You are on page 1of 24

Aktiviti-aktiviti fungsi Utama

Bagi

Fungsi-

1. Bengkel Interaktif Sebagaimana yang diperuntukan dalam Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) Kumpulan sasar :

Ibu dan bapa atau ibu atau bapa atau penjaga dengan ditem kanak-kanak berdasarkan perintah mahkamah mengikut seks 30(8)(a) dan 93(1)(b), Juga boleh perintah oleh mahkamah bawah seksyen 40(3)(c), 40(3)(d) dan 47(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).

Aktiviti :

Menjadi pakar rujuk terapi kaunseling (individu, kelompok, keluarga dan kerjaya) kepada kaunselor-kaunselor y mengendalikan kes-kes Bengkel Interaktif Akta Kanak-Kanak 2001. Menyediakan khidmat konsultasi psikologi dan kaunseling kepada klien Bengkel Interaktif, Akta Kanak-Kanak 2001.

Membantu menyedia dan mengembangkan garis panduan perkhidmatan dan modul intervensi Bengkel Interaktif, A Kanak-Kanak 2001. Merancang perbelanjaan pengurusan program intervensi Bengkel Interaktif Mengurus profil rekod, statistik dan dokumentasi intervensi Bengkel Interaktif, Akta Kanak-Kanak 2001. Menjalankan pemantauan program intervensi Bengkel Interaktif, Akta Kanak-Kanak 2001.

Menjalankan penyeliaan organisasi dan klinikal perkhidmatan kaunseling dan Bengkel Interaktif, Akta Kanak-Kanak 200 peringkat negeri, daerah dan institusi.

Membantu merancang kerjasama kesepakaran dengan agensi agensi berkaitan seperti IPTA berkaitan bidang psiko dan kaunseling

2. Kaunseling Institusi Matlamat :

Memastikan Tahap Kesejahteraan Psikologikal Penghuni Institusi Mencapai Tahap Yang Optim Melalui Perkhidmatan Kaunseling Dan Program Psikologi. Penghuni Institusi-institusi Kebajikan Jabatan

Kumpulan sasar : Aktiviti :

Menjadi pakar rujuk terapi kaunseling (individu, kelompok, keluarga, perkahwinan, kerjaya) kepada kaunselor di Insti pemulihan dan perlindungan jabatan. Menyediakan khidmat konsultasi psikologi dan kaunseling kepada institusi kanak-kanak, warga tua dan keluarga. Membantu menyediakan dan mengembangkan garis panduan perkhidmatan dan intervensi kaunseling institusi. Membantu merancang perbelanjaan pengurusan program kaunseling institusi. Mengurus profail rekod, statistik dan dokumentasi perkhidmatan kaunseling institusi.

Menjalankan Penyeliaan organisasi dan klinikal perkhidmatan kaunseling dan Bengkel Interaktif Akta Kanak-Kanak 200 peringkat negeri, daerah dan institusi. Menjalankan pemantauan program kaunseling yang dijalankan di institusi. Membantu merancang kerjasama kesepakaran dengan agensi-agensi berkaitan seperti IPTA berkaitan bidang psikologi kaunseling institusi.

3. Kaunseling Komuniti Matlamat : Memastikan Tahap Kesejahteraan Psikologikal Komuniti Tahap Yang Optimum Melalui Perkhidmatan Kaunseling Dan Program Psikologi. Komuniti / Luar

Menca

Kumpulan sasar : Aktiviti :

Menjadi pakar rujuk terapi kaunseling (individu, kelompok, keluarga, perkahwinan dan komuniti) untuk perkhidmatan lu Menyediakan khidmat konsultasi psikologi dan kaunseling kepada komuniti.

Membantu menyedia dan mengembangkan garis panduan perkhidmatan dan modul kaunseling komuniti dalam as pemulihan, pencegahan pengembangan dan intervensi krisis. Membantu, merancang dan menjalankan penilaian keperluan program kaunseling komuniti. Merancang perbelanjaan pengurusan program kaunseling komuniti. Mengurus rekod, statistik dan dokumentasi perkhidmatan kaunseling komuniti. Menjalankan pemantauan program kaunseling yang dijalankan di institusi.

Menjalankan penyeliaan organisasi dan klinikal perkhidmatan kaunseling dan Bengkel Interaktif di peringkat negeri, dae dan institusi.

Membantu merancang kerjasama kesepakaran dengan agensi agensi berkaitan seperti IPTA berkaitan bidang kaunse komuniti. Menyelaras program Badan Pendamai Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Penyelaras Sukarelawan Kaunselor dan Psikologis E- Kaunseling

4. Kaunseling Organisasi Matlamat :

Memastikan Tahap Kesejahteraan Psikologikal Kakitangan Jabatan Mencapai Tahap Y Optimum Melalui Perkhidmatan Kaunseling Dan Program Psikologi. Kakitangan Jabatan

Kumpulan sasar : Aktiviti :

Menjadi pakar rujuk terapi kaunseling (individu, kelompok, perkahwinan, keluarga dan kerjaya) kepada kaunselor y mengendalikan kes-kes kakitangan jabatan. Menyediakan khidmat konsultasi psikologi dan kaunseling kepada kakitangan jabatan.

Membantu menyedia dan mengembangkan garis panduan dan modul pengupayaan kendiri kakitangan berdasarkan P Bil. 18 Tahun 2005. Membantu merancang, melaksana dan menyelaras pelaksanaan penaksiran psikologi kepada kakitangan jabatan. Mengurus profil rekod, statistik dan dokumentasi dari aspek psikologikal kakitangan jabatan. Membuat pemantauan perkhidmatan dan program intervensi kakitangan jabatan.

Membantu menyediakan input dalam proses pengembangan dan pembangunan latihan serta kerjaya kakitangan jabatan Membantu menyediakan input pembangunan dari aspek psikologikal dan psikososial kakitangan jabatan.

Menjalankan Penyeliaan organisasi dan klinikal perkhidmatan kaunseling dan Bengkel Interaktif Akta Kanak-Kanak 200 peringkat negeri, daerah dan institusi. Penyelaras Ahli Panel Kaunselor Negeri.

