You are on page 1of 1

Dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan

adalah pembelajaran

berasaskan projek. Projek kewarganegaraan ini dijalankan di luar jadual waktu persekolahan. Pembelajaran berasaskan projek ialah pembelajaran yang berfokus kepada tugasan amali secara terancang dalam jangka masa tertentu. Tujuan pelaksanaan tugasan projek ini adalah untuk menyediakan murid menjadi warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Pembelajaran berasaskan projek ini boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan dan guru berperanan sebagai pembimbing kepada murid sepanjang pembelajaran ini dilakukan. Tugasan murid ialah menyediakan satu laporan yang berbentuk portfolio berdasarkan projek yang telah dilaksanakan. Dalam tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat, tajuk projek yang boleh diambil ialah Projek Menceriakan Sekolah atau Projek Menghijaukan Sekolah. Selain itu, dalam tema Kenali Budaya Malaysia, antara projek yang boleh dilaksanakan ialah sudut maklumat adat resam kaum atau hari kebudayaan pelbagai kaum. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang ditekankan dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ialah pembelajaran berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands-on di dalam dan luar bilik darjah. Pembelajaran berpusatkan murid membuatkan murid berasa seronok semasa belajar dan dapat menarik minat murid untuk meneruskan pembelajaran kerana murid akan melakukan sesuatu tugasan tanpa bantuan daripada sesiapa dan guru hanya menjadi pembimbing kepada murid. Contoh aktiviti hands-on yang boleh dilakukan dalam bilik darjah ialah mencipta kad ucapan. Melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, diharapkan murid dapat

meningkatkan pengetahuan mereka tentang isu sivik, memupuk pelbagai kemahiran dan memupuk nilai sivik bagi melahirkan individu yang bertanggungjawab, mempunyai semangat patriotic dan bersatu padu.

You might also like