar merupakan antara faktor yang telah mendorong pemimpin-pemimpin negara jiran untuk mengenali lebih jauh Tanah Melayu pada masa itu. Masihkah anda ingat mengenai keadaan Tanah Melayu semasa Darurat 1948-1960? Walaupun banyak pandangan yang menyarankan mengenai keperluan bagi menyatukan Tanah Melayu dengan negara-negara jirannya, namun pendapat yang di anggap paling serius ke arah usaha-usaha ini telah di lihat berikutan dengan ucapan Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman dalam satu majlis makan tengahari yang dianjurkan oleh Persatuan PenulisPenulis Luar Negeri Asia Tenggara yang di adakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961. 3 Dalam ucapan tersebut, Tunku Abdul Rahman antara lain menyatakan bahawa adalah penting bagi Tanah Melayu membentuk satu kerjasama yang lebih erat dengan negara-negara jiran, khususnya Singapura dan Borneo dalam aspek ekonomi dan politik. Ucapan Tunku Abdul Rahman telah mendapat liputan yang meluas di kalangan media tempatan dan luar negeri dan disifatkan sebagai bayangan kepada rancangan penubuhan Malaysia. 7.2 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENUBUHAN MALAYSIA

147

Terdapat empat faktor utama yang mendorong penubuhan Malaysia, iaitu imbangan kaum, kemerdekaan bagi negara-negara baru, meningkatkan taraf hidup bumiputera Sabah dan Sarawak, dan mengeratkan hubungan yang sedia ada. Kita akan ikuti faktor-faktor yang disebutkan dengan lebih mendalam lagi. 7.2.1 Imbangan Kaum Rancangan penubuhan Malaysia telah menimbulkan pelbagai reaksi dari banyak pihak. Antara perkara yang paling diperdebatkan ialah mengenai kemasukan Singapura ke dalam Malaysia. Dalam soal ini, parti UMNO tidak bersetuju kerana mempertimbangkan mengenai soal imbangan kaum iaitu antara kaum Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu. Selain itu, pemimpin-pemimpin UMNO juga merasa ragu-ragu mengenai keadaan politik di Singapura pada masa itu yang agak kekirian kerana ia telah dipengaruhi oleh parti Barisan Sosialis. Oleh demikian, penggabungan dengan Singapura merupakan sesuatu yang agak bertentangan dengan dasar kerajaan Tanah Melayu yang bersifat sangat anti-Komunis dan pro-Barat. Namun demikian, senario tersebut telah berubah berikutan dengan kajian yang dijalankan oleh Nordin Sopiee mengenai kebaikan-kebaikan sekiranya penggabungan Tanah Melayu dengan Borneo berjaya dilakukan. Ia telah semakin mendapat sambutan dan sokongan berikutan dengan wujudnya pandangan oleh Dato Senu Abdul Rahman, Duta Tanah Melayu ke Indonesia. Beliau menyatakan bahawa penduduk Bumiputera di Sabah dan Sarawak boleh dikelaskan sebagai Melayu. Oleh yang demikian, kemasukan negeri-negeri tersebut tidak akan menggugat kedudukan orang Melayu sebagai majoriti. Tambahan pula, sememangnya wujud persamaan dari segi ras dan kebudayaan di kalangan penduduk di wilayah Borneo dengan Tanah Melayu yang merupakan sebahagian dari rumpun Melayu yang mendiami Nusantara.4

