You are on page 1of 53

KESEDARAN KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA

PENGENALAN
Dalam konteks pendidikan, para pelajar seharusnya memahami kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat di negara kita. Dengan adanya, pemahaman terhadap sosiobudaya masyarakat lain, mereka akan dapat menyemai serta mengamalkan perasaan hormat, bekerjasama da toleransi antara satu kaum dengan kaum yang lain.

BANGSA
YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjelaskan bahawa rakyat pelbagai kaum dan agama di Malaysia harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing dan bukan bertindak atas kepentingan sendiri. Bangsa Malaysia yang hendak dilahirkan ialah satu bangsa yang bersatu padu, mempunyai masa depan yang sama dan dikongsi bersama, sejahtera dan bersatu padu antara wilayah atau kumpulan etnik, hidup dalam keadaan harmoni dan berkongsi dengan cara yang adil.

Integrasi sosial ialah proses menyatupadukan pelbagai kelompok melalui satu identiti bersaMa dengan menghapuskan perbezaan dan identiti masyarakat.
Integrasi akan melibatkan akulturasi, iaitu proses di mana berlaku perubahan dan pinjammeminjam unsur kebudayaan. Integrasi juga akan melibatkan asimilasi. Asimilasi merupakan proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya dan diserap oleh kumpulan yang dominan dari segi kebudayaan dan sosial.

ASIMILASI BUDAYA

-Proses di mana kumpulan minoriti mempelajari ciri-ciri kebudayaan masyarakat setempat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya cara berpakaian, bahasa dan adat resam.

ASIMILASI STRUKTUR
- Proses di mana kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.

DUA JENIS ASIMILASI

Integrasi juga akan melibatkan amalgamasi. Amalgamasi ialah proses mencampuradukkan entiti kebudayaan pelbagai kaum. Contohnya, melalui perkahwinan campur.

Bahasa ialah alat pewujudan budaya untuk manusia saling berkomunikasi. Bahasa dibahagi kepada dua fungsi iaitu umum dan khusus.

BAHASA

Mengikut Akta Pendidikan 1996, bahasa kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam siStem pendidikan kebangsaan.

Bahasa mempunyai simbool dan perlambangan untuk sesuatu kelompok. Terdapat juga yang berbentuk sejagat yang difahami oleh semua ahli masyarakat yang lain

Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahsa kebangsaan mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.

Struktur Masyaraka t atau Kelas Sosial


Struktur sosial merupakan susunan daripada unsurunsur sosial yang asas dalam masyarakat iaitu kelompok, kelas sosial, nilai dan norma sosial serta lembaga sosial.

Dua cara untuk menganalisis struktur sosial :a) Keturunan/kasta, tingkat pendidikan, kekayaan dan usia. Pembahagian ini dinamakan statifikasi sosial ( perbezaan tahap ). b) Suku, bangsa ras, golongan/kelompok, jenis keluarga, agama dan seterusnya. Pengagihan ini dinamakan perbezaan sosial ( perbezaan fungsi dan adat ).

Stuktur masyarakat yang tidak bersifat statik boleh mengalami perubahan. Status sosial ialah kedudukan atau tempat seseorang atau kelompok dalam struktur sosial masyarakat.
Ascribed status Assigned status Sejak kelahirannya Kerana jasa-jasanya Kerana prestasi dan perjuangannya

Achived status

Kelas sosial ialah golongan individu yang mengundang, memiliki cara hidup, hak istimewa dan prestij. Ahli-ahli masyarakat boleh berpindah mengikut ruang geografi atau berpindah dari strata sosial ke strata sosial yang lain atau dari satu golongan ke golongan yang lain.

ADAT RESAM
Adat ialah kebiasaan. Resam pula ialah lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Dalam bahasa melayu lama, adat merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang sosial, politik, ekonomi bahkan undangundang samudera. Adat resam merupakan peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.

Adat resam masyarakat Melayu Adat resam masyarakat Cina Adat ressam masyarakat India Adat resam masyarakat etnik di Sabah Adat resam masyarakat etnik di Sarawak Adat resam masyarakat orang Asli

Adat Resam Masyarakat Melayu


Amalan tertentu dalam masyarakat Melayu telah disemaikan dengan tuntutan dan saranan agama. Contohnya, sifat lemah lembut dan sopan santun. Kebanyakan adat merupakan peraturan terhadap kehidupan seharian yang juga dipanggil ritual. Adat Melenggang Perut dilakukan untuk wanita yang mengandung anak sulung ketika usia kandungan dalam linkungan tujuh atau lapan bulan. Selepas bersalin, terdapat pula adat memotong tali pusat. Apabila bayi sudah melepasi hari ketujuh, adat cukur rambut akan dilakukan. Dalam adat masyarakat Melayu, adat bersunat juga dilakukan.

