You are on page 1of 3

ABSTRAK

Projek inovasi ini dilaksanakan bagi membantu pelajar untuk mengingati senarai formula
ion serta meningkatkan kemahiran pelajar untuk menulis formula kimia. Berdasarkan
pemerhatian yang dilakukan semasa proses PDP, didapati kesemua 17 orang pelajar 4
Sains sukar menguasai kemahiran menulis formula kimia dengan betul. Dengan itu,
suatu inovasi telah dilaksanakan bagi mengenal pasti punca masalah yang dihadapi
oleh para pelajar serta mencari kaedah terbaik dan berkesan bagi
mengatasinya. Semua pelajar Tingkatan 4 Sains, iaitu seramai 17 orang terlibat
dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pertengahan
penggal pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar sukar untuk
mengingati simbol-simbol ion dan cas-cas pada ion positif dan negatif yang menjadi
punca utama kegagalan pelajar menulis formula kimia dengan betul. Pelajar juga
tidak berminat untuk menghafal kerana bilangannya yang terlalu banyak.
Perancangan tindakan difokuskan kepada 3 aktiviti. Aktiviti pertama ialah
memperkenalkan dan membiasakan pelajar dengan simbol-simbol ion serta cas-cas
pada ion dengan menggunakan Kad Mnemion. Aktiviti kedua ialah mengasingkan
ion-ion positif dan negatif berdasarkan nilai cas pada ion dan menghafal setiap ion
dengan menggunakan kaedah mnemonik. Aktiviti yang ketiga pula ialah menulis
formula kimia dengan cara menggabungkan Kad Mnemion bagi ion positif dan kad
imbas bagi ion negatif. Keputusan ujian pos menunjukkan 11 daripada 15 orang
pelajar berjaya menyenaraikan semua formula ion dengan betul, iaitu peningkatan
sebanyak 73% berbanding dengan ujian pra. Manakala 14 orang pelajar telah
menunjukkan peningkatan yang mendadak bagi markah yang diperoleh melalui
ujian pos. Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa penggunaan kad imbas dan
kaedah mnemonik telah berjaya meningkatkan ingatan pelajar terhadap formula ion
seterusnya meningkatkan kemahiran pelajar menulis formula kimia dengan betul.

Projek ToMeKer yang diadaptasikan daripada Walking Frame adalah ringkasan


daripada Tongkat, Meja dan Kerusi dicipta untuk memberi kemudahan aksesbiliti
dan keselesaan kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya
khususnya untuk memudahkan mereka menjalankan aktiviti harian. Melalui hasil
inovasi, ToMeKer ini secara amnya mempunyai tiga fungsi utama iaitu : i)
Walking Frame ii) Meja iii) Kerusi Ia dihasilkan dengan kos yang minima dan
penggunaan peralatan yang sesuai. Ciri-ciri dan kefungsian kepelbagai ToMeKer
juga telah mendapat khidmat nasihat daripada beberapa institusi latihan seperti
Pusat Giat MARA Kepala Batas, Institut Kemahiran Belia Negara, Bukit Mertajam
dan Sekolah Menengah Vokasional Butterworth. Inovasi ini telah memberikan
impak yang besar kepada warga emas dan OKU dalam menjalankan aktiviti
mereka dan mengurangkan pergantungan golongan ini dengan orang lain. Selain
daripada itu juga ia dapat diselaraskan mengikut kesesuaian dan kehendak
pengguna. Dengan adanya ToMeKer ini dapat memupuk individu untuk berdikari .
Didapati juga, inovasi ini berpotensi untuk dijadikan produk komersil dan boleh
mendatangkan hasil.

You might also like