You are on page 1of 1

Teori Pelaziman Tingkah Laku dan Pembelajaran Emosi : J.B.

Watson

J.B. Watson (1878-1958), seorang ahli pskologi di Amerika Syarikat merupakan


orang yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku
manusia. Kajiannya banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Parlov. Kajian
terkenal beliau tentang emosi kanak-kanak adalah menggunakan Model Pelaziman
Klasik.

Mengikut Watson, tingkah laku manusia ialah sesuatu reflex terlazim


(conditioned reflex) iaitu sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman
klasik. Dalam perkataan lain, semua pembelajaran adalah pelaziman klasik. Watson
berpendapat gerakan-gerakan reflex yang mudah seperti bersin apabila hidung gatal
dan mata berkelip-kelip adalah gerakan yang berlaku secara semulajadi dan tidak perlu
dipelajari.

Selain daripada tingkah laku, Watson juga menjalankan kajian tentang


pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau, manusia mewarisi tiga jenis emosi
semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya
adalah dipelajari melalui proses pelaziman.

You might also like