5. Perundingan dan Penaksiran Psikologi

Menjadi sumber rujukan kepakaran kepada jabatan dari aspek perkhidmatan psikologi dan kaunseling Menjadi pakar rujuk kepada kaunselor bagi pengendalian penaksiran psikologi. Membantu merancang dan menjalankan penyelidikan dan penilaian berkaitan aspek psikologi dan kaunseling. Membantu merancang, menyedia dan mengembangkan garis panduan dan modul pengendalian penaksiran psikologi. Membantu merancang, menyelaras dan melaksana penggunaan penaksiran psikologi kepada klien jabatan. Mengurus profil rekod, statistik dan dokumentasi semua perkhidmatan bahagian kaunseling dan psikologi.

Menjalankan penyeliaan organisasi dan klinikal intervensi Bengkel Interaktif, Akta Kanak-Kanak 2001 dan perkhidma kaunseling di peringkat negeri, daerah dan institusi. Membantu merancang dan menyelaras kerjasama kesepakaran dengan agensi agensi berkaitan penyelidikan penaksiran seperti IPTA dalam bidang psikologi dan kaunseling.

ESEI JENIS JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

ESEI :

Tugas membimbing adalah tanggungjawab bersama kerana setiap orang berperanan melaksanakan tugas nasihat menasihati antara satu sama lain dalam usaha mencari kebahagian dan kejayaan hidup.

Terdapat banyak cara dalam membantu dan membimbing orang manusia. Antaranya memberi nasihat, membimbing, kaunseling dan mungkin melalui proses psikoterapi. Konsep-konsep membimbing ini wajar di fahami kerana melalui kefahaman, pembimbing dapat memainkan peranan masing-masing sama ada sebagai penasihat, pembimbing, kaunselor berdasarkan keupayaan masing-masing. Dalam surah Al-Asr ayat 1-3, Allah S.W.T berfirman, demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling berdasarkan bahawa manusia mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk perkembangan kan diri mereka. Manakala ciri dalam sistem sekolah pula merupakan satu proses yang berterusan, bersifat pendidikan, berdasarkan pada tingkah laku dan menyedari konsep kendiri dan peranan klien yang mempunyai hak untuk memilih. Justeru itu, fokus utama terapi dalam bimbingan dan kaunseling ialah berdasarkan prinsip harga diri individu adalah paling mutlak, setiap individu adalah unik, sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas di mana seorang individu bertindak. Prinsip lain ialah Individu individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka. Seterusnya ialah individu individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh di bantu untuk membuat keputusan yang akan membawa mereka kepada proses arah kendiri. Hal ini juga akan membuatkan mereka lebih serasi dengan persekitaran mereka. Prinsip terakhir terapi dalam bimbingan dan kaunseling ialah individu individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling mesti dijalankan berdasarkan amalan terbaik bimbingan dan kaunseling. Setiap individu mungkin pada masa tertentu memerlukan maklumat dan bantuan kendiri yang hanya boleh diberikan oleh seorang kaunselor profesional yang cekap. Kebimbangan utama proses bimbingan dan kaunseling ialah bagaimana individu individu berfungsi di dalam persekitaran sosial mereka. Justeru, tujuan utama ialah untuk menolong individu individu untuk menjadi manusia seimbang dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling membolehkan seseorang untuk menjadi individu integrasi dan mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika dibimbing dengan baik setiap individu boleh mencapai potensi optimumnya. Untuk mencapai tujuan yang murni ini terapi dalam bimbingan dan kaunseling merangkumi jenis jenis terapi seperti berikut terapi perkembangan, terapi pencegahan, terapi pemulihan dan terapi intervensi krisis.

RAJAH 1 : JENIS - JENIS TERAPI

RAJAH 2 : TERAPI PERKEMBANGAN

Jenis terapi pertama ialah terapi perkembangan yangPendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid di alam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik.

Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi. Perkembangan bimbingan merujuk kepada program-program yang direka untuk meningkatkan fungsi dan perkembangan potensi individu dan kumpulan yang sihat. Fokus pendekatan ini adalah untuk membantu murid-murid memperolehi pertumbuhan peribadi yang positif menerusi pelbagai peringkat dalam kehidupan mereka. Bimbingan merangkumi kompetensi murid atau hasil yang perlu dicapai bagi setiap daripada tiga domain perkembangan, iaitu, akademik, kerjaya dan peribadi/sosial. Adakah anda tahu apakah keperluan perkembangan bimbingan bagi murid-murid ? Ianya adalah seperti berikut :

Tahap Perkembangan Akademik sekolah 1

Perkembangan Kerjaya

Perkembangan Peribadi/Sosial

Murid-murid perlu dibantu Murid-murid perlu dibantu Murid-murid perlu dibantu dalam perkembangan dalam perkembangan dalam perkembangan berikut: berikut: berikut: Kemahiran asas yang Kebolehan untuk mereka perlukan untuk menjelaskan pekerjaan di pelbagai latar, jenis berjaya di sekolah (3M) pekerjaan dalam ahli Menjelaskan keluarga,. bagaimana mereka belajar sesuatu, bagaimana Kebolehan untuk mereka mengingat kembali menjelaskan apa yang maklumat, dan bagaimana mereka suka lakukan dan mereka merancang untuk bagaimana mereka berubah dari tahun ke menyelesaikan tugasan. tahun Keupayaan untuk mengenalpasti situasi di Kesedaran tentang mana pembelajaran adalah perbezaan antara rakan mudah atau sukar sebaya dan diri mereka. Kesedaran kendiri, keyakinan dan kompetensi Kemahiran dalam menjelaskan perhubungan dan proses dalam menjalin dan mengekalkan persahabatan Gambaran positif tentang attribut dan keunikan kualiti bagi diri sendiri dan orang lain.

