You are on page 1of 22

RANCANGAN LIMA TAHUN MALAYSIA

Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia.

Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi.

Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan

Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960.

Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Rancangan Pembangunan 5 Tahun


Tahap Pertama Tahap Kedua
Rancangan Malaya Rancangan Malaysia Keuda Pertama (RM1) : 1956-1960 (RMK) : 1971-1975 Rancangan Malaya Kedua (RM2) : 1961-1965 Rancangan Malaysia Ketiga (RMT) : 1976-1980

Rancangan Malaysia Rancangan Malaysia Pertama (RMP) : 1966-1970 Keempat : 1981-1985 Rancangan Malaysia Kelima (RML): 1985-1990

Rancangan Malaysia
Rancangan Malaysia Keenam : 19911995 Rancangan Malaysia Ketujuh : 19962000 Rancangan Malaysia Kelapan : 20012005 Rancangan Malaysia Kesembilan : 2006-2012

KEPENTINGAN RANCANGAN LIMA TAHUN TERHADAP PERKEMBANGAN SOSIOEKONOMI MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA & KESAN RANCANGAN LIMA TAHUN TERHADAP HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Rancangan Malaya Pertama (19561960)


Kepentingan rancangan 5 tahun RM1 memberikan tumpuan kepada dua matlamat iaitu membangunkan sektor ekonomi luar bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan Kesan rancangan 5 tahun Menubuhkan Lembaga Pembangunan Perusahaan Luar Bandar (RIDA) untuk merancang dan meyediakan rancangan untuk pembangunan ekonomi masyarakat desa Pada 1966, nama RIDA ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA). LKTP ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai satu usaha untuk membaiki taraf hidup penduduk luar bandar. Nama agensi ini ditukar kepada FELDA pada tahun 1971 ditugaskan untuk membuka tanah baharu bagi tujuan penempatan semula.

Meningkatkan pendapatan penduduk melalui kenaikan harga getah di pasaran

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)


Kepentingan rancangan 5 tahun RM2 memberikan tumpuan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan asas dan menggalakkan kepelbagaian ekonomi di kawasan luar bandar. Kesan rancangan 5 tahun Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyelaraskan kegiatan pembangunan pada peringkat kampung dan daerah melalui sistem Bilik Gerakan.

Mengurangkan perbezaan taraf hidup antara kawasan, mewujudkan peluang Bilik Gerakan berperanan mengadakan kawalan rapi terhadap pekerjaan untuk penduduk luar pembangunan ekonomi dengan bandar. mengumpulkan segala maklumat tentang perangkaan, peta dan carta yang menunjukkan kemajuan setiap kawasan pembangunan yang dilancarkan Menumpukan kepada pembangunan di luar bandar sebagai strategi mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup.

Rancangan Malaysia Pertama (19661970)


Kepentingan rancangan 5 tahun Rancangan Malaysia Pertama memberikan tumpuan kepada pembangunan negara secara menyeluruh yang meliputi semua bidang ekonomi. Matlamat utama Rancangan Malaysia Pertama adalah mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor perindustrian untuk mengurangkan pergantungan terhadap getah dan bijih timah, mengadakan peluang pekerjaan sebagai usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran. Kesan rancangan 5 tahun Memberikan bantuan kredit luar bandar untuk mengatasi masalah kekurangan modal bagi mengelakkan para petani daripada ditindas oleh orang tengah. Beberapa institusi seperti Lembaga Pertubuhan Peladang, Koperasi Luar Bandar dan Bank Pertanian Malaysia Dua agensi dibentuk iaitu Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Meluluskan Akta Pelaburan 1968 untuk menggalakkan perkembangan industriindustri baharu, menubuhkan Lembaga Pembangunan

Rancangan Malaysia Kedua (19711975)


Kepentingan rancangan 5 tahun Kesan rancangan 5 tahun

Rancangan Malaysia Kedua dilaksanakan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan antara kaum. Rancangan ini digubal dalam Rancangan Jangka Panjang Pertama seiring dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi baru (DEB).

