You are on page 1of 29

MASA LALU CINA MUSLIM DI MALAYSIA

CINA MUSLIM DI MALAYSIA (DULU)


PENGENALAN Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Malaysia adalah antara beberapa di dunia ini yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik. Antaranya ialah, Melayu, Cina dan India.Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang aman walaupun rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa,budaya dan kepercayaan. Namun begitu disebalik seribu satu macam perbezaan, telah muncul pula masyarakat Cina Muslim.Kewujudan masyarakat Cina Muslim di Malaysia bukan perkara yang baru. Mereka telah lama bertapak di negara ini sebelum merdeka malah dipercayai pada sekitar abad ke-9.Namun kewujudan mereka yang masih mengekalakan identiti golongan Cina Muslim itu sendiri adalah sedikit kerana berlakunya proses asimilasi dalam usaha mereka menyesuaikan diri dalam masyarakat sekeliling. Allah berfirman dalam Surah al-Hujurat, ayat ke 13 yang bermaksud : Hai sekalian umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menjadikan kamu daripada serang lelaki dan seorang perempuan, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan besuku-suku supaya kamu berkenal-kenalan.Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa diantara kamu., Oleh itu adalah penting bagi kita untuk mempelajari mengenai masyrakat ini agar kita dapat bergaul dengan mereka dengan lebih baik dan bagi mempelajari mengenai sesuatu masyarakat adalah penting bagi kita untuk mengupas bagaimana sejarah masyarakat ini,keadaan mereka semasa dan prospek masa hadapan mereka di negara Malaysia ini.

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM DI CHINA


Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah,Baginda Rasulullah telah mengutuskan beberapa orang sahabat supaya berdakwah ke China. Antara sahabat yang diutuskan adalah seperti Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin al-Harith. Misi dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang terdapat pada hari ini. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan oleh kerajaan China. Ini kerana mengikut statistik bancian yang dibuat pada akhir 1990, bilangan umat Islam di China tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja.

Terdapat banyak keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat Islam membentuk penduduk majoriti di sebahagian besar di wilayah China seperti Xinjian, Gansu, Hubei, Qinghai dan Yunnan. Akan tetapi tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, hanya di dalam rekod Dinasti Tang mennerangkan tentang hubungan diplomatik yang terjalin antara pemerintahan China dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidain.

Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing dari Madinah, Annam dan kemboja. Apabila orang dari Madinah tiba mereka menyembah langit tanpa ada tugu atau tiang di hadapan mereka, mereka juga tidak makan khinzir dan minum arak serta memakan makanan yang disembelih sahaja. Mereka kemudiannya menetap di Canton dan mendirikan satu penempatan. Mereka amat taat akan pemerintah yang mereka pilih, di sana juga berlaku perniagaan diantara mereka dan penduduk di kawasan tersebut. Maka selepas beberapa tahun terbentuk, telah berlaku gerakan Islam di sana.

PERMULAAN GERAKAN ISLAM

Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di wilayah selatan China. Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting bagi para pedagang. Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Keadaan ini membawa kepada jalinan hubungan politik dan perniagaan antara umat Islam dengan dinasti-dinasti yang memerintah China pada ketika itu dan hubungan yang baik ini membolehkan kedua-dua pihak memberikan perlindungan apabila keadaan memerlukan. Malahan juga umat Islam juga dibenarkan berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan ini memberi kemudahan bagi umat Islam untuk menyebarkan Islam di sana. Hasil daripada perkahwinan itu terlahirlah satu komuniti Islam yang cukup besar di China dan akhirnya telah membentuk identitinya sendiri.

Semasa China berada di bawah pemerintahan Mongol ada di antara kalangan umat Islam yang dilantik menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Bagi membantu pentadbiran empayarnya. Hasilnya Islam dapat berkembang dengan pesat pada abad ke 12 ketika itu serta ianya diterima baik oleh semua pihak. Kecekapan dan keadilan di samping sifat amanah yang ditunjukkan oleh mereka berjaya meningkatkan imej di kalangan orang cina. Akhirnya agama Islam dapat diterima dan diiktiraf sebagai agama Negara. Pembinaan masjid-masjid di beberapa buah bandar besar dilakukan dengan giat sekali dan menjadi bukti kukuh tentang Islam melalui zaman kegemilangan dan keemasan dibawah pemerintah Mongol.

ISLAM DAN PERADABAN CHINA

Usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi diteruskan oleh para sahabat beliau. Di antara sahabat yang paling giat menjalankan usaha dakwah di China ialah khalifah Usman bin Affan. Pada masa itu China diperintah oleh Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menjalankan dasar-dasar liberal terhadap kemasukan orang luar. Khalifah Usman mengutuskan 15 orang Islam bagi berdakwah ke China. Walaupun rombongan itu tidak berjaya megislamkan maharaja, mereka tetap berjaya menyebarkan ajaran Islam dikalangan penduduk tempatan. Kebebasan yang diberikan oleh maharaja China digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan kecantikan dan keindahan ajaran islam.

Selain berdakwah, umat islam juga mendirikan masjid yang kemudiannnya diterima sebagai sebahagian daripada peradaban China. Malah ajaran Islam dianggap bersesuaian dengan ajaran Confucius yang mementingkan ketinggian budi dan keluhuran akhlak. Nilai-nilai ini membolehkan islam diterima dengan baik oleh masyarakat China. Kehadiran umat Islam di China tidak lagi menjadi suatu perkara yang asing. Umat Islam turut memainkan peranan dalam membina, membangun serta mewarnai peradaban China.

Sumbangan umat Islam ini berlanjutan hingga pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyah. Duta-duta ini dihantar ke China bagi menjalinkan hubungan yang baik dengan pemerintah disana. Hubungan itu bukan sekadar dalam bidang diplomatik semata-mata tetapi menjangkau sehingga kepada kerjasama dalam bidang politik dan ketenteraan. Khalifah Al-Mansur menghantar sepasukan tentera bagi membantu Maharaja Su Tsung dalam menghadapi pemberontakan yang berlaku di wilayah Si Ngan dan Honan.

Sebagai menghargai bantuan yang diberikan itu, Maharaja membenarkan umat Islam berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di China. Hasil daripada proses kahwin campur ini melahirkan suatu ikatan persaudaraan antara orang Arab dengan orang China. Selain membentuk ikatan sosial melalui perkahwinan, umat Islam juga menjalinkan hubungan mereka dengan orang China melalui perdagangan. Kemuncak kepada hubungan dagang antara orang Arab dengan orang China dikatakan berlakusemasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid pada tahun 786-809 Masihi. Manakala penglibatan secara aktif umat Islam didalam politik dan pentadbiran negara China berlaku semasa pemerintahan Mongol dan Dinasti Ming. Umat Islam dilantik menjadi jawatan penting dalam kerajaan sekaligus menunjukkan betapa Islam mempunyai kedudukan yang cukup tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan negeri China.

Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan negara yang mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas rakyat China. Menurut para sejarawan, hampir tiga perempat daripada jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan Kublai Khan beragama Islam. Hal ini memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran Mongol. Seorang yang bernama Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal dilantik sebagai panglima tentera kerajaan Mongol. Jasanya cukup besar kepada pihak pemerintah sehingga mereka memberi peluang kepada beliau bagi memegang jawatan itu sehingga ke penghujung ajalnya. Umat Islam dipandang tinggi di China dan mereka dihormati. Mereka juga dikenali dengan orang yang amanah.

Lantaran itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kewangan dan mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan perdagangan. Contohnya, pemerintahan Dinasti Sung (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai yang digunakan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil cukai dagangan dan pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam banyak diambil daripada kaedah yang dilaksanakan oleh pemerintahan Islam.

Sumbangan Islam sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan pentadbiran tetapi turut meliputi perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam dalam bidang sains, astronomi dan matematik dikenali sejak lebih seribu tahun yang lalu. Ilmuilmu ini diterjemahkan ke astronomi Islam seperti Masali, Bakhtiar dan Abdulla. Mereka mencipta kalendar yang mempunyai tambahan 7 hari dalam setiap pusingan 19 tahun berdasarkan kepada kiraan pusingan matahari dan bulan. Sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah membolehkan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat.

Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa, orang cina diperkenalkan dengan kaedah pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. Senario yang sama dapat diperhatikan pada era pemerintahan dinasti Ming yang memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh para saintis Islam digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Ketika orang Eropah masih percaya dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah lama telah mengetahui bumi ini sebenarnya bulat dan bergerak mengelilingi matahari. Teori ini yang digunakan oleh dinasti China bagi menjelajah laut yang terbentang sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana Cheng Ho.

Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karyakarya falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah Shih Ching atau Classic of songs yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya besardalam bahasa Cina.

Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca. Dinasti Yuan menggunakan kepakaran orang Islam bagi membina pusat kajian bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik bagi melakukan kajian yang berkaitan dengan peredaran bintang. Salah seorang daripada ilmuan itu adalah Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Beliau menterjamahkan banyak penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina. Jamludin juga memperkenalkan calendar 10 ribu tahun yang juga dikenali sebagai Wan Nein Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Dinasti Yuan. Banyak kalendar yang digunakan oleh orang Cina dicipta oleh ahli termasuk dalam bidang-bidang undang-undang, bahasa dan sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada warisan peradaban China yang tiada tolak bandingnya.

KRONOLOGI KEDATANGAN PENDUDUK CINA KE MALAYSIA (TANAH MELAYU) Sebagaimana teori yang S.Q Fatimi dan Emanuel Gadinho kemukakan iaitu kedatangan Islam di Tanah Melayu adalah melalui China.Dapat juga kita kaitkan perkara ini dengan Muslim Cina di Tanah Melayu kerana merekalah bangsa Cina yang pertama datang dengan membawa agama Islam ke Tanah Melayu. Teori ini telah dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang Terengganu bertarikh 1303M (Othman Soh T.t :72). Selain daripada itu Masudi,Seorang ahli pelayaran Islam yang terkenal turut mencatatkan bahawa terdapat lebih kurang 200,000 pedagang di pelabuhan Canton dan kebanyakannya adalah Islam. Namun begitu, pada tahun 878, tercetusnya pemberontakan oleh Hwang Ho di Canton yang mengakibatkan ramai pedagang Islam melarikan diri ke Tanah Melayu (Kedah) ataupun Palembang.Selain daripada itu,pada akhir Dinasti Tang iaitu pada tahun 905, telah berlaku pembunuhan rakyat asing oleh pemberontak yang menyebabkan mereka yang terselamat melarikan diri ke Alam Melayu. Teori mereka yang mengatakan Kedah sebagain negeri pertama yang menerima Islam dari China disokong oleh bukti catatan tulisan Khurdadih, seorang ahli geografi Islam yang menyebut tentang negeri Kalah, kawasan pesisir Kedah merupakan kawasan mewah yang ramai penduduknya dan mempunyai perdagangan yang luas serta tamadun yang tinggi. Braddell telah memetik salah sebuah catatan orang Arab mengenai Kedah pada masa itu. Catatan itu menyatakan bahawa negeri Kedah (Kalah) itu sebuah negeri yang besar, mempunyai tembok yang tinggi, tanaman-tanaman dan sungai yang banyak. Ia juga mempunyai sebuah kubu di mana "pedang India tulen" atau lebih dikenali sebagai sebagai al-sayf al-Hindditempa.Bukan itu sahaja, pendapat ini turut disokong dengan penemuan beberapa keping wang perak bertarikh 848 serta tembikar Celadon yang sangat terkenal di kalangan orang Islam Asia Barat.Sebagai bukti wujudnya pertempatan ini, pada 1965 telah dijumpai di Tanjung Inggeris Kedah, sebuah kubur yang bertarikh 291 Hijrah (903 Masihi) kepunyaan seorang hamba Allah yang bernama Syaikh Abdul Kadir bin Husin Syah Alam