Tanggungjawab terhadap tugasan di rumah, sekolah dan penjagaan diri Kesedaran tentang serta hak milik kemahiran yang mereka ada

Murid-murid perlu dibantu Murid-murid perlu dibantu Murid-murid perlu dibantu dalam perkembangan dalam perkembangan dalam perkembangan berikut: berikut: berikut: Strategi yang Pengiktirafan terhadap Menjelaskan tentang

Tahap Perkembangan Akademik sekolah membantu murid belajar seperti mengambil nota, mengamalkan kemahiran mengingat, menetapkan matlamat dan bersedia untuk ujian

Perkembangan Kerjaya

Perkembangan Peribadi/Sosial

pilihan yang dibuat diri mereka, kekuatan oleh manusia terhadap pekerjaan serta peranan mereka lain dalam hidup mereka Mengena lpasti akibat Kebolehan untuk daripada tindakan mereka menghuraikan pekerjaan ke atas orang lain dan Memahami bagaimana yang dilakukan oleh lelaki adanya kesan dari pilihan pembelajaran berlaku dan perempuan, dan tersebut secara berbeza terhadap hubungan antara minat Memahami bagaimana individu yang berbeza dan dan keupayaan untuk trait berkembang bagaimana ianya berlaku bekerja Keupayaan untuk serentak di dalam dan di Kebolehan melahirkan penghargaan luar sekolah. untuk menjelaskan kepada orang lain di atas Kebolehan untuk bagaimana kehidupan kualiti diri mereka yang mengaplikasi kemahiran mereka pada masa akan unik berbeza bagi datang Keupayaan untuk matapelajaran dan latar mengetahui bila perubahan sekolah yang berbeza mungkin atau tidak Kebolehan untuk mungkin berlaku menghuraikan perkara Keupayaan untuk yang dipelajari berkaitan mengenal pasti dan diri mereka dengan melahirkan perasaan dalam mengambil ujian adab yang diterima

Ciri-ciri perkembangan bimbingan adalah seperti berikut iaitu merupakan usaha jangka panjang, berbentuk kumulatif ( terkumpul ), ia juga tertumpu kepada perkembangan individu secara menyeluruh dan ia juga menekankan tugasan kes individu, perundingan, koordinasi, memprogram, kaunseling dan kerja kumpulan. Berbagai teknik dapat digunakan dalam pendekatan ini seperti mengajar, tukar informasi, bermain peran, melatih, tutorial dan kaunseling. Di dalam pendekatan perkembangan, keterampilan dan pengalaman belajar yang menjadi kebutuhan anak didik akan dirumuskan ke dalam suatu kurikulum bimbingan (guidance curriculum). Pendekatan perkembangan bertolak dari pemikiran bahawa perkembangan yang sihat akan berlangsung dalam interaksi yang sihat antara anak didik dengan lingkungannya. Kemahiran kemahiran yang meliputi dalam satu program terapi perkembangan hasil pembelajaran murid murid dalam tiga bidang iaitu perkembangan kendiri atau sosial, perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya. Kemahiran kemahiran ini boleh dicapai melalui mod mod

seperti pengajaran bilik darjah, kaedah bimbingan kumpulan dan program atau projek. Guru guru bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alatan penilaian pencapaian untuk mengukur tahap kejayaan murid murid yang terlibat dalam terapi perkembangan. Antaranya ialah hasil pembelajaran perkembangan yang berintergrasi dan berperingkat, penilaian yang berdasarkan proses proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, resos resos profesional dan pendidikan pos sekolah menengah dan bahan bahan dan program program yang berkaitan dengan kerjaya.

RAJAH 3 : TERAPI PENCEGAHAN

Terapi pencegahan pula terapi kedua yang berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS, taklimat persediaan menghadapi peperiksaan, ceramah motivasi dan kem waja diri. Pencegahan adalah berkaitan dengan kemahiran mengenal pasti apa yang diperlukan sekarang atau yang diperlukan pada masa akan datang serta cara memperolehi kemahiran tersebut. Tujuannya adalah untuk menangani masalah pada masa depan dan untuk dialih bagi mencegahnya dengan menyediakan individu atau kumpulan kemahiran yang diperlukan atau dengan menghasilkan perubahan di persekitaran. Usaha mencegah berlaku sebelum sesuatu masalah dikenal pasti. Pencegahan hanya berlaku apabila usaha dilakukan bagi memastikan masalah kecil tidak menjadi semakin serius. Usaha bagi mencegah kesukaran belajar mempunyai matlamat iaitu mengelakkan sepenuhnya dari masalah. Bimbingan pencegahan menekankan jangkaan masalah akan datang dan menyediakan maklumat dan latihan kemahiran yang perlu bagi mencegah masalah yang mungkin timbul. Pencegahan selalunya proaktif, iaitu langkah permulaan, jangkaan, menghadapinya secara aktif dan sasaran adalah

ditumpukan kepada satu kumpulan besar manusia bukan secara individu, dalam menjangka masalah kehidupan yang melemahkan. Sasaran kumpulan terhadap program pencegahan secara amnya dianggap berisiko, atau mudah dipengaruhi dan kadang kala mengalami keadaan kecelaruan dalam jangka masa terdekat. Objektif utama adalah untuk menyampaikan aktiviti-aktiviti dan program-program yang boleh mencegah atau sekurang-kurangnya dapat meminimakan insiden kecelaruan terhadap populasi yang berisiko ini. Sebagai contoh, program pencegahan penagihan dadah untuk murid-murid di sekolah rendah. Kaunselor bimbingan melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan kerjaya pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi strategi seperti intervensi awal dan memberikan respon dengan serta merta kepada murid murid yang sedang menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka. Namun untuk mencapai matlamat matlamat terapi pencegahan, seseorang kaunselor perlu menggunakan strategi strategi berikut pula iaitu menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah masalah yang dihadapi oelh klien. Strategi lain pula ialah bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan serta konsultasi dengan guru guru lain dan ibu bapa dan juga merekomodasikan masalah klien kepada pakar pakar lain dan ibu bapa. Sesetengah daripada alat penilaian pencapaian yang digunakan oleh ahli ahli kaunselor dalam terapi pencegahan pada tahp rendah, menengah dan peringkat pra-universiti termasuk penilaian individu, aktiviti-aktiviti pembelajaran sokongan yang dikordinasikan oleh murid murid dan juga perancangan sistematik dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagi murid murid yang menghadapi masalah akademik dan masalah penyesuaian yang serius, kaunselor bimbingan perlu menggunakan terapi pemulihan untuk membantu mereka.