148

Menjelang tahun 1961, satu perkembangan baru telah berlaku dalam politik Singapura yang memperlihatkan parti pemerintah, Peoples Action Party (Parti Tindakan Rakyat - PAP) telah terancam kedudukannya apabila mengalami kekalahan di kawasan Hong Lim yang sebelum ini merupakan kubu kuat parti tersebut. Kekalahan ini berpunca akibat dari perpecahan yang berlaku di kalangan ahli PAP yang sayap kirinya diketuai oleh Ong Eng Guan yang telah membentuk Barisan Sosialis yang di katakan telah dipengaruhi oleh komunis. Perkembangan ini sangat membimbangkan Tunku Abdul Rahman yang menyifatkan sekiranya Singapura jatuh ke tangan komunis maka akan wujud Cuba 3 batu ataupun "Cuba Kedua" dari Tanah Melayu. 5 Namun begitu, pada awalnya Tunku merasakan kemasukan Singapura adalah sesuatu yang merbahaya jika dinilai dari sudut nisbah penduduk Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu. Tunku telah dipujuk oleh Lee Kuan Yew yang menyatakan bahawa adalah lebih merbahaya sekiranya Singapura dibiarkan berada di luar Tanah Melayu. Oleh yang demikian, penyatuan kedua-dua negeri difikirkan perlu bagi mengawal keselamatan Singapura dan juga untuk kepentingan ekonomi bersama. Walaupun begitu Tunku masih mempertimbangkan soal kemasukan Singapura dari aspek kesannya kepada komposisi penduduk di negara ini. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini, maka Sabah dan Sarawak perlu diajak untuk sama-sama menganggotai Malaysia. Ini kerana dengan kemasukan Singapura akan mewujudkan ketidakseimbangan dari segi komposisi kaum di negara ini nanti. (Rujuk Jadual l dan 2).
Jadual 1 Komposisi Kaum di Malaysia dan Singapura Melayu dan Bumiput era yang lain 3 125 474 (49.8%) Cina India Lainlain Jumlah

Malaysi a

2 333 756 149

696 186 (11.1%)

123 342 (20.0%)

6 278 380

(Bancia n 1975) Singap ura (Bancia n 1975) Jumlah

(37.%) 197 060 (13.6%) 3 322 534 (43.0%) 1 090 575 (71.5%) 3 424 351 (44.3%) 124 084 (8.6%) 820 270 (10.6%) 34 190 (2.7%) 157 532 (2.1%) 1 445 929 7 724 687 (100%)

Jadual 2 Komposisi Kaum di Malaya, Singapura, dan Borneo Melayu dan Bumiputer a yang lain 3 322 534 Cina Lain-lain Jumlah

Malaya dan Singap ura Borneo Jumlah

3 424 351

977 802

7 724 681

872 853 4 195 387 (46.6%)

355 491 3 779 842 (41.9%)

54 383 1 032 185 (11.5%)

1 282 827 9 007 514 (100%)

Sumber:Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustafa, & Fuziah Shafie. (1994). Sejarah pembangunan bangsa dan negara, 111.

7.2.2 Kemerdekaan Bagi Negara-Negara Baru Penubuhan Malaysia juga di lihat sebagai mampu untuk membantu negara-negara yang masih dijajah untuk mencapai kemerdekaan. Ia selaras dengan prinsip dasar luar Tanah Melayu yang ingin menolong negaranegara yang sedang dijajah bagi mencapai kemerdekaan. Prinsip ini adalah selaras dengan Resolusi 1514 Persidangan Agong Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu yang telah diluluskan pada tahun 1960. 7.2.3 Meningkatkan Taraf Bumiputera Sabah dan Sarawak Keadaan golongan bumiputera Sabah dan Sarawak adalah jauh ketinggalan berbanding dengan kedudukan golongan yang sama di Semenanjung Malaysia. Semasa pentadbiran British, sektor ekonomi dan sosial di wilayah itu telah dimonopoli oleh golongan pendatang.
150

Oleh kerana mereka mendapat lebih banyak peluang daripada British, maka golongan pendatang tersebut merupakan mereka yang berjaya dalam pendidikan dan menjawat jawatan tinggi dalam pentadbiran negeri. Selain itu, pentadbiran negeri Sabah dan Sarawak dikuasai oleh pegawai-pegawai British. Bagi golongan bumiputera pula, mereka merupakan golongan yang terbiar di tanah air mereka sendiri. Oleh yang demikian, terdapat mereka yang berjaya dalam Tanah Melayu yang berhasrat untuk membantu penduduk-penduduk Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang pada masa tersebut kedudukan mereka cukup merosot dan tidak ada hak keistimewaan sebagai penduduk Melayu dan Bumiputera tempatan. Sungguhpun kebanyakan penduduk Borneo tidak beragama Islam dan bukan Melayu, namun masyarakat Melayu di Tanah Melayu menganggap mereka sebagai saudara dan berkemungkinan mampu dipujuk untuk menyokong penubuhan Malaysia dan Parti Perikatan.6 7.2.4 Mengeratkan Hubungan yang Sedia Ada Pencantuman wilayah-wilayah Borneo dangan Tanah Melayu juga dilihat sebagai lebih mengeratkan hubungan baik yang telah sedia terjalin. Ramai para pegawai, pentadbir, guru, serta hakim telah dihantar untuk mendapatkan latihan di Kuala Lumpur. Sementara itu, penggunaan satu mata wang yang sama memang telah wujud di antara Tanah Melayu dan Sabah serta Sarawak. SOALAN DALAM TEKS 7.1 1. Pilih faktor-faktor yang mendorong penubuhan Malaysia pada tahun 1963. I. Menyekat pengaruh komunis di Singapura. II. Memerdekakan wilayah-wilayah yang masih dikuasai oleh British. III. Membangunkan rakyat peribumi di Sabah dan Sarawak.
151

