You are on page 1of 2

faktor latar belakang (persekitaran) keluarga, kebolehan dan sifat peribadi pelajar.

Persekitaran adalah faktor luaran yang banyak mempengaruhi proses pembelajaran, manakala kebolehan pula lebih kepada kelebihan yang ada pada individu. Sifat peribadi yang menjurus ke arah kecemerlangan juga mempengaruhi pencapaian individu. faktor persekitaran yang mempengaruhi kanak-kanak ialah hubungan dalam keluarga, iaitu hubungan kanak-kanak dengan orang dewasa mempengaruhi penguasaan bahasanya. Kanakkanak yang kurang mendapat kasih sayang dan tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa akan merencatkan perkembangan bahasanya dan seterusnya akan mengakibatkan rendah pencapaian akademik mereka . persekitaran keluarga merujuk kepada corak interaksi keseluruhan antara ahli-ahli dalam sesebuah keluarga, contohnya cara-cara yang digunakan oleh ibu bapa dalam membantu perkembangan anak-anak. Corak interaksi ini merangkumi cara berkomunikasi dan layanan yang diberikan kepada anak-anak sepanjang masa. pada masa kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun mereka memerlukan penghargaan daripada orang lain. Jika mereka sering dibandingkan dengan orang lain dan dianggap tidak berkebolehan ia akan memperkembangkan sifat rendah diri. Pada masa ini juga kanak-kanak mula berinteraksi dengan rakan sebaya dan dengan cara ini ia mula mengenali dirinya sendiri. Justeru faktor persekitaran memainkan peranan yang sangat mustahak dalam membentuk sifat dan tingkah laku kanakkanak. guru perlulah menyedari bahawa keluarga mempunyai pengaruh yang amat penting terhadap ciri-ciri rohani, intelek, emosi dan jasmani setiap murid. Oleh itu setiap guru hendaklah mengenal pasti ciri atau potensi muridnya secara terperinci, cuba untuk memotivasikan mereka bagi mengembangkan ciri atau potensi diri mereka yang positif ke secara maksimum. Secara tidak langsung, tindakan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi murid bagi mengurangkan dan menghapuskan perlakuan negatif warisan keluarga murid tersebut secara beransur-ansur. Oleh itu jelaslah bahawa, konsep sekolah sebagai jambatan memerlukan guru untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai latar belakang dan persekitaran keluarga muridnya dan juga persekitaran masyarakat setempat. Semua maklumat mengenai diri murid boleh membantu guru bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan memaksimumkan pembelajaran setiap murid.

Faktorbaka Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua-dua ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti, gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Antara contoh pewarisan baka ialah warna mata. 2. Faktor Persekitaran Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment) individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adikberadik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media

elektronik serta bahan daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang, masyarakat di sekelilingnya dan rumah ibadat.

You might also like