RAJAH 4 : TERAPI PEMULIHAN

Terapi ketiga pula jenis Pemulihan. Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama terapi pemulihan ialah untuk menggunakan teknik teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan dan akan memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu. Tujuan sampingannya ialah untuk mengurangkan masalah pendidikan antara murid murid adan sekolah. Pemulihan adalah satu proses yang diapplikasikan selepas penemuan masalah yang bertujuan untuk mendorong modifikasikan tingkah laku yang bermasalah. Terapi ini bergantung kepada diagnosis lengkap dan kajian terhadap individu dan masalahnya, diikuti dengan membuat keputusan apakah bentuk kejadian yang dapat memperkukuhkan tingkah laku yang dikehendaki dan memansuhkan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Murid-murid yang tidak boleh berfungsi semasa berada dalam keadaan sekolah yang normal boleh dibantu untuk memodifikasikan tingkah lakunya melalui penggunaan teknik-teknik tertentu supaya dapat kembali ke bilik darjah normal. Pemulihan adalah menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid yang menghadapi masalah yang spesifik. Rekabentuk program pemulihan memfokuskan cara menggalakkan muridmurid membuat pilihan yang sihat dan bersesuaian serta berkebolehan untuk menggunakan strategi yang berkesan. Guru pembimbing menggunakan pendekatan pendidikan pemulihan terhadap muridmurid yang belum berkembang atau mendemonstrasikan kemahiran membuat pilihan yang sihat dan untuk mereka yang memerlukan bantuan dalam menangani situasi yang sukar. Terdapat beberapa sokongan pendidikan oleh ahli ahlu kaunselor dalam proses terapi pemulihan di antaranya ialah merancang aktiviti aktiviti kelab, menstrukturkan trancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran pemulihan. Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam bimbingan ini dan ia merupakan satu jenis pengajaran yang berbeza daripada pengajaran biasa dari perspektif perspektif seperti tugasan tugasan kendiri, penggunaan masa individu dan sesi sesi bimbingan dan kaunseling dan juga sebelum seorang murid dinilai sebagai mempunyai pencapaian akademik yang rendah, dia mesti dibberikan peluang untuk melibatkan diri dalam pengajran pemulihan. Pengajran pemulihan boleh dijalankan sama ada dalam masa sisitem persekolahn ataupun di luar masa persekolahan. Aspek aspek penting yang lain yang diliputi dalam proses terapi [pemulihan ialah membekalkan kemahiran belajar, menyiasat dan menyemak kehadiran murid murid ke sekolah, meningkatkan ilmu kendiri, membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan dan membincangkan profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja. Dalam membimbing murid murid yang lemah dalam bidang akademik, kaunselor mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibi bapa atau pakar pakar pendidikn yang dapat menyumbang kepada penyelesaian spesifik yang dihadapi oleh murid murid sekolah.

RAJAH 5 : TERAPI INTERVENSI KRISIS

Terapi terakhir ialah terapi intervensi Krisis yang mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan. Guru pembimbing juga terlibat dalam perhubungan berorientasikan krisis dengan murid-murid dan keadaan ini mengukuhkan proses permulaan yang terus dirujuk kepada mereka yang profesional dan agensi-agensi lain di dalam komuniti. Pendekatan krisis selalunya berbentuk arahan dan berorientasikan tindakan. Apabila murid-murid menghadapi krisis, guru pembimbing tidak mempunyai masa yang banyak untuk membenarkan murid-murid membuat refleksi-kendiri, penerokaan dalaman terhadap persepsi dan aspek tumpuan. Biasanya murid-murid yang dilanda krisis memerlukan panduan, dan sehingga mereka berada dalam keadaan stabil serta selamat maka mereka dianggap bertanggungjawab untuk membuat keputusan. Tanggungjawab ini datang secara beransur-ansur, setelah pelan tindakan awal diperkukuhkan dan murid-murid telah mengalami kejayaan peringkat awal. Terapi intervensi krisis dalam bimbingan dan kaunseling juga memandu seorang kaunselor untuk menolong klien klien untukmengendalikan situasi situasi kritikal atau kejadian kejadian yang belaku dalam kehidupan. Sebuah krisis didefinisikan sebagai satu situasi atau kejadian di mana seorang individu rasa tertekan atau mempunyai maslah menyesuaiakan diri dalam sesuatu situasi. Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kematian ahli keluarga, kehilangan pekerjaan atau penamatan sesuatu perhubungan persahabatan. Pada masa ini, seseorang individu akan