IV. Membolehkan Malaysia menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. A. B. C. D. I dan II I, II dan III I, III dan IV I, II, III dan IV

2. Nyatakan dua orang tokoh tempatan yang telah turut mengemukakan idea penubuhan Malaysia. 3. Berikan dua sebab utama yang telah menarik minat pemimpin-pemimpin negara jiran untuk mengenali Malaysia dengan lebih dekat. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 7.3 REAKSI-REAKSI MALAYSIA AWAL PENUBUHAN

Pada masa awal penubuhan Malaysia, terdapat beberapa reaksi daripada pelbagai pihak seperti dari parti-parti politik dan pemimpin-pemimpin barat. Kita akan teliti reaksi golongan-golongan ini dengan lebih teliti lagi. 7.3.1 Parti-Parti Politik Cadangan penubuhan Malaysia telah mendapat reaksi yang berbagai-bagai dari banyak pihak. Parti Rakyat Singapura telah menentang gagasan ini dan menuduh ia sebagai bersifat neo-kolonialisme. Manakala di Sarawak pula, Donald Stephen, pengarang Borneo Times telah mengecam Tunku Abdul Rahman. Sementara itu di Sarawak, semua parti politik telah menentang idea penyatuan ini dan penentangan ini diketuai oleh Stephen Yong. Brunei juga telah menentang gagasan ini. Antara pihak yang menentang ialah Parti Rakyat Brunei yang diketuai oleh Hafiz Laksamana. Beberapa orang dari tokoh yang menentang ini telah membentuk satu Barisan Bersatu
152

(United Front) pada Julai 1961 yang bertujuan mencabar Malaysia. Barisan ini telah dianggotai oleh Ong Kee Hui, Pengerusi SUPP, A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei, dan Donald Stephens yang kemudiannya menubuhkan United National Kadazan Organization (UNKO). Pembentukan Barisan Bersatu lebih didorong oleh kebangkitan semangat kesedaran kebangsaan mereka sendiri yang ingin merdeka secara bersendirian tanpa Tanah Melayu. Selain itu, tentangan tersebut adalah disebabkan oleh tanggapan bahawa penubuhan Malaysia adalah sebagai satu jalan bagi Tanah Melayu untuk meluaskan kuasa.7 7.3.2 Pemimpin-Pemimpin Barat Di peringkat antarabangsa pula, terdapat negaranegara yang menyokong cadangan penubuhan Malaysia. Contohnya, Australia telah menyokong langkah Tunku Abdul Rahman, manakala Britain dan Amerika Syarikat pula tidak menyatakan sokongan mereka lebih awal kerana bimbangkan tuduhan bahawa rancangan penubuhan Malaysia adalah lebih merupakan idea dari mereka dan bersifat neokolonialisme. Namun begitu, pada Jun 1961, Perdana Menteri Britain, Mc Millan telah menyatakan pandangannya bahawa idea penubuhan Malaysia merupakan sesuatu yang menarik. 7.4 1. LANGKAH-LANGKAH PENUBUHAN MALAYSIA Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (Malaysian Solidarity Council Comitee - JPPM)

