You are on page 1of 40

TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA

TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM

AL-FARABI(874M-950M)
Riwayat hidup: Nama: Abu Masr Muhmmad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Ulzagh Al Farabi Tahun & tempat lahir:874M(260H), Transoxia, Turki. Bapanya merupakan seorang tentera. Sewaktu kecil beliau telah dibawa berpindah ke Baghdad oleh bapanya dan telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al Sariy ibn Sahl@ Ibn As-Siraj seorang pakar bahasa Arab.

Tahun 329H berlaku kekacauan politik di Baghdad, Al-Farabi memilih untuk berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab. Di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari menyebabkan beliau hidup serba kekurangan. Beliau terdidik dengan sifat qanaah(sederhana) menjadikannya seorang yang sederhana. Beliau lebih menumpukan perhatian mencari ilmu daripada kekayaan dan tidak pernah memberi perhatian kepada kerja-kerja mencari rezeki secara serius sehingga kecil sehingga meninggal dunia pada tahun 339H(950M).

Ciri-ciri dan Sumbangan Tokoh


Merupakan seorang ilmuwan yang terkenal pada zamannya. Berkemampuan menguasai pelbagai bahasa. Merupakan pemuzik yang handal dan telah mencipta satu alat muzik yang dikenali sebagai gambus. Memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah namun lebih unggul dalam bidang falsafah bahkan kehebatannya dalam bidang falsafah mengatasi ahli falsafah Islam seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd.

Dalam teori politiknya beliau berpendapat akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu dan perlu dijadikan dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur. Beliau banyak mengkaji falsafah dan teori Socrates, Plato dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep tentang kebahagiaan. Merupakan seorang yang terawal menulis tentang ilmu logik Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Pemikiran falsafah beliau banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurut beliau, seorang ahli falsafah tidak harus memisahkan diri daripada sains dan politik tetapi perlu menguasai keduaduanya untuk menjadi ahli falsafah yang sempurna.

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk dieksploitasikan bagi kepentingan orang lain. Beliau telah mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli falsafah. Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakannya sebaris dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Bagi AlFarabi ilmu adalah segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan negara.

Pandangan beliau mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Konfusius yag meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki tertinggi dalam sistem sosial sesebuah negara. Al-Farabi telah mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya; beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia manakala perselisihan yang berlaku antara manusia merupakan gejala sifat semulajadi tersebut.

Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang perubatan. Kajian perubatannya tidak menjadikannya masyhur tetapi pandangannya memberikan sumbangan terhadap ilmu perkembangan perubatan pada zamannya. Antara pandangannya, jantung adalah lebih utama berbanding otak kepada manusia kerana jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan menurut keperluan tubuh badan.

Karya-karya
Madinah al-Fadhilah ( pemikiran, idea, dan pandangan tentag falsafah politik) Ihsa al-Ulum & Kitab al-Jam (perbicaraan mengenai falsafah zaman Yunani & falsafah Plato serta Aristotle) Risalah fi al-Aql (membicarakan akal manusia) Al-Musiqa (pengajaran & teori muzik Islam) *Dua buku yang tidak dapat disiapkan oleh beliau pada zamannya ialah Kunci Ilmu(disiapkan oleh anak muridnya Muhammad Al Khawarismi pada tahun 976M) dan Fihrist Al-Ulum(disiapkan oleh Ibnu Al-Nadim pada tahun 988M.

Rumusan
A-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba boleh. Beliau meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Keikhlasan beliau terhadap ilmu telah menjadikan beliau seorang yang berilmu tinggi dalam pelbagai bidang. Banyak daripada fikirannya masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementara itu, pemikirannya tentang politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di peringkat universiti bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala kemelut yang berlaku pada hari ini.

Ibn Khaldun(1331M-440M)
Nama: Abdul Ar-Rahman bin Muhammad bin Khaldun AlHadrami. Nama Khaldun berasal dari keturunan Khalid bin Uthman seorang tentera Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia nama Khalid berubah menjadi Khaldun. Berketurunan Hadramaut, Yaman tetapi dilahirkan di Tunisia(1331M/732H) dan meninggal dunia(1404M/808H) Mempunyai darah pemimpin dan ulama kerana ayah serta keturunannya merupakan pemimpin di Yaman. Kehilangan kedua orang tuanya kerana wabak kusta melanda kampungya.

