You are on page 1of 26

Kuliah Minggu 1

Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, definisi bagi pengelolaan adalah pengarahan dan pengawalan, penyelenggaran, pengurusan, pemerintahan, pentadbiran dan pelaksanaan.

Merujuk buku Organisasi dan Pentadbiran Sukan dan Pendidikan Jasmani, 1994, Wee Eng Hoe, pengelolaan telah merupakan satu proses yang membabitkan dua atau lebih manusia menggembleng tenaga dan sumber untuk mencapai tujuan tertentu. Proses ini meliputi pengangihan dan pengumpulan kerja yang patut dilakukan oleh individu tertentu dan menjelaskan jenis perhubungan antara individu yang menjalankan tugas.

Mengikut Daughtrey & Woods ( 1976 ), pentadbiran merupakan koordinasi aktiviti oleh individu dalam kumpulan yang tersusun. Pentadbiran juga melibatkan pengurusan kakitangan, perancangan organisasi, penghasilan dan perhubungan awam.

Mengikut Leith ( 1990 ) pula, pentadbiran melibatkan perancangan, pengelolaan, bimbingan dan kawalan ke atas sumbersumber yang wujud untuk menghabiskan kerja yang diharapkan atau untuk mengarahkan program kepada pencapaian matlamat-matlamat tertentu.

Menurut Boles dan Davenport (1976), pengurusan adalah satu proses sosial dibentuk, disusun untuk mengujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahliahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu objektif.

Kesimpulannya, pengelolaan, pentadbir dan pengurus adalah satu fungsi yang sama meliputi aktiviti-aktiviti merancang, menghimpun dan menganalisis, mengawal dan menyebar maklumat-maklumat dalam usaha mencapai objektif yang telah ditetapkan.

GURU BESAR

GURU PENOLONG KANAN 1

GURU PENOLONG KANAN 2

JAWATANKUASA AKADEMIK KETUA PANITIA PJ DAN PK PANITIAPANITIA LAIN

KETUA PANITIA (PENGERUSI)

SETIAUSAHA

AHLI-AHLI (GURU-GURU PJ DAN PK)

Mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa

Pengurusan PJ dan PK Menyediakan Rancangan Tahunan/Mingguan PJ dan PK Mengagihkan sukatan pelajaran kepada ahli-ahli Merancang aktiviti peningkatan prestasi pengajaran dan pembelajaran Memantau pengajaran PJ dan PK

Memeriksa buku latihan pelajar Merancang pembelian peralatan bantu

mengajar PJ dan PK Menyediakan anggaran belanjawan panitia Merancang latihan dalaman

a) b) c)

Mencatat minit mesyuarat Menguruskan perkara berkaitan mesyuarat: Menyediakan agenda mesyuarat selepas berbincang dengan pengerusi Menyediakan surat panggilan mesyuarat Menyediakan minit mesyuarat yang lepas

d) Membuat tempahan bilik mesyuarat e) Membuat pesanan minuman/makanan untuk mesyuarat Menyediakan laporan tahunan Panitia PJ dan PK

Merancang pelajaran Menyediakan Rekod Pengajaran dan

pembelajaran(SPI Bil.3/1999) Mengajar pelajaran berasaskan Rancangan Tahunan yang ditetapkan Menilai murid Meningkatkan pengajaran PJ dan PK dari masa ke masa

Ruang Pembahagian Kedudukan Peredaran udara Keselamatan Pintu

Pastikan peralatan disusun dengan betul pada tempat masing-masing. Memastikan peralatan yang tajam seperti lembing diletak dengan tegak dan kepala menghala ke bawah. Pastikan tiada alatan bersepah di lantai. Pastikan peralatan yang diperbuat daripada kayu disimpan di tempat yang berkeadaan lembap supaya ia tidak mudah reput. Pastikan stor sentiasa dalam keadaan kering.

Menurut buku Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum yang dikarang oleh Shaifol Bahary Sulaiman dan Hasnul Faizal Hushin, pengurusan kewangan yang cekap, teliti dan menyikut peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi, ia dapat membantu menggerakkan organisasi itu agar lebih aktif dan lancar.

Menurut Buku Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan yang dikarang oleh Wee Eng Hoe, pengurusan kewangan ( Perancangan belanjawan) meliputi 3 langkah: 1. Menyediakan permintaan anggaran belanjawan unit. 2. Menilai dan menyusun / mengatur menyikut kepentingan. 3. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan.

Membentuk mengikut pakej-pakej. Setiap unit mesti mengkaji matlamat dan objektifnya dan memutuskan bagaimana sub-unit boleh memenuhi objektif yang ditetapkan. Ia meliputi kos setiap peserta, bilangan peserta terlibat, kutipan masuk, keputusan pertandingan dan lain-lain.

Ini mengikut format berikut: - Menyatakan apa yang diperlukan. - Penjelasan mengapa item berkenaan dicadangkan. - Menyenaraikan objektif yang dipenuhi. - Cadangan kos dan kebaikan permintaan itu. - Cari alternative lain jika permintaan tidak dipersetujui

Pentadbir menyeranaikan permintaan mengikut kategori dan seterusnya menyeranaikan item-item dalam setiap kategori itu. Kemudian semua item diberi pertimbangan dan disusun mengikut kepentingan/prioriti.

Proses anggaran belanjawan meliputi secara amnya langkah-langkah berikut: 1. Penentuan objektif dengan criteria penilaian. 2. Membentuk program dan memikirkan alternatif 3. Pengagihan belanjawan 4. Pelaksanaan program 5. Menilai keputusan.

Di Malaysia, masa pendidikan jasmani yang diperuntukkan adalah mengikut peringkat sekolah rendah atau menengah. Tambahan pula di sekolah rendah, tahap 1 ( tahun 1,2,3 ) dan tahap 2 ( tahun 4,5,6) berbeza dari segi peruntukan masanya.

Tahap 1

Waktu

Masa

Jumlah/ Minggu 90 minit 90 minit 90 minit

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

3 3 3

30 minit 30 minit 30 minit

Untuk tahap 1, 30 minit diperuntukan kepada guru besar. Jika masa ini diperuntukan kepada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, maka waktu akan bertambah menjadi 4.

Tahap 2 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Waktu 2 2 2

Masa 30 minit 30 minit 30 minit

Jumlah/ Minggu 60 minit 60 minit 60 minit

Peruntukan masa adalah sangat penting kerana program hanya boleh dijalankan dengan peruntukan masa yang mencukupi. Di Negara kita, masa yang diperuntukan tidak mencukupi tetapi adalah diharapkan bahawa program pelengkap iaitu program ko-kurikulum boleh menyediakan program penggayaan dalam pelbagai permainan.

You might also like