You are on page 1of 15

1.

0 Pengenalan

Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukumhukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurangkurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSn).

2.0 Analisis Frasa

i.

Frasa nama

Frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu unsur dalam binaan ayat. Frasa nama boleh menempati bahagian subjek dan bahagian predikat sesuatu ayat. Frasa nama mempunyai kata nama sebagai intinya dan boleh hadir tanpa penerang atau dengan penerang. Berikut adalah analisis frasa nama yang terdapat dalam petikan yang dianalisis;

Bil

Frasa Nama

Struktur Kata Nama

Frasa Penerang Ser Menanti Negeri Sembilan

1. 2.

Istana Lama Seri Menanti Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

Istana Lama Yang diPertuan Besar Setiausaha Kehormat

3.

Setiausaha Kehormat Pertubuhan Arkitek Malaysia

Pertubuhan Arkitek Malaysia

4.

Tukang Melayu

Tukang

Melayu

5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Teknologi hijau Seni bina tradisional Melayu Paku besi Pasang siap Masa kini Muzium Diraja Motif ukiran

Teknologi Seni bina tradisional paku pasang masa Muziium motif

hijau Melayu besi siap kini Diraja ukiran

ii.

Frasa kerja

Frasa kerja ialah unsur yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu perkataan ataupun beberapa perkataan. Frasa kerja mempunyai kata kerja sebagainya intinya dan kata kerja itu bersifat transitif ataupun tak transitif. Berikut adalah analisis frasa kerja yang terdapat dalam petikan yang dianalisis;

Bil

Frasa Kerja

Struktur Kata Kerja Penerang Rasa kagum Mempunyai formal banyak konsep bahawa pasak Dengan jelas gambaran Ukiran patung

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Menzahirkan rasa kagum Mempunyai kemahiran Pendidikan formal Mempunyai banyak Mengaplikasikan konsep Menjadi bukti bahawa Penggunaan pasak Dilihat dengan jelas Memberi gambaran Menyimpan ukiran patung

Menzahirkan kemahiran pendidikan mempunyai Mengaplikasi Menjadi bukti penggunaan dilihat memberi menyimpan

iii.

Frasa adjektif

Frasa adjektif terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif sebagai intinya. Frasa adjektif boleh berfungsi sebagai predikat dalam ayat pola FN + FA, sebagai unsur keterangan dalam predikat yang menerangkan frasa kerja dalam predikat dan sebagai penerang kepada kata nama dalam predikat. Namun begitu, melalui analisis yang dibuat, kami mendapati tiada frasa adjektif terdapat dalam petikan yang diberikan.

iv.

Frasa sendi nama

Frasa sendi nama ialah satu binaan yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa sendi nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Frasa sendi nama boleh juga didahului oleh kata bantu. Frasa sendi nama yang berada dalam petikan ialah:

Bil

Frasa Sendi Nama

Struktur Kata Sendi Nama Frasa Nama istana rumah Dari. Ke.. di di

1. 2. 3. 4.

Cerita dari mulut ke mulut Ukiran-ukiran yang terdapat di istana Ukiran patung di dalam rumah

..adalah untuk memudahkan alairan untuk pengudaraan

Data Peratusan Frasa

Frasa Frasa nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa sendi nama Jumlah

Bilangan Dapatan 11 10 0 4 25

Peratusan 11/25 x 100 = 44% 10/25 x 100 = 40% 0/25 x 100 = 0% 4/25 x 100 = 16% 25/25 x 100 = 100%

Bilangan Dapatan Frasa


12 10 Bil. Dapatan 8 6 4 2 0 Frasa nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa sendi nama 0 4 11 10

Frasa

Rajah 1: Bilangan Dapatan Frasa

Berdasarkan rajah 1 di atas jelas menunjukkan bilangan dapatan bagi setiap frasa dalam ayat. Frasa Nama menunjukkan bilangan yang paling banyak iaitu sebanyak 11 manakala frasa kerja sebanyak 10, frasa sendi nama sebanyak 4 manakala tiada frasa adjektif yang didapati daripada teks yang dipilih.

Peratusan Frasa
Frasa sendi nama 16% Frasa Adjektif 0% Frasa nama 44% Frasa Kerja 40%

Rajah 2: Peratusan Frasa

Rajah 2 di atas menunjukkan bilangan peratusan mengikut frasa yang diperolehi daripada teks yang dipilih. Mengikut peratusan, Frasa Nama sebanyak 44%, manakala Frasa Kerja sebanyak 40%, Frasa Sendi Nama sebanyak 16% manakala 0% untuk frasa Adjektif.

