You are on page 1of 4

Universiti Putra Malaysia

Fakulti Pengajian Pendidikan


Semester 1 2020-2021
ERS5920

TUGASAN 1

PENYATAAN MASALAH

MOHD FADLE BIN MOHD ISA

No. Matrik
GS 59281
Penyataan Masalah

Konsep kepimpinan telah banyak kali didedahkan kepada masyarakat. Mereka turut

mencari maklumat mengenai kaedah untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik dan

berkesan. Masyarakat percaya bahawa kepimpinan merupakan aspek penting yang dinilai

oleh oleh masyarakat. Namun penilaian tersebut hanya berdasarkan aspek luaran sahaja tanpa

melihat dari sudut dalaman diri seseorang pemimpin itu. Ini kerana diri individu itu

dipengaruhi oleh persekitaran. Berdasarkan Bass dan Steidlmeier (1999), serta Mohd Ali

(2000), menyokong kenyataan tersebut di mana sikap, nilai dan kepercayaan seseorang

individu itu berubah kea rah negatif jika seseorang pemimpin itu berada dalam persekitaran

yang membantu menggalakkannya ke arah sikap tersebut. Menurut Abdullah (1998) dan

Mukherjee (1998) yang melihat dari aspek implikasinya di mana, walaupun pihak kerajaan

menitikberatkan nilai-nilai murni atau integriti ketika melaksanakan tugas, masih terdapat

pemimpin yang mengabaikan tugas mereka dalam amalan rasuah.

Isu kepimpinan merupakan masalah yang sangat meruncing dalam pentadbiran

di sekolah. Berdasarkan kepada Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2008,

bertarikh 16 Oktober 2008, UTHM menyatakan bahawa antara isu-isu penting yang berkaitan

dengan kepimpinan yang turut diutarakan oleh Khairul Faizi bin Ahmad Kamil (2005),

Fikrah Imayu (2008), Musa Hj. Aman (2001) ialah penyelewengan dalam pembangunan

infrastruktur Pendidikan. Masalah penyelewengan dalam pembangunan infrastruktur sekolah

telah berlaku agak lama. Isu seperti makmal komputer runtuh, keretakan bangunan, atap atau

syiling bilik darjah runtuh dan sebagainya akan menyebabkan keselamatan dalam kalangan

murid atau pelajar berada dalam keadaan yang membimbangkan atau tidak selamat.

Berdasarkan laporan audit bagi tempoh Februari 2019 hingga Januari 2020, terdapat 8

laporan khas yang dikeluarkan ianya melibatkan isu, pengeluaran wang daripada kumpulan
wang sekolah untuk tujuan peribadi,pungutan tidak dibankkan (contoh sewa dan yuran) dan

pembayaran terhadap perkhidmatan yang tidak dibekalkan.

Bertepatan dengan isu di atas, dapat dirumuskan bahawa sebahagian pemimpin tidak

berintegriti dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Justeru kajian

ini bertujuan untuk memperkenalkan satu corak kepimpinan yang harus diamalkan oleh

pengetua dan guru besar iaitu kepimpinan yang berasaskan dan bercirikan kepimpinan Islam.

Pendekatan Kepimpinan ini diambil daripada pemikiran ilmuan Islam iaitu Ibnu Atha’illah

yang menulis di dalam kitabnya Al Hikam.


Rujukan

Abdullah Abd. Rahman (1998). Pelaksanaan dasar penerapan nilai-nilai murni di tiga agensi
induk JPA, Projek penyelidikan yang tidak diterbitkan, UPM, Serdang.
Bass, B.M., & Steidlmeier, P. (1999). Ethics, character and authentic transformational
leadership behavior, Leadership Quarterly, 10(2), 181-217.
Fikrah Imayu (2008), “Guru Perlu Ada Peguam”. Retrieved September 12, 2008 dari
http://smktpg.kualalangat.net/index.php?
option=com_fireboard&Itemid=169&func=view& id=3&catid=2.
Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil (2005), “Penglibatan Pelajar Sekolah Dalam Kes Jenayah
Semakin Serius”. Retrieved September 10, 2008 dari
http://dppnjohor.blogspot.com/2005/09/penglibatan-pelajar-sekolah-dalam-kes.html.
Laporan Audit Sekolah Disatukan (2019). Penyata Kewangan Sekolah Bagi Tahun Berakhir
Pada 31 Disember 2018. Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Ali Hashimi (2000). Keperibadian Muslim. Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Pustaka
Salam Sdn. Bhd.
Mukherjee, G. H. (1998). Sekolah dan nilai moral, Jurnal KPM, Jilid XXII, 58, 28-33)
Musa Aman (2001), Ucapan Belanjawan Tahun 2002. Retrieved September 10, 2008 dari
http://www.sabah.gov.my/info/budget/budget2002-bm.html.
Tok Pulau Manis (t.t). Hikam Melayu. Pattani: Matha’ah Bin Halabi.

You might also like