You are on page 1of 11

INTERAKSI 1 : PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN Program : PISMP IPGM Kursus : Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah Pengajian : PISMP-IPGM ambilan Januari 2007 SEMESTER 5 Kod : BMM3103 Tahun 3 Kredit : 3(2+1) PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN. PENTAKSIRAN Definisi Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses

pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

Mendapatkan

maklumat

secara

berterusan

tentang

pengajaran

dan

pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan . Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran PENGUJIAN Definisi Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970) Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2). Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahapberapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. PENILAIAN Definisi Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Perkaitan pengujian, pengukuran dan penilaian

Diagnosis Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang

masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran. Pencapaian Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu, penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada pelajar. Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan. Pemilihan dan Penempatan Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran. Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka

berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan. Bimbingan dan kaunseling Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar. Tujuan lain Penilaian Ujian 1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar. 2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain. 3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain. 4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah

keupayaannya dan lemah pencapaiannya 5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan. 6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.

7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. 8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka. 9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Konsep-konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian.

Istilah pengujian, pengukuran dan penilaian kerapkali digunakan dalam penulisan ilmiah dan merupakan konsep-konsep penting dalam bidang pendidikan. Bahagian berikut menjelaskan konsep-konsep ini dengan lebih terperinci.

Pengujian

Dalam konteks pendidikan, pengujian dijalankan untuk mengukur prestasi pelajar dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Menurut Bashah (2006) pengujian digunakan untuk mendapatkan satu pemerhatian (maklumat) sistematik dimana tugasan itu diandaikan representatif (mewakili) bagi trait pendidikan atau atribut yang hendak ditentukan.

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran di sekolah (Mohd. Tajudin, 2002). Objektif utama pengujian adalah untuk mengukur 'penguasaan' pelajar dalam sesuatu kursus atau kemahiran. Menurut Mokhtar Ismail (1995) ujian ialah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperolehi pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan

aspek pendidikan dan psikologi. Perkara ini penting dalam memperlihatkan kejayaan atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara untuk memastikan hal ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkahlaku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) yang menegaskan bahawa ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.

Hasil daripada jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai markah atau skor akan diberikan kepada individu berkenaan (Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2003). Pemarkahan atau penskoran dalam pengujian melibatkan penentuan peruntukan markah atau skor diberi pada satusatu item ujian. Ini menggambarkan pengujian dapat menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji melalui markah/skor yang diperolehi mereka. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian, seseorang guru dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari (Liew Cheong Chaing, 1999).

Pengukuran

Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen (Nitko, 2004). Manakala menurut Bhasah (2006), pengukuran dalam erti kata lain ialah langkah menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu. Menurut Mokhtar

Ismail (1995) pula, pengukuran dalam pendidikan sebenarnya adalah langkah untuk menentukan tahap sejauh mana seorang memiliki sifat tertentu. Pengukuran adalah satu proses berterusan yang memastikan sesuatu perkara itu berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Ia memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam menjalankan pengukuran, demi mendapatkan keputusan yang baik, cekap dan cemerlang. Pengukuran menggunakan maklumat kuantitatif yang merujuk kepada penggunaan skala kadar (rating scale) yang telah didefinisikan dalam bentuk angka dan digunakan secara holistik atau analitik (Bhasah, 2006).

Pengukuran merupakan umpukan atau pemberian angka-angka atau nombor kepada sesuatu objek atau perkara mengikut satu set peraturan yang ditetapkan. Pengukuran boleh berbentuk ujian, skala kadar (rating scale) atau senarai semak. Contohnya, skor (markah) 79 daripada 100 markah bagi satu ujian ialah satu pengukuran (Bhasah, 2003). Pengukuran yang tidak melibatkan sebarang tugasan, tidak boleh dikategorikan sebagai ujian. Contohnya rekod pelajar yang disimpan oleh pihak sekolah, ia hanya merupakan penyimpanan maklumat pelajar.

Penilaian

Dari sudut pengajaran, penilaian boleh menentukan status sesuatu objek yang dinilai itu dengan membanding status berkenaan dengan satu set standard atau kriteria untuk membuat keputusan. Penilaian merupakan pertimbangan atau pembuatan keputusan tentang merit atau nilai sesuatu perkara atau benda. Di samping itu, penilaian yang berkesan adalah penilaian yang sistematik dalam pengumpulan dan analisis data. Selain itu, penilaian dapat menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah tercapai yang boleh membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat.

Meskipun banyak definisi penilaian pendidikan dikemukakan oleh pakar-pakar seperti Nitko (2004), Popham (1990) dan Kubiszyn dan Borich (2003), pada asasnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi

pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Dari segi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dewan kuliah dan makmal dicapai (Gay & Airasian, 2003).

Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal. Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian (Liew Cheong Chaing, 1999). Namun, perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran guru. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di sekolah teknik adalah penilaian terhadap projek, portfolio, ujian bulanan, peperiksaan, lisan pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Sebagai kesimpulannya , pengujian, pengukuran dan penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Ketiga-tiga aspek tersebut dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan bengkel sekolah, ketiga-tiga aspek dilakukan sekali lagi bagi mengetahui sama ada guru 'mengajar' dan pelajar 'belajar'.

You might also like