mengalami pelbagai perasaan dan setiap individu mempunyai respon yang berbeza kepada sesuatu krisis. Adalah biasa untuk murid murid merasai takut, bimbing atau sedih pada masa yang sama. Kebanyakkan guru guru bimbingan mendapati bahawa murid murid yang mempunyai krisis mental mungkin menunjukkan ciri ciri berikut iaitu tidak boleh menyebut perkataan dengan tepat, todak boleh menyusun perkataan untuk membina ayat dengan tepat, membaca dengan kadar lambat, tidak boleh membaca langsung dan jangkamasa penumpuan perhatian murid murid semasa guru mengajar adalah terlalu singkat. Oleh itu, guru guru bimbingan dan kaunseling perlu bersedia menghadapi krisis di kalangan murid murid sekolah. Ahli ahli kaunselor perlu menyediakan sokongan dan bimbingan kepada individu individu atau kepada kumpulan kumpulan seperti keluarga atau komuniti semasa sesuatu krisis. Tujuan tujuan utama terapi intervensi krisis seperti mengurangkan kesakitan emosi, menentukan bahawa individu dalam krisis rasa selamat dam membantu satu rancangan untuk mengendalikan krisis tersebut. Kemahiran, maklumat dan perkhidmatan sokongan yang diperolehi daripada terapi intervensi krisis kaunseling juga boleh membantu seseorang atau satu kumpulan individu untuk meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup mereka. Justeru itu, kaunseling krisis dan intervensi sangat berguna dan perlu dalam sesuatu krisis. Dalam terapi intervensi krisis ini mrnggunakan sembilan langkah iaitu yang pertama ialah pendidikan. Seorang kaunselor krisis yang efektif akan membekalkan pendidikan melalui maklumat, aktiviti dan struktur yang akan menolong seorang individu untuk memilih dan bergerak daripada krisis.langkah kedua ialah pemerhatian dan kesedaran. Satu lagi fungsi spesifik kaunselor ialah untuk meningkatkan tahap pemerhatian dan kesedaran individu. Hal ini akan membawa pilihan kepada individu untuk menggalak proses pemulihan semula. Langkah ketiga ialah menggunakan potensi individu. Kaunselor akan membimbing murid murid untuk memahami bahawa setiap krisis memberi satu peluang untuk pertumbuhan kendiri. Justeru, adalah penting bagi mereka untuk memahami supaya menggunakan sesuatau krisis untuk menemui potensi tertinggi kendiri. Langkah keempat pula ialah memahami masalah. Kaunselor akan membantu klien klien untuk memahami cara cara yang pailing penting dalam menyelesaikan masalah peribadi dengan resos resos dan kebolekan yang ada semasa sesuatu krisis berlaku. Langkah kelima adalah mewujudkan struktur yang berkaitan. Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara cara untuk menamatkan sesuatu krisis. Langkah yang keenam ialah mencabar kepercayaan yang tidak rasional. Kaunselor akan menyakinkan murid muid untuk menenrima kenyatan bahawa krisis ialah masa kesedihan dan cara mereka respon adalah penting. Murid murid akan merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah, kegelisahan mereka akan hilang. Langkah ketujuh ialah menghapukan tingkah laku adiktif. Kaunselor boleh menasihati individu yang setengah masalah krisis adalah hasil daripada adiksi. Mereka juga boleh menasihati klien supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan dadah, minum arak atau pun pengaruh pengaruh negatif yang lain. Langkah kelapan pula ialah mencipta penggantungan sementara. Kaunselor boleh membimbing individu individu untuk membentuk perhubungan ringkas dengan orang lain untuk mendapat sokongan. Penggantungan sihat ini hanya sementara dan boleh menolong mereka untuk berkonsi kepedihan dan kesakitan mereka. Langkah yang terakhir ialah menghadpai ketakutan dan kesakitan emosi. Dalam

langkah akhir, kaunselor akan mengingkatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi ialah respon yang paling sihat semasa sesuatu krisis berlaku. Kesimpulanya, perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu yang mempraktikkannya tetapi inti pati tugas seorang kaunselor terhadap kliennya sama ada dari kelompok kecil atau individu yang bermasalah dan memerlukan bantuan adalah sama-sama memikirkan cara penyelesaian kesulitan dan kekusutan yang dialami seterusnya memilih alternatif-alternatif yang sesuai dan dengan bantuan kaunselor mereka melaksanakan jalan penyelesaian yang dipilih. Kesediaan kaunselor dan klien mahupun situasi dan tempat untuk memulakan sesi kaunseling adalah penting untuk memastikan kaunseling dapat berjalan dengan lancar. Dalam hal ini kaunselor seharusnya bijak meyakinkan kliennya bahawa dia benar-benar bersedia dan bersungguh-sungguh ingin membantunya dan mengambil berat masalah yang dibawa, secara jujur dan ikhlas sama ada dinyatakan secara lisan atau gerak tubuh di samping menyediakan fasiliti yang sesuai dalam memulakan sesi kaunseling. Penstrukturan sesi kaunseling perlu dilaksanakan agar masa yang diperuntukkan kepada klien dapat digunakan sepenuhnya dengan topik perbincangan yang relevan dengan pokok perbincangan yang dibawa. Penstrukturan ini juga perlu dijelaskan peranan kaunselor sebagai fasilitator dan klien yang dapat menerima dan membuat pilihan alternatif berpaksikan matlamatnya bertemu dengan kaunselor di mana kaunselor bertindak berdasarkan etika kaunseling secara professional. Matlamat sesi pertama adalah penting bagi klien membina kepercayaannya kepada kaunselor yang akan sentiasa memerhatikan segala apa yang dilakukan oleh klien semasa perbincangan tersebut di mana matlamat utamanya adalah mengasaskan satu hubungan yang baik, supaya perbincangan selanjutnya akan lebih mudah dan mesra. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa proses kaunseling merupakan satu proses yang berterusan dan melalui fasa-fasa tertentu apabila wujud persetujuan dan kata sepakat antara kaunselor dan klien yang membolehkan pelaksanaan proses tersebut berjalan seterusnya. Walau bagaimanapun, persetujuan ini boleh berubah-ubah mengikut keadaan masa dan juga kehendak klien sendiri dan boleh ditamatkan apabila klien telah memperoleh jalan penyelesaian berdasarkan beberapa alternatif terhadap pokok perbincangan yang dibawa kepada kaunselor. Proses kaunseling juga boleh diberhentikan segera, sekiranya kaunselor mendapati tiada jalan lain untuk membantu klien dan lazimnya ia akan merujuk kepada pakar lain untuk meneruskan proses tersebut yang gagal dilaksanakan dengan sempurna. Biar bagaimana sekalipun proses ini patut ditamatkan seharusnya kaunselor bertindak secara bijaksana dan professional agar semua pihak yang terlibat dalam pertemuan ini berpuas hati.

Jenis-Jenis terapi dan Peranan Guru Biasa sebagai Guru Pembimbing


PENGENALAN Bimbingan dan kaunseling merupakan satu kaedah atau pendekatan yang digunakan untuk membimbing murid-murid dalam mendapatkan panduan atau jalan penyelesaian yang baik seandainya menghadapi masalah. Namun demikian, tidak semua sekolah rendah di negara ini disediakan dengan khidmat guru kaunseling. Apa pun bimbingan dalam pendidikan adalah sangat perlu diberi perhatian oleh semua pihak disesebuah sekolah sama ada pihak pentadbir,guru kaunseling serta guru biasa juga turut memainkan peranannya jua.