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA


Adat resam masyarakat Cina berbeza mengikut kaum-kaum tertentu. Masyarakat Cina banyak bergantung dengan nasib kerana dipengaruh oleh persekitaran dan alam sekeliling.
TUKANG TILIK
Pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA


Tujuan : - Memelihara bayi yang bakal dilahirkan supaya tidak ditimpa kejadian yang tidak diingini spt. keguguran, kecacatan dan kematian.

ADAT & PANTANG LARANG SEMASA IBU MENGANDUNG DAN SELEPAS MELAHIRKAN

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA


SEMASA IBU MENGANDUNG
Tidak dibenarkan melakukan kerja-keja spt. memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Tidak dibenarkan memukul binatang kerana ditakuti bayi akan terkena badi. Ibu mertua yang bertanggungjawab untuk menjaga ibu mengandung.

ADAT RESAM MASYARAKAT CINA


MENAMAKAN BAYI
Nama bayi mestilah mengandungi 5 unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi. Nama bayi haruslah seimbang : unsur Yin dan Yang. Nama akan mempengaruhi kehidupan seseorang. Adakalanya mereka masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab yang tertentu.

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA


Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu.

KELAHIRAN

PERKAHWINAN

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA


VALAIKAAPPU Adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia 7 9 bln. Wanita hamil akan dipakaikan gelang tgn baharu. Diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Diadakan di rumah suami atau ibu bapa dan disertai oleh kaum wanita yang bersuami dan mempunyai anak yang dipanggil cumanggali. Ciir - hadiah yang diberikan kpd wanita hamil diatur ke dalam dulang yg mempunyai blgn ganjil. Wanita hamil dimandikan dengan air spt air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan Wanita hamil akan dihias spt. pengantin dan dikalungkan bunga oleh suaminya.

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA


KELAHIRAN
tali pusat dipotong. - Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di kwsn rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. - Menentukan bintang mengikut almanak Hindu. - Bintang bayi akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

- Bayi akan dibisikkan Gayatri Mantiram sebelum

- Disapu madu pada lidahnya.

- Bayi dibawa pulang pd hari yang ganjil. - Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah, upacara aalati dilakukan. - Bertujuan : elakkan bala atau sebarang mala petaka berlaku.

- Madu digunakan untuk melembutkan lidah dan memudahkan pertuturan bayi.

ADAT RESAM MASYARAKAT INDIA


BAYI DAN IBU PULANG KE RUMAH
Mereka diasingkan drpd ahli keluarga di bilik khas yang kebersihannya dijaga. 2 minggu pertama, org luar dilrg melawat. 16 hari: upacara pemberian nama dilakukan. Bayi dimasukkan dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua dan arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa2. Nama dipilih mengikut almanak tarikh kelahiran. Nama yang dipilih haruslah baik kerana ianya akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

Masyarakat Iban

Masyarakat Iban merupakan salah satu daripada suku kaum utama iaitu Melanau dan Bidayuh. Adat-adat yang dikenakan pada wanita semasa mengandung (7 bulan) dan suaminya.
Dilarang menggali parit di kawasan padi atau manamana

Dilarang memotong pokok menjalar di atas tanah, ini akan menghalang pendarahan berterusan semasa bersalin Dilarang menuang minyak atas tapak tangan untuk disapu pada rambut, ini menggelakan bayi daripada bernanah
Dilarang mengetuk ular, kerana dikhuatiri bayi cacat penglihatan.

Tidak boleh tanam pokok pisang supaya bayi tidak berkepala besar

Tiadak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga, dikhuatiri bayi akan lumpuh

Tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik, supaya bayi tidak tersekat dalam di dalam rahim.

Selepas bersalin
Tempoh berpantang adalah 30 hari.
Berdiang/bersalai: Ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. Melihat matahari/ merasa garam: dilakukan apabila pusat bayi tertanggal. Memberi nama: bayi diberi nama timangan sebelum diberi nama sebenar Manok Tawai : Kepalan nasi diletak pada papan yg ditulis nama, nama yg dipatuk oleh ayam akan diambil sebagai nama sebenar bayi.

