You are on page 1of 44

What You Dont Know Can Hurt You by John Mccullum

Ahli kumpulan: Loh Jia Wei Tan Hui Yen

Watak yang Terlibat


John Richard guru pelatih pelajar berpencapaian rendah dan bermasalah pelajar berpencapaian tinggi yang bergaduh dengan Richard penolong kanan sekolah guru yang datang menolong John

Chris
Mr. Roberts Guru BI

Sinopsis
John merupakan seorang guru pelatih yang sedang menjalani di sebuah sekolah rendah. John sering menghadapi masalah untuk mengawal kelas gred 8 yang mempunyai 15 orang pelajar. Komposisi pelajar : 15 orang murid Bijak -7 orang Lemah -8 orang (5 suka cakap, ketawa dan suka mendominasikan kelas ketika John mengajar)

Pada suatu hari, John merancang untuk menjalankan proses P&P dalam bentuk kuiz atau soal jawab (guru penyelia tidak hadir) John berasa bebas untuk melakukan P&P mengikut pendekatan yang berlainan berbanding dengan pendekatan yang selalu digunakan oleh penyelia iaitu dengan hanya memberi tugasan individu untuk disiapkan dan kurang aktiviti kumpulan. Bagi John, adalah sangat penting menggunakan pelbagai pendekatan dalam pengajaran.

John telah gagal mengawal aktiviti berkumpulan di dalam kelas mengakibatkan satu pergaduhan tercetus antara Chris dan Richard. Richard terus mencetuskan masalah tingkah laku di dalam kelas. Tercetusnya masalah antara John dan Richard.

Masalah yang dihadapi oleh John


John membiarkan para pelajarnya membentuk kumpulan sendiri. 6 orang pelajar yang mempunyai pencapaian yang baik membentuk 2 kumpulan. 9 orang pelajar lagi membentuk 3 kumpulan (8 orang lemah). Telah mencetuskan pergaduhan antara kumpulan yang tinggi pencapaian (Chris)dengan kumpulan pelajar lemah (Richard)

Tindakan John
John menghentikan pergaduhan dengan segera kerana mereka sudah mula tolakmenolak antara satu sama lain. Kemudian, John berjaya meneruskan permainan kuiz yang dirancang dan dianggap tidak berjaya sehingga akhir masa P&P.

Masalah yang dihadapi oleh John


John memanggil Chris dan Richard ke belakang kelas namun Richard melarikan diri. Tindakan Richard itu membuatkan John merasakan sia-sia untuk berbincang dengan hanya sebelah pihak.

Tindakan John
John merasakan bahawa Richard tidak sepatutnya ingkar arahannya John mengambil keputusan untuk mencari Richard dan menegur kesalahan Richard itu. John menghantar borang aduan disiplin kepada pejabat sekolah itu.

Masalah yang dihadapi oleh John


Akibat terlampau marah, Richard mengancam John. Richard juga telah memandang John dengan pandangan yang sinis serta telah bersikap kurang ajar.

Tindakan John
Richard dikenakan hukuman berada di kelas tahanan. Kelas tahanan ini dipantau oleh Mr. Roberts.

Masalah yang dihadapi oleh John


John berasa tidak puas hati dengan cara Mr. Roberts iaitu menangguhkan hukuman kepada Richard setelah kesalahan itu berlaku. Richard menyuarakan ketidakpuasan hatinya berulang kali kepada John kerana John tidak mengenakan sebarang hukuman terhadap Chris.

Tindakan John
John menjelaskan kepada Richard bahawa kelas tahanan berlaku bukan kerana pergaduhan antara mereka berdua tetapi akibat daripada Richard mengingkari arahan gurunya.

Masalah yang dihadapi oleh John


Richard bertindak semakin agresif apabila dia bersikap kurang ajar dan meninggikan suara kepada John. Pada masa yang sama, guru Bahasa Inggeris yang datang untuk menolong turut menerima ancaman yang sama seperti John.