JPPM ditubuhkan bertujuan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai gagasan pembentukan Malaysia dengan lebih jelas lagi. Walaupun pada peringkat awal Sabah dan Sarawak serta sesetengah pihak di Singapura menentang penubuhan Malaysia, namun sikap ini telah agak berubah apabila wakil Tanah Melayu yang hadir di Persidangan Komanwel di Singapura yang diketuai oleh Kapten Dr. Abdul Hamid Khan, dan berpeluang menerangkan tentang gagasan
153

penubuhan Malaysia. Hasilnya satu jawapan positif telah diterima dan selanjutnya Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah dibentuk pada 23 Julai 1961 yang telah dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam usaha untuk mendapatkan persetujuan dari pemimpin-pemimpin Singapura, Sabah, dan Sarawak dan juga bertujuan untuk mendapatkan pandanganpandangan yang berkesan mengenai penubuhan Malaysia. Pembentukan JPPM merupakan satu kejayaan diplomasi yang besar dan merupakan pembuka jalan kepada rundingan-rundingan selanjutnya. Usaha-usaha yang lebih giat telah dijalankan oleh jawatankuasa ini melalui empat rundingan yang telah dijalankan, iaitu (i) (ii) (iii) (iv) 21 Ogos 1961 di Jeselton; 18 Disember 1961 di Kucing; 6 Januari 1962 di Kuala Lumpur; dan 1 Februari 1962 di Singapura.

Dalam ke empat-empat rundingan ini, Brunei tidak menghantar wakil dan pada tahun 1962 mereka telah menyatakan pendirian bahawa mereka tidak berminat terhadap rancangan ini. Dalam perjumpaan-perjumpaan ini, wakil-wakil dari Tanah Melayu seperti Ismail Yusof dan Datuk Ong Yoke Lim serta Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew telah memainkan peranan yang penting dalam memberikan maklumat kepada pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan menyertai penubuhan Malaysia. Di samping itu, mereka telah diundang dalam lawatan-lawatan muhibah ke Kuala Lumpur dan diberikan penerangan mengenai kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh Tanah Melayu sepanjang tempoh kemerdekaannya. 2. Suruhanjaya Cobbold

Lanjutan daripada persetujuan yang telah dicapai dalam JPPM dan keputusan kerajaan Britain menyokong
154

gagasan penubuhan Malaysia, satu suruhanjaya telah dibentuk dengan untuk tujuan meninjau dan mengkaji pandangan penduduk Sabah dan Sarawak pada 16 Januari 1962. Ia telah dipengerusikan oleh Lord Cobbold, manakala ahli-ahli yang dilantik oleh Britain ialah Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston. Selain dari itu jawatankuasa ini juga turut dianggotai oleh ahliahli yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Ghazali Shafie dan Datuk Wong Pow Nee. Hasil dari tinjauan yang telah dilakukan oleh jawatankuasa ini menunjukkan bahawa 81 peratus dari penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dan mahu menyertai Malaysia. Pada perkiraan rakyat negeri itu dengan menyertai Malaysia, maka Sabah dan Sarawak akan dapat mencapai kemerdekaan lebih awal dari Britain. Selain itu, mereka juga bimbangkan ancaman komunis yang semakin merbahaya. Sekiranya Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, ancaman komunis lebih mudah diatasi dengan bantuan Kuala Lumpur nanti. Selain dari faktor kemajuan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu sejak mencapai kemerdekaan, penampilan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri dan ketegasan kerajaan Persekutuan terhadap komunis telah menarik sokongan penduduk Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia. Jumlah peratusan ini meliputi satu per tiga dari penduduk di negeri-negeri ini yang menyokong, satu per tiga tidak menentang, tetapi mensyaratkan hakhak mereka dijamin terlebih dahulu, manakala satu per tiga lagi tidak bersetuju dan mahukan kemerdekaan secara berasingan. Kebanyakan kumpulan yang menentang merupakan golongan minoriti dan golongan bukan Bumiputera. Mereka bimbang akan kehilangan hak-hak mereka juga takut akan didiskriminasikan oleh kerajaan yang bakal terbentuk nanti. Di samping itu, juga mereka bimbangkan soal dominasi Melayu. Singapura pula telah menghantar referendum menyokong penubuhan Malaysia.

155

Setelah meninjau pandangan rakyat serta para pemimpin Sabah dan Sarawak, maka satu persetujuan telah dicapai oleh suruhanjaya tersebut. Persetujuan tersebut ialah (i) Perlembagaan yang bakal di tubuh hendaklah berasaskan kepada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Malaysia adalah nama persekutuan yang bakal dibentuk. Persetujuan dalam soal penghijrahan baik luar negeri mahupun dari Semenanjung dan Singapura, di mana kerajaan negeri Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa dalam menentukan kemasukan orang luar. Majlis Undangan Sabah dan Majlis Negeri Sarawak diberi hak untuk menentukan halehwal yang berkaitan dengan agama. Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan di kedua-dua negeri.

(ii) (iii)

(iv) (v) 3.

Pungutan Suara Singapura

Oleh kerana Singapura merupakan negeri yang telah mencapai taraf berkerajaan sendiri, maka ia tidak termasuk dalam bidang penyiasatan Suruhanjaya Cobbold. Walaupun barisan pemimpin Singapura mengalu-alukan rancangan penubuhan Malaysia dan mengatakan kesediaan mereka untuk bergabung, namun banyak pihak di Singapura menentang hebat rancangan ini. Antaranya ialah kumpulan kiri dan Parti Barisan Sosialis. Bagi membuktikan bahawa tidak ada sebarang paksaan dalam menyertai Malaysia oleh pihak Singapura ke atas rakyatnya, maka satu pungutan suara telah dibuat dan mendapati bahawa 71 peratus penduduk Singapura memilih untuk menyertai Malaysia.8 4. Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK) Setelah persetujuan telah dicapai di kalangan pemimpin dan penduduk, satu usaha telah dijalankan bagi
156

merangka serta membentuk syarat pembentukan kerajaan Persekutuan yang terperinci. Sehubungan itu, pada Ogos 1962 Jawatankuasa Antara Kerajaan telah dibentuk. Ia telah dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan dianggotai oleh Tun Abdul Razak, Donald Stephen, Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah, dan seorang wakil dari Britain, serta seorang wakil dari Persekutuan Tanah Melayu. Dalam jawatankuasa ini, pemimpin-pemimpin Parti Perikatan Sabah mahukan kepentingan dan masalah rakyat Sabah yang dikemukakan dan Tuntutan 20 dipertimbangkan. Tuntutan tersebut antara lain mengandungi perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, pendidikan, imigresen, bahasa, dan perwakilan ke Parlimen. JAK telah menubuhkan lima jawankuasa kecil bagi mengkaji dan meneliti aspek-aspek perlembagaan, kewangan, perundangan, kehakiman, dan organisasi jabatan. Setelah bersidang beberapa kali dan mengambil kira semua perkara yang berkait dengan tuntutan rakyat dari negeri yang akan bergabung dengan Tanah Melayu, maka satu laporan telah dikeluarkan dan menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia. Penubuhan Persekutuan Malaysia kemudiannya diisytiharkan di Stadium Negara pada 16 September 1963. Tahukah anda, sebenarnya Malaysia telah dirancang dan dipersetujui untuk ditubuhkan pada 31 Ogos 1963, iaitu satu tarikh yang sama dengan sambutan hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang ke enam. Namun, ia terpaksa dilewatkan kerana Setiausaha BangsaBangsa Bersatu, U Thant menganggarkan bahawa laporan tersebut boleh disiapkan pada 14 September 1963. Kelewatan ini juga disebabkan oleh tentangan dari Indonesia.9

157

SOALAN DALAM TEKS 7.2 1. _______________________merupakan jawatan kuasa yang ditubuhkan bagi penyelesaikan perbezaan pandangan politik dalam proses pembentukan Malaysia. A. B. C. D. 2. Jawatan Kuasa Perundingan Penubuhan Malaysia Jawatan Kuasa Perhubungan Antara Kaum Suruhanjaya Cobbold Suruhanjaya Commonwel

Berikan tuntutan oleh rakyat Sabah dan Sarawak yang telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Cobbold. Apakah faktor utama yang dibimbangi oleh golongan minoriti di Sabah dan Sarawak sekiranya negeri itu menyertai Malaysia?

3.