Selepas bayi diberi nama


Upacara Mandi sungai dijalankan semasa bayi berusia sebulan. Tujuan, ingin biasakan bayi dengan air sungai. Dalam upacara ini, nama bayi akan diumumkan.

Upacara berakhir dengan kenduri Mandi anak iaitu tetamu dijamu oleh ahli rumah panjang dengan makanan banyak.

Masyarakat Kadazan

Tempoh berpantang bergantung pada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan (7 hari), berdajat (21hari) dan berdarjat lebih tinggi (44hari) Sepanjang tempoh berpantang, suami, ibu dan bayi tidak dibenarkan jauh dari rumah. Ini elak dari diganggu makhluk halus. Tempat darah mengalir semasa bersalin akan digantung daun-daun limau.

Pantang larang ibu bersalin


Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air (bubur) Bayi pada hari pertama tidak boleh dibawa ke tempat terdedah, ini akan diganggu oleh Rogon Gaiyah. Pintu rumah akan diikat dengan daun wongkong.Ini meunjukkan rumah tersebut terima ahli baru.

Menamakan anak. Dilakukan sebanyak 2 kali. Pertama,nama sementara perlu diberikan bagi bagi elak Rogon Gaiyah beri nama. Madsapi/ Modsopik upacara rasmi memberi nama sebenar yang dilakukan pada hari ke-8 berada di rumah. Pemilihan nama adalah berdasarkan peristiwa yg berlaku ketika bayi dilahirkan.

Mintuhan / minuhu (upacara turun tanah)


Anak akan dibawa oleh ibunya dengan beberapa barang: Bakul (rotan)yg dianyam, bertutup dan bertali untuk disandang. Sebilah memandik (pisau kecil) untuk lawan Rogon Gaiyoh. Serangkai Komburongoh iaitu sejenis rumput yg dianggap ibu kepada semangat dalam upacara perubatan Sebuah siud (tangguk) yg dibuat daripada jaring.

ADAT RESAM MASYARAKAT ORANG ASLI

Orang asli terdiri daripada 3 kumpulan yang terbesar, iaitu : i. Negrito ii. Senoi iii. Melayu Asli (Melayu Prono) Suku Senoi dan Negrito diklasifikasi kepada 6 suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada 7 suku kecil.

Adat Resam yang diamalkan dalam kalangan masyarakat orang Asli secara keseluruhan:

Wanita mengandung akan menempah seorang bidan untuk membantu ketika bersalin.
- Bidan akan melakukan upacara melengang perut ketika kandungan berusia 7 bulan. - Bidan akan menjampi wanita mengandung bertujuan mengusir semangat jahat dan gangguan untuk menjamin keselamatan bayi dan ibu.

- Bagi menentukan kandungan berada di kedudukan yang betul untuk memudahkan proses bersalin. - Disertai dengan jamuan makan.

Nama bayi diberi berdasarkan nama pokok, tumbuhan, ikan atau tempat berdekatan dengan bayi ketika dilahirkan. - Kadangkala, nama diberi tidak sesuai dan bayi akan jatuh sakit. - Penyakit yang dihadapi bayi dipercayai kerana ketidaksesuaian antara bayi dengan ibu. - Nama bayi perlu diubah jika tidak sesuai.

- Jika perkara ini berlaku, ibu bapa bayi akan menjual bayi kepada orang lain (ibu bapa baharu). - Setelah bayaran dibuat kepada ibu bapa baharu, ibu kandung pulang ke rumah. - Namun, tidak lama kemudian ibu bapa baharu akan menyerahkan bayi semula kepada ibu bapa kandungnya. - Jamuan kecil-kecilan dilakukan sempena pertukaran nama bayi.

Tali pusat ditanggalkan selepas seminggu kelahiran bayi.


- Tali pusat dibungkus dengan kain putih bersama-sama sebiji mahupun 3 biji lada hitam. - Tali pusat digantung atas api, bertujuan memelihara kesihatan bayi. - Jika bayi sakit, rendam tali pusat dalam air dan beri bayi minum untuk sembuh.