Tindakan John
John meminta seorang murid memanggil bekas guru Bahasa Inggeris Richard untuk membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Guru tersebut mengarahkan Richard untuk duduk dengan cara lemah lembut namun turut menerima ancaman. Menyedari hakikat itu,guru tersebut memanggil penolong kanan untuk melepaskan Richard daripada kelas tahanan

Masalah yang dihadapi oleh John


John masih berasa tidak puas hati dengan hukuman yang dikenakan ke atas Richard John tetap ingin mengenakan hukuman lain ke atas Richard walaupun Richard telah menghabiskan tempoh hukuman tersebut. Berusaha untuk menyelesaikan masalah dengan pelbagai kaedah walaupun penyelesaian tersebut gagal. Berasa menyesal kerana tidak berkongsi dan tidak meminta pandangan dari guru lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.

(1) Model Disiplin Asertif Canter


berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. lebih menekankan penetapan dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut dengan tegas. Ganjaran dan dendaan diwujudkan akibat daripada tingah laku yang ditunjukkan mengikut peraturan yang ditetapkan.

(1) Model Disiplin Asertif Canter


Konsep 1. Guru berhak untuk mengajar secara profesional dan tanpa gangguan. 2. Murid berhak untuk belajar dalam keadaan yang selamat dan tenang dan sokongan daripada guru-guru yang lain. Model ini menggariskan tiga jenis guru: 1. Guru yang agresif 2. Guru yang tidak asertif 3. Guru yang asertif

(1) Model Disiplin Asertif Canter


1. Guru yang Agresif guru yang: garang, Kasar, Tidak mesra, Tidak bertimbang rasa, Menganggap murid sebagai seteru walaupun menetapkan peraturan sendirinya, tetapi menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur dengan anak-anak muridnya.

(1) Model Disiplin Asertif Canter


2. Guru yang Tidak asertif guru yang: Kelam-kabut, Tidak konsisten, Tidak tegas, Gagal menjangkakan tingkah laku murid yang diingini dan menangani tigkah laku murid. Murid-murid tidak akan menghormati guru yang berpasif terhadap pengurusan guru di bilik darjah ini.

(1) Model Disiplin Asertif Canter


3. Guru yang asertif guru yang: jelas, yakin, Dapat menyatakan jangkaan dan arahan yang konsisten dengan tegas, Saling mempercayai dengan murid-murid, Tahu apa yang diingini daripada muridmuridnya. Berkongsi dengan murid-murid apa yang dikehendaki dan tidak dikehendaki dari pelbagai aspek yang tertentu mengikut peraturan yang ditetapkan.

(1) Model Disiplin Asertif Canter


JENIS GURU KESAN Suasana bilik darjah menjadi suram dan tidak menyeronokkan.

Agresif

Murid berasa takut dan terancam. Ada kalanya, sesetengah murid akan memberontak dan menunjukkan kelakuan yang negatif. Murid berasa kurang selamat, mula berputus asa untuk belajar di dalam bilik darjah.

Tidak Asertif

Tidak dapat memenuhi keperluan murid dan guru diri sendirinya dan tekanan diberi kepada kedua-dua pihak.

Murid-murid akan hilang keyakinan dan rasa hormat terhadap guru yang bersikap tidak konsisten.

(1) Model Disiplin Asertif Canter


JENIS GURU KESAN

Memberi peluang dan manfaat kepada guru dan murid untuk memenuhi keperluan masingmasing.

Asertif

Konsisten, adil dan boleh memenuhi kehendak murid. Membina persekitaran pembelajaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran murid.

(1) Model Disiplin Asertif Canter


Guru-guru perlu juga membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan dan akbat daripada salah laku. Pengiktirafan diberikan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini. Manakala, tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa.

Apabila salah laku berlaku, ia perlu ditangani secara tenang dan pantas. Guru dinasihatkan membuat satu hieraki disiplin mengikut keutamaan berserta tindakan pembetulan / akibat yang dikenakan.