Semak jawapan anda di akhir bab ini. 7.5 REAKSI-REAKSI PENUBUHAN MALAYSIA

Walaupun telah diisytiharkan penubuhan Malaysia, namun terdapat juga reaksi-reaksi negatif daripada beberapa pihak. Antaranya, tentangan-tentangan dari dalam negara sendiri, Kerajaan Brunei, Kerajaan Filipina, dan Kerajaan Indonesia. Kita akan teliti dengan lebih lanjut reaksi-reaksi tersebut. 7.5.1 Tentangan Dalaman

158

Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 telah berjaya dilaksanakan walaupun mendapat tentangan dari beberapa pihak, sama ada dari dalam ataupun luar negeri. Tentangan dari dalam negeri telah diterima dari kerajaan Kelantan, iaitu Parti PAS yang telah mengambil tindakan mahkamah dan mendakwa penubuhan Malaysia sebagai tidak sah ke atas Kelantan. Saman yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan yang bertarikh 10 September 1963. Walau bagaimanapun, tuntutan saman tersebut telah gagal. 7.5.2 Kerajaan Brunei Reaksi penentangan juga datang dari Brunei yang pada peringkat awalnya menyokong malah menunjukkan minatnya untuk bersama-sama Sabah dan Sarawak, serta Singapura untuk menyertai Malaysia. Persetujuan ini lahir dari pertimbangan Sultan Brunei, Sultan Ali Sarifuddin yang memikirkan bahawa negara Brunei adalah sebuah negara yang kecil dan memerlukan perlindungan. Namun, Brunei akhirnya menolak pelawaan penggabungan ini atas beberapa faktor seperti tentangan rakyat Brunei yang diwakili oleh Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M. Azahari. Tentangan kuat yang diberikan oleh Parti Rakyat Brunei ini juga mendapat sokongan dari Partai Komunis Indonesia.10 Parti Rakyat Brunei telah melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Brunei dan mencadangkan penubuhan Kerajaan Borneo Utara bagi menggantikan penubuhan Malaysia. Pada pandangan pemerintah Brunei, sekiranya menyertai Malaysia dibimbangi pemberontakan akan lebih merebak. Walau bagaimanapun, pemberontakan akhirnya berjaya ditumpaskan oleh kerajaan Brunei dengan bantuan Britain. Faktor lain ialah keengganan Sultan Brunei untuk membayar cukai ke atas pendapatannya hasil dari petroleum seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Persekutuan, iaitu Brunei hanya berhak sepenuhnya ke atas pendapatan petroleum untuk jangka masa sepuluh tahun. Sebaliknya, kerajaan Brunei menuntut untuk menguasai sepenuhnya hasil petroleum tersebut. Selanjutnya, Sultan Brunei menolak kedudukannya
159

dalam senarai raja-raja yang akan menjadi Yang Di Pertuan Agong. Baginda mahukan kedudukan yang lebih tinggi dan tempoh pemerintahan yang lebih lama, iaitu sejak pemerintahannya di Brunei dan bukannya sejak Brunei menyertai Malaysia. 7.5.3 Kerajaan Filipina Selain dari Brunei negara jiran yang lain yang menentang penubuhan Malaysia ialah Filipina. Tentangan yang telah ditunjukkan oleh negara ini adalah dengan cara mengemukakan tuntutan ke atas Sabah. Tuntutan ini bermula dari idea Filipina, iaitu Presiden Machapagal yang merupakan seorang tokoh yang sememangnya berminat dalam soal-soal kewilayahan. Subjek utama beliau ialah Sabah yang di dakwa sebagai sebahagian dari wilayah Filipina. Filipina juga menuntut Sabah bagi pihak keluarga Sultan Sulu yang pada masa dahulu merupakan penguasa ke atas negeri ini. Walau bagaimanapun, Sabah telah diserahkan kepada pedagang Austria dan kemudiannya telah berpindah milik kepada British. Dalam soal ini juga, Sultan Sulu dan kemudian pewaris-pewarisnya telah menerima bayaran $5,000,000 setahun. Pada pandangan kerajaan Malaysia isu ini telah selesai.11 Sebagai tindak balas kepada sikap Filipina, kerajaan Malaysia telah tinjauan dari rakyat Sabah dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan didapati bahawa majoriti rakyat negeri itu memilih untuk berada di bawah kerajaan Malaysia. Namun, kerajaan Filipina telah menolak hasil laporan tersebut. 7.5.4 Kerajaan Indonesia Tentangan yang paling hebat yang diterima oleh Malaysia berhubung dengan penubuhan Malaysia ialah dari Indonesia yang telah melancarkan konfrontasi dari tahun 1963 hingga 1966. Pada peringkat awal, Indonesia tidak mahu campurtangan dalam soal penubuhan Malaysia kerana ia tidak melibatkan wilayah negara itu. Pada 20 November 1961, kerajaan Indonesia yang diwakili oleh Menteri Luar, Dr. Subandrio pernah mendoakan selamat maju jaya
160

