You are on page 1of 6

PENGUNDURAN TUNKU ABDUL RAHMAN

surat Dr Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman pada 17 Jun 1969 yang meminta Perdana Menteri Malaysia itu meletakkan jawatan kerana dianggap hilang kepercayaan daripada masyarakat Melayu. Peralihan kuasa daripada Tunku Abdul Rahman kepada Tun Razak menandakan perubahan dasar dan bermulanya dasar yang baru kepada usaha yang lebih teratur dan menyeluruh dalam pemantapan kedudukan istimewa Melayu Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) diperkenalkan dan diketuai oleh , Tun Razak MAGERAN bertujuan untuk memulihkan keamanan serta turut menjalankan pentadbiran hari ke hari serta mengambil keputusan-keputusan yang penting. Tunku Abdul Rahman telah menubuhkan Majlis Muhibbah Kebangsaan pada 29 Mei 1969 dengan tujuan "untuk menghapuskan rasa permusuhan". Tun Razak pula berperanan penting dalam proses pembinaan semula bangsa Malaysia selepas rusuhan kaum

Tun Razak pula mendakwa bahawa tiga asas untuk rakyat membina negara Malaysia yang bersatu padu ialah;
KEMELAYUAN KETUHANAN

KEADILAN

Prinsip-prinsip Rukun Negara akhirnya terjelma dalam bentuk; Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan

PEMANTAPAN BAHASA KEBANGSAAN

DBP, PENA dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Akta Bahasa Kebangsaan 1967 sehubungan dengan penerusan penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang-bidang yang penting. pada 10 Julai 1969 Abdul Rahman Yaakub telah mengumumkan semua mata pelajaran akan diajar dalam bahasa Melayu di sekolah-sekolah rendah Inggeris. Bermula daripada tahun 1983 kelulusan dalam bahasa Melayu adalah syarat untuk kemasukan ke Universiti Malaya dan pada 1984 bahasa Melayu menggantikan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantar.

Bidang-bidang yang lain juga memperlihatkan ketegasan dan kesungguhan baru untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu. Cth: perbicaraan dijalankan dalam bahasa Melayu

PEMANTAPAN EKONOMI MELAYU


Dengan berlatar belakangkan keadaan yang sebegini MAGERAN mengumumkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan antara kenyataan awal sehubungan dengan tujuannya ialah "dalam usaha mengadakan lagi peluang-peluang kerja kepada warga negara semua bangsa di bandar dan kawasan luar bandar." Berita Harian, 27 Jun 1969. walaupun DEB muncul dengan imej ekonomi, ia sebenarnya adalah strategi politik yang digunakan oleh UMNO untuk membaiki kemunduran orang Melayu dan jalan penyelesaian masalah kepincangan antara kaum

Dua langkah pembangunan yang terkandung dalam DEB ialah; -Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum -Mempercepatkan semula proses penyusunan semula masyarakat bagi membaiki keadaan yang tidak seimbang supaya dapat mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

MUNCUL UNSUR-UNSUR HEDONISME

Pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja

Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh Barat.

You might also like