You are on page 1of 3

Langkah dihayun menapak titian masa, Melunturkan warna-warna perpaduan, Kerakusan nafsu bermaharajalela, meruntuhkan jambatan ukhuwah, yang

telah terbina sekian lama, merenggangkan pautan tangan. Yang dulunya erat tergenggam, Mengapa? Mengapa ini terjadi?

Wahai bangsaku! Adakah kau lupa? Dalam cahaya sejarah yang takkan pudar, Tercalit memori pahit , Tarikh berdarah 13 Mei, Merungkaikan simpulan-simpulan erat, Keegoan berakar umbi, Menyirami batas-batas persengketaan, Membajai benih-benih kebencian, Umpama sel barah merebak keseluruh badan, Memusnahkan hati perlahan-lahan, Hingga hilang keupayaan,

Hari itu! Kegelapan menjelma, Kedengaran jeritan di sana sini, Ketakutan berleluasa, Hilang semua senyuman, Hilang semua kemesraan, Kemarahan menjadi undang-undang, Hingga meragut ribuan nyawa, Yang tinggal hanya penyesalan, Tiada kesudahan.

Marilah wahai anak-anak bangsa! Jadikan perpaduan itu, Seteguh karang di lautan, Tak lut dimamah ombak kuat, Tak tergerak oleh badai mendatang,

Ayuh semaikan perpaduan! Agar menjadi buah-buah kesejahteraan, Yang memaniskan kehidupan.

Walaupun ada jurang antara kita, Namun, Kita berteduh di bawah bumbung yang sama, Kerana kita satu Malaysia.

You might also like