Kewujudan rekod bertulis mengenai Muslim Cina yang pertama menjejakkan kaki di Tanah Melayu boleh dikesan dalam catatan mengenai Cina Muslim di Melaka 600 tahun dahulu,iaitu sekitar abad ke-15.Dalam pemerintahan Dinasti Ming, Laksamana Zheng He (Cheng Ho) [ ] belayar ke Alam Melayu beberapa kali termasuklah di Melaka. Zheng He, Muslim yang berasal daripada Yunan mengetuai 7 ekspidisi pelayaran dibawah arahan Maharaja China yang bermula dengan Maharaja Yong Le, dengan lebih 300 kapal yang membawa dalam 200 000 sehingga 300 000 orang dan kebanyakannya mereka adalah Muslim.Catatan ini tidak menceritakan dengan terperinci mengenai keseluruhan aktiviti Zheng He tetapi hanya menyentuh mengenai aktiviti,pengaruh dan peninggalan Islamik yang ditinggalkan oleh beliau di kawasan Semenanjung Malaysia dalam rangka waktu abad ke-15. Ma Huan [ ], yang juga merupakan seorang muslim, yang menemani Zheng He dalam beberapa pelayaran Zheng He sebagai penterjemah telah merekodkan perjalanan tersebut dengan terperinci dalam bukunya Ying-ya Sheng-lan [] (The Overall Survey of the Ocean Shores).Beliau mencatatkan terdapatnya Cina yang memegang kepercayaan Muhammedan tinggal di sana dan memanggil mereka sebagai Tangren [] (Chinese) .Mengikut catatan tersebut turut dinyatakan bagaimana mereka selalu mengunjungi masijid, berdakwah, mewujudkan masyarkat Cina Muslim dan membina masjid.Pelayaran Zheng He 500 tahun dahulu telah mengukuhkan lagi kedudukan Islam di Tanah Melayu dan secara tidak langsung turut membantu pembentukan masyarakat Cina Muslim.Namun begitu setelah kematian Beliau, Maharaja China telah memutuskan untuk menghentikan ekspidisi ke Tanah Melayu dan setelah 400 tahun berlalu ajaran Islam Zheng He yang bermazhab Hanafi telah hilang sepenuhnya dan digantikan dengan ajaran Islam Shafii. Apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis,Belanda dan kemudiannya British,keadaan masyarakat Cina untuk memeluk Islam tidak digalakkan apabila penukaran agama kepada Islam diharamkan pada masa tersebut. Setelah itu kebanyakan masjid Cina Muslim di Melaka ditukarkan kepada Kuil San Bao untuk mengingati Zheng He. Setelah sekian lama pengaruh Islam terhadap masyarakat Muslim Cina yang tertindas di Melaka hampir hilang sepenuhnya.

Dalam tempoh era kolonisasi British (1824-1957), British telah membawa pekerja asing dari pelbagai negara seperti China, India, Eropah and Eurasia, there were Bugis, Jawa, Bengali, Arab, Filipina,Singh, dan lain-lain. Statistik para pekerja ini akan dikemaskini setiap 10 tahun dan pada tahun 1901dan didapati jumlah pekerja cina di Negeri-negeri Besekutu (Perak,Negeri Sembilan,Selangor dan Pahang) berjumlah 299 739 orang dan jumlah Cina Muslim di kalangan mereka berjumlah 17 927. Jumlah ini menunjukkan bahawa Cina Muslim pada masa tersebut hanya 3% dari semua pekerja Cina dan menyumbang 2.7% dari masyarakat Muslim. Secara logiknya sekiranya mereka memegang teguh cirri-ciri Cina Muslim, setelah sekitar empat generasi sekurang-kurangnya masyarakat ini akan mencapai populasi dalam sekitar 90 000 - 100 000 orang, namun begitu ini tidak berlaku malah jumlah mereka kian menurun. Terdapat dua teori mengenai apa yang telah terjadi dengan mereka semua. Pertama, masyarakat Cina Muslim ini mengahwini Cina yang tidak memeluk Islam, hidup dalam kalangan masyarakat yang majoritinya adalah Cina.Hal ini telah menghakis kepercayaan mereka dan akhirnya meninggalkan agama Islam.Contoh kes kajian ialah keluarga Kuok di Penang. Kedua, masyarakat Cina Muslim mengalami proses asimilasi melalui perkahwinan campur diantara mereka dan masyarakat Muslim, terutamanya masyarakat Melayu Muslim.Setelah beberapa generasi,ciri-ciri Cina dalam anak-anak mereka telah berkurangan. Contoh kes kajian ialah keluarga Yunnani di Terengganu. Perkahwinan campur dengan wanita tempatan adalah dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana jumlah perbezaan jentina pekerja mencecah 1 perempuan Cina kepada 10 lelaki Cina.Bagi lelaki Cina Muslim adalah mudah untuk mengahwini wanita tempatan muslim namun bagi lelaki Cina bukan Muslim mereka boleh memeluk Islam ataupun mengekalkan agama asal mereka namun mengahwini wanita tempatan yang akhirnya mewujudkan Cina Peranakan. Kerana tiada kajian dibuat mengenai golongan ini 18 000 orang Cina Muslim ini tidak dapat dikesan lagi pada permulaan abad ke-20.

KAJIAN KES MASYARAKAT CINA MUSLIM DI MALAYSIA KELUARGA YUNNANI DI TERENGGANU Pada permulaannya mereka hanya terdiri daripada 7 Cina Hui Hui yang datang daripada Guangdong dan menetap di Terengganu pada sekitar awal abad ke-20. Sejarah keluarga mereka telah diceritakan kepada generasi yang baru melalui buku keluaran persatuan berteraskan ikatan keluarga, Kelaurga Al-Yunnani. Persatuan ini telah merekodkan semua rangkaian keluarga 7 Cina Hui Hui yang tersebut sehinggalah ke hari ini.Catatan mereka ini adalah catatan terbaik yang wujud mengenai kehidupan Cina Muslim di Malaysia kerana tidak pernah dilakukan kajian mengenainya maka tiada rekod mengenainya disimpan.Dalam artikelnya, A Note on the Orang Yunnan in Terengganu Tan Cee Beng telah meceritakan secara terperinci mengenai budaya,pendidikan,latar beakang pendidikan dan bagaimana kesan proses interaksi diantara mereka dengan masyarakat lain. Mereka menghadapi masalah pada pemulaannya untuk diterima dalam keduadua masyarakat iaitu masyarakat Muslim dan Cina. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai golongan Cina Yunnani untuk menekankan bahawa mereka adalah Islam sejak sebelum datang ke Tanah Melayu ataupun sebagaiman yang orang Melayu gelarkan mereka iaitu, golongan Islam Asli. Penggunaan perkataan Muallaf bermula apabila pada waktu tersebut terdapat segelintir golongan Cina yang mengaku sebagai Muslim dan meminta sedekah, golongan melayu tidak percaya pada mereka dan mula menggelarkan mereka golongan Muallaf. Namun mereka tahu bahawa terdapat golongan Cina yang beragama Islam tinggal di Yunnan dan mempercayai mereka,oleh itu bagi membezakan Keluarga Yunanni dari Cina Muslim yang lain mereka dipanggil Orang Yunnan. Mereka tidak meletakkan nama Cina mereka dalam buku tersebut dan didapati mereka juga berhenti menggunakan nama Cina walaupun masih diberikan kepada anak-anak mereka.Generasi pertama ini masih lagi mengamalkan kebanyakan budaya Cina seperti makan mee istimewa panjang-umur hari jadi, membakar colok pada malam jumaat dan memanggil kawan-kawan dengan panggilan Cina.Kubur masih berciri Cina.