(1) Model Disiplin Asertif Canter


Penerangan Peraturan Langkah-Langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah

Cara Pelaksanaan Peraturan

Penerangan Tentang Tindakan Pembetulan

Cara Tindakan Pembetulan dikenakan

Semak Kefahaman Murid

Maklumkan Tentang Ganjaran

Semak Kefahaman Murid

(1) Model Disiplin Asertif Canter


Bagaimanakah model ini boleh membantu dalam kajian kes ini?
Dalam kes ini, John memanggil Chris dan Richard ke belakang kelas untuk membuat perbincangan, namun Richard melarikan diri. John berasa sia-sia untuk berbincang dengan hanya sebelah pihak. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa John ialah seseorang guru yang tidak asertif. Beliau tidak tegas dalam menyelesaikan masalah pertelingkahan antara Chris dengan Richard. Maka, dia terus berputus asa untuk lebih mendalami masalah tersebut dan biarkan sahaja.

Perlakuan ini telah memberi Richard satu kesimpulan bahawa John tidak memihak kepadanya disebabkan prestasi akedamiknya yang rendah.

(1) Model Disiplin Asertif Canter


Bagaimanakah model ini boleh membantu dalam kajian kes ini?
Sekiranya John menjadi seorang guru yang asertif, masalah yang ditimbulkan seterusnya iaitu salah laku Richard yang semakin melampau di dalam kelas tidak akan berlaku. Jika John mengikut kriteria model disiplin ini sejak melangkah ke dalam dunia pendidikan, kemungkinan pertelingkahan tersebut tidak akan wujud. Mengikut kes ini, sebagai seorang guru, satu set peraturan yang tertentu boleh ditetapkan untuk menguruskan tingkah laku muridmurid yang berbeza dari segi prestasi akademik dan sikap di dalam kelas. Pada masa yang sama, guru perlu menerangkannya dengan nada yang lembut dan mesra agar murid-murid berasa tenang dan selamat untuk belajar.

(1) Model Disiplin Asertif Canter


Bagaimanakah model ini boleh membantu dalam kajian kes ini?
Dengan adanya satu set peraturan tertentu di dalam bilik darjah, semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), murid-murid akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan bagi sesi P&P tersebut.

Dengan pengagihan kumpulan murid yang adil dalam aktiviti P&P, seperti menentukan satu kumpulan mesti terdiri daripada murid yang berprestasi cemerlang, sederhana dan lemah.
Sekiranya berlaku pertelingkahan dalam kumpulan tersebut, guru boleh menggunakan peraturan disiplin di dalam kelas untuk menyatakan dengan jelas apa yang murid-murid harus lakukan dan akibat-akibat yang munasabah daripada tingkah laku tersebut.

(2) Model AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


Menekankan kepentingan guru memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid untuk bersamasama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

Murid-murid diberi autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Guru perlu mengenalpasti punca kepada masalah tingkah laku murid-murid, disiplin kendiri boleh dicapai di dalam suasana bilik darjah yang demokratik.

(2) Model AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


Disiplin yang berkualiti dapat dibentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan sistem demokrasi, di mana guru dan murid telah dapat bekerjasama membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah. Rasa kepunyaan terhadap bilik darjah perlu disemai dalam diri murid. Sekiranya murid gagal mendapat rasa kepunyaan, kadangkala mereka akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut.

(2) Model AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


Mendapatkan perhatian
MOTIF-MOTIF YANG MEMBAWA PUNCA KEPADA TIGKAH LAKU YANG BERMASALAH Mencabar kuasa

Membalas dendam Mempamerkan kekurangan

(2) Model AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


1. Mendapatkan perhatian Murid sering cuba mendapat perhatian guru dengan cara yang salah. Kebanyakan murid sering membuat tingkah laku yang mengundang kemarahan guru. Dalam keadaan ini, guru tidak boleh berasa marah, maka guru tidak perlu memberi perhatian kepada tingkah laku yang diingini tetapi memberi perhatian kepada tingkah laku yang diingini.

(2) Model AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


2. Mencabar kuasa (konflik) Seorang guru berhak mengekalkan disiplin bilik darjah dan mengawasi tingkah laku murid. Adakalanya, tindakan guru menyebabkan murid berasa tertekan dan dipinggirkan, maka mereka bertindak mencabar kewibawaan guru (enggan bekerjasama, bersikap degil dan melanggar peraturan yang ditetapkan.

Dalam keadaan ini, guru harus mengawal emosi terhadap murid tersebut, bertenang apabila menghadapi salah laku tersebut, membuat perbincangan dengan murid secara individu untuk mengenalpasti punca kelakuannya.

