You are on page 1of 4

Teori bahasa Teori bahasa ialah teori dalam linguistic deskriptif yang memperkatakan ciri-ciri dan fakta-fakta tentang

struktur bahasa sejagat yang ada di dalam semua bahasa manusia di dunia . Teori bahasa juga mengkaji bentuk-bentuk dan sifat-sifat umum dalam bahasa asli manusia berbeza dengan huraian tentang sesuatu bahasa sahaja,iaitu menunjukkan sifat sendiri.atau particular bagi sesuatu bahasa,misalnya huraian tentang bentuk bahasa Inggeris berbeza dengan bentuk bahasa sebaliknya yang cuba menghuraikan sifat-sifat umum yang terkandung dalam semua bahasa asli manusia dengan melihat ciri-ciri yang merentasi semua bahasa. Teori bahasa dapat dilihat sebagai model yang mengeluarkan aturan-aturan untuk menyatakan sesuatu perkara-perkara berikut : (a) Pengitlakan linguistic dalam huraian terhadap sebarang bahasa asli manusia. (b) Sejumlah aturan yang boleh menunjukkan konstruksi yang manakah yang boleh digunakan untuk memformulasikan aturan-aturan itu. Teori bahasa terbahagi kepada 3 ,iaitu,

Teori Bahasa

Teori Mekanis

Teori Kognitif

Teori interaksional

Teori Pertama (Mekanis) Merupakan satu bidang ilmu yang banyak mempengaruhi linguistic ialah psikologi.Mereka yang mengkaji teori mekanis ialah pakar psikologi seperti Skinner yang menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang mekanis bagi membentuk sesuatu kebiasaan.Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan oleh seseorang perlu diteguhkan supaya bentuk-bentuk tadi akan diulangi lagi.Dalam proses perolehan bahasa,ibu bapa dan penjaga kanak-kanak menggunakan pelbagai cara untuk meneguhkan gerak balas bahasa yang betul. Contohnya, member senyuman,kata pujian ,menganggukkan kepala dan yang sebagainya lagi.Perkataan perkataan ataupun bentuk-bentuk bahasa yang sering diulang akan cepat dipelajari oleh para pelajar.

Sebagai kesimpulannya , antara ciri-ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan daripada teori behaviouris atau mekanis ini adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. Pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran. Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang positif juga akan lebih sering diulangi. Sesuatu gerak balas yang sering diulangi akan membentuk kebiasaan.

Teori Mentalis Penyesuaian terhadap objek-objek yang ada dalam lingkungannya yang merupakan proses interaksi yang dinamis inilah yang disebut kognitif. Sebagai fungsi mental yang mempunyai hubungan dengan proses mengetahui ,proses kognitif merangkumi aspek-aspek persepsi ,ingatan pemikiran ,symbol dan pemecahan masalah. Selain itu, teori kognitif ,terutamanya teori Gestalt,berpendapat bahawa penyingkiran kesedaran atau fikirannya yang telah dilakukan oleh ahli-ahli behaviouris ialah satu kesilapan besar.Teori pembelajaran menjadi sangat bermakna hanya jikalau fikiran dimasukkan ke dalamnya sebagai satu bahagian yang tidak dapat dipisahkan. Dalam teori Chomsky berpendapat bahawa teori behaviouris tidak dapat menghuraikan proses pemerolehan aspek-aspek bahasa yang kompleks .Chomsky berpendapat bahawa seorang kanak-kanak telah dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk menguasai bahasa apabila sampai peringkat kemantangannya yang tertentu.Pada setiap peringkat kematangannya kanak-kanak tertentu akan membentuk hipotesis-hipotesis terhadap peraturan peraturan ahli masyarakatnya.Segala pembentulan kesalahan yan dibuat oleh ahli masyarakat akan memperkukuh lagi rumus-rumus bahasa yang tersimpan di dalam otaknya. Misalnya, kebolehan kognitif dalam kalangan kanak-kanak pekak yang tentunya tidak terdedah kepada bunyi-bunyi bahasa pendengaran tetapi memperoleh keupayaan memahami sesuatu yang sama pantas dengan kanak-kanak biasa. Sebagai kesimpulannya ,ciri-ciri pembelajaran yang boleh disimpulkan daripada teori kognitif atau mentalis: i. ii. Pembelajaran ialah satu proses mental. Dalam keadaan yang normal ,kadar perkembangan mental bagi kanakkanak pada satu peringkat umur adalah sama.

iii.