kepada usaha-usaha kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menubuhkan Malaysia dalam satu ucapannya di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu.12 Tetapi pendirian ini telah bertukar kemudiannya, dan Indonesia telah mengecam penubuhan Malaysia dan menganggap ia sebagai neokolonialisme atau satu bentuk penjajahan baru.13 Parti Komunis Indonesia memainkan peranan yang penting dalam penentangan dan kecaman terhadap pembentukan Malaysia.14 Sokongan pihak Indonesia terhadap pemberontakan Parti Rakyat Brunei merupakan susulan kecaman Indonesia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Tuduh menuduh antara pemimpin-pemimpin Malaysia dan Indonesia telah dilemparkan dalam akhbar-akhbar di negara masingmasing. Hubungan Malaysia dengan Indonesia menjadi semakin tegang dan pada 20 Januari 1963 Menteri Luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio telah mengumumkan konfrontasi ke atas Malaysia dengan melancarkan kempen Ganyang Malaysia!.15 Konfrontasi ialah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan penentangan. Presiden Sukarno memilih istilah ini untuk menunjukkan tentangannya terhadap Malaysia. Indonesia telah melancarkan konfrontasi ke atas Malaysia dalam aspek kemasyarakatan dan ekonomi. Walaupun pada asalnya Indonesia menyatakan tidak akan melancarkan konfrontasi alatentera tetapi keadaan menjadi semakin genting apabila tentera-tentera Indonesia telah menyusup masuk ke wilayah-wilayah Malaysia, seperti di pantai Pontian dan pantai Muar di Johor.16 Terdapat beberapa usaha yang telah dijalankan bagi menamatkan konfrontasi Indonesia dan Malaysia serta memperbaiki hubungan Malaysia dan Filipina. Ia termasuklah usaha Tunku menubuhkan gagasan Maphilindo dalam satu Sidang Puncak yang di adakan di Manila pada 30 Julai hingga 5 Ogos 1963, tetapi pertubuhan ini berkubur di tengah jalan17. Selain itu, perundingan antara ketiga-tiga ketua pemimpin negara

161

ini juga turut diadakan di Tokyo pada 20 Jun 1964. Perundingan ini juga menemui jalan buntu. Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia akhirnya tamat berikutan dengan kejatuhan Sukarno akibat kegagalan cubaan coup-de-tet yang telah dilancarkan oleh Parti Komunis Indonesia pada 30 September 1965 dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai G30S/PKI. 18 Rundingan perdamaian dan pemulihan hubungan Indonesia dengan Malaysia telah diadakan di Bangkok pada tahun 1966.19 SOALAN DALAM TEKS 7.3 1. Selain dari tujuan untuk mencapai kemerdekaan, apakah sebab sampingan yang telah menjadi daya penarik kepada sokongan rakyat Sabah dan sarawak untuk menyertai Malaysia? A. Perwatakan dan kewibawaan Tunku sebagai Perdana Menteri Tanah Melayu. B. Dorongan dari Singapura. C. Sokongan dari keluarga Brooke D. Takutkan pengaruh Parti Rakyat Brunei. 2. Berikan dua alasan terhadap keengganan Brunei untuk menyertai Malaysia. 3. Senaraikan dua tuntutan yang telah dikemukakan oleh rakyat Sabah dalam Tuntutan 20. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 7.6 KESIMPULAN
162

