You are on page 1of 6

TEORI PENGAMATAN

FAZLIN WEAR NAPI RAHIMI

TEORI EDGAR RUBIN


Definisi dan Prinsip
Dalam keadaan yang setanding, objek dan latar dapat dipertukarkan sehingga menghasilkan hubungan kabur atau mendua. Dengan kata lain rangsangan/gambar mengandungi dua atau lebih bahagian yang berbeza.

Menurut teori ini, jika rangsangan mengandungi dua atau lebih

bahagian yang berbeza, biasanya sebahagian daripadanya akan dilihat


sebagai gambar dan sisanya sebagai latar belakang.

Bahagian yang terlihat pada gambar berisi objek yang menjadi pusat perhatian,mereka kelihatan lebih padat dibandingkan dengan latar belakang dan terlihat di depan latar. Dalam keadaan yang setanding, objek dan latar dapat dipertukarkan sehingga menghasilkan hubungan kabur atau mendua

Oleh itu, prinsip teori ini menggambarkan bahawa organisasi lengkok-

latar belakang dapat dipertukarkan, antara gambar vas (vase) dan wajah
(face). Kenyataan bahawa kedua daerah tersebut dapat dikenali sebagai suatu gambar menyatakan bahawa organisasi lengkok-latar belakang bukan merupakan bahagian dari rangsangan fizik, tetapi merupakan pencapaian dari Rubin 's Face/Vase sistem perseptual.

Kelebihan Teori Edgar Rubin


1) Pengubalan soalan ujian diagnostik yang mempunyai masalah gangguan kemiripan pengamatan.

2) Melalui ujian diagnostik ini, guru dapat mengesan pelajar yang mempunyai masalah gangguan maya/ilusi, rayan/halusinasi, dan pendayaan/delusi.
3) Masalah-masalah ini akan menjejaskan pencapaian murid dalam kemahiranbertutur, membaca, menulis/ mengira. 4) Melihat objek dari pelbagai sudut.

TEORI GESTALT
Definisi dan PrinsipTeori
Gestalt merupakan teori yang menjelaskan proses persepsi melalui pengorganisasian komponen-komponen sensasi yang memiliki hubungan, pola, ataupun kemiripan menjadi kesatuan.

Teori ini dibangunkan oleh tiga orang, Kurt Koffka, Max Wertheimer,dan Wolfgang Khler. Mereka menyimpulkan bahawa seseorang cenderung mempersepsikan apa yang terlihat dari lingkungannya sebagai kesatuan yang utuh.

Hukum-Hukum Gestalt dalam Pengamatan


Hukum Pragnanz, yang mengatakan bahawa organisasi psikologis selalu
cenderung ke arah yang bermakna atau penuh erti (pragnanz) Hukum kesamaan, yang mengatakan bahawa hal-hal yang sama cenderung membentuk gestalt (keseluruhan) Hukum keterdekatan mengatakan bahawa hal-hal yang berdekatan cenderung berbentuk gestalt. Hukum ketertutupan, yang mengatakan bahawa hal-hal yang tertutup

cenderung membentuk gestalt.


Hukum kontinuitas yang mengatakan bahawa hal-hal yang berkesinambungan cenderung membentuk gestalt.

You might also like