You are on page 1of 18

NAMA SYARIKAT

: KOPERASI KG. MAMBAU ENTERPRISE

ALAMAT SYARIKAT

: LOT 423 KAMPUNG MAMBAU,72000 KUALA PILAH N. SEMBILAN

NO TELEFON

: 06-4818350

NO FAX

: 06-4796266

EMAIL

: koperasikgmambauent@gmail.com

LAMAN WEB

: http://www.koperasikgmambauent.com.my

Kandungan

1. Pendahuluan Rancangan Perniagaan 2. Objektif Rancangan Perniagaan 3. Perkhidmatan Yang ditawarkan 4. Lokasi Perniagaan 5. Rancangan Pemasaran 6. Rancangan Operasi 7. Rancangan Pentadbiran 8. Rancangan Kewangan 9. Jadual Pelaksanaan Projek 10. Rumusan dan Justifikasi Daya Maju

LAMPIRAN

RINGKASAN EKSEKUTIF Koperasi Kampung Mambau Enterprise merupakan perniagaan milik perkongsian yang didaftarkan pada awal bulan Januari 2013, bagi menjalankan aktiviti katering disekitar Kuala Pilah , N. Sembilan dan kawasan-kawasan sekitarnya termasuk Seremban dan Jempol. Pengusaha memilih untuk menceburi perniagaan katering kerana ianya telah dilakukan secara sambilan dan kecil-kecilan mulai dari tahun 2000 lagi. Sepanjang tempoh itu, pengusaha telah memberi perkhidmatan katering kepada Kampung-kampung yang berhampiran, pejabatpejabat kerajaan dan orang perseorangan. Pengusaha bercadang untuk menceburi bidang perniagaan katering secara sepenuh masa. Perniagaan ini akan beroperasi di lot 432 Kampung Mambau, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Daripada pengalaman yang ada ini, pengusaha mendapati perniagaan katering merupakan satu perniagaan yang berpotensi kerana terdapat banyak permintaan. Seperti mana diketahui kebanyakan wanita hari ini terlibat dengan perkerjaan sepenuh masa sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta, mereka tidak mempunyai waktu untuk memasak sendiri sekiranya mahu mengadakan majlis-majlis seperti kenduri doa selamat, kenduri arwah, jamuan hari raya dan sambutan hari lahir serta kenduri kahwin, malahan pada hari ini semangat gotongroyong mahu mengadakan kenduri kendara juga telah berkurangan kerana masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kekurangan tenaga kerja untuk membuat persiapan dan memasak untuk kenduri kendara. Dalam syarikat kami pengarah pengurusan tertinggi ialah Pengerusi JKKKK Kg. Mambau, En. Mohamad Fikri bin Fakri, pengarah kewangan tertinggi ialah En. Abdul Halim b. Manaf dan pengarah pengurus operasi tertinggi ialah Pn. Salmah bt. Ahmad. Tahap pendidikan En Mohamad Fikri ialah Diploma dalam Pengurusan Sumber Manusia. Tahap pengalaman beliau adalah pernah berkerja di hotel Renaissance iaitu bertaraf 5 bintang. Tahap pendidikan En. Abdul Halim b. Manaf adalah Diploma dalam bidang pentadbiran perniagaan. Beliau pernah bekerja di Bank Islam Malaysia. Tahap pendidikan pengarah kami iaitu Pn. Salmah bt. Ahmad ialah Diploma perguruan dan telah meletakkan jawatan dalam bidang perguruan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada syarikat ini. Pengalaman kerja yang dimiliki adalah 15 tahun mengajar. Syarikat kami juga mempunyai pekerja seramai 20 orang sebagai pekerja tetap. Syarikat kami memerlukan pinjaman kewangan dari Bank Islam sebagai modal tambahan untuk syarikat kami melangkah lebih jauh. Kami telah memperolehi bantuan sebanyak RM30 000 daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai modal bantuan

pendahuluan. Kami memerlukan modal tambahan sebanyak RM 50,000.00 untuk menstabilkan ekonomi syarikat kami yang akan beroperasi di Seremban Negeri Sembilan.