Penubuhan Malaysia jelas menunjukkan keinginan rakyat Sabah, Sarawak, dan Singapura, malah Brunei sendiri untuk mencapaian kemerdekaan melalui Malaysia. Ia juga menunjukkan hasil dari satu persetujuan yang telah diterima oleh pihak yang terlibat. Walaupun usaha-usaha untuk menubuhkan Malaysia terpaksa menghadapi banyak halangan, satu perkara penting yang dapat diperhatikan bahawa penggabungan wilayah-wilayah ini adalah dibentuk secara demokratik, iaitu melalui pungutan suara dan tidak ada unsur ugutan dari mana-mana pihak. Oleh yang demikian, kita dapati apabila Singapura kemudiannya menimbulkan pelbagai masalah kepada kerajaan pusat, negara itu akhirnya diizinkan keluar dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Parti politik di Singapura gagasan Malaysia ialah A. B. C. D. 2. Parti Parti Parti Parti Tindakan Rakyat Radikal Barisan Sosialis Buruh yang menentang

Sebab utama pemimpin-pemimpin politik di Sabah dan Sarawak menentang gagasan Malaysia di peringkat awal kerana A. bimbang persaingan ekonomi dari Singapura. B. jangkaan bahawa Tanah Melayu akan menguasai Sabah dan Sarawak secara mutlak. C. tidak mahu membangkitkan kemarahan Indonesia dan Filipina. D. tidak yakin dengan kandungan Perlembagaan Malaysia 1957.

3.

Faktor utama yang membangkitkan penentangan Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M. Azahari terhadap gagasan Malaysia ialah
163

A. keinginan menyatukan wilayah di bawah pemerintahan Sultan Brunei B. membentuk gabungan Brunei dan Indonesia. C. kebimbangan mengenai kehilangan kuasa politik dan ekonomi. D. khuatir tentang kedudukan kaum bumiputera yang bakal bersaing dengan bangsa lain. 4. Penentangan yang paling serius yang terpaksa dihadapi oleh Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Malaysia ialah A. Pengantungan hubungan diplomatik oleh kerajaan Britain. B. Terjejasnya hubungan ekonomi dengan Australia. C. Amaran gerakan ketenteraan oleh kerajaan Amerika Syarikat. D. Penentangan bersenjata dan pembekuan hubungan ekonomi oleh Indonesia. Pilih kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai dakwaan Indonesia tentang rancangan penubuhan Malaysia. I. Perluasan pengaruh orang Cina dan komunis. II. Kemungkinan Tanah Melayu akan menjadi lebih kuat. III. Tanah Melayu turut bercita-cita bergabung dengan Indonesia. IV. Brunei didesak untuk menyertai gagasan penubuhan Malaysia. A. B. C. D. 6. I dan II I, II dan III II dan III III dan IV

5.

Berikan dua justifikasi yang telah diutarakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengenai kepentingan penubuhan Malaysia.

164

7.

Nyatakan dua orang tokoh serta dua parti politik Sabah yang menentang keras rancangan penubuhan Malaysia pada peringkat awal. Apakah alasan utama yang digunakan oleh Lee Kuan Yew dalam meyakinkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengenai keperluan terhadap pembentukan Malaysia dengan mengambil kira penyertaan Singapura. Berikan dua bentuk konfrontasi yang telah dilancarkan oleh Indonesia terhadap Malaysia. Siapakah dua orang tokoh tempatan yang dipilih untuk menganggotai Jawatan Kuasa Cobbold? Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

8.

9. 10.

SDT 7.1 1. Dua orang tokoh tempatan ialah (i) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. (ii) Ghazali Shafie. 2. Dua sebab yang menarik minat mereka (i) Pembangunan yang giat dijalankan bagi memajukan masyarakat. (ii) Kegigihan kerajaan Tanah Melayu menentang PKM. SDT 7.2 1. B 2. Tuntutan rakyat Sabah dan Sarawak ialah

165

(i) Hak dalam menentukan hal ehwal agama. (ii) Kerajaan negeri berkuasa menentukan soal peghijrahan. 3. Faktor utama yang dibimbangi: (i) Dominasi penduduk Melayu. SDT 7.3 1. A 2. Dua alasan Brunei: (i) Enggan membayar cukai pendapatan hasil dari sumber petrolium mengikut peratusan yang dipersetujui oleh Kuala Lumpur. (ii) Sultan Brunei mempertikaikan tempoh perlantikan sebagai Yang DiPertuan Agung. 3. Dua tuntutan: (i) Aspek yang berkait dengan bahasa. (ii) Aspek yang berkait dengan soal imigresen.

166

You might also like