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) diwujudkan bagi memodenkan kehidupan masyarakat di luar bandar Perbadanan nasional Berhad (PERNAS), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebunpekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ditubuhkan

Matlamat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui strategi serampang dua mata iaitu pertamanya, mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dan mempercepat proses penyusunan

Rancangan Malaysia Ketiga (19761980)


Kepentingan rancangan 5 tahun Memberikan perhatian pada isu perpaduan melalui pertumbuhan ekonomi yang seimbang dan usaha-usaha untuk menyusun semula masyarakat Kesan rancangan 5 tahun Rancangan pembangunan wilayah diperkenalkan dalam rancangan pembangunan negara. Tumpuan utama juga diberikan pada penanaman getah dan kelapa sawit untuk tujuan eksport Penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Usaha pembangunan sektor pertanian dan perindustrian diteruskan untuk meningkatkan pendapatan dan daya pengeluaran serta menambahkan peluang pekerjaan .

Rancangan Malaysia Keempat (19811985) & Kelima (1986-1990)


Kepentingan rancangan 5 tahun Kesan rancangan 5 tahun

Rancangan Malaysia Keempat dan Rancangan Malaysia Kelima bertujuan memperkemas langkah dan program pembangunan ekonomi yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kedua dan Ketiga untuk mencapai matlamat sosioekonomi Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Memberikan keutamaan kepada sektor perusahaan dan pertanian. Penekanan diberikan kepada perusahaan berat berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja mahir.

Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan.

Beberapa kawasan perusahaan baharu dibuka seperti di Senawang (Negeri Sembilan), Skudai (Johor), Bintulu (Sarawak) serta Menggatal dan Likas (Sabah) sebagai usaha memajukan bidang perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing. Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan pada tahun 1979 bagi mewujudkan keimbangan dalam pemilikan ekuiti antara kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera Menubuhkan Perusahaan Otomobil

Kepentingan rancangan 5 tahun

Kesan rancangan 5 tahun


Penghujung temph Rancangan Malaysia Kelima iaitu tahun 1990, menandakan berakhirnya DEB. Beberapa perubahan positif boleh dikesan terhadap matlamat DEB. Dari sudut pembasmian kemiskinan, kadar kemiskinan Semenanjung menurun :

49.3% (1970)

15.0% (1990)

Peratusan kemiskinan luar bandar menurun: 58.7% (1970) 19.3% (1990)

Dari segi menyusun semula masyarakat, matlamat untuk meningkatkan bilangan keahlian profesional Bumiputera setanding dengan kaum-kaum lain dalam sektor guna tenaga negara menunjukkan impak yang positif.
Profesional
Arkitek Akauntan

1970
4.3 6.8

1990
23.6 11.2

Jurutera
Doktor Doktor gigi Doktor Veterinar

7.3
3.7 3.1 40.0

34.8
27.8 24.3 35.9

Keahlian Bumiputera dalam Kumpulan Profesional (%)

Kepentingan rancangan 5 tahun

Rancangan Malaysia Keenam (19911995) & Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000)


Kesan rancangan 5 tahun

Mengekalkan pembangunan dan menguruskan kejayaan ekonomi negara supaya pembangunan seimbang selaras dengan objektif yang ditetapkan oleh Dasar Pembangunan Nasional sebagai lanjutan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Matlamat Dasar Pembangunan Nasional adalah mengurangkan dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan dan ketidaksamaan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara adil dan saksama.

Peratus kemiskinan Malaysia terus menurun daripada 17.1% pada tahun 1990 kepada 9.6 pada tahun 1995 hasil daripada Dasar Pembangunan Nasional.

Kemudahan perkhidmatan kepada penduduk luar bandar tanpa mengira batasan etnik lebih bertambah terjamin.