1.0 Pendahuluan Rancangan Perniagaan

Nama Perniagaan : Koperasi Kampung Mambau Carterers Alamat Berdaftar .Alamat Operasi No. Telefon : lot 432 kampung Mambau, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan : lot 432 kampung Mambau, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan : 06-4818350

No. Daftar Perniagaan : 209928-N Tarikh Perniagaan : 20-12-2012

Aktiviti Perniagaan : Perkhidmatan Katering.Penyewaan kerusi meja & kanopi, peralatanBuffet dan PA sistem. ( rancangan masa hadapan) Bentuk Perniagaan : Perkongsian Modal Permulaan : RM 30.000.00 Bank Berususan : Bank Islam, 72000 Kuala Pilah, N. Sembilan No. Akaun : 0303650223360 Nama Pemilik : Koperasi Kg. Mambau En. Fikri b. Fakri( Pengerusi) Puan Salmah b. Ahmad (Pengurus Operasi) En. Abdul Halim b. Manaf (Pengurus Kewangan)

2.0 Objektif Rancangan Perniagaan Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan untuk memberi penerangan yang menyeluruh tentang perniagaan yang akan diceburi. Disamping itu juga Rancangan Perniagaan ini untuk membentangkan perancangan perniagaan yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran, pembekal, perkhidmatan dan kewangan perniagaan. Antara lain Rancangan Perniagaan ini dibuat untuk tujuan berikut: 1. Melihat daya maju projek yang dirancang. 2. Sebagai garis panduan untuk memastikan pengurusan perniagaan dapat dilaksanakan dengan lancar. 3. Mengagih sumber-sumber perniagaan dengan cekap dan efektif. 4. Memenuhi salah satu syarat wajib bagi para peserta program untuk menamatkan program latihan galakan perniagaan bagi kakitangan yang menyertai kursus ini. 5. Menjangkakan masalah-masalah yang mungkin timbul apabila perniagaan dilaksanakan.

3.0

Perkhidmatan yang

Menyediakan minum pagi, minum petang dan makan minum mengikut permintaan pelanggan. Menghantar tempahan ke destinasi yang diminta dan menyediakan semua kerjakerja di majlis jamuan, perkahwinan dan sebagainya.

4.0

Lokasi Perniagaan

Lokasi Perniagaan adalah lot 432 kampung Mambau, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu kawasan bersebelahan Balairaya iaitu tanah persendirian yang dimiliki oleh En. Fikri b.Fakri.

5.0

Rancangan Pemasaran Berdasarkan kepada perkembangan semasa, masyarakat tempatan khususnya orang-

orang melayu yang beragama Islam menggunakan kesempatan cuti sekolah yang panjang dan cuti minggu untuk mengadakan majlis perkahwinan. Oleh sebab kesuntukkan masa, kerja mudah tanpa perlu banyak kerja,masyarakat kita hari ini akan membuat kenduri dengan menggunakan perkhidmatan katering. Begitu juga dengan permintaan khidmat makan dan minum bagi kursus,perjumpaan dan mesyuarat oleh pihak Jabatan-Jabatan Kerajaan dan lain-lain tempat. Perniagaan ini masih berada ditahap awal perkembangannya, perniagaan ini mempunyai potensi yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan dimasa hadapan. Masyarakat tempatan biasanya menilai kemampuan dan perkhidmatan yang diberikan seperti dari segi kemampuan, kecekapan, keenakan, kualiti, harga, kebersihan, kelancaran bagi sesuatu majlis atau jamuan yang diadakan. Bagi memenuhi permintaan keperluan masyarakat semasa, perniagaan ini akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan memberi penekanan kepada ciri-ciri tersebut supaya pelanggan berpuashati dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap. Melalui usaha yang berterusan perniagaan ini akan mendapat tempat di hati pelanggan kerana perkhidmatannya yang ditawarkan sentiasa dipastikan pada tahap yang tinggi. Lokasi perniagaan juga terletak di tengah-tengah kedudukan yang mana dikelilingi oleh kampung-kampung dan pekan-pekan kecil dan bandar. Pasti masyarakat keliling memerlukan perkhidmatan catering untuk majlis perkahwinan dan majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat.Memandangkan ekonomi negara yang terus berkembang pesat turut menyumbang kepada potensi perkembangan permintaan perkhidmatan perniagaan ini.