Merupakan seorang sarjana Islam dalam bidang sejarah, sosiologi, politik malah seorang tokoh agama. Semasa kecil dididik sendiri oleh ayahnya kemudian berguru dengan ramai sarjana Islam hebat yang lain di Tunisia. Zaman mudanya banyak dihabiskan dengan merantau dan bekerja serta terlibat dalam bidang politik sehingga dipenjara beberapa kali kerana fitnah orang-orang sekeliling yang cemburu melihat beliu berdamping dengan pemimpin.

Telah memegang banyak jawatan penting sepanjang berada di Tunisia, Algeria, Maghribi dan Mesir. Pernah dilantik sebagai Ahli Persuratan di Istana Faz,mejadi Hajib(sama taraf dengan Perdana Menteri) di Bougie, menjadi orang antara perang peebutan kuasa kerabat diraja serta hakim Mahkamah-Mahkamah Raja di Mesir. Setelah menunaikan fardu haji pada tahun 749H, beliau telah memberikan sepenuh penumpuan dalam bidang penulisan. Penulisannya adalah himpunan daripada pembelajaran dan pengalaman yang didapati dalam bidang ilmu tradisional dan ilmu pengetahuan semasa, terutama dalam bidang politik.

Kitab Al- Ibar karya teragung yang mengangkat beliau menjadi Bapa Ketamadunan . Dalam kitab ini paling menonjol ialah pengenalan pada kitab yang diberi nama Muqaddimah Ibn Khaldun. Kitab ini terbahagi kepada 3 bab dan diasingkan dalam 7 jilid. Pengenalan & bab 1/ lebih dikenali sebagai Muqadimmah Ibn Khaldun ditulis dalam 1 jilid. Bab 2(menceritakan tentang sejarah kehidupan bangsa Arab, sejarah perkembangan Islam serta sejarah kehidupan masyarakat Timur dimuatkan dalam 4 jilid. Bab 3(berkisarkan sejarah kehidupan masyarakat persisir Barat ditulis dalam 2 jilid dan diakhiri dengan sebuah jilid yang memuatkan biografi penulis iaitu Ibn Khaldun sendiri.

Kitab Muqadimmah terbahagi kepada pendahuluan dan 6 bab utama. Pendahuluan(membicarakan tentang sejarah, tema-tema dan kesalahan dalam meriwayatkan peristiwa yang terjadi. Bab1(memuatkan kajian pertumbuhan umat manusia) Bab 2(menceritakan tentang kehidupan desa dan kaum Badwi) Bab 3(membahaskan tentang negara, institusi Khalifah dan sesebuah kerajaan) Bab 4(kajian perkembangan negeri-negeri dan kota-kota serta bagaimana membezakan antara satu kota dengan yang lain melalui bentuk bangunan, sosial, ekonomi ataupun bahasa. Bab 5(menerangkan kehidupan ekonomi penduduk sesuatu tempat) Bab 6(dimuatkan tentang cara mempelajari ilmu pengetahuan. Melalui kitab ini ahli sejarah cuba memahami pola yang berlaku pada organisasi politik dan sosial manusia. Menurut B.Lewis, Kitab Al- Ibar merupakan ensiklopedia sintesis tentang metodologi sains kebudayaan yang penting dan dapat membantu ahli sejarah menghasilkan kajian yang benar dan ilmiah.