3.0 Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat terdiri lebih daripada satu ayat tunggal. Ayat-ayat berkenaan dicantumkan berdasarkan peraturan-peraturan tertentu sehingga menjadikannya satu ayat baharu. Ayat majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu ayat majmuk gabungan, pancangan dan campuran. Ayat majmuk gabungan mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang terbina daripada gabungan ayat tunggal dengan ayat majmuk atau cantuman beberapa ayat majmuk oleh kata hubung sepei dan, atau, sambil, dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan. Berikut adalah analisis ayat yang dibuat berdasarkan petikan yang diberi; 1. Bercerita mengenai seni bina yang kini menjangkau usia 105 tahun itu, kata Mohd Zulhemlee, penggunaan pasak berbanding paku besi menjadi bukti bahawa orang Melayu pada masa dahulu mempunyai kemahiran tinggi dalam ilmu seni bina. Jenis ayat : Ayat majmuk campuran Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda komplemen, bahawa; 2. Sebab itulah, menurutnya, rumah dahulu mempunyai banyak tingkap yang mana antara lain fungsinya adalah untuk memudahkan aliran pengudaraan dan cahaya, sekali gus mengehadkan penggunaan lampu. Jenis ayat : Ayat majmuk campuran Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini penanda relatif, untuk dan kata hubung, dan

3. Beliau menjelaskan, umumnya penggunaan paku besi mahupun pasak tidak menjejaskan struktur ataupun usia sesuatu pembinaan, namun penggunaan pasak mempunyai kelebihan

yang mana bangunan tersebut boleh dibuka dan dibina semula tanpa menjejaskan kayu yang digunakan. Jenis ayat : Ayat majmuk gabungan Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai kata hubung, dan yang menggabungkan dua ayat tunggal. 4. "Selain itu, saya pernah mendengar cerita dari mulut ke mulut bahawa orang Melayu dahulu percaya bahawa penggunaan paku besi adalah untuk orang mati sahaja (keranda). Jenis ayat : Ayat majmuk campuran Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda relatif, untuk 5. Berbanding seni bina moden pada masa kini, katanya, ciri-ciri lokaliti itu semakin hilang menyebabkan kebanyakan bangunan yang dibina kelihatan seakan-akan sama sahaja di seluruh dunia. Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda relatif, yang.

6. Menurutnya, ukiran-ukiran yang terdapat di istana tersebut memberi gambaran darjat dan kedudukan pemiliknya sebagai pemerintah negeri. Jenis ayat : Ayat majmuk campuran Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan kata hubung, dan.

7. Mohd Zulhemlee juga berkata, antara sebab seni bina lama seperti Istana Lama Seri Menanti masih teguh biarpun sudah dibina sejak 105 tahun yang lalu adalah faktor pemilihan kayu itu sendiri. Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif

Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda relatif, yang. 8. Menurutnya, kayu-kayu yang digunakan untuk membina istana pada ketika itu telah mencapai usia matang yang mana mampu bertahan sehingga hari ini biarpun tanpa perlu diberikan rawatan. Jenis ayat : Ayat majmuk pancangan relatif Penjelasan : Ayat majmuk ini mempunyai lebih dari satu jenis ayat dan ayat ini menggunakan penanda relatif, yang.

Data peratusan jumlah ayat

Ayat Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk campuran Ayat majmuk pancangan Jumlah

Bilangan Dapatan 1 4 3 8

Peratusan 1/8 x 100 = 13% 4/8 x 100 = 50% 3/8 x 100 = 37% 8/8 x 100 = 100%

Bilangan Dapatan 4
4 3.5 Bilangan Dapatan 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 Ayat majmuk gabungan Ayat majmuk campuran Ayat Ayat majmuk pancangan 1 3

Rajah 3: Bilangan dapatan ayat

Berdasar rajah 3 menunjukkan bilangan dapatan ayat. Daripada jumlah keseluruhan iaitu 8, sebanyak 1ayat majmuk gabungan dijumpai, manakala bagi ayat majmuk campuran sebanyak 4 ayat manakala bagi ayat majmuk pancangan sebanyak 3 ayat.

Peratusan Ayat
Ayat majmuk pancangan 37%

Ayat majmuk gabungan 13%

Ayat majmuk campuran 50%

Rajah 4: Peratusan mengikut ayat

Berdasarkan peratusan mengikut ayat, didapati ayat majmuk paling banyak digunakan iaitu sebanyak 50% manakala ayat majmuk pancangan adalah sebanyak 37% dan ayat majmuk gabungan sebanyak 13%

4.0 Kesimpulan

Hasil analisis yang dibuat, terdapat dua puluh lima bilangan frasadan tiga frasa yang terdapat dalam petikan iaitu sebelas frasa adalah frasa nama, sepuluh frasa kerja dan selebihnya adalah frasa sendi nama iaitu sebanyak empat frasa. Frasa adjektif tiada dalam petikan yang dianalisis. Hasil analisis jenis dan struktur ayat dalam petikan pula ialah terdapat lapan ayat majmuk. Dalam teks tersebut, kesemua petikan adalah ayat penyata. Kesemua ayat dalam petikan juga adalah ayat majmuk iaitu satu ayat majmuk gabungan, tiga ayat majmuk pancangan dan empat ayat majmuk campuran. Kesimpulannya, berdasarkan analisis ini saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang jenis dan binaan frasa serta ayat dalam sesuatu petikan bahasa Melayu setelah menjalankan analisis teks ini. Penganalisisan ini juga mendedahkan kepada saya agar lebih memahami serta menguasai bidang sintaksis dalam bahasa Melayu.