6.0

Rancangan Operasi a. Struktur Organisasi

Struktur organisasi yang dibentuk oleh perniagaan adalah merangkumi keseluruhan aspek pengurusan sebagai sebuah entiti perniagaan. Secara keseluruhannya struktur organisasi adalah seperti berikut:

Pengerusi

Pengurus Operasi

Pengurus Kewangan

Unit Memasak

Unit Peralatan

Unit Pengangkutan

Unit Khas

Keadah pengurusan perniagaan dan kakitangan yang baik dan sistematik amat mustahak didalam usaha memajukan perniagaan dengan memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan dengan layanan mesra pelanggan bagi memastikan perniagaan berdaya maju setanding dengan perniagaan-perniagaan katering sedia ada. Oleh itu, perniagaan ini telah mengatur beberapa strategi pengurusan seperti berikut: a). Menerapkan semangat kerja berpasukan (teamwork) diantara para kakitangan dan pihak pengurusan untuk faedah bersama. b). Memberi bimbingan kepada kakitangan supaya dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan. c). Setiap pihak sama ada pekerja bawahan atau pengurusan sentiasa berbincang dan memberi pendapat serta cadangan tentang cara terbaik untuk menghasilkan kerja yang lebih cekap dan sistematik. d). Menyediakan perkhidmatan makanan/minuman yang bermutu, bersih dan sedap. e). Menentukan majlis dihias dengan cantik dan layanan yang baik. f). Pekerja akan didedahkan dengan teknik baru dengan menghantar mereka mengikuti kursus yang berkaitan dengan bidang tugas. g). Mengadakan promosi dengan cara mengadakan rumah terbuka.

7.0

Rancangan Pentadbiran

Perniagaan ini telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi pengurusan perniagaan. Pengurus/Pemilik dan Bahagian Kewangan & Pentadbiran. a). Bertanggungjawab terhadap keseluruhan operasi perniagaan. b). Mencari pesanan dan promosi perniagaan. c). Memastikan pengaliran wang dalam perniagaan terkawal dan berjalan lancar d). Menyediakan laporan kewangan tahunan. e). Membayar gaji pekerja. f). Merancang dan melaksana aktiviti operasi daripada perancangan belian bahan sehingga hidangan siap dimasak. g). Menentukan keperluan sumber manusia mencukupi. h). Memastikan pelanggan dilayan dengan baik i). Merancang kemajuan perkhidmatan kearah kecemerlangan dan penambah baik. i. Tukang Masak. a). Bertanggungjawab dalam segala hal tentang masakan yang hendak disajikan kepada pelanggan. b). Memasak mengikut menu-menu yang ditetapkan. c). Menentukan penyediaan bahan-bahan mentah yang telah disediakan oleh pembantu. d). Memastikan kualiti makanan dengan mengekalkan rasa dan kebersihan setaraf citarasa pelanggan.

ii. Pembantu Am. a). Bertanggungjawab untuk menjalankan tugas-tugas am membantu tukang masak. b). Membersihkan peralatan masak. c). Membersihkan kawasan persekitaran sebelum dan selepas kerja-kerja memasak dan tugastugas lain yang bersesuaian. d). Memastikan juga hamparan alas meja, hiasan sekitar dan hiasan lain-lain yang diperlukan siap terlebih awal sebelum hidangan disaji.

iii. Gaji dan Ganjaran BIL JAWATAN BIL. PEKERJA 1 2 PENGURUS TUKANG MASAK 3 PEMBANTU AM (KONTRAK) JUMLAH 73370.00 65 650.00 84.5 19.5 49010.00 3 15 GAJI (RM) 2500.00 900.00 KWSP (13%) PERKESO (3%) 75.00 27.00 8700.00 15660.00 JUMLAH(RM)

325.00 117.00

iv. Belanja Pengurusan Bagi tujuan pengurusan perniagaan menganggarkan perbelanjaan dalam sebulan mengikut pelan peningkatan kapasiti perniagaannya adalah seperti berikut:

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9

JENIS PERBELANJAAN Gaji pengurus Gaji pekerja KWSP & SOCSO Telefon Utility Alat tulis & urusan pejabat Perjalanan dan pengangkutan Promosi Pelbagai perbelanjaan Jumlah

JUMLAH (RM) 2500.00 1550.00 648.00 200.00 250.00 100.00 300.00 200.00 200.00 5948.00

v. Harta Tetap Dan Kelengkapan Yang Diperlukan

Bil Jenis

Harga (RM)

unit Kuantiti

Nilai (RM)