Bimbingan membawa erti memberi panduan atau nasihat kepada seseorang. Dalam konteks pendidikan bimbingan ini merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan dengan betul kepada muridmurid. Kaunseling pula, merupakan satu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Kaunseling sebenarnya bukan sahaja bertujuan menolong klien menyrsuaikan diri dengan keadaan alam social di sekolah, tetapi turut menolong memahami kelebihan dan kelemahannya, potensi serta keupayaannya.

Kesimpulannya, di peringkat sekolah bimbingan dan kaunseling ini merupakan proses pertemuan secara bersemuka di antara guru bimbingan yang memainkan peranan sebagai guru kaunselor. Murid pula, dipanggil atai di istilahkna sebagai klien atau orang yang menghadapi masalah peribadi contohnya masalah dalam bidang akademik dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku yang baik kepada murid tersebut. Perubahan ini juga seterusnya membawa kepada penyelesaian masalah yang dihadapinya.

JENIS-JENIS TERAPI DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka. Berdasarkan kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling diwujudkan untuk meneroka perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling bagi sistem sekolah berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu proses yang berterusan,

bersifat pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep kendiri serta peranan klien yang mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu :

Harga diri individu adalah paling mutlak ; Setiap individu adalah unik; Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu bertindak; Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka;

Individu-individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu untuk membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan persekitaran mereka. Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat perkembangan kanakkanak kepada peringkat dewasa.

Harga diri individu adalah paling mutlak. Ini kerana, harga diri seseorang adalah sesuatu yang perlu dijaga dan dihormati. Murid perlu dilatih untuk menghargai diri mereka. Hal ini kerana, setiap individu adalah yang unik. Individu itu dikatakan unik dari segi baka, bakat, minat serta kebolehan yang ada. Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu itu bertindak. Ini disebabakan oleh sikap seseorang mampu mendorong mereka melahirkan pandangan yang mungkin tidak sama dengan orang lain. Pandangan itu lahir mungkin disebabkan oleh persepsinya dalam berhadapan dengan masalah. Contohnya seorang murid menghadapi masalah ponteng kelas. Murid ini berpandangan masuk kelas merupakan satu keaadaan yang membosankan. Maka sikap serta persepsi yang tertanam di dalam pemikirannya itu telah membawa murid tersebut ke arah satu tindakan demikian. Dengan itu, sikap serta persepsi secara tidak langsung adalah asas kepada tindakan yang dibuatnya.

Individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan bolh dibantu untuk membuat keputusan kea rah kendiri yang baik. Hal ini kerana setiap individu pada dasarnya mempunyai satu tingkahlaku yang baik dan unik yang boleh dibimbing, dibentuk atau digilap dengan pendekatan dan cara yang betul. Keupayaan membimbing murid-murid ini dengan gaya yang betul akan membuatkan mereka lebih serasi dengan persekitaran disekolah pada amnya.

Dalam pada itu juga, setiap individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa. Ini kerana, dalam membentuk satu tingkahlaku yang baik dikalangan kanak-kanak iaitu murid sekolah mereka ini perlu diberi pendedahan berkaitan dengan tingkahlaku yang baik. Ini bertujuan supaya mereka dapat membanding beza di antara sikap

yang positif dan negatif dalam kehidupan seharian. Pendedahan kepada masalah tingkahlaku juga secara tidak langsung membimbing mereka apabila dewasa kelak telah mampu mendisiplinkan diri dengan sikap yang baik ynag disenangi oleh semua orang.

Setiap individu mungkin memerlukan maklumat dan bantuan kendiri daripada seorang kaunselor yang cekap dan professional maka menjadi tugas seorang ahli kaunselor untuk menolong individu terbabit untuk menjadi manusia yang seimbang dan mencapai potensi mereka. Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling membolehkan seseorang individu mencapai potensinya dengan sepenuhnya. Jika dibimbing dengan baik maka setiap individu dapat mencapai potensi dirinya secara optimum. Untuk mencapai tujuan tersebut maka terapi dalam bimbingan kaunseling diwujudkan melalui jenis- jenis terapi berikut iaitu :

1. Terapi Perkembangan 2. Terapi Pencegahan 3. Terapi Pencegahan 4. Terapi Intervensi Krisis

1) Terapi Perkembangan

Tujuan utama terapi ini diadakan ialah untuk membantu dan membimbing murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam sistem sekolah. Oleh itu satu program telah dirangka untuk mencapai tahap perkembangan potensi individu secara menyeluruh. Antara kemahiran-kemahiran yang boleh dicapai melalui program terapi ini ialah melalui mod pengajaran bilik darjah,kaedah bimbingan secara kumpulan dan program atau projek sekolah seperti hari kerjaya,kursus motivasi serta seminar-seminar untuk mencapai kecemerlangan akademik. Hasil daripada kemahiran yang telah dicapai boleh dilihat melalui tiga bidang iaitu perkembangan kendiri/sosial, perkembangan pendidikan dan perkembangan kerjaya murid-murid.

Bimbingan terapi perkembangan ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha untuk memotivasikan individu supaya dapat membentuk personality dan konsep kendiri yang positif. Tujuannya adalah untuk membawa klien ke arah mencapai prestasi diri yang lebih baik. Contohnya, guru kaunseling melakukan satu aktiviti mengedarkan satu borang personaliti bagi untuk kenalpasti potensi diri serta bakat yang

tersembunyi. Borang ini boleh diberi semasa sesi seminar mengenal personality diri. Secara tidak langsung klien atau murid tertarik untuk mengetahui ciri-ciri personality yang mereka ada, yang sebelum ini tidak pernah diketahuinya.

Guru bimbingan dan kaunseling boleh menggunakan pelbagai alat penilaian untuk mengukur pencapaian murid-murid yang terlibat dalam terapi perkembangan. Antaranya ialah seperti berikut :

Hasil pembelajaran perkembangan yang berintegrasi dan berperingkat; Penilaian yang berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah; Resos-resos profesional;dan

Pendidikan pos sekolah menengah dan bahan-bahan dan program-program yang berkaitan dengan kerjaya.