Kanak-kanak mempelajari benda-benda sebagai satu golongan dahulu dan kemudian baharu dia mengetahui anggota anggota bahagian golongan itu.

Teori Interaksional Teori ini berkembang dalam bidang psikolinguistik terutama pada tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan. Ciri-ciri pembelajaran yang disimpulkan daripada teori interasi nasional. i. ii. Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistic Pembelajaran juga melibatkan pemikiran .Pengetahuan,kecerdasan dan kebolehan dalam bahasa saling berkait.

Keutuhan wacana Keutuhan wacana ialah satu unit bahasa yang lebih besar daripada sesuatu ayat.Wacana boleh terdiri daripada ayat , sejumlah ayat , ceraian ,dialog , bab , buku ,siri buku dan sebagainya. Keadaan ini dapat dilihat semasa wacana melibatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan dan lengkap.Ada lima jenis penanda dalam bahasa Melayu, iaitu : 1. Penanda penghubung Penanda pengubung adalah penanda yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat lain dalam wacana. 2. Penghubung tambahan Penghubung tambahan adalah penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara .Penghubung ini berfungsi menghubungkan antara frasa dengan frasa ,antara klausa dengan klausa dan antara ayat dengan ayat , malah antara perenggan dengan perenggan . 3. Penghubung tentangan Penghubung tentangan pula adalah penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat , sama ada antara klausa dengan klausa , ayat dengan ayat atau antara perenggan dengan perenggan. 4. Penghubung musabab Penghubung adalah penanda wacana yang menunjukkan sebab berlakunya sesuatu perkara.Contoh penanda wacana jenis ini pula ialah oleh sebab,,maka dengan itu,dan lain-lain. 5. Penghubung terakhir Penghubung terakhir adalah penghubung tempoh.Penanda ini menunjukkan urutan masa , iaitu siri berlakunya sesuatu .Contohnya , penanda wacana ini adalah seterusnya ,selepas itu , akhirnya dan sebagainya.

Jenis jenis Wacana 1. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan ,iaitu melibatkan pembicara dan pendengar.Komunikasi yang terlibat dalam wacana lisan ini ialah komunikasi interaktif ,iaitu komunikasi yang melibatkan hubungan pembicara dan pendengar secara langsung.Dalam wacana lisan ,pembicara biasanya akan menggunakan ekspresi wajah ,intonasi suara ,grak badan dan sebagainya untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar. 2. Wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan secara bertulis .Wacana tulisan melibatkan hubungan anatar penulis dengan pembaca .Komunikasi yang terlibat ialah komunikasi tidak langsung ,iaitu komunikasi satu arah. Penulis tidak berhadapan dengan pembaca sewaktu wacana tersebut dihasilkan.Oleh itu , penulis tidak mendapat respon secara langsung daripada pembaca.Dalam wacana tulisan ,pembaca perlu membaca teks yang ditulis untuk memahami maksud yang ingin disampaikan oleh seseorang pengarang atau penulis .Contohnya , wacana tulisan ialah tulisan tulisan yang terdapat dalam akhbar,majalah dan buku.

Kesimpulannya, wacana bukan sekadar di peringkat ayat ,malahan meliputi perenggan ,bab ,buku dan siri buku.Tujuh ciri ketekstualan perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana yang baik sama ada dalam penulisan atau pengucapan.Sesebuah wacana yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea.Pertaautan dan kesinambungan idea ini bukan sekadar antara ayat dengan ayat atau antara satu perenggan dengan satu perenggan.

You might also like