Keluarga ini juga turut menerangkan kepada golongan Cina bukan Musim agar mereka tidak dipandang serong kerana dianggap meninggalkan jati diri kecinaan dengan memeluk agama Islam.Mereka menerangkan bahawa mereka sememangnya telah beragama Islam sejak nenek moyang mereka lagi. Dengan menerangkan mereka berasal deripada dearah Yunnan di China yang terkenal dengan penduduk majority Bergama Islam kepada kedua-dua masyarakat di Malaysia mereka telah diterima dengan baik, dihormati dan berjaya mengekalkan hubungan baik dengan kedua-dua masyarakat. Perkahwinan dengan orang Melayu berlaku dengan banyak dalam generasi ke-2, malah perkahwinan seperti ini telah belaku pada generasi pertama dimana mereka mengambil isteri kedua ataupun kahwin baru apabila isteri mereka telah meninggal dunia.Bahasa dan budaya Cina mulai jarang diaplikasikan dalam kehidupan mereka, namun sesetengah daripada mereka masih menggunakan pakaian cina dan memasak masakan cina serta bertutur dengan bahasa kantonis. Mereka belajar Mandarin pada waktu petang di rumah dan dihantar ke sekolah agama Arab di waktu pagi. Dalam generasi ini pakaian dan makanan mereka masih lagi mempunyai elemen kecinaan, namun penggunaan bahasa Cina semakin kurang digunakan dan mereka tidak lagi menyambut perayaan Cina. Dalam generasi ke-3 pakaian dan masakan mereka telah mulai mengikut masyarakat Melayu dan penggunaan bahasa Melayu yang fasih, malah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris digunakan walaupun sesama keluarga dalam rumah. Malah mereka tidak lagi mampu berbahasa Cina dalam mana-mana dialek tetapi masih memanggil keluarga mereka dengan panggilan dalam bahasa Cina seperti Er Sao (Sister-In-Law) , San Jie (Third Sister) ,Ye Ye (Grandfather) dan lain lain lagi. Walaubagaimanapun ciri-ciri luaran mereka masih lagi mempunyai ciri-ciri kecinaan yang ketara.Mereka telah menyerap budaya Melayu dalam kehidupan mereka namun mereka telah diajar dengan prinsip asas Cina seperti berjimat,menjaga kebersihan, jujur dalam pernigaan dan lain-lain lagi.

Generasi ke empat dan lima kebanyakannya tidak tahu lagi mengenai asal usul mereka,ada dari mereka yang tidak mengetahui asal nama keluarga mereka iaitu keluarga Yunnani ada dari mereka yang menggangap nenek moyang mereka berasal daripada daerah Yunnan.Ada juga yang tidak memahami maksud Hui Hui (Muslim) apabila dipanggil begitu.Mereka juga masih terpinga-pinga apabila diberitahu bahawa Yunnan adalah daerah yang terkenal dengan penduduk majoritinya menganut Islam. Jadi berapa lajukah proses asimilasi ini telah berlaku?? Bermula dari generasi kedua yang menyerap penggunaan bahasa Melayu dan kurangnya aplikasi bahasa Mandrin ataupun dialek Guangzhao dalam kehidupan seharian mereka. Mereka berkahwin dengan golongan masyarakat Melayu dan anak-anak mereka tidak diberikan nama Cina.Generasi ketiga hidup sama seperti golongan melayu namun masih dapat merasai sedikit suasana yang dapat dilihat pada datuk atau moyang mereka. Apabila generasi keempat bermula kebanyakan semua golongan generasi pertama telah meninggal dunia yang menyebabkan mereka tidak dapat merasa sendiri pengalaman dengan masyarakat Cina Muslim yang asli, kerana berlakunya perkahwinan campur setelah beberapa generasi ciri-ciri kecinaan telah hampir hilang sepenuhnya.

KELUARGA KOAY [GUO] DI PENANG Keluarga ini berasal daripada Hui An dan Fu Jian di China. Mereka juga berasala daripada keturunan Hui Muslim berdarah Arab.Mengikut ahli sejarah,Ong Seng Huat yang telah menjalankan kajian mengenai keluarga yang unik ini bahawa asal keturunan mereka dapat dilihat kembali 20 generasi sebelumnya yang dijejak kepada seorang general Muslim yang menguasai Xinjiang dan bahagian barat Laluan Sutera pada zaman pemrintahan Dinasti Tang.Apabila perkembangan situasi politik yang glongan Muslim berlaku, mereka menyembunyikan keislaman mereka dan mulai berasimilasi kedalam golongan Han yang jauh melebihi mereka. Proses asimilasi ini turu dicatatkan dalam buku keluarga Guo seperti berikut : First it is the slackening of religious tenets and regulationsmany religious regulations are difficult to observe; furthermore, as the Ming Dynasty superseded Yuan Dynasty, the minority ethnic groups were put in a difficult position. The Guo clan was the only Hui family, immersed within the big ocean of Hans, they could only lead a simple and humble life. As time went by, step by step they became more like the Hans. Secondly, it was the blood lineage; boys and girls from the Guo family became adults, they had to look for marriage partners, because of the change in situation, they took Han girls for wives, this resulted in the thinning of the Hui blood. Thirdly, came the change in belief (faith) and traditions; Hui girls who married Han husbands, slowly took on Han traditions, so as to fit into the husbands lifestyle; family life and customs changed; Buddha and other deity statues found place into their homes; in the end, they started to erect tablets for the ancestors, and worshipped them. Setelah proses asimilasi ini berlaku, mereka tidak lagi mengamalkan gaya hidup Islam ataupun menganut agama Islam, namun mereka masih mengekalkan berberapa aspek berkaitan Hui Muslim dalam kehidupan mereka seperti contohnya, mereka tidak akan memasak daging Khinzir atau memask menggunakan minyak Babi hanya untuk masakkan yang akan dihidangkan untuk pemujaan nenek moyang mereka. Selain daripada itu kebanyakan keluarga Guo mempunyai set alatan memasak yang bersih bagi memasak makanan halal.