1 2 3 4 5

Peti sejuk Peti sejuk beku Periuk nasi gas Periuk besar bertelinga Kuali

2800.00 1000.00 330.00 250.00 75.00

4 4 4 12 8

11200.00 4000.00 1320.00 3000.00 600.00

6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Tong gas Dapur gas 1 tunku Mesin jus buah-buah Pinggan makan Mangkuk nasi Cawan/piring Gelas Sudu/garpu Chafing dish Alas meja/skirting Lain-lain keperluan Jumlah

40.00 80.00 100.00 10.00 10.00 10.00 10.00 35.00 37.00 20.00 30.00

8 8 8 100 400 400 400 400 30 30 -

320.00 640.00 800.00 1000.00 4000.00 4000.00 4000.00 14000.00 1110.00 600.00 30.00 50620.00

vi. Pembelian Bahan Mentah Bahan mentah untuk perniagaan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu bahan mentah basah dan bahan mentah kering. Bahan mentah basah terdiri dari daging, ikan, ayam dan sayur-sayuran. Bahan mentah basah akan dibeli setelah mendapat tempahan dan sehari sebelum tarikh tempahan. Bahan mentah kering pula terdiri dari barangan seperti beras, minyak, gula, susu dan rempah ratus. Bahan mentah kering dibeli secara pukal kerana ia lebih murah. Dianggarkan kos bahan mentah adalah lebih kurang 50% daripada setiap ringgit jualan. Senarai bahan mentah dan basah untuk kegunaan sebulan adalah seperti berikut:

Jenis Beras Beryani

Kuantiti 100 kg

Harga 1 kg(RM) 2.80

Jumlah (RM) 280.00

Beras Biasa Bawang Besar Bawang Kecil Bawang Putih Minyak Sapi Ghee Halia Minyak masak Rempah kari Ikan Rempah kari Daging Rempah kurma Cili kering Garam Cili sos Tamato sos Kicap Asam jawa Ubi kentang Tamato puree Susu cair Cuka Mee hoon

150 kg 100 kg 20 kg 30 kg 25 tin 30 kg 2 tin besar 5 bungkus besar 5 bungkus besar 50 kg 3 kg 13 kg 12 kampit 10 botol 10 botol 10 botol 5 kampit 50 kg 20 tin 60 tin 5 botol 30 kampit

1.80 1.00 3.00 4.00 16.00 4.00 45.00 8.00 8.00 14.00 8.00 8.00 0.50 3.00 2.70 3.00 1.50 1.50 2.70 1.80 1.20 1.50

270.00 100.00 60.00 120.00 400.00 120.00 90.00 40.00 40.00 700.00 24.00 104.00 6.00 30.00 27.00 30.00 7.50 75.00 54.00 108.00 6.00 45.00

Ikan Ayam Daging Kulit kayu manis Bunga lawang Buah pelaga Bunga cengkih Gula Sirap ros Serbuk jintang manis Serbuk jintang putih Serbuk ketumbar Serbuk kunyit Ikan bilis Asam keeping Suun Fucuk Jagung tin Kacang tanah Balacan Bawang goreng Tissue paper

50 kg 50 kg 30 kg 2 kg 2kg 2kg 1 kg 50 kg 20 botol 1 kg 1 kg 1kg 2 kg 5 kg 2 kg 10 kg 5 kg 10 tin 10 kg 2 kg 2kg 100 kotak

20.00 6.00 10.00 8.00 10.00 10.00 15.00 1.50 1.50 15.00 15.00 15.00 5.00 15.00 4.50 15.00 1.50 2.00 4.00 4.50 1.00 2.00

1000.00 300.00 300.00 16.00 20.00 20.00 15.00 75.00 30.00 15.00 15.00 15.00 10.00 75.00 9.00 150.00 7.50 20.00 40.00 9.00 2.00 200.00

Jumlah

5296.00

8.0

Rancangan Kewangan.

Perkara

Perbelnjaan tetap (RM)

asset Perbelanjaan bulanan Lain(RM)

lain

perbelanjaan (RM)

Asset Tetap Mesin dan peralatan

50620.00

Perbelanjaan Bulanan Bahan mentah

5296.00

Gaji & lain-lain: lainlain belanja. suntikan pekerja

73370.00 30.00

Jumlah

50620.00

78666.00

30.00

9.0 Bil 1.

Jadual Pelaksanaan Projek Perkara Membuat promosi Tindakan Unit Pemasaran

2. 3.

