You are on page 1of 1

SYARAT / PERATURAN PERTANDINGAN

4.1 Semua pemain diwajibkan berpakaian sukan futsal yang sesuai. 4.2 Masa bermain bagi setiap perlawanan adalah 15 minit iaitu; (7 minit separuh masa pertama), (1 minit untuk pertukaran bahagian gelanggang) dan (7 minit separuh masa kedua). 4.3 Sebanyak 5 buah gelanggang dan seramai 15 orang pengadil bertauliah disediakan oleh Sports Planet (Shah Alam) Sdn. Bhd. 4.4 Semua jadual perlawanan termasuk tarikh, masa dan tempat perlawanan adalah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penganjur Kejohanan dan tidak boleh diminta tangguh atau diubahsuai oleh manamana pasukan yang mengambil bahagian. 4.5 Semua pasukan dikehendaki berada dan bersedia untuk bermain di gelanggang pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan. 4.6 Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan-perlawanan yang berlainan tidak boleh bermain untuk satu (1) perlawanan yang berikutnya. 4.7 Pemain yang telah menerima kad merah tidak boleh bermain untuk dua (2) perlawanan, iaitu perlawanan yang sedang dia bermain dan satu (1) lagi perlawanan seterusnya. 4.8 Dalam masa permainan, pemain yang menerima kad merah dan diarahkan meninggalkan gelanggang boleh digantikan dengan pemain lain. 4.9 Pengurus / ketua pasukan bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan pemain-pemainnya. 4.10 Sekiranya pasukan yang bertanding tidak hadir, tempoh masa menunggu yang dibenarkan adalah 5 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan dan mana-mana pasukan yang melanggar peraturan ini akan dikenakan tindakan seperti berikut: 4.10.1 Pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang-kurangnya lima (5) orang pemain selepas tamat tempoh menunggu 5 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah (walkover). 4.10.2 Pasukan lawan mendapat kemenangan 2-0. 4.11 Bagi mana-mana pasukan yang penyertaannya dibatalkan atau menarik diri dari pertandingan, jumlah mata, jaringan dan bolos bagi semua perlawanannya termasuk yang terdahulu turut dibatalkan.

5. KAEDAH MEMUTUSKAN KEPUTUSAN


5.1 Secara liga:
5.1.1 Kaedah pemberian mata: a) Menang = 3 mata b) Seri = 1 mata c) Kalah = 0 mata 5.1.2 Jika terdapat dua atau lebih pasukan yang memperolehi jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut: a) Pasukan yang mempunyai lebih perbezaan jaringan dan bolos akan dikira sebagai pemenang. b) Jika masih seri, pasukan yang mempunyai lebih jaringan akan dikira sebagai pemenang. c) Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira sebagai pemenang. d) Jika masih seri, tiga (3) sepakan penalti akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan pemenang. (Pemain simpanan juga boleh mengambil sepakan). e) Jika masih seri, satu (1) lagi sepakan penalti akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan pemenang. f) Jika masih seri, peraturan di 5.1.2e akan diulangi sehingga pemenang ditentukan. (Sekiranya didapati kesemua pemain dalam pasukan itu termasuk penjaga gol telah pun mengambil sepakan penalti, mereka akan dibenarkan mengambil sepakan penalti sekali

You might also like