Keluarga Guo ini sampai di Singapura dan Penang pada sekitar abad ke -19.Apabila sampai di sini, mereka mendapati satu lagi masyarakat Cina lain ynag berasal daripada Fu Jian yang memiliki kesamaan bahasa dan budaya dengan masayrakat mereka. Walaupun terdapat masayrakat Muslim di sana, mereka mendapati bahawa adalah susah untuk menyesuaikan diri dengan glongan Muslim Melayu dengan perbezaan bahasa,budaya dan sesetengah dari mereka berlainan mazhab Islam yang dianuti.Oleh itu mereka lebih rapat dengan golongan masyarakat Fu Jian yang ada disana kerana mereka mempunyai banyak persamaan yang memudahkan hidup mereka walaupun berlainan agama.Ini dibuktikan dengan laporan yang telah ditulis oleh Ong seperti berikut: They felt alienated from the larger local Muslim community, and closer to the mainstream Chinese community on whom they had to depend for support. Dan The notice is a reminder of their religious identity as Muslims. It stated that due to great differences in human relations and environment, they had gradually departed from Islamic teachings. To honour their ancestors, however, they would strictly observe the halal food. (STAR, 23rd March 2002) Generasi Guo pada zaman sekarang tidak lagi mengamalkan agma Islam dan berasimilasi kedalam masyrakat Cina bukan Muslim disekitarnya.Mereka hanya mengekalkan beberapa aspek Islam sahaja lagi dalam kehidupan mereka.Berlakunya perkahwinan campur dikalangan mereka dan golongan Cina bukan Muslim menyebabkan proses asimilasi ini berlaku dengan semakin pantas

KELUARGA TIANJING DI SABAH Masyarakat ini terdiri daripada empat keluarga iaitu Wang [ ], Li [ ], Hong [ ] and Guo [].Mereka adalah antara 108 keluarga yang telah dibawa masuk oleh British sebagai pekerja untuk pembinaan landasan kereta api dan di ladang-ladang di Sabah. Mereka sampai ke Sabah dalam sekitar tahun 1913. Setelah tepoh sekitar 90 tahun menetap di sana,mereka masih lagi mengekalkan budaya Cina Muslim dan mewujudkan komuniti kecil Cina Muslim di sana.Sebelum ini tidak pernah wujudnya kajian yang dijalankan terhadap komuniti kecil ini.Namun begitu walaupun setelah kesemua keluarga ini melalui generasi ke-5 mereka semua masih lagi mengekalkan budaya adan agama mereka sebagai Cina Muslim dan dalam masa yang sama masih lagi fasih dalam menuturkan bahasa cina Tianjing Mandrin dan mengatahui asal usul mereka sebagai Cina Hui. Budaya Cina masih utuh dalam diri mereka dan dijaga agar dapat dikekalkan dalam masyarakat mereka.Walaupun dalam generasi ke-2 telah berlaku kahwin campur dengan masyarakat Muslim Dusun, Kadazan dan Cina bukan Muslim.Mereka yang bukan Muslim akan memeluk agama Islam apabila mengahwini ahli masyarakat Cina Muslim ini dan mana-mana bangsa lain yang memasuki masyrakat ini akan tinggal bersama mereka seterusnya belajar bahasa cina Tianjing untuk bercakap dengan anakanak mereka.Keturunan dari empat keluarga ini masih dibawah lingkungan 500 orang.Hanya mereka yang mengahwini Muslim tempatan tidak akan memberikan anak mereka nama Cina dan menggantikannya dengan menggunakan bin/binti. Kewujudan mereka yang masih mengekalkan identiti asal mereka sebagai Cina Muslim adalah agak menghairankan kerana hal ini jarang berlaku.Namun perkara ini dapat dijelaskan dengan ketidaan masyarakat majority di Sabah seperti masyrakat majority Melayu Muslim di Semenanjung Malaysia.Sebaliknnya di Sabah wujud pecahan-pecahan etnik kecil seprti Dusun,Kadazan,Melanau dan lain-lain lagi yang juga beragama Islam.Oleh itu mereka tidak perlu menyesuaikan diri kerana mereka semuanya merupakan glongan minorit yang sama agama.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG SESEORANG CINA UNTUK MENGANUTI AGAMA ISLAM.

a)

Perkahwinan

Setiap manusia sentiasa rindukan kebahagian. Hanya perkahwinan sahaja yang dapat memelihara kesucian keturunan. Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan kongsi hidup yang sejati, sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi suka duka dari erti hidup. Dengan itu, faktor utama yang menyebabkan seseorang cina untuk memeluk agama Islam adalah perkahwinan. Disebabkan terdapat perasaan cinta yang terikat antara satu sama lain, maka walaupun berasal dari dua agama dan kepercayaan yang berlainan, mereka sanggup mengubah agama dan kepercayaannya. Hal ini kerana dalam prinsip yang dipegang dalam agama Islam, sekiranya terdapat salah seorang daripada mereka beragama Islam, maka pasangannya juga perlu beragama Islam. Ini bermaksud sekiranya suami beragama Islam, isteri juga perlu beragama Islam, dan sebaliknya. Dalam budaya perkahwinan antara orang Melayu dengan orang cina, terdapat perbezaan yang ketara antara dua kepercayaan tersebut. Salah satu adalah bagi perkahwinan orang cina dengan orang cina, penganti perempuan akan tinggal di rumah suaminya. Manakala bagi perkahwinan orang Cina dengan orang Melayu, suami akan tinggal bersama-sama di rumah isteri. Ini merupakan suatu budaya yang agak istimewa bagi umat Islam.

b) Ahli keluarga Faktor kedua adalah keluarga telah menganuti agama Islam sebelum kelahiran bayi. Oleh itu, bayi tersebut telah ditakdir untuk menganuti, memegang, menerima dan menghormati segala prinsip dan ajaran yang berkaitan dengan agama Islam. Bayi ini tidak boleh menukarkan agamanya dalam seumur hidupnya. Bayi ini akan diajar dengan menggunakan Al-Quran, dan bayi juga berinteraksi dengan orang lain berdasarkan ajaran yang terkandung dalam agama Islam.Hal ini terjadi dalam keluarga yang sememangnya muslim seperti Cina Hui. c) Pengaruh orang lain

