You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) AIR PANAS, SETAPAK, KUALA LUMPUR MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKS)

KALI PERTAMA 2013 BIL: 01 /2013 Tarikh Hari Masa Tempat Kehadiran
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15 16. 17. 18 19.. 20 21. 22.

: : : : :

27 DISEMBER 2012 KHAMIS 1.45 3.40 PETANG BILIK MESYUARAT UTAMA SERI TELANG
Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Kokurikulum Guru Kanan Bahasa Guru Kanan Sains & Matematik Guru Kanan Kemanusiaan Guru Cemerlang Kaunselor Kaunselor Kaunselor Ketua Panitia Bahasa Malaysia Ketua Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Matematik Ketua Panitia Sains Ketua Panitia Sejarah Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual Ketua Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Ketua Panitia Mata PelajaranVokasional Ketua Panitia Kemahiran Hidup Penyelaras Pusat Sumber Sekolah Penyelaras Bestari

Pn. Darlilah Hj Daraman Pn. Ruziatuladibah Adnan Pn. Rugayah Md Noor Pn. Susilayati Ehwan Pn. Tan Kooi Hong Pn. Vemala Devi a/p Ramasamy Pn. Anis Sabarina bt Abu Bakar Pn. Nur Faizah Md. Yusof Pn. Zaharah bt Hashim Pn. Kalliani a/p Arunassalam Pn. Noor Azfahani bt Mohd Noor Pn. Wak Jemah @ Mimah Kampok Pn. Ong Ta Hwa Pn. Zuraidah Yahya Pn. Norazimah Aziz Cik Athiah Baharuddin Pn. Rafidah Ali Cik Norisan bt Noor Pn. Zaitul Effa Baharuddin Pn. Nordiana Samsuddin Pn. Zainon Abdul Hamid Pn. Arbaiyah bt Muhammad

Tidak hadir Bersebab: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pn. NorRizan bt Bahari Pn. Zuridah bt Daud Cik Long Fei Shout Pn. Norhayati bt Alwi Pn. Suzana bt Mohd Nawai Pn. Noor Azlin bt Bahrom Pn. Salma bt Wahab Pengetua Penolong Kanan Tingkatan Enam Guru Kanan Teknik dan Vokasional Ketua Panitia Pendidikan Islam Ketua Panitia Pendidikan Moral Ketua Panitia Perdagangan/P.Akaun/Ekonomi Asas Ketua Panitia Geografi Urusan rasmi Mesyuarat Penyelarasan Penandaan STPM Mesyuarat Penyelarasan Penandaan SPM Mesyuarat Penyelarasan Penandaan SPM Mesyuarat Penyelarasan Penandaan SPM Mesyuarat Penyelarasan Penandaan SPM Cuti Bersalin

1.0 KATA ALU-ALUAN 1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat JKS kali pertama bagi tahun 2013 1.2. Pengerusi memaklumkan bahawa mesyuarat JKS adalah penting dan akan diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun. 2.0 PENGESAHAN Pn. Susilayati mencadangkan agar minit mesyuarat kali ketiga 2012 diterima dan disokong oleh Pn. Norisan. 3.0 PERKARA BERBANGKIT 3.1 Mesyuarat Panitia kali pertama bagi tahun 2013 akan diadakan bermula 28/12/2012 hingga 31/12/2013. 3.2 Fail Panitia yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum (PK T&K) pada minggu pertama bulan Januari. 3.3 Semakan buku latihan akan dibuat dua kali setahun dan setiap panitia perlu menyediakan senarai semak nota dan latihan mengikut topik. 3.4 Setiap panitia perlu menetapkan bilangan buku nota, latihan atau buku kerja yang hendak digunakan. 3.5 Semua guru perlu menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terutamanya penekanan kepada penggunaan ICT kerana sekolah ini telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster. 3.6 Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pengajaran Tahunan bagi tingkatan satu dan dua perlu dimasukkan deskriptor Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 4.0 PERKARA-PERKARA DIBINCANGKAN 4.1 PROGRAM MENINGKATKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK (PMKA) 4.1.1 Semua panitia perlu melengkapkan dan membuat penambahbaikan dalam perancangan PMKA dan menyerahkan kepada PK T&K pada hari pertama persekolahan. Tindakan : Semua Ketua Panitia dan Ketua Bidang 4.2 ANALISIS PMR 2012 4.2.1 Analisis keseluruhan PMR 2012 (Rujuk Lampiran) 4.2.2 Tahniah kepada panitia yang meningkat dari segi peratusan keseluruhan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 iaitu Panitia Sejarah (98.78%) dan Pendidikan Islam 100(%). 4.2.3 Panitia yang mengalami peningkatan A paling banyak ialah panitia Kemahiran Hidup. 4.2.4 Panitia-panitia yang mengalami penurunan pencapaian iaitu Panitia Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, dan Bahasa Cina perlu merancang program-program penambahbaikan pada tahun 2013. 4.2.5 Tindakan juga perlu diambil untuk memastikan pelajar yang mendaftar perlu hadir untuk peperiksaan memandangkan terdapat calon PMR yang tidak hadir pada hari peperiksaan PMR iaitu 12 calon Bahasa Cina tidak hadir. 4.2.6 Semua AJK JKS diharapkan dapat memberi perhatian yang lebih dan melipatgandakan usaha dalam panitia seawal bulan Januari