Menerima Tempahan dan menerima deposit

Unit Operasi/ unit kewangan

Membeli bahan mentah dan bahan kering berdasarkan Unit operasi/unit kewangan tempahan

4. 5. 6. 7.

Aktiviti Memasak Aktiviti penghantaran Mengendalikan makanan Mengemas/ membasuh alatan

Unit operasi Unit pengangkutan Unit operasi Unit operasi

10.

Rumusan dan Justifikasi Daya Maju

a. Pesaing. SENARAI ALAMAT Lan botak Kampung Pasir, K. Pilah Rosnah Mansur Bahau, Johan & Zizan Kg. Geduhum, K. Pilah Katering Katering PERNIAGAAN & PERKHIDMATAN DAN PRODUK YANG DITAWARKAN Katering

b. Analisis Kekuatan dan Kelemahan Pesaing Nama pesaing Lan botak Kekuatan Sudah beroperasi 10 tahun Kelemahan Harga tinggi Tempahan lambat sampai

Rosnah Mansur

Sudah beroperasi 7 tahun.

Perkhidmatan memuaskan Kebersihan memuaskan

kurang

kurang

Johan & zizan

Sudah beroperasi 8 tahun

Pekerja berkemahiran. Mesin yang

kurang

digunakan

ketinggalan zaman.

c. Analisis Persaingan Perniagaan Dalam perniagaan kita memang ada banyak persaingan. Terdapat tiga pesaing iaitu Lan Botak, Rosnah Mansur dan Johan & Zizan. Kelebihan mereka semua ada mempunyai pengalaman yang luas. Mereka semua sudah beroperasi lebih dari 5 tahun. Syarikat Lan Botak sudah beroperasi selama 10 tahun dan Rosnah Mansur serta Zozan & Zizan masingmasing 7 tahun dan 8 tahun. Kelemahan mereka adalah sangat banyak juga sehingga boleh terjejas perniagaan mereka. Contohnya Syarikat Lan Botak, harganya terlalu tinggi dan mahal. Malah tempahantempahan mereka sangat lambat sampai. Syarikat Rosnah Mansur pula kurang memuaskan dan kebersihan kurang memuaskan dan Syarikat Johan & Zizan pula pekerja mereka kurang mahir tentang kerja tersebut serta mereka menggunakan mesin jenis yang terdahulu. Syarikat kami iaitu Koperasi Kampung Mambau Carterers, mempunyai kelebihan yang kurang ada pada pesaing lain. Contohnya pekerja kami semua mempunyai kemahiran yang tinggi dan khusus dan dilatih khas serta pernah mengikuti kursus catering di UiTM. Selain itu pekerja kami semua memilik kad perakuan kesihatan pengendalian makanan yang diperakukan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia. Syarikat kami juga mempunyai sijil HALAL yang diluluskan oleh JAKIM dan KKM. Malah syarikat kami selalu buat pantauan oleh jemaah nazir dr kementerian kesihatan Malaysia untuk meneliti tahap kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan makanan oleh syarikat kami. Pengurusan kami serta pekerja kami akan selalu kemaskini dengan isu-isu semasa yang berkait dengan makanan dan harganya yang terkini..

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia akan terus mengadakan majlis-majlis jamuan seperti majlis perkahwinan dan aneka jamuan. Dengan kesibukan tugasan harian, maka mereka mengambil jalan pintas menggunakan khidmat katering supaya majlis yang diatur akan berjalan lancar. Dengan ertikata lain mereka tidak terbabit secara langsung untuk menjalankan kerja-kerja penyusunan dan hal ehwal mengurus makanan dan minuman kepada jemputan. Semua urusan ini akan diserahkan kepada pihak perkhidmatan katering. Berdasar kepada kajian semasa, majoriti pelanggan menggunakan khidmat katering bagi membekalkan dan menguruskan semua kerja-kerja berkaitan. Oleh itu sudah sampai masanya perniagaan ini mengorak langkah dengan lebih berdaya maju dan menyahut cabaran yang diberikan. Faktorfaktor tersebut jelas memberikan keyakinan yang tinggi menjurus kepada peluang pulangan keuntungan yang lumayan jika pengurusan dijalankan dengan lebih sistematik. Diharap perniagaan ini akan berpeluang untuk turut sama-sama menjadi sebahagian daripada usahawan yang berjaya di negara ini.

LAMPIRAN

You might also like