Selain itu, terdapat juga sebahagian daripada Cina Muslim menganuti agama Islam kerana tertarik dengan ajaran yang dipegang dalam agama Islam. Antara sebabsebab mereka tertarik dengan agama Islam adalah dipengaruhi oleh rakan sebaya, nasihat khalifah atau umat, dan ustaz atau ustazah secara langsung dan tidak langsung. Aishah Ong merupakan seorang buddhist, dia masuk Islam kerana dia tidak begitu percaya dengan agama buddhist yang dianutinya. Selain itu, dia juga dipengaruhi oleh kawannya yang merupakan Muslim. Dia telah memberinya beberapa buku yang berkaitan dengan agama Islam. Salah satu daripada buku adalah ' Islam Our Choice' , selepas Aishah membaca buku tersebut, dia mendapati bahawa Islam merupakan agama yang sepatut dianuti olehnya. Selain daripada memberi buku kepada Aishah, kawannya juga membawa Aishah ke Masjid dan memperkenalkan Ladies Islamic Circle kepada Aishah supaya dia dapat mempelajari lebih banyak yang mengenai Islam. Selepas itu, apabila Aishah menghadapi masalah, dia akan merujukkan masalah tersebut kepada kawannya dan kawannya juga menolongnya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi olehnya secara sukarela. Akhirnya, Aishah menjadi seorang Muslim selepas dia berkursus sepanjang enam bulan.

d) Faktor persekitaraan Faktor akhir adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Contohnya, seorang cina, Tee Kian Heng, dan sekarang dikenali sebagai Harun Tee Abdullah, yang baru memeluk agama Islam pada 12 Disember 2004. Dalam majalah Dara.Com-Edisi 77, Harun telah mengatakan bahawa dia mempunyai minat untuk masuk Islam adalah disebabkan oleh pendedahan tentang agama sejak kecil lagi. Pendedahan ini merupakan hasil tunjuk ajar seorang pak cik Melayu yang tinggal berhampiran di kawasan rumahnya. Pak cik Melayu ini banyak bercerita tentang kisah agama kepadanya. Selain daripada pak cik Melayu, terdapat seorang ustaz yang mengajar dan mengaji al-Quran di blok yang sama dengan rumahnya. Oleh itu, Harun biasa mendengar suara kanak-kanak mengaji di rumah ustaz itu sejak kecil lagi. Disebabkan mempunyai minat yang dalam terhadap Islam, Harun memberanikan diri untuk mencari dan bertemu dengan Ustaz Basri supaya Ustaz dapat mengajarnya tentang ajaran dalam al-Quran dan perkara-perkara asas dalam agama seperti bab-bab solat dan mengucap kalimah syahadat.

PENGENALAN AGAMA ISLAM KEPADA GOLONGAN CINA DI MALAYSIA TOKOH CINA MUSLIM MALAYSIA Dalam sejarah yang lebih baru dari Malaysia, Haji Ibrahim Tien Ying Ma [ ] berdiri sebagai orang yang memberikan sumbangan besar dalam memperkenalkan Islam kepada orang-orang Cina, untuk pertama kalinya dalam bahasa Cina. Tulisan ini akan menyoroti secara ringkas beberapa aspek kehidupan dan pekerjaan yang berkaitan dengan menyebarkan agama Islam.

Haji Ibrahim Ma, dari keluarga Muslim lama di Beijing (berasal dari Shandong) pertama kali datang ke Malaysia dalam 1938-1940 sebagai ketua China Goodwill tiga anggota Muslim Delegasi ke wilayah Asia Tenggara. Dua anggota yang lain Wu JianXun [ ] dan Ma DaWu []. Selama satu tempoh setengah tahun ini, delegasi menutupi banyak tempat dan bertemu banyak orang. Di Malaysia mereka pergi ke semua negara termasuk Sabah dan Sarawak. Di mana-mana mereka pergi mereka diberikan resepsi menyambut dan grand hangat baik oleh orang Melayu dan Cina. China tempatan sehingga mempunyai maklumat tangan pertama tentang Islam dan Muslim di China. Selama perjalanan ini berjaya, Haji Ibrahim dijamin banyak persahabatan antara pegawai dan masyarakat umum yang akan terbukti sangat berguna ketika ia datang lagi untuk negara ini.

Haji Ibrahim Ma kembali ke Malaysia pada tahun 1948, kali ini dengan keluarganya dan sebagai Konsul Jeneral Ipoh dihantar oleh kerajaan (Guo Min Dang) Kuomintang. Dia telah dengan dia isterinya Feng Yun Xia [], tiga putri dan dua putra. Selama tempoh singkat masa jawatannya di pejabat ini, Haji Ibrahim Ma tidak hanya bermain dengan sukses besar peranannya sebagai diplomat, tapi, di setiap kesempatan ia juga menunjukkan ke profil Cina tempatan yang sangat positif dari seorang Muslim China progresif. Ketika China jatuh ke kerajaan komunis, Konsulat ditutup. Haji Ibrahim memilih untuk tidak pergi ke Taiwan untuk bergabung dengan kerajaan, dan tinggal di Malaysia.

Setelah beberapa tahun berusaha tangannya di penggilingan padi dan perniagaan yang lain, ia bergabung dengan dua putrinya pada Singapura dan tinggal pada sana selama beberapa tahun. Pada tahun 1957 Malaysia memperoleh kemerdekaan daripada Inggeris. Pada tahun 1961, Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diperpanjang Haji Ibrahim jemputan untuk kembali ke Malaysia untuk membantu dirinya dalam suatu aspek penting dalam pembangunan bangsa. Tunku mempunyai visi bahawa jika lebih China adalah untuk memahami Islam, atau lebih baik lagi, menjadi Muslim, ini akan membantu dalam menjembatani jurang perkauman antara Melayu dan Cina.

Dengan demikian, PERKIM [Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia], sebuah persatuan kesejahteraan bagi umat Islam lahir, dengan Tunku Abdul Rahman, Haji Ibrahim Ma, Tan Sri Mubin Sheppard, dan Tan Sri Ubaidullah sebagai ahli pengasas. Dengan ini, pekerjaan Haji Ibrahim Ma dalam jalur Islam mengambil langkah lain, dan tidak berhenti sampai hari-hari terakhirnya.

Dengan kedudukannya di Perkim, Haji Ibrahim mulai berkeliling di setiap sudut Malaysia, memberikan pidato tentang Islam dalam bahasa Cina. Dia berbicara di radio, di televisyen, di sekolah, dalam persatuan bukan kerajaan, dan bahkan di penjara. Dalam rentang waktu bertahun-tahun ia menulis buku dalam bahasa Cina, memperkenalkan Islam dalam bahasa yang sangat sederhana, mudah difahami oleh pembaca non Muslim. Buku ini tidak dijual. Mereka selalu, dan bahkan sampai hari ini, masih diberikan percuma di semua negara, semua lembaga keagamaan. Tajuk meliputi: [Soalan dan Jawapan tentang Islam], ], [Mengapa Muslim Jangan Makan Pork], [Ajaran Islam dan Cina Tradisional Falsafah ], ? [Apa itu Islam?]. buku terakhir-Nya 'Muslim di China ", yang ia mulai menulis pada usia 75, ditulis dalam bahasa Inggeris.

