You are on page 1of 5

Pro Forma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian ( Bina Insan Guru )

Nama Kursus Kod Kursus Kredit Jam Kontak Bahasa Pengantar Prasyarat Semester Hasil Pembelajaran BINA INSAN GURU I ( BIG ) (Teachers Human Build-Up 1) WAJ3114 3 Kredit ( Kredit Terkumpul ) 45 Jam Bahasa Melayu Tiada Satu Aktiviti perkhemahan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti perkhemahan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar: 1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan 2. Menunjukkan kecaknaan kepada komuniti. terhadap kepentingan perkhidmatan

3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. 4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 5. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. 6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Sinopsis Kursus ini merupakan suatu program perkhemahan selama empat hari tiga malam. Tujuan program perkhemahan ini ialah memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul dan ia mencakupi enam domain utama kurikulum Bina Insan Guru. Enam domain tersebut ialah kerohanian dan akhlak keguruan; berilmu, beramal dan berbakti; berakauntabiliti dan amanah; berdaya tahan yang tinggi; berjiwa merdeka dan perkasa serta kreatif dan inovatif. Pelaksanaan Bina Insan Guru melalui program perkhemahan ini menjurus kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar sebagai usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, daya tahan, nilai dan akhlak keguruan. Disamping itu, Bina Insan Guru ini juga melibatkan

pelajar dengan aktiviti ceramah, bengkel, atau seminar yang menyediakan mereka dengan input yang selaras dengan objektif program perkhemahan I yang telah diikuti.

This course is a camping programmme for four days and three nights. The aim of this camping programme is to give an early exposure of the ideal characteristics and qualities of teachers which incorporate the six domains of the BIG curiculum namely; spiritual and teacher-values; knowledgeable and good deeds; accountability and thrustworthy; high level of endurance; sense of freedom and might; creative and inovative. Implementation of BIG through camping program emphasized on learning outside the classroom which is in the context of nature and real situation in an effort to inculcate knowledge, skills, intelectual force, endurance, values and teaching etiquette. Besides that, in BIG 1, students will also be involved in talks, workshop, seminar with inputs that are in line with the objectives of the camping programme.

TAJUK

KANDUNGAN

JAM

1.

Perkhemahan I Aktiviti: 1. Mendirikan dan menguruskan perkhemahan. Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian makanan Pembubaran khemah

Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan. Berjiwa merdeka dan perkasa Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesakan masalah Membina kemahiran mengurus perubahan

Perkhemahan 4 hari 3 malam (45 Jam)

Kerohanian dan akhlak keguruan Mengenali dan menilai potensi diri insan guru Potensi kendiri Personaliti kerjaya Citra diri insan guru

2. Malaysia cergas dan patriotik. Nyanyian patriotik Menaikkan bendera Kawad kaki Senamrobik / aktiviti kalistenik

Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.

3. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) - Ice Breaking Personaliti Guru dan Konflik Personaliti Realiti persekitaran Realiti diri dan motivasi keguruan Perubahan sikap

Berakauntabiliti dan amanah Berakauntabiliti kepada profesion keguruan Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran berkenaan.

Berdaya tahan yang tinggi Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani dan sosial.

Pembinaan self-esteem

Kreatif dan inovatif Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan berupaya menjana pemikiran baru. Membuat refleksi secara kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan.

4. Kembara dan Orienteering Berjalan merentas rimba Berjalan lasak Aktiviti penghayatan alam Penggunaan kompas dan peta lakaran Penyelesaian masalah Keselamatan di air Apungan Kemahiran asas renang Kemahiran asas menyelamat Kemahiran berkayak

5. Aktiviti di air -

6. Tazkirah / aktiviti moral 7. Persembahan kumpulan 8. Refleksi Refleksi aktiviti Refleksi umum Penulisan refleksi

Jumlah

45

Pentaksiran dan Penilaian Rujukan Asas

100% berdasarkan kerja kursus Abdul Rahman Bin Ahmad (1992). Bimbingan dan Kaunseling dari perspektif Islam. Human Resource Enterprise: Sri Kembangan, Selangor. Bahagian Pendidikan Guru (2000). Etika Pelajar Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur. Hisham Altalib (1994). Panduan Latihan Bagi Gerakan Islam. Media Dakwah: Jakarta. Holland, J.L, (1973). Making vocational choices. New Jersey: Printice Hall, Inc. West Edie (1994). 201 icebreakers: New York:McGraw Hill. Steven, J. Stein (2001). The EQ edge. Canada: Multi-Health Systems Inc.

Rujukan Tambahan

Mohd. Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1996). Kemahiran berfikir dan belajar. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Shah Alam Mohd Taib Haji Hassan, Dato Haji (1993). Panduan hidup seorang Islam. Percetakan Watan: Kuala Lumpur. Mustapha Haji Daud (1995). Budi bahasa dalam tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. Utusan Publications: Kuala Lumpur. Rashid Haji Mohamad (2000). Bimbingan dan Kaunseling. Education Malaysia Sdn.Bhd: Petaling jaya. Pearson

Spart-Langer, Simmon dan Pasch (1992). Reflective Pedagogical Thinking : How can we promote and measure it? Journal of Teacher Education.

You might also like