Ibn Khaldun memperbaharui kaedah penyelidikan sosiologi. Beliau sangat menekankan sifat-sifat semula jadi dan sebab-sebab sejarah. Menurut beliau, jika pengkaji hanya mengkaji sesuatu peritiwa tetapi tidak latar belakangnya hanya menghasilkan sejarah am. Sebaliknya jika pengkaji menitikberatkan kedua-duanya maka sejarah tu dianggap sejarah khas. Sejarah khas terbahagi dua iaitu zahir dan batin. Zahir bermaksud kejadian sesuatu peristiwa seperti berita perang, jatuh bangun sebuah kerajaan atau kemajuan masyrakat. Batin bermaksud tinjauan dan penyelidikan serta keterangan-keterangan yang nyata tentang kehidupan manusia dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu kejadian dan sebabnya. Kajiannya memberi penekanan dalam aspek-aspek dalaman bagi sesuatu peristiwa kerana sejarah berhubung rapat dengan latar belakang masyarakat.

Ibn Khaldun memberi nafas baru dalam bidang seni menulis riwayat hidup. Beliau menyebut peristiwa yang terjadi semasa hidup sejak dilahirkan sampai sesaat sebelum kematian dengan lebih terperinci. Ibn Khaldun juga merupakan antara ahli ekonomi Islam yang melihat kepentingan tenaga kerja dan kaitannya dengan penawaran dan permintaan. Menurut beliau, buruh adalah faktor pengeluar penting walaupun terdapat faktor-faktor lain untuk menghasilkan pengeluaran. Dengan teori ini, ahli-ahli ekonomi berpendapat Ibn Khaldun merupakan ahli ekonomi paling awal mengeluarkan teori pembahagian tenaga buruh dan kepentingan pengkhususan tenaga buruh, jauh lebih awal dari ahli ekonomi Barat.

Rumusan
Berdasarkan sumbang-sumbangan Ibn Khaldun, banyak sarjana Barat seperti Toynbee dan R.Nicholson menganggap beliau sebagai ahli fikir dan tokoh yang tiada bandingnya. G.Sarton menyatakan, Ibn Khaldun merupakan ahli sejarah dan ahli falsafah agung sepanjang zaman yang bermula dari zaman ahli sejarah klasik sehinggalah zaman Machiavelli, Bodin dan Vico.

IBN SINA (980M-1037M)


Dikenali sebagai Avicenna dalam kalangan orang Barat & lahir d Afsanah. Ayahnya bernama Abdullah, berasal dari Balkh dan bekerja sebagai gabenor di Bukhara di bawah pemerintahan Nuh bin Mansur. Ibunya berbangsa Farsi tetapi dilahirkan di Afghanistan(Azmi Aziz dan Wan Ramli Wan Muhammad 2002:13)

Ibn Sina amat meminati ilmu pengetahuan. 5 tahun mula mempelajari al-Quran dan bahasa Arab daripada ayahnya. 10 tahun telah menghafal al-quran dan menguasai banyak ilmu agama. 16 tahun mempelajari ilmu kedoktoran daripada Abu Sahl Al-Jarjani sehingga mahir. 17 tahun telah berjaya mengubati penyakit Perdana Menteri kerajaan Saman bernama Nuh bin Mansur justeru membawa tuah kerana beliau dibenarkan memasuki perpustakaan perdana menteri itu. Beliau turut mempelajari ilmu logik, geometri dan astronomi daripada Abu Abdullah berasal dari Natili, seorang ahli falsafah terkemuka pada zamannya. Ibn Sina meninggal dunia pada 1037M berusia 57 tahun kerana menghidapi penyakit perut berkaitan usus. Telah mengarang kira-kira 250 buku termasuk 116 karya dalam bidang perubatan.

Sumbangan
Beliau terkenal sebagai doktor perubatan, ahli falsafah, ahli sains, ahli muzik, ahli politik dan ahli agama. Dalam bidang perubatan, karya beliau yang terkenal ialah Qanun fi At-Tibb(Peraturan Perubatan) Karya ini menyenaraikan ubat-ubatan serta penyakitpenyakit yang dihadapi oleh manusia melibatkan semua bahagian anggota badan. Merupakan buku yang paling autentik di dunia kerana banyak memuatkan penemuan pengarang dalam bidang anatomi dan masih digunakan hingga kini.