- Tali pusat dijadikan permainan dan diberi kepada bayi apabila bayi sudah pandai merangkak. - Jika tali pusat hilang, bayi akan bekerja di tempat yang jauh apabila dewasa kelak. (Tali pusat merupakan sebahagian daripada adikberadiknya)

Pantang larang bagi wanita mengandung:

i. Tidak boleh mentertawakan binatang. Dikhuatiri muka dan perlakuan bayi menyamai binatang tersebut. ii. Dilarang memakan ikan berwarna merah. Bimbang berlakunya tumpah darah ketika melahirkan bayi.

iii.Dilarang bekerja pada waktu Subuh dan Maghrib kerana dikhuatiri bayi yang lahir kelihatan tidak bermaya kerana semangatnya terganggu. iv.Dilarang mengetuk paku pada sebelah petang kerana bimbang bayi atau ibu akan sakit atau mati.

2.5 JANTINA
Jantina atau gender ialah perbezaan bagi lelaki dan perempuan berdasarkan ciri sosial dan budaya.
Kumpulan lelaki : Amat diperlukan. Diutamakan dalam keluarga. Penyambung generasi.

Masyarakat Cina mementingkan anak lelaki untuk melanjutkan keturunan melalui perwarisan nama nenek moyang.

Anak perempuan : Menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan menjadi milik keluarga suami apabila berkahwin.

2.6 KEPERCAYAAN
Bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Konteks Psikologi : Suatu keadaan jiwa yang berkait dengan sikap berkedudukan - memihak. Melibatkan penekanan, penuntutan dan jangkaan daripada seseorang individu mengenai sesuatu kebenaran.

Konteks Agama : Asas pembangunan moral. Dikenali sebagai akidah ataupun iman.

TERAS KEPERCAYAAN AGAMA HINDU


Hukum Karma. Tindakan mencapai kehidupan selepas mati, jika melakukan amalan dan berbakti semasa hidup.

Pembahagian Kasta. Berdasarkan hierarki : Brahmin, Kesatria, Vaisya, Sudra & Harijan. Amalan Sati berkaitan dengan sistem kasta. Amalan Sati :

1. Janda perlu berkorban nyawa dengan membakar dirinya bersama mayat suami.
2. Janda dilarang berkahwin semula.

Memiliki 5 Mazhab. 1. Saivisme menyembah dewa Siva

2. Vaishnavisme menyembah dewa Vishnu


3. Sakhta menyembah dewa Sakti 4. Ganapathy 5. Saura

Percaya kepada 3 Penjelmaan. 1. Dewa Brahma dewa pencipta 2. Dewa Vishnu dewa pelindung

3. Dewa Siva dewa pemusnah

Berpegang teguh kepada kitab agama (Kitab Veda) Menyatakan bagaimana upacara-upacara keagamaan dan takafur dilaksanakan.

Umumnya, kepercayaan dalam masyarakat Hindu dikaitkan dengan : i. Dewa dewi ii. Unsur-unsur alam iii. Unsur-unsur jahat iv. Roh v. Penunggu
Sesiapa melanggar kepercayaan akan : i. Ditimpa malang ii. Menerima nasib buruk / kesan negatif

TERAS KEPERCAYAAN AGAMA BUDDHA

PRINSIP 4 KEBENARAN: Menyatakan kehidupan penuh kepahitan. Memperkenalkan : Diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha. Kepahitan & kesengsaraan disebabkan tuntutan nafsu. Cara menamatkan kesengsaraan & mengatasi nafsu : dengan cara jalan lapan lapis.

i. Prinsip 4 kebenaran yang mulia.


ii. Jalan lapan lapis.

PERKARA JALAN LAPAN LAPIS :

1. Kepercayaan & pengetahuan yang baik


2. Keinginan yang baik 3. Pengucapan yang baik

Melalui Jalan Lapan Lapis, seseorang penganut Buddha dapat menikmati : Nirvana Membuang kesengsaraan

Pencapaian Nirvana : Seseorang Buddha menjadi boddhisatva. Menunjukkan perlunya bertingkah laku baik.

4. Makna kehidupan yang baik


5. Pemikiran yang baik 6. Pertapaan yang baik

KONFUCIANISME
Merupakan fahaman dan bukan budaya.

Mengandungi tatasusila.

Menekankan perasaan perikemanusiaan dan harga diri.

Kemanusiaan : Kebolehan mengamalkan 5 kebaikan di dunia, iaitu : Budi bahasa, murah hati, amanah, rajin & baik hati.

ANIMISME
Percaya roh nenek moyang sentiasa mengawasi dan mengawal setiap tindak tanduk yang dilakukan.

Percaya roh-roh memainkan peranan dalam menentukan hidup pada masa hadapan.

You might also like