Hasil pembelajaran perkembangan yang berperingkat. Melalui terapi perkembangan yang dibuat secara berperingkat ini guru kaunseling dapat melihat perubahan tingkahlaku yang dialami oleh kliennya itu. Seterusnya penilaian boleh dibuat berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian di dalam bilik darjah guru kaunseling boleh bertanyakan guru kelas berkaitan dengan perkembangan perubahan tingkahlaku murid berkenaan sama ada baik atau pun sebaliknya. Selain daripada itu, guru kaunseling juga boleh merujuk kepada resos-resos profesional dengan bantuan teori yang bersesuaian.

2) Terapi Pencegahan

Tujuan utama bimbingan terapi pencegahan ialah untuk mencegah murid-murid daripada menghadapi masalah penyesuaian. Bimbingan atau terapi pencegahan ini juga merujuk kepada penggunaan pendekatan untuk mencegah atau menyekat kemungkinan berlakunya aktiviti yang tidak diingini. Contohnya seperti aktiviti penyalahgunaan dadah, AIDS, kelakuan tidak bermoran dan sebagainya. Oleh itu kaunselor bimbingan akan melibatkan diri dalam satu program bimbingan dan kerjaya pencegahan komprehensif dengan menggunakan strategi strategi berikut :

1. Intervensi awal; dan 2. Memberikan respon dengan serta-merta kepada murid-murid yang sedang menghadapi masalah atau krisis yang mengganggu pembelajaran mereka.

Intervensi awal atau lebih dikenali sebagai pemulihan awal. Bak kata pepatah cegah sebelum merebak. Guru kaunseling boleh mengadakan sesi kaunseling untuk mencegah masalah yang dihadapi oleh murid. Sebagai contoh segalanya bermula dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Melalui cara ini guru kelas dapat mengenalpasti sebarang masalah yang dihadapi oleh murid di dalam kelas. Hanya guru kelas merupakan orang yang paling hamper dengan muridnya ketika berada di dalam kelas. Seandainya masalah sudah dapt dikenalpasti dengan cepat maka dengan itu intervensi awal boleh dilaksanakan. Secara tidak langsung juga dapat meberi satu respon dengan serta- merta kepada murid yang menghadapi masalah atau krisis diri.

Bagi mencapai matlamat tersebut, kaunselor juga menggunakan strategi-strategi seperti menyediakan maklumat lengkap mengenai masalah-masalah yang dihadapi klien, bimbingan dan kaunseling individu dan kumpulan, konsultasi dengan guru-guru lain dan ibu bapa serta merekodmendasikan masalah klien kepada pakar-pakar lain dan ibu bapa. Alat penilaian yang digunakan oleh kaunselor dalam terapi pencegahan ialah penilaian individu, aktiviti sokongan pembelajaran yang dikordinasikan oleh muridmurid dan perancangan sistematik dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Bagi murid-murid yang menghadapi masalah akademik dan penyesuaian yang serius maka kaunselor perlu menggunakan terapi pemulihan untuk membantu mereka.

3) Terapi Pemulihan

Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama adalah menggunakan teknik-teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan. Selain itu, untuk mengurangkan masalah pendidikan antara murid-murid dan sekolah. Bimbingan penyediaan kemudahan juga boleh diketengahkan dengan merujuk kepada kes-kes penempatan dalam bidang kerjaya, penyelesaian masalah kemudahan yang berkaitan dengan bidang kurikulum dan kokurikulum.

Di antara beberapa aktiviti sokongan pendidikan oleh ahli-ahli kaunselor dalam proses terapi pemulihan ialah merancang aktiviti-aktiviti kelab, menstrukturkan rancangan pengajaran untuk meningkatkan

pencapaian murid dan pengajaran pemulihan yang biasanya dijalankan sama ada masa sistem persekolahan ataupun di luar masa persekolahan.

Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam terapi bimbingan ini kerana ia berbeza dari pengajaran biasa. Antara aspek-aspek penting dalam proses terapi pemulihan ialah : Membekalkan kemahiran belajar; Menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah; Meningkatkan ilmu kendiri; Membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan;dan Membincang profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja.

Membekalkan kemahiran belajar kepada murid. Contohnya menyatakan kebaikan serta kelebihan kaedah belajar secara individu ataupun secara berkumpulan. Ini membantu murid mengetahui kecenderungan mereka untuk mempersiapkan diri apabila mengahadapi ujian mahupun peperiksaan. Seterusnya menyiasat dan menyemak kehadiran murid-murid ke sekolah. Dengan berbuat demikian, guru kaunseling dapat mengenalpasti mana-mana murid yang bermasalah untuk datang atau hadir ke sekolah.

Meningkatkan ilmu kendiri. Bantuan daripada guru kaunseling untuk membimbing murid meningkatkan ilmu kendiri yang beraitan dengan diri murid itu sendiri. Peningkatan ilmu kendiri di kalangan murid membantu mereka menerima baik buruk tingkahlaku yang telah sedia ada di samping berusaha untuk memupuk satu sikap yang baik dari semasa ke semasa dengan terapi yang ada.

Dalam membimbing murid-murid yang lemah dalam bidang akademik kaunselor mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibubapa atau pakar-pakar pendidikan yang dapat menyumbang kepada penelesaian spesifik yang dihadapi oleh murid-murid. Sesunggunya kelemahan dan kekurangan ini dapat di atasi dengan cara yang baik seandainya semua orang di sekeliling bergabung bersatu hati dan peka dengan perkembangan perubahan tingkalaku anak masing-masing.

4) Terapi Intervensi Krisis

Terapi ini diadakan untuk membantu kaunselor menghadapi serta mengendalikan situasi-situasi kritikal atau kejadian-kejadian yang berlaku dalam kehidupan klien-kliennya. Sebuah krisis didefinisikan sebagai datu situasi atau kejadian di mana seorang individu rasa tertekan atau mempunyai masalah menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi. Sebuah krisis mungkin disebabkan oleh kejadian seperti kamatian ahli keluarga,kehilangan pekerjaan atau terputusnya hubungan persahabatan. Pada masa inilah pelbagai perasaan akan dialami dan respon yang berbeza terhadap sesuatu krisis.