Kemudahan air bersih dan elektrik luar bandar terus bertambah dalam usaha untuk mencapai sasaran membekalkan air bersih dan elektrik ke seluruh negara.

87% masyarakat luar bandar menikmati air paip pada tahun 2000 berbanding 66% pada tahun 1990.

Kepentingan rancangan 5 tahun

Kesan rancangan 5 tahun


Menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), iaitu perusahaan membuat kereta nasional negara. Guru tenaga Bumiputera dalam semua kategori pekerjaan telah meningkat. Peratusan Bumiputera dalam kategori profesional telah meningkat daripada 60.5% dan 28.7% pada tahun 1990 kepada 64.3% dan 36.1% pada tahun 1995.

Rancangan Malaysia Kelapan (20012005)


Kepentingan rancangan 5 tahun Kesan rancangan 5 tahun

Menjamin pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi negara serta mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saksama.

Peratus kemiskinan ketiga-tiga kaum terbesar menunjukkan penurunan. Peratus kemiskinan Bumiputera menurun daripada 12.4% pada tahun 1999 kepada 8.3% pada tahun 2004. Kaum Cina dan India juga menerima impak positif yang serupa dengan peratus penurunan daripada 1.2% dan 3.5% pada tahun 1999 kepada 0.6% dan 2.9% pada tahun 2004 Pendapatan isi rumah purata meningkat kepada 5.6% setahun melebihi pertumbuhan KDNK pada harga sebenar. Kemajuan yang ketara juga dicapai dalam penyediaan kemudahan perumahan, perkhidmatan, kesihatan dan kemudahan asas kepada penduduk tanpa mengira batasan etnik.

Dasar Wawasan Negara, menggabungkan teras dua dasar pembangunan terdahulu, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dan objektif utama untuk mencapai perpaduan nasional.

Kepentingan rancangan 5 tahun


Teras utama Dasar Wawasan Negara adalah membina bangsa yang berdaya tahan, mewujudkan masyarakat yang saksama, mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan mempertingkatkan daya saing.

Kesan rancangan 5 tahun

Penambahbaikan persekitaran perniagaan termasuk peningkatan penawaran pekerja mahir, keupayaan infrastruktur fizikal lebih tinggi dan insentif pelaburan lebih baik.

Rancangan Malaysia Kesembilan (20062010)


Kepentingan rancangan 5 tahun Kesan rancangan 5 tahun

Misi Nasional diperkenalkan bagi memastikan usaha pembangunan negara menghasilkan impak dan berprestij lebih tinggi berasaskan acuan dan kemampuan sendiri.

Kadar kemiskinan secara keseluruhan Malaysia menurun daripada 5.7% pada tahun 2004 kepada 3.6% pada tahun 2007. Kesan kemiskinan tegar Malaysia juga menunjukkan perubahan positif, iaitu daripada 1.2% pada tahun 2004 menurun kepada 0.7% pada tahun 2007. Sebanyak 21 buah hospital siap dibina, menjadikan semuanya 130 buah, 34 klinik kesihatan dan 72 klinik luar bandar juga dapat dibina, menjadikan semuanya 84 buah klinik dan 2073 buah klinik luar bandar. Sebanyak 32000 buah rumah kos rendah dapat dibina. Seramai 67533 usahawan baru berjaya dilahirkan, 10618 perusahaan mikro, kecil dan sederhana berjaya dinaiktaraf. Manakala, 24449 perniagaan mikro diwujudkan di bawah TEKUN Nasional.

Dasar dan program yang dilaksanakan disasarkan kepada meningkatkan keupayaan daya saing pada peringkat global, mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum serta mewujudkan keseimbangan pendapatan dan kekayaan melalui penyertaan semua kaum.

Penutup

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan

Negara melalui prosespembasmian kemiskinan dan


penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala program

pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa


yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan -tujuan diatas.Usaha ini

memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari


kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like