Selain penerbitan ini, Haji Ibrahim juga mulai dua bahasa Cina-Inggeris, akhbar dua bulan sekali yang disebut 'The Light of Islam', atau dalam bahasa Cina, [Hui Jiao Zhi Guang], kemudian berubah menjadi [Yi Si Lan Zhi Guang]. Dia tidak hanya penerbit, tapi pada masa yang sama, editor, dan penyumbang utama rencana. Setelah setiap dua bulan, ketika isu baru sudah siap, isteri ramah itu akan duduk dengan gunung kertas, alamat slip, lembar perangko, gunting dan lem, melipat, memotong dan menempel alamat dan perangko untuk membuat mereka siap untuk posting ke ratusan pelanggan di Malaysia dan luar negeri. Banyak orang akan ingat Haji Ibrahim dan isterinya, duduk di sekitar meja makan besar, asyik dalam hal ini tenaga kerja untuk kasih Allah. Seringkali, cucu-cucu yang datang untuk lawatan juga akan berdaftar untuk membantu dalam tugas. Ini akhbar Islam pertama Malaysia di China adalah komitmen keluarga untuk keluarga Haji Ibrahim Ma.

Dalam Perkim, Haji Ibrahim Ma dengan kemampuan dibantu oleh beberapa Muslim China yang lain, yakni Zhao Guo Zhi [ ], Hu En Jun [], Ma Zhi Bin, dan beberapa orang lain yang datang pada kontrak yang lebih pendek ... Mereka direkrut dari Taiwan, Libya, Arab Saudi atau negara-negara Timur Tengah. Mereka melakukan kerja mubaligh, kaunseling untuk menukarkan China, dan ajaran Islam dalam bahasa Mandarin. Ini adalah kerja gabungan mereka yang bertanggung jawab langsung kepada tingkatan yang sangat besar, untuk sebuah pemahaman positif tentang Islam oleh orang Cina di negeri ini, dan juga untuk penukaran ke Islam dengan beratus-ratus atau bahkan ribuan Cina Malaysia selama bertahun-tahun.

Haji Ibrahim meninggal dunia hampir dua dekad lalu. Tetapi warisan karyanya dalam Islam dilakukan oleh anak-anaknya. Putrinya tertua Aliya Tung Ma Lin [ ], seorang pensyarah dan penulis, telah menerbitkan beberapa buku tentang Islam dan masih aktif mengambil bahagian, pada usia matang 75 tahun, dalam persidangan Islam di negaranegara di Amerika Syarikat di mana ia hidup, untuk memberikan maklumat tentang Cina Muslim dan Islam di China. ketiga Putrinya Minuira Sabki Ma Min [ ] secara aktif terlibat dengan Wanita Perkim, cawangan perempuan dari Perkim. Dia menjabat

sebagai Presiden organisasi ini selama bertahun-tahun. Putranya tua Mustafa Ma Chi [ ] juga aktif di Perkim, dan juga saat ini Presiden MACMA, China Muslim Association of Malaysia. Putranya muda Nasir Ma Lee [ ] sering dicari oleh rakanrakan Cina dengan anak-anak-anak yang telah memeluk Islam, untuk memberikan nasihat dan klarifikasi atas agama.

Pada masa ini Malaysia, Ibrahim Ma dan anak-anaknya dikenali sebagai keluarga Hui China yang telah memberi sumbangan pada kemajuan Islam di kalangan orang Cina di Malaysia. Mereka juga merupakan contoh yang bagus dari akulturasi selektif terhadap budaya Melayu, tanpa bersempadan dengan asimilasi. Semuanya bercakap Hokkien Melayu dan Mandarin, selain bahasa Inggeris, dan bahkan Kantonis dan sempurna, dan sangat banyak di rumah antara China dan Melayu. Mereka mempunyai pengetahuan tentang tradisi Melayu dicampur dalam Islam tempatan, serta, China terutama budaya Beijing, termasuk makanan.

Di antara anak-anak Haji Ibrahim, Ma Min adalah satu-satunya yang berkahwin dengan seorang Melayu. Suaminya berbicara Mandarin yang sempurna dan benar-benar tenang dalam masyarakat Cina. Anak-anak memahami beberapa bahasa Mandarin, putri lebih dari anak-anak, walaupun mereka menghindar dari berbicara. Dua dari putera dan puteri berkahwin dengan Melayu, dan pada tahap anak-anak mereka, asimilasi boleh bermula. Tapi sekurang-kurangnya tiga cucunya mengambil pelajaran bahasa Mandarin dan sangat familiar dan suka rumah khusus memasak makanan Cina. Namun, mereka tidak mempunyai nama Cina. Tak satu pun dari anak-anak saudara lain dan cucu tinggal di Malaysia, kecuali untuk keluarga anak muda itu.

Anak bongsu anak Ma Lee dibesarkan di Kuala Lumpur dengan Mandarin sebagai bahasa ibu, dan pendidikan Cina pada peringkat dasar diikuti oleh sekolah menengah dan tinggi Melayu. Hanya satu di antara enam China mengejar pendidikan hingga SMA. Dengan kedua-dua orang tua dari asal Hui, dan persekitaran yang telah menjadi lebih menguntungkan dengan waktu, anak-anak ini sangat mungkin membawa pada identiti Muslim China di Malaysia sekurang-kurangnya untuk generasi lagi.

MASA HADAPAN CINA MUSLIM DI MALAYSIA

MUSLIM CINA (MASA HADAPAN)


PERKEMBANGAN MASYARAKAT CINA MUSLIM DI MALAYSIA Pada 1980-an, ketika Malaysia mula menerima pelajar Muslim dari Taiwan dan China untuk belajar di Institut Dakwah Perkim dan kemudian International Islamic University Malaysia, permintaan untuk masuk terus meningkat dari tahun ke tahun. Setelah para mahasiswa Muslim China tiba di Malaysia, mereka mendapati diri mereka dalam persekitaran, ramah Islam liberal dengan kadar yang baik,ciri-ciri kecinaan ada di kebanyakan tempat yang mereka perhatikan. Bagi mereka,ini merupakan tempat yang ideal untuk belajar dalam persekitaran yang tidak begitu asing dan meneruskan kehidupan dalam gaya hidup Islam juga. Peningkatan yang berterusan dalam hal ini akan membuka peluang kepada Cina bukan Muslim di negara kita bahawa pengislaman saudara mereka tidak menjadikan mereka Melayu dan pada masa yang sama menunjukkan bahawa Islam adalah besifat universal ,bukan kepada Arab mahupun Melayu sahaja.

