You are on page 1of 33

Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan

Sumber kewangan Perancangan Penyelesaian Masalah Membuat keputusan

Sumber Kewangan

Cara-cara
Yuran bulanan/tahunan ahli-ahli kelab Bayaran pendaftaran oleh ahli-ahli baru. Sumbangan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru-guru (PIBG) sekolah berkenaan. Pesta Ria: menjual makanan dan peralatan sukan Penajaan Kursus-kursus Sukan dan Permainan Pertandingan sukan. Derma daripada komuniti tempatan.

Bantuan kewangan daripada kerajaan Penajaan dari syarikat swasta. Yayasan Amanah yang mendapat bantuan kewangan dari orang ramai. Pertubuhan Sosial dan Sukarela seperti Kelab Rotary, Kelab Lion Peruntukan daripada Jabatan, Agensi-agensi, Perpaduan Olimpik, Majlis Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan.

Perancangan

Pengenalan
Penentuan terdahulu tentang apa yang patut dilakukan, bagaimana ia patut dijalankan dan siapa yang akan melakukannya. Meliputi meramalkan masa depan dan menentukan tindakan akan datang supaya sumber dapat digunakan secara efektif. Termasuk penentuan matlamat organisasi, melaksanakannya secara sistematik.

Memerlukan pengetahuan, pemikiran yang logis serta tanggapan yang baik Melibatkan tiga perkara berikut: ~ Menentukan apa yang patut dilakukan. ~ Menentukan bagaimana ia patut dilakukan. ~ Menentukan siapa yang akan melakukannya.

Proses Perancangan

1. Menentukan Objektif Keseluruhan


Dinyatakan secara am Mendorong dan memberi arah untuk mencapai sesuatu matlamat. Alat penggerak dan alat penilaian Menentukan keutamaan dan pengalaman yang patut dialami oleh pelajar atau atlit Cth: untuk mencapai taraf kecergasan optimum bagi semua peserta.

2. Menentukan Objektif Khusus


Dinyatakan dengan lebih jelas dan padat Membawa kepada tingkah laku yang boleh dilihat, diukur dan dicapai Tiga perkara perlu diberi perhatian: ~ keperluan atlit ~ sumber fizikal ~ sumber sukan yang wujud Cth: untuk membolehkan 80% drpd para atlit menggunakan latihan litar sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali latihan.

3. Mengenalpasti Tindakan Spesifik


Pentadbir perlu menyenaraikan alternatifalternatif yang mungkin, menilai dan memilih satu atau lebih alternatif untuk mencapai objektif yang ditetapkan.

4. Membentuk Piawai Spesifik untuk Pencapaian Objektif


Penentuan matlamat prestasi khusus Melibatkan 4 perkara: A) nyatakan dgn tepat apa yg akan dipelajari (cth: atlit akan belajar servis gaya tenis dlm bola tampar.) B) terangkan prestasi yang diharapkan (cth: atlit boleh menghantar bola ke belakang gelanggang.)

C) nyatakan keadaan prestasi (cth: atlit berdiri di belakang garis belakang dan dalam kawasan servis serta membuat servis tanpa memijak garisan.) D) tentukan kriteria prestasi (cth: atlit boleh membuat servis dan menghantar enam drpd sepuluh bola ke belakang gelanggang tanpa menyentuh jaring.)

5. Menilai Kemajuan
Pengajaran atau latihan seharusnya diatur supaya penilaian boleh dilakukan Jika penilaian tidak dapat dilakukan, kajian semula harus dilakukan ke atas objektif khusus Jika objektif tidak tercapai, pendekatan dan alternatif latihan atau pengajaran harus diubahsuai.

Penyelesaian Masalah

Gaya ini melibatkan tumpuan masa panjang untuk murid-murid memahami masalah dan memikir dengan cara untuk menyelesaikan masalah dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani, selepas guru memberi beberapa soalan, murid menyelesaikan masalah mengikut langkahlangkah seperti berikut:

1.

Menganalisis dan memahami masalah Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.

2.

3.

Guna Strategi yang pelbagai untuk mendapatkan maklumat-maklumat. Membentuk jawapan yang mungkin
Pilih dan uji penyelesaian alternatif Pilih penyelesaian yang paling sesuai. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

4.

5.

6.

7.

Kelebihan
1. Kaedah ini membenarkan pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran. 2. Kaedah ini menggalakkan interaksi di kalangan murid. 3. Ia memupuk tahap pemikiran kognatid yang tinggi. 4. Ia menggalakkan ingatan tentang apa yang dipelajari 5. Memupuk pembangunan ke arah kendiri.

Kelemahan
1. Memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru. 2. Kaedah ini kadangkala sukar melibatkan setiap orang murid. Pelajar yang lembab, atau pelejar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada:


Kesediaan kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam pengalaman pembelajaran. Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing proses penyelesaian itu.

