You are on page 1of 17

PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM

DISEDIAKAN OLEH: MOHD AZLAN BIN SAHEIMI PISMP 6.04 PJ AMBILAN JANUARI 2010

PENGENALAN
Pada tahun 1982, KBSR telah dilaksanakan secara percubaan di 305 buah sekolah di seluruh Malaysia.Kemudian pada tahun berikutnya (1983), pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua sekolah rendah.

KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM

BERPUSATKAN SUBJEK

BERPUSATKAN PELAJAR
Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

BERPUSATKAN MASALAH
Reka Bentuk Situasi Kehidupan Reka Bentuk Semula Masyarakat

CIRI-CIRI PEMBENTUKAN KURIKULUM

Reka Bentuk Matapelajaran

Reka Bentuk Disiplin

Reka Bentuk Bersepadu

Reka Bentuk Korelasi

KRITERIA PEMBENTUKAN KURIKULUM


Dalam membentuk kurikulum terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji, dianalisis dan dipilih oleh pembangunan kurikulum. Reka bentuk ini boleh dikategorikan kepada 3: 1. Berpusatkan Subjek 2. Berpusatkan Pelajar 3. Berpusatkan Masalah

1. BERPUSATKAN SUBJEK
Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada: i. Reka Bentuk Matapelajaran ii. Reka Bentuk Disiplin iii. Reka Bentuk Bersepadu iv. Reka Bentuk Korelasi

i. Reka Bentuk Matapelajaran Reka bentuk ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu di susun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai matapelajaran.
Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di susun daripada yang ringkas ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.

ii. Reka Bentuk Disiplin Reka bentuk disiplin menekan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Contohnya, dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani selain daripada kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran atau permainan. Dengan kata lain pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi disiplin berkaitan dengan kemahiran atau permainan juga ditekankan.

iii. Reka Bentuk Bersepadu Reka bentuk ini menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu. Reka bentuk ini akan membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak terasing. Reka bentuk ini menghilangkan sempadan matapelajaran dan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Contohnya dalam matapelajaran sains yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains.

iv. Reka Bentuk Korelasi Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara subjek. Sebagai contoh seorang guru Pendidikan Jasmani boleh berkerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan bola sepak dan zaman penjajah hingga ke sekarang.

2. BERPUSATKAN PELAJAR
Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

i. Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar ii. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman iii. Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

i.Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar Reka bentuk ini menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka di berikan peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar.

Contohnya oleh kerana sifat kanakkanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani unsur permainan diselitkan.

ii. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman Reka bentuk berpusatkan pengalaman sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina kurikulum. Namun kedua-kedua reka bentuk berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh di jangka oleh itu kurikulum tidak akan dapat dirancang dengan awal. Kurikulum akan dibina setelah pendidik mengenali pelajar.

iii. Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik Reka bentuk ini mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan atas kesedaran din sendiri.
Reka bentuk berpusatkan humanistik menyepadukan unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk ini memberi penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Dengan kata lain reka bentuk berpusatkan humanistik menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan. Reka bentuk ini menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan.

3. BERPUSATKAN MASALAH
Reka bentuk ini dibahagiakan kepada 2 iaitu : i. Reka Bentuk Situasi- Kehidupan ii. Reka Bentuk Semula Masyarakat

i. Reka Bentuk Situasi Kehidupan Reka bentuk ini lebih mirip kepada teori konsektual. Reka bentuk situasi - kehidupan berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan secara terus.

Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk ini.
Oleh itu kurikulum perlu di bina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian kepada masalahmasalah dalam kehidupan sebenar.

ii. Reka Bentuk Semula Masyarakat Reka bentuk ini berorientasikan masyarakat, reka bentuk ini mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat dan aspek sosial, politik dan ekonomi. Kurikulum dilihat berupaya menjadi agen penubahan dalam masyarakat. Kurikulum ni menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti.

CIRI-CIRI PEMBENTUKAN KURIKULUM


a. Ianya telah difikirkan sebagai sebahagian yang penting daripada usaha yang penuh sekolah. b. Mencerminkan sifat & keperluan masyarakat demikratik di mana wujud penghormatan terhadap minat & keupayaan semua individu yang hidup. c. Ianya dirancang selaras dengan aliran pengalaman yang tidak putus-putus bermula daripada awal kanak-kanak & merentasi pendidikan selepas sekolah menengah & sepanjang hidup seterusnya. d. Ianya seimbang dan boleh memberi beberapa pengalaman yang akan menyumbang kepada kesudahan yang dikehendaki untuk semua peringkat umur. e. Ianya berpegang teguh atau bersifat tidak berganjak daripada falsafah wawasan, arah aliran atau trend utama kaedah dan bahan PJ umumnya. f. Ianya berasaskan kepada kriteria yang ketat atau rapi untuk memilih kandungan. g. Mengajar dan menggalakkan pertumbuhan profesional terhadap pengajar.h. Ianya bersekutu dalam beberapa perkara yang signifikan dengan masyarakat.

You might also like