You are on page 1of 8

PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH DAN PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN PENILAIAN DALAM BILIK DARJAH.

Disediakan oleh: Muhammad Fazlin Bin Adun Fikri Hanafi Bin Ariffin.

PENGENALAN
Buku penerangan Penilaian Kendalian Berasakan Sekolah (PKS). Disediakan untuk membantu guru semasa menjalankan penilaian di peringkat sekolah. Melalui buku ini guru diberi pendedahan tentang konsep, kaedah, ciri-ciri dan keperluan melaksanakan PKS serta cara mengaplikasikannya dalam bilik darjah.

Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah


Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.

Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PKS. Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.

Jenis Penilaian
Penilaian formatif Penilaian sumatif

Penilaian Formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

Peranan guru dalam pengurusan pentaksiran guru dalam bilik darjah:


i. perancangan aktiviti ii. menentukan perkara yang hendak dinilai iii. menentukan kaedah yang hendak digunakan iv. membina dan mentadbir instrumen penilaian v. merekod vi. menganalisis maklumat penilaian vii. melapor viii. tindakan susulan

You might also like