You are on page 1of 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran dan kelas Topik Masa Standard Kandungan Standard Pembelajaran : : : : : Matematik Tahun 3 A Nombor Bulat Dalam Lingkungan 10 000 9.00 pagi- 10.00 pagi (60 minit) 1.1 / Menamakan dan menentukan nilai nombor 1.1 (i)/ Menamakan nilai nombor hingga 10 000

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: a. membaca sebarang nombor yang diberikan dalam perkataan b. membaca sebarang nombor yang diberikan dalam bentuk angka c. memadan angka dengan namanya dalam perkataan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran: MURID PERDANA 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. o Setiap kumpulan diberikan sekeping lembaran kerja o Murid dikehendaki menyambungkan titik- titik nombor mengikut urutan untuk menghasilkan gambar yang menarik dalam lembaran kerja 2. Setiap kumpulan murid diberikan dua keping kad nombor seperti di bawah: Tiga ribu enam ratus sembilan puluh satu o Seorang murid diminta untuk menyebut perkataan yang terulis dalam kad dan seorang murid lagi dari kumpulan yang sama menulis nilainya dalam papan tulis. MURID LINUS 1. Soal jawab tentang turutan nombor

RIBU

RATUS

PULUH

SA

o Murid mengira bilangan bola berwarna dalam kotak yang dilabelkan ribu, ratus, puluh dan sa apabila seorang murid lagi menyebut nombor dalam bentuk perkataan. o Murid dibimbing untuk menyatakan bilangan bola berwarna dalam setiap bakul. o Murid dibimbing untuk menyatakan dan menuliskan nombor tersebut dalam bentuk perkataan dan bentuk angka.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Keusahawanan (Boleh membina jaringan sosial, melaksanakan projek mengikut langkahlangkah yang telah disediakan, menghasilkan idea daripada pemerhatian). Menaakul (memerhati) Bahan Bantu Belajar: Lembaran Kerja, Kad nombor dalam bentuk angka, Kad nombor dalam perkataan, bola berwarna, kotak- kotak yang dilabelkan dengan ribu, ratus, puluh dan sa. Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran: Penilaian melalui pemerhatian semasa P&P dan perbincangan. Refleksi: 5 daripada 36 murid yang belum mencapai objektif pembelajaran akan dibimbing dalam kelas akan datang.

You might also like