Selari dengan hal ini, peningkatan perdagangan antara China dan Malaysia, banyak pedagang Muslim dari Tanah Besar datang untuk mencuba pasaran baru dan dalam pencarian rakan baru, dan pada umumnya, merasa puas dengan rakan Melayu Muslim mereka. Seperti kata tersebar di masyarakat Muslim di China tentang penerimaan mengakomodasi di negeri ini, moden Muslim progresif, diikuti ada aliran peniaga Muslim lebih, Muslim dan kumpulan seni budaya, seni bela diri Muslim dan ahli perubatan China. Beberapa dari mereka datang dan pergi, banyak ingin tinggal untuk waktu yang lama. Yang penting adalah bahawa hampir semua dari mereka, ketika mereka kembali, cuba untuk menggalakkan mahasiswa muda Cina Muslim untuk memilih Islam Malaysia Lembaga pendidikan tinggi untuk meneruskan kajian lebih lanjut dalam pelbagai bidang, dalam lingkungan Islam moden. Ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi pendapatan negara dan membuka peluang kepada ushawan Malaysia untuk mengembangkan sayap perusahaan mereka.

Malaysia menjadi destinasi pilihan bagi pelajar Muslim China. Pertama, ini adalah negara Muslim, dan pada masa yang sama menawarkan banyak aspek kehidupan Cina dan budaya. Seperti Mandarin digunakan secara meluas di sini, mudah bagi mereka untuk berkomunikasi, mencari teman, dan juga mencari jangka pendek atau bekerja sambilan untuk melengkapkan biasiswa terhad. Kos hidup yang sederhana dan yuran sekolah yang relatif lebih murah membuat belajar di Malaysia lebih menarik berbanding negara-negara barat untuk pendidikan dalam medium Bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris di IIU dan institusi Islam yang lain selain bahasa Arab merupakan salah satu faktor tambahan untuk mereka. Alasan lain untuk keutamaan mereka datang ke Malaysia adalah pendekatan progresif Islam di persekitaran belajar berbanding dengan universiti di Timur Tengah atau Mesir, dan tentu saja lebih dekat ke rumah. Atas sebab-sebab diatas mereka akan tinggal di Malaysia, membolehkan pertukaran budaya berlaku dengan mereka.

Waktu terpendek bagi setiap mahasiswa akan tinggal minimum 5 hingga 6 tahun. Satu sampai dua tahun untuk belajar bahasa Inggeris / Arab / Melayu, dan empat tahun sekurang-kurangnya untuk program Ijazah. Beberapa dari mereka, setelah mendapat Ijazah pertama mereka mengajukan permohonan untuk kajian siswazah. Ini bermakna sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Ada juga beberapa yang melakukan doktor mereka di ISTAC selepas Ijazah pertama mereka di negara-negara Islam yang lain. Sementara belajar di sini selama bertahun-tahun lama, banyak dari mereka berkahwin dengan rakan-rakan sesama Muslim dan menetapkan keluarga, sebuah Melayu beberapa tempatan berkahwin, atau, Cina yang masuk Islam. Hal ini akan mewujudkan lebih banyak lagi keluarga Cina Muslim di Malaysia.

Dalam beberapa tahun terakhir, ketika Universiti Islam mencanangkan batas untuk pelajar mereka akan menerima dari China, beberapa keluarga Muslim juga mulai berlaku untuk perguruan tinggi swasta. Hari ini Cina Muslim pelajar di Malaysia, kebanyakan dari mereka asal Hui, jumlah sekitar 50 hingga 60. Jumlah tersebut mungkin kelihatan kecil, tetapi kehadiran mereka di kampus, di pasar, di pengangkutan awam, di pusat membeli belah, dan perhimpunan, dengan paparan Hui sangat berbeza dan jelas pakaian dan ciri-ciri Muslim , telah membuat kesan antara tempatan China dan Melayu juga. Muslim China bukan sesuatu yang jarang atau anehan lagi bagi masyarakat Malaysia. Salah satu daripada mereka member komen : "Ketika saya pertama kali datang ke sini, orang akan melihat saya dengan hairan. Seorang Cina dengan pakaian muslim? Sekarang, bahkan pemandu teksi yang melihat kita dan mereka mengajukan banyak soalan tentang Muslim di China, dan senang untuk tahu lebih banyak tentang kami. "

Beberapa mahasiswa telah direkrut untuk tampil di program televisyen Islam dalam bahasa Mandarin lebih dari stesen pelbagai TV. Pusat Islam memiliki anggaran khusus untuk program-program bahasa Mandarin. Orang yang bertanggung jawab jabatan ini, Hajjah Mariam Ma, menggabungkan pengetahuan yang mendalam tentang Islam dengan kefasihan dia dalam bahasa Mandarin dan Melayu, untuk menghasilkan program-program menarik bagi kepentingan masyarakat Cina berbahasa Mandarin di Malaysia. Beberapa Muslim lainnya pelajar dari China mungkin juga bekerja sambilan sementara dengan lembaga keagamaan seperti REISAP atau PERKIM, mereka juga sering terlihat di berbagai fungsi yang diadakan oleh persatuan seperti DarulFitrah, membawa wajah berbeza dari gambar Muslim tempatan.

Setiap pelajar boleh tinggal di sini rata-rata 6 hingga 10 tahun. Tetapi akan selalu ada kesinambungan. Untuk Malaysia yang melihat mereka di sekitar, mereka tidak dikenalpasti sebagai seorang individu, tapi, seperti Cina Muslim. Kehadiran dan kesinambungan harus didorong oleh kerajaan Malaysia, institusi-institusi pembelajaran, dan masyarakat. Di satu sisi, hal ini membantu untuk menjembatani jurang antara China dan Melayu. Ini menunjukkan China bahawa ada Cina yang lahir Muslim dan untuk orang Melayu bahawa ada Muslim yang berasal dari China. Ini juga merupakan cara yang sangat nyata menunjukkan segi universal Islam, yang pada tahap tertentu masih kurang di Malaysia.

Hari ini, para pelajar ini Hui dan beberapa profesional atau pedagang, meskipun dengan status sementara, tampaknya gelombang terkini kehadiran Muslim China di Malaysia. Namun, majoriti Muslim China di negeri ini masih dari golongan Cina yang memeluk Islam. Mereka adalah Muslim Cina di Malaysia hari ini.

You might also like