4.2.7

PK T&K akan mengedarkan jadual kelas tambahan yang kosong untuk diisi oleh guru mata pelajaran. Guru-guru mata pelajaran boleh memilih masa dan tarikh kelas tambahan yang ingin dilakukan. Tindakan : Semua Guru mata pelajaran dan Ketua Panitia

4.3 ANALISIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2012 4.3.1 Tingkatan 1 a) Analisis Keseluruhan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 (Rujuk lampiran) b) Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru mata pelajaran yang paling ramai mendapat A iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (71 orang), Kemahiran Hidup (44 orang) dan Matematik (34 orang). c) Panitia yang paling ramai murid gagal ialah Bahasa Melayu (61 orang), Kemahiran Hidup (118 orang) dan Sains (102 orang). d) Bagi mata pelajaran Matematik, sains , Kemahiran Hidup, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Geografi perlu mengadakan kelas tambahan. Tindakan : Semua Guru mata pelajaran dan Ketua Panitia 4.3.2 Tingkatan 2 a) Analisis Keseluruhan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 (Rujuk lampiran) b) Pengerusi mengucapkan tahniah kepada guru-guru mata pelajaran yang paling ramai mendapat A iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (36 orang) dan Bahasa Malaysia (20 orang). c) Bagi mata pelajaran yang tiada pelajar mendapat A, iaitu mata pelajaran Bahasa Tamil, berada pada tahap kritikal kerana pelajarpelajar tersebut merupakan KOHORT PMR 2013. d) Bagi mata pelajaran Matematik, Sains , Kemahiran Hidup, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Sejarah perlu mengadakan kelas tambahan. Tindakan : Semua Guru mata pelajaran dan Ketua Panitia Tingkatan 4 a) Analisis Keseluruhan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (Rujuk lampiran) b) Mata pelajaran Matematik dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menunjukkan prestasi yang baik. c) Pelajar-pelajar yang lemah perlu diberi bimbingan dalam kelas. d) Bagi mata pelajaran elektif seperti Fizik, Kimia dan Biologi perlu merancang program penambahbaikan memandangkan ramai pelajar yang gagal. e) Ujian 1 bagi tingkatan 4 perlu dibuat sebagai penilaian awal. f) Panitia boleh merancang program seperti mendedahkan pelajar kepada peluang kerjaya dalam bidang-bidang yang telah mereka pilih dan juga membawa pelajar melawat ke sekolah-sekolah yang lebih baik untuk meningkatkan motivasi diri. 3

4.3.3

g) h)

i)

Semua panitia perlu mengemukakan perancangan atau program untuk meningkatkan prestasi panitia masing-masing. Menggunakan program Kunjung Bantu iaitu menggunakan kepakaran daripada guru-guru luar untuk membantu meningkatkan prestasi. Antara cadangan guru yang boleh dihubungi untuk program tersebut ialah Pn. Badariah (SMK Padang Tembak) dan Pn. Shima (SMK Gombak), En. Kent (SMK St. John) Program-program tersebut perlu dirancang seawal bulan Januari Tindakan : Semua Guru mata pelajaran dan Ketua Panitia

4.4 PROGRAM PENINGKATAN KURIKULUM DAN PENAMBAHBAIKAN 4.4.1 Bagi meningkatkan prestasi guru-guru disarankan untuk menjalankan P&P secara efektif. 4.4.2 Antara cara yang boleh digunakan ialah: a) Membuat perancangan mengajar yang lebih kreatif, menarik dan teliti. b) Menggunakan BBM semasa P&P. c) Menggunakan ICT dalam P&P. d) Membuat dan menggunakan senarai semak mengajar secara bulanan. e) Mampu mengawal kelas dengan baik. f) Melibatkan pelajar dalam P&P. g) Kurangkan beleter atau bersyarah di dalam kelas bagi pelajar yang bermasalah. h) Menggunakan set induksi yang menarik i) Membuat penegasan terhadap pembetulan latihan. Tindakan : Semua Guru mata pelajaran 4.5 HEADCOUNT 4.5.1 Pengerusi mengingatkan program-program Headcount perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. 4.5.2 Borang HC 1 dan HC 2 perlu dibuat bagi kelas-kelas peperiksaan sahaja iaitu, tingkatan 3, 5 dan 6 Atas. 4.5.3 Jadual penyerahan borang HC 1 dan HC 2 adalah seperti berikut: Daripada: Ketua Panitia Ketua Bidang PK T&K 4.5.4 4.5.5 Kepada: Ketua Bidang PK T&K Pengetua Tarikh akhir 30/01/2013 31/01/2013 04/02/2013