(2) Model AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


3. Membalas dendam kadangkala, guru menggunakan kekerasan atau bersikap autokratik supaya dapat menangani salah laku di dalam bilik darjah dengan berjaya.

Namun, sesetengah murid akan berasa tidak puas hati terhadap tindakan guru tersebut dan mula bertindak membalas dendam di kelas yang seterusnya. Oleh itu, guru perlu menenangkan keadaan dan cuba berbincang dengan murid supaya murid dapat melihat kesan daripada matlamat mereka yang salah.

(2) Model AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


4. Menunjukkan kekurangan Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motifmotif sebelumnya bermungkinan besar mereka akan mula menunjukkan dirinya seorang yang lemah dan tidak upaya.

Mereka membuat demikian supaya mereka tidak dihiraukan dan dibiarkan dengan dunia mereka sendiri.
Guru harus cuba menarik perhatian mereka dan memberi peluang untuk menunjukkan keupayaan. Di samping itu, hargailah usaha mereka dan beri pengiktirafan yang sesuai.

(2) Model AKIBAT LOGIKAL DREIKURS


Kenal pasti motif murid
Bantu murid memahami motif yang ditunjukkan
Bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat yang sebenar

Bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baru


Bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya

Cara Dreikurs Menangani Murid Yang Mempunyai Motif Yang Salah

(2) Model akibat logikal Dreikurs


Bagaimanakah model ini boleh membantu dalam kajian kes ini?
Dalam kes ini, akibat terlampau marah, Richard mula membalas dendam dengan memulakan pelbagai tindakan yang mengancam John di dalam bilik darjah.
Richard memandang John dengan pandangan yang sinis serta bersikap kurang ajar semasa John menjalankan proses P&P di dalam kelas. Sikap richard yang negatif telah membawa kepada keputusan John untuk mengenakan hukuman richard untuk berada di kelas tahanan yang dipantau oleh Mr. Roberts.

(2) Model akibat logikal Dreikurs


Bagaimanakah model ini boleh membantu dalam kajian kes ini?
Richard bertindak semakin agresif apabila dia bersikap kurang ajar dan meninggikan suara kepada John. Pada masa yang sama, guru Bahasa Inggeris yang datang untuk menolong turut menerima ancaman yang sama seperti John. Dalam keadaan yang saling berkaitan dari mula lagi, kelakuan negatif richard terhadap gurunya john adalah untuk memberi perhatian supaya masalah pertelingkahan antara richard dengan chris dapat diselesaikan oleh john dengan jelas dan adil.

(2) Model akibat logikal Dreikurs


Bagaimanakah model ini boleh membantu dalam kajian kes ini?
Sebenarnya, model akibat logikal dreikurs ini boleh dijadikan rujukan sebagai salah satu penyelesaian masalah richard ini. Berdasarkan kepada cara dreikurs menangani murid yang mempunyai motif yang salah, dalam kajian kes ini, boleh didapati langkah-langkah tersebut boleh memberi banyak panduan kepada john untuk menyelesaikan masalah richard yang mempunyai motif yang salah. Oleh itu, model ini perlu diketahui untuk mengenal pasti sama ada masalah murid seperti richard yang berkemungkinan hanya bermotif salah pada sesuatu ketika masa sahaja.

Strategi yang membantu menyelesaikan kes yang dikaji


Cuba memahami sikap para pelajar yang ada di dalam kelas. Hadiri kelas pengurusan emosi. Pastikan pelajar tidak berpuak-puak dalam kelas. Sama ratakan murid.

Strategi yang membantu menyelesaikan kes yang dikaji


Dihantar menghadiri kursus perguruan untuk memantapkan lagi ilmu keguruan. Berikan John guru pembimbing yang banyak pengalaman dalam mengajar. Memastikan pendekatan pengajaran adalah sesuai dengan ciri-ciri murid di dalam kelas.

Strategi yang membantu menyelesaikan kes yang dikaji


Memajukan dan memperkayakan diri dengan menambah ilmu melalui pembacaan, menghadiri kursus dan melanjutkan pelajaran. Jangan mudah terpengaruh dengan emosi apabila melibatkan murid.

You might also like