Penulis Barat menganggap Ibn Sina Bapa Kedoktoran kerana beliau telah menyatupadukan teori perubatan Yunani(Hippocrates dan Galen) serta pengalaman daripada ahli perubatan India dan Parsi serta pengalamannya sendiri (Ramli Awang, Zulkiflee Haron dan Mohd Nasir Ripin, 2012:96) Ibn Sina telah mengembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung(pulse diagnosis) iaitu untuk mengenal ketidakseimbangan tumor.

Ibn Sina merupakan doktor pertama mencatatkan peyakit paru-paru(pulmonary tuberculosis) boleh berjangkit. Beliau turut memberi tanda-tanda penyakit kencing manis (diabetes) dan kesan yang timbul daripadanya. Buku Canon of Medicine mengengahkan cara-cara pembersihan luka. Kepakarannya dalam bidang perubatan didiktiraf oelh ahli perubatan barat yang mengatakan Ibn Sina merupakan orang pertama menemui sistem peredaran darah manusia. Kajian pakar perubatan Barat mendapati Ibn Sina merupakan orang pertama berhasil mengubati penyakit radang selaput otak. Pakar-pakar perubatan mengakui Ibn Sina merupakan doktor yang bertanggungjawab mengubati penyakit barah seperti barah usus. Ibn sina juga telah memperkenalkan cara mengubati penyakit jiwa dan tekanan perasaan melalui kaedah psikoterapi

Dalam bidang falsafah, kemasyhuran Ibn sina adalah sebaris dengan tokoh falsafah Islam lain seperti Ibn Rusyd dan Al-Farabi. Ibn Sina cuba menyesuaikan ajaran falsafah Yunani dan Islam serta pemikirannya banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah Al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Pandangan beliau turut dipengaruhi asas teori perubatan Yunani. Beliau percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin.

Karya-karya
Al-Syifaa (memuatkan segala cabang ilmu falsafah). Kitab al-Hudud (rumusan berhubung istilah/pengertian dalam ilmu falsafah). Kitab al-Insaaf(proses keinsafan) Kitab al-Isyarat wa al-Tanbihat(mengupas tentang bimbingan & peringatan serta memperkatakan prinsip ketuhanan & keagamaan)

Bidang logik, Ibn Sina berpendapat ilmu logik hanya diperlukan oleh mereka yang tidak mempunyai kebolehan berfikir. Ibn Sina berpendapat bahawa matematik oleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Beliau juga berpendapat muzik adalah cabang ilmu matematik yang berhubung dengan not-not muzik. Menurut beliau, muzik hanya mengikuti dan menciplak suara alam. Bidang geologi, beliau merupakan orang pertama berbicara tentang kejadian pembentukan gunung. Bidang kimia,beliau mengemukakan teori tentang kemungkinan untuk membentuk kuningan dengan warna putih yang diambil dari cairan perak/membentuk perak dengan warna merah hingga menjadi warna emas.

Bidang astronomi, beliau telah memperbaiki sistem kalendar pada zaman pemerintah Alaud Daulah. Bidang politik, beliau menyifatkan politik tidak boleh berpisah dengan agama dan sering mneggunakan istilah political and religious philosophy serta menggambarkan idea negara yang dicita-citakannya dalam karya al-Madinah al-Fadhilah(negara kolektivisme) ialah negara bercorak kemasyarakatan. Manakala karya Al-Madinah al-Hasanah er-Siyrah(negara moralis), beliau berpendapat negara moralis merupakan negara yang menjunjung moral yang tinggi. Karya Patrialchal Theory(politik seorang bapa), beliau mengandaikan penyusunan negara dan keluarga adalah sama kerana ketua negara harus mengutamakan rakyat dan adil.

Rumusan
Beliau telah banyak memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang. Sesungguhnya, kemasyhuran Ibn sina adalah adalah sebaris dengan tokoh-tokoh awal falsafah Islam yang lain.

AL-KHAWARIZMI(780M-850M)
Nama: Muhammad bin Musa Al-Khawarizmi @ Abu Abdullah. Mendapat gelaran Al-Khawarizmi kerana berasal dari Khwarizmi/Khuway. Berbangsa Parsi, lahir tahun 780M dan meninggal dunia di baghdad tahun 846M selepas penghijrahannya.

