You are on page 1of 5

Langkah 1: Pergi ke laman Blogger.

Klik butang 'create your blog now'

Langkah 2: Lengkapkan maklumat diri;

alamat email kata laluan nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap pos.. posted by xxxxxx (namapaparan)

word verification - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera. Contoh di sini: Boyla

Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan

Setelah selesai, klik 'continue'

Langkah 3:

Isikan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Panduan Membina Blog merupakan tajuk blog ini. Blog Address: tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.

Setelah selesai, klik butang 'continue'

Seterusnya anda hendaklah memilih template / rekaan blog yang disediakan, kemudiannya klik 'continue'

Maka dengan ini, anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog dan juga berjaya membina blog anda sendiri.

Dilain masa, saya akan terangkan tatacara penggunaan / konfigurasi blog anda.

Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, wordpress merupakan salah satu platform untuk membina blog. Tidak seperti blogspot, wordpress menyediakan 2 bentuk perkhidmatan dalam penulisan blog. anda boleh menulis blog terus melalui wordpress.com atau menggunakan domain anda sendiri. Wordpress.com menyediakan kemudahan hosting percuma dengan sub-domain kepada penulis blog. Jika anda sukakan lebih cabaran, anda boleh memuatturun perisian blog dari wordpress.org dan menetapkannya mengikut citarasa anda sendiri. Di sini, saya akan menerangkan secara ringkas, langkah-langkah membina blog menggunakan kemudahan percuma dari wordpress.com. 1. Pergi ke laman wordpress.com

2. Klik pada "start your free wordpress blog..." 3. isikan maklumat yang diperlukan

4. pastikan anda menanda bahagian "Gimme a blog". Username akan digunakan sebagai subdomain blog anda nanti. Tandakan juga bahagian "Legal flotsam:", bagi menandakan bahawa anda setuju dengan semua syarat yang diberikan. Seterusnya klik 'NEXT" 5. Jika pendaftaran anda berjaya, satu lagi paparan akan disediakan dan anda dikehendaki mengisi tajuk blog yang anda ingin buat. dan seterusnya klik 'NEXT' 6. Satu makluman akan keluar, di mana anda dikehendaki memeriksa email anda dan klik pada pautan aktivasi di dalam email tersebut untuk mengaktifkan blog anda. 7. Apabila anda telah klik pada pautan tersebut, anda akan dibawa ke satu halaman yang akan memaparkan username dan password anda.

8. Nah, blog anda dan pun siap, anda bolehlah menulis blog anda sekarang atau membuat sebarang tetapan bagi menceriakan lagi blog anda. anda hanya perlu login menggunakan username dan password yang telah diberikan. Selamat mencuba

You might also like