You are on page 1of 2

ANALISIS RPH Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) tahun 6 yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru

Bangi, Selangor. RPH ini telah dilaksanakan oleh seorang guru praktikum berdasarkan topik perpuluhan. Perkara pertama yang dapat diperhatikan berdasarkan RPH tersebut ialah mengenai struktur RPH. Berdasarkan RPH yang telah dikaji, struktur yang telah dilaksanakan adalah menepati susunan. Hal ini menjadikan RPH lebih mudah untuk dijadikan panduan sewaktu mengajar oleh pelatih dengan mengikut susunan langkah yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu, guru pelatih juga turut menyediakan RPH mengikut pengetahuan sedia ada murid mengenai topik yang ingin diajarkan iaitu pendaraban perpuluhan. Pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai oleh murid ialah pendaraban nombor bulat. Sekiranya murid tidak menguasai pendaraban nombor bulat terlebih dahulu, ia akan menyukarkan murid untuk mempelajari pendaraban nombor perpuluhan. Jadi, RPH ini mengikut peringkat dan memenuhi tahap pengetahuan dan pencapaian murid. Dalam pada itu, terdapat juga kelemahan pada RPH yang telah dilaksanakan oleh guru pelatih. Berdasarkan RPH yang telah dikaji, penulis menyatakan nilai yang diperolehi tetapi tidak menyatakan sumber nilai tersebut. Kesimpulannya, ia akan menyukarkan penilai dan juga guru dalam menanam nilai murni daripada aktiviti yang dilaksanakan. Akibatnya, guru tidak mengetahui dan tidak dapat mengenalpasti nilai-nilai yang dinyatakan berdasarkan aktivit yang dijalankan.

You might also like