Sumbangan
Digelar Bapa Matematik Moden dan turut memberi sumbangan dalam bidang astronomi serta geometri. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmun, Al-Khwarizmi telah diminta untuk menulis buku ringkas berkaitan al-gebra bagi memudahkan urusan umat Islam dalam sistem pembahagian harta pusaka, wasiat, zakat dsb. Dari situ lahir karya agung beliau dalam bidang matematik iaitu Al-Mukhtasar fi Hisab Al-Jabr wal-Muqaba. Satu bab dalam buku tersebut menceritakan secara khusus tentang geometri. Beliau turut memperkenalkan sistem angka yang diguna pakai hingga kini melalui bukunya De Numero Indorum dan hanya naskah berbahasa Latin ditemui.

Kitab Al-Jam wal-tafriq bi-hisab Al-Hind( Kitab tentang penambahan pengurangan menurut pengiraan Hindu) Dalam kitab ini beliau telah memperkenalkan nombor sifar serta memperkenalkan sistem angka Hindu kepada golongan Arab dan juga Barat. Memperkembangkan ilmu astronomi dan geometri pada zaman kegemilangan Islam setelah memperkenalkan aljebra dalam kaedah mengira astronomi.

Buku berjudul Zaij Al-Sindhind(membincangkan tentang peredaran matahari, bulan & 5 planet yang diketahui. Beliau orang pertama menghitung jadual astronomi & memperkenalkan sifir trigonometri. Dalam bidang geografi, beliau pernah menghitung garisan Khatulistiwa bumi pada tahun 830M. Buku berjudul Kitab Surat al-Ard(telah mengemukakan beberapa koordinat tempat di Laut Mediterranean , Asia & Afrika berdasarkan buku geografi Plotemy. Beliau juga telah melakar peta dunia serta menjalankan pemantauan dan kajian terhadap bumi

Rumusan
Sesungguhnya, teori-teori dan sumbangan beliau telah banyak membantu dalam penerokaan bidang matematik oleh penduduk dunia.

AL-BIRUNI(973M-1050M)
Nama: Abu Al-Raihan Muhammad Ibn Ahmad AlBiruni Dilahirkan tahun 362H(972M) di Birun, Turkistan. Meninggal dunia di India pada tahun 447H(1050M) Mempelajari ilmu dari Abu Masr Mansur Ibn Ali Ibn Iraqin yang merupakan pakar ilmu matematik dan ilmu alam. Beliau telah menguasai bahasa Sanskrit sewaktu berada di India.

Sumbangan
Setelah ditawan dan dibawa ke India beliau telah mempelajari pelbagai di India dan telah menghasilkan beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Beliau merupakan tokoh agung dalmam bidang falsafah, matematik, falak dan geometri serta merupakan pengembara yang mahir.

Telah mencipta kaedah penggunaan angka-angka India dengan menggunakan angka kosong. Beliau telah menyelesaikan pelbagai persoalan matematik dan geometri. Beliau telah berjaya menetukan garis bujur dan lintang bumi. Antara hasil penyelidikan beliau ialah perjalanan cahaya jauh lebih laju daripada perjalanan bumi. Beliau telah berjaya menetukan kaedah menimbang berat dengan tepat untuk pelbagai jenis benda. Beliau turut menghasilkan satu daftar mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.

Setelah dibebaskan, beliau telah mendirikan sebuah pusat kajian astronomi tentang sistem solar yang telah membantu perkembangan ilmu falak. Beliau telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang megandungi 138 tajuk. Beliau telah membuktikan bahawa gandingan falsafah da ilmu pengetahuan telah membolehkan agama terus subur dan berkembang. Beliau juga membuktikan golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awangawangan dan mereka perlu diberi pengiktirafan kerana peranan dan kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban manusia.

Rumusan
Sumbangan Al-biruni dalam pelbagai bidang telah banyak membantu manusia dalam meneroka alam dengan lebih baik dan mudah.

Sekian terima kasih

DISEDIAKAN OLEH: ROSMARY URAI WILSON

You might also like