Bimbingan krisis adalah satu pendekatan bimbingan yang merujuk kepada kes-kes kritikal. Contohnya adalah seperti bertumbuk dengan tujuan untuk mencederakan seseorang, percubaan membunuh orang atau diri sendiri, mengalami masalah mental atau terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Tujuan utama terapi kaunseling krisis ini ialah :

Untuk mengurangkan stres/ketegangan dan kekecewaan di sekolah Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja Menstabilkan emosi Meningkatkan produktiviti Mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak di ingini. Mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif Mengurangkan penderitaan emosi disebabkan krisis

Kebanyakan guru bimbingan dan kaunseling mendapati bahawa murid-murid yang mengalami krisis mental menunjukkan ciri-ciri seperti tidak boleh menyebut perkataan dengan tepat, tidak boleh menyusun perkataan untuk membina ayat,membaca dengan kadar lambat,tidak boleh membaca langsung dan penumpuan terhadap pengajaran guru yang singkat.

Justeru itu para kaunselor telah menyediakan sembilan langkah untuk yang boleh digunakan dalam terapi intervensi krisis iaitu :

1. Pendidikan Kaunselor akan memberikan maklumat,aktiviti dan struktur yang akan membantu individu memulih dan bergerak daripada krisis.

2. Pemerhatian dan Kesedaran Kaunselor akan meningkatkan pemerhatian dan kesedaran terhadap individu dan menggalakkan pemulihan melalui pilihan yang diberi kepada individu tersebut.

3. Menggunakan Potensi Individu Kaunselor akan membimbing murid-murid untuk memahami potensi individu bagi menghadapi krisis bagi pertumbuhan kendiri serta member peluang kepada mereka untuk menemui potensi kendiri tertinggi.

4. Memahami Masalah Kaunselor akan membantu klien-klien untuk memahami cara-cara yang paling penting dalam menyelesaikan masalah peribadi dengan resos-resos dan kebolehan yang ada semasa sesuatu krisis berlaku.

5. Mewujudkan Struktur yang Berkaitan Kaunselor akan membantu individu menjadi aktif dalam cara-cara untuk menamatkan sesuatu krisis.

6. Mencabar Kepercayaan yang Tidak Rasional Kaunselor akan meyakinkan murid-murid untuk menerima kenyataan bahawa krisis ialah masa kesedihan dan caramereka respon adalah penting. Murid-murid akan merasa yakin jika mereka dapat mengatasi masalah.

7. Menghapuskan Tingkah Laku Adiktif Kaunselor boleh menasihati klien tidak terjebak gejala negatif kerana setengah dari sesuatu krisis adalah hasil daripada (adiksi)

8. Mencipta Penggantungan Sementara Kaunselor boleh membimbing individu-individu untuk membina hubungan ringkas yang sementara kerana penggantungan sihat ini boleh menolong mereka berkongsi kesedihan dan kesakitan mereka.

9. Menghadapi Ketakutan dan Kesakitan Emosi Kaunselor akan mengingatkan klien bahawa menghadapi kesakitan emosi adalah respon yang paling sihat semasa krisis berlaku.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING.

Tidak semua sekolah mempunyai guru bimbingan dan kaunseling,maka guru biasa juga boleh memainkan peranan sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling bagi menghindari masalahmasalah dalam sistem persekolahan. Ini kerana guru biasa lebih mengenali murid-murid mereka dalam bilik darjah dengan baik dan dapat membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkahlaku muridmurid mereka.

Antara peranan guru biasa sebagai guru bimbingan dan kaunseling ialah meneliti kedua-dua keperluan intelektual dan psikososial murid-murid, memahami pencapaian akademik murid-murid yang rendah berkait dengan konsep kendiri yang rendah, bekerja dengan kumpulan klien spesifik dan mengendalikan sesi-sesi konsultasi dengan ibu bapa serta mengendalikan penyelidikan dalam sekolah untuk menyediakan keperluan dan profil murid-murid. Guru biasa juga perlu dibekalkan dengan ilmu dan kemhiran-kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling seupaya mereka dapat membantu muridmurid yang menghadapi masalah vandalism atau mereka yang tidak dapat menumpukan perhatian dalam bilik darjah.

Dalam proses bimbingan dan kaunseling, guru-guru biasa perlu menjalankan prosedur tertentu untuk membimbing murid iaitu :

1. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah atau menunjukkan kendiri yang rendah

2. Mengumpul data-data mengenai murid-murid yang bermasalah yang berkait dengan kebolehan dan pengalaman lampau 3. Memberikan sesi kaunseling kepada murid-murid tersebut sama ada secara individu atau berkumpulan.

Selain itu, guru biasa juga perlu menggunakan strategi bimbingan dan kaunseling untuk memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid iaitu membantu murid-murid mengenali kekuatan mereka dan menjadi lebih terbuka serta berkeyakinan, membantu murid-murid lebih jelas mengenai diri mereka sebagai seorang individu, membantu murid-murid lebih kuat dan yakin, membantu muridmurid mengatasi isu-isu seperti stres,buli,kebimbangan menghadapi peperiksaan, persahabatan, masalah keluarga dan sebagainya serta membantu murid-murid memilih mata pelajaran yang ingin mereka belajar.

Kesimpulannya, peranan guru biasa sebagai guru pembimbing ini ialah berusaha untuk menolong murid membuat penyesuaian dalam peribadi, sosial, emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak. Selain itu, menolong murid menyediakan perancangan persekolahan bersesuaian dengan kebolehan, minat, dan perkembangan masing-masing. Guru ini juga turut memberi kesedaran kepada murid di peringkat awal lagi tentang kepentingan pelajaran di dalam kehidupan untuk menjadi seorang insan yang berjaya dalam kehidupan. Bahkan bukan itu sahaja, menolong murid dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran di samping membimbing membuat keputusan yang rasional. Akhirnya guru biasa juga menolong murid dalam membentuk tabiat yang baik, menghargai diri di samping berusaha untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam mengawasi perkembangan murid dari semasa ke semasa.

You might also like