You are on page 1of 3

Originally posted by amida at 27-3-2006 07:28 PM RESEPI KIMCHI KOREA

Cuba Buat! sebiji sederhana besar Kobis Cina 500gm garam 5 ulas/20gm bawang putih 3 cm/ 20gm halia 10 ml sos ikan korea (kalau tak da boleh pakai sos ikan msia) 30gm serbuk cili korea (kalau tak da boleh pakai serbuk cili msia) 250ml air 200 gm giant radish(daikon atau chinese radish) (optional) 100 gm daun bawang (optional)

Caranya
1. Proses Pengaraman Pilih kobis yg berwarna hijau muda, pastikan tiada daun yg berlubang...so buang lebih kurang 6 helai daun yg atas..pastu potong kobis secara vertical dijadikan 6 segmen. Buang akar dan asingkan daunnya. Anda memerlukan tempat yg luas...buang akarnya. Memandangkan kobis ni berair so letak di atas board pemotong utk hilangkan air supaya cepat kering utk beberapa jam. Selepas itu, ambil besen atau bekas besar utk proses pengaraman pastikan bekas itu muat keseluruhan kobis utk proses letak kobis dgn garam.

2. Masukkan kobis dlm bekas masukkan garam. Taburkan garam lagi sehingga abis kobis. Selepas tu letakkan bekas di atas kobis yg paling atas...tunggu semalaman. (letak bekas berat utk mampatkan kobis)

3. Selepas dibiarkan semalam...so kobis ni sudah dipenuhi garam yg berair..terbalikkan kobis supaya kedua2 belah mengandungi garam dengan sekatanya. Ulangi sehingga keseluruhan kobis berair dgn garam dgn semulajadi

4. Selepas 5-7 hari, basuh kobis dgn air (pili air) dua/tiga kali. Selepas tu cuba rasa kobis di bahagian yg keras...ada tak rasa garam... seharusnya kobis dibahagian yg keras jugak akan berasa garam.

5. Proses Peraman Masukkan air, cili, bawang putih, halia, sos ikan di dlm blender...pastu blend. Tinggalkan cili yg sudah dikisar tu selama 1/2 jam. Selepas itu letakkan sedikit cili yg dikisar di dlm bekas berkaca.. masukkan kobis tadi...lumurkan setiap daun dgn cili berkenan...(anda memerlukan sarung tangan utk buat keje ni) takut pijar tangan. Kalau ada masukkan radish (lobak putih) dan bawang putih pastikan semuanya dilumurkan cili sehingga abis. Tinggalkan sedikit cili utk ditaburkan di atas permukaan kobis.

6. Biarkan seketika...selepas itu masukkan kimchi di dlm bekas/tuppeware yg bertutup selama seminggu. Selepas seminggu buka dan keluarkan sedikit potong dan dimakan dgn nasi putih..

SELAMAT MENCUBA:cak:

You might also like