Rujukan

Ab. Rahman Ab. Rashid, 1997. Pengajian Melayu 1 Diploma Perguruan Malaysia. Balakong, Selangor. Longman Malaysia.

Haji Mohd. Asraf bin Haji Abdul Wahab, 2007. Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Petaling Jaya, Selangor. Sasbadi.

Amdun Husain, 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, 2006. Tatabahasa Dewan. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20130427/lk_03/Arkitekbaru-kagum-seni-bina-lama#ixzz2SClSADIy Utusan Melayu (M) Bhd 27/4/2013

Lampiran Teks APABILA diminta berbicara tentang bangunan warisan, Istana Lama Seri Menanti yang suatu ketika dahulu pernah didiami Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM), Mohd Zulhemlee An, menzahirkan rasa kagum terhadap hasil seni bina tukang Melayu yang bertanggungjawab terhadap pembinaan istana tersebut. Kedua-dua tukang itu dikenali sebagai Kahar dan Taib. Menurut Mohd Zulhemlee, biarpun tukang kayu dahulu tidak mendapat pendidikan formal tentang seni bina dan reka bentuk, tetapi mereka mempunyai kemahiran yang diwarisi sejak turun-temurun. Jika pada masa kini, arkitek moden mula mengaplikasikan konsep teknologi hijau, kata Mohd Zulhemlee, sejak 100 tahun lalu, ia sebenarnya telah wujud dalam seni bina tradisional Melayu. Sebab itulah, menurutnya, rumah dahulu mempunyai banyak tingkap yang mana antara lain fungsinya adalah untuk memudahkan aliran pengudaraan dan cahaya, sekali gus mengehadkan penggunaan lampu. "Mereka juga telah memaksimumkan penggunaan bahan binaan yang menjadi objektif pembangunan teknologi hijau pada hari ini. "Istana Lama Seri Menanti tidak terkecuali mengaplikasikan konsep teknologi hijau dalam seni binanya," katanya kepada S2. Bercerita mengenai seni bina yang kini menjangkau usia 105 tahun itu, kata Mohd Zulhemlee, penggunaan pasak berbanding paku besi menjadi bukti bahawa orang Melayu pada masa dahulu mempunyai kemahiran tinggi dalam ilmu seni bina. Beliau menjelaskan, umumnya penggunaan paku besi mahupun pasak tidak menjejaskan struktur ataupun usia sesuatu pembinaan, namun penggunaan pasak mempunyai kelebihan yang mana bangunan tersebut boleh dibuka dan dibina semula tanpa menjejaskan kayu yang digunakan.

"Teknik tersebut mirip kepada Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang juga dikenali sebagai pembinaan pasang siap yang diaplikasi pada masa kini. "Selain itu, saya pernah mendengar cerita dari mulut ke mulut bahawa orang Melayu dahulu percaya bahawa penggunaan paku besi adalah untuk orang mati sahaja (keranda). "Sebab itulah, mereka memilih untuk menggunakan pasak apabila membina tempat kediaman. Tetapi tidak pula saya tahu sejauhmana kebenarannya," katanya. Mengulas lanjut mengenai seni bina Istana Lama Seri Menanti, Mohd Zulhemlee berkata, budaya dan lokaliti sesuatu kumpulan itu dapat dilihat dengan jelas melalui seni bina pada zaman dahulu. Berbanding seni bina moden pada masa kini, katanya, ciri-ciri lokaliti itu semakin hilang menyebabkan kebanyakan bangunan yang dibina kelihatan seakan-akan sama sahaja di seluruh dunia. Tambahnya, bentuk bumbung istana yang kini menjadi Muzium Diraja itu seolah-olah tanduk kerbau, sekali gus menyerlahkan pengaruh budaya Minangkabau yang kuat, selain melambangkan status pemiliknya. Menurutnya, ukiran-ukiran yang terdapat di istana tersebut memberi gambaran darjat dan kedudukan pemiliknya sebagai pemerintah negeri. "Jika dilihat motif ukiran di istana tersebut, ia mempunyai pengaruh alam semula jadi seperti bentuk awan berarak, bunga tampuk manggis, bunga semantung dan gunung-ganang. Ini juga jelas memperlihatkan wujudnya pengaruh Islam dalam seni bina tersebut. "Oleh kerana ajaran Islam melarang menyimpan ukiran patung di dalam rumah, ia menjadi alasan mengapa ukiran kayu pada zaman dahulu lebih menjurus kepada motif tumbuhtumbuhan dan alam," katanya. Mohd Zulhemlee juga berkata, antara sebab seni bina lama seperti Istana Lama Seri Menanti masih teguh biarpun sudah dibina sejak 105 tahun yang lalu adalah faktor pemilihan kayu itu sendiri.

Menurutnya, kayu-kayu yang digunakan untuk membina istana pada ketika itu telah mencapai usia matang yang mana mampu bertahan sehingga hari ini biarpun tanpa perlu diberikan rawatan.

You might also like