4.5.6

Sasaran panitia adalah berdasarkan kelas, TOV dan keputusan peperiksaan PMR dan SPM bagi tiga tahun terbaik. Semua guru mata pelajaran perlu menyerahkan PM 1 kepada Ketua Panitia dan Ketua Panitia menyerahkan PM 1, PM 2 dan PM 3 kepada setiausaha peperiksaan pada 10/01/2013 Tindakan guru selepas post mortem adalah penting untuk meningkatkan prestasi pelajar. Tindakan : Semua Guru mata pelajaran, Ketua Panitia dan Ketua Bidang 4

4.6 PENCERAPAN GURU 4.6.1 Pencerapan guru akan dilakukan dua kali setahun. 4.6.2 Jadual pencerapan boleh dirujuk melalui Buku Pengurusan Sekolah. Tindakan : Semua Guru mata pelajaran, Ketua Panitia, Ketua Bidang dan GuruCemerlang 4.7 SEMAKAN BUKU 4.7.1 Semakan buku akan dilakukan dua kali setahun. 4.7.2 Guru-guru mata pelajaran perlu menyemak semua buku. Ketua panitia perlu memilih dan menyemak sepuluh buah manakala Ketua Bidang akan menyemak hanya lima buah buku sahaja. Tindakan : Semua Guru mata pelajaran, Ketua Panitia dan Ketua Bidang 4.8 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 4.8.1 Satu program Perkongsian Ilmu mengenai Aplikasi Kerja PBS Terhadap Pihak Pentadbir telah diadakan di SMK (P) Air Panas pada 21/12/2012. 4.8.2 Semua Ketua Bidang telah menghadiri taklimat tersebut dan perlu memberi penekanan terhadap pelaksanaan PBS mengikut bidang masing-masing. 4.8.3 Pelaksanaan PBS peringkat sekolah boleh dirujuk melalui Buku Panduan Pelaksanaan PBS. Tindakan : Semua Ketua Bidang

4.9 PENGURUSAN PANITIA 4.9.1 Mesyuarat panitia perlu dilakukan empat kali setahun. 4.9.2 Fail panitia dan carta organisasi perlu dilengkapkan sebelum 05/01/2013. 4.9.3 Semua panitia perlu melengkapkan Pelan Operasi, Pelan Taktikal, Pelan Strategik dan Belanjawan panitia. Tindakan : Semua Ketua Panitia dan Ketua Bidang 4.10 HAL-HAL LAIN 4.10.1 Makluman Guru Kanan Kemanusiaan. a) Semua Ketua panitia di bawah Bidang Kemanusiaan perlu menyediakan bahan-bahan untuk mesyuarat dan merancang waktu mesyuarat dengan baik. b) Serahkan Pelan Strategik dan Belanjawan esok 28/12/2012 kepada Ketua Bidang. 4.10.2 Puan Susilayati mengalu-alukan guru-guru untuk membeli Portable LCD secara berkelompok dengan harga RM1300 dan sesiapa yang berminat boleh memberi nama kepada Pn. Addawiyah. 4.10.3 Pn. Anis mencadangkan untuk melibatkan guru-guru tingkatan 1 dan tingkatan 2 dalam kelas tambahan tingkatan 3 supaya guru-guru tersebut dapat membantu meningkatakan kefahaman pelajar. 4.10.4 Semua Ketua panitia dan Ketua Bidang boleh memilih dan mencadangkan nama-nama guru untuk kelas tambahan.

4.10.5 Cik Norisan mengharapkan pihak sekolahdapat mencari cara untuk mengatasi masalah kerosakan di lantai dewan memandangkan dewan tersebut sangat diperlukan untuk kelas Pendidikan Jasmani. 4.10.6 Cik Athiah mencadangkan supaya mutid yang mengambil sesuatu mata pelajaran tidak menukar subjek lain semasa di tingkatan 5. 4.10.7 Semua Setiausaha PBS bagi setiap panitia dan PK T&K perlu memantau guru-gurumemasukkan markah PBS pada setia hujung bulan ke dalam sistem on-line. 4.10.8 Pengajaran sains dan matematik bagi pelajar tingkatan 5 masih menggunakan dwi-bahasa kerana belum ada apa-apa makluman perubahan dasar bagi mata pelajaran tersebut. Penggunaan Bahasa Malaysia adalah digalakkan bagi kelas KP dan RJP. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.40 petang. Disediakan oleh: Arbaiyah bt Muhammad Setiausaha 01/2013 Tarikh 07 Januari 2013.

You might also like