Kaedah Membuat Keputusan

Keputusan hendaklah dilakukan berlandas dan berasaskan pemikiran dan pendekatan yang tersusun. Keputusan yang baik = projek yang dilaksanakan menjadi teratur dan sempurna. Setiap keputusan harus memikirkan tentang peringkat membuat penyelesaian masalah itu. Perkara yang hendak difikirkan tentang pemimpin yang harus dilibatkan dan bidang kuasa yang diperlukan dalam membuat keputusan. Masa yang sesuai juga hendak diambil kira dalam membuat keputusan.

Penggunaan Teknik untuk Penyelesaian Masalah


1. Pentafsiran Objektif 2. Pengumpulan Maklumat 3. Percambahan fikiran 4. Penilaian dan keputusan 5. Autokratik 6. Mendapatkan Maklumat 7. Perundingan 8. Perbincangan 9. Perwakilan 10. Pelaksanaan

Pentafsiran Objektif
Langkah pertama untuk mendapatkan penentuan, kepastian dan pengakuan bahawa memang ada keperluan untuk membuat keputusan. Buat analisis hubungan antara satu bahagian masalah dengan masalah yang lain. Mengenalpasti persoalan yang sedang dihadapi. Membuat sintesis untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Membuat keputusan yang berkesan adalah perlu difikirkan tentang masalah komunikasi, kewangan, motivasi dan penyertaan dan lain-lain. Pemimpin haruslah berbincang dengan pakar bidang untuk mendapatkan padanagan mereka sebelum membuat keputusan.

Pengumpulan Maklumat
Seseorang pemimpin hendaklah kumpul dan semak semua fakta dan buah fikiran dengan mengenal pasti segala sebab dan kemungkinan sebelum membuat keputusan. Mereka hendaklah mempunyai fikiran yang terbuka. Kadang-kadang seorang itu terpengaruh dengan fakta-fakta yang diperoleh buat pertama kali lalu membuat keputusan yang kurang tepat.

Percambahan Fikiran
Setelah mengetahui objektif dan memastikan fakta, seseorang itu massih juga belum lagi boleh membuat keputusan kerana pemilihan fakta itu belum lagi diteliti secara dekat. Seseorang hendaklah senaraikan semua kemungkinan tindakan yang akan dilakukan untuk mencapai keputusan.

Penilaian dan keputusan


Dalam membuat penilaian dan keputusan senaraikan kelebihan dan kekurangan. Fikirkan akibat dan masalah yang akan timbul, nalai ukur semua kriteria, buat percubaan, uji semua objektif asal dan pilih yang terbaik sekali. Selain itu, senaraikan semua kemungkinan tindakan yang akan dilakukan untuk mencapai keputusan.

Autokratik
Pemimpin sesebuah persatuan sukan akan menyelesaikan masalah dengan menggunakan maklumat yang ada padanya. Kaedah ini mengandaikan bahawa pemimpin itu mempunyai maklumat yang mencukupi untuk meneliti semua pilihan fakta yang lalu membuat keputusan yang tepat tetapi..perkara ini jarang sekali berlaku.

Mendapatkan maklumat
Dibuat apabila pemimpin sukan tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan yang tepat. Biasanya mereka tidak akan memberitahu apakah masalah itu. Ia hanya bertanyakan maklumat itu sahaja. Pemimpin persatuan sukan akan menilai maklumat yang diperolehi lalu membuat keputusan.

Perundingan
Pemimpin persatuan sukan hendaklah menerangkan keadaan kepada sekumpula atau individu tentang maklumat yang berkaitan dengan masalah yang sedang dihadapi. Mereka bersama-sama membuat penilaian terhadap masalah itu. Sebaliknya pula, ia mungkin meminta kumpulan atau individu membuat tinjauan dan penyiasatan, lalu membuat saranan tertentu.

Perbincangan
Bergitu juga, pemimpin persatuan sukan akan menerangkan keadaan yang sebenar kepada kumpulan atau individu lalu menyediakan maklumat yang berkaitan dengan masalah itu. Mereka bersama-sama menyatukan perbezaan pendapat lalu membincangkan penyelesaian masalah yang boleh diterima oleh semua. Pemimpin mungkin juga berunding dengan pihak lain sebelum mesyuarat dijalankan untuk menyediakan keputusan yang alternatif.

Perwakilan
Pemimpin persatuan sukan akan menyediakan semua maklumat yang ada padanya. Dia berperanan sebagai pengerusi yang akan ,e,bimbing dan mengawal perbincangan. Dia tidak boleh cuba untuk memaksa pandangannya diterima oleh kumpulan itu. Dia sedia menerima pandangan dan cadangan penyelesaian oleh kumpulan/ individu.

Pelaksanaan
Pastikan objektif tugas beriaktan dengan aktiviti sebenar. Pemimpin akan memutuskan bagaimana tugas itu dapat dilaksanakan. Berikutnya, pemimpin akan membuat keputusan bahawa siapa akan melaksanakan tugas itu. Pemimpin harus nyatakan tugasan dalam bentuk tulisan. Dia perlu nyatakan masalah dan rintangan yang dihadapi, contohnya: kuasa tambahan yang diperlukan, menerangkan tugas, kekurangan dan kelebihannya. Pemimpin harus membuat pengawasan dan mengikuti perkembangan sehingga segala keputusan itu mencapai matlamatnya.

You might also like