You are on page 1of 7

MEMILIH DAN MENGGUNAKAN BAHAN PSS TAHUN MASA KEMAHIRAN : : : EMPAT

30 MINIT 5.1 Memilih dan menggunakan bahan buku di PSS. 5.1.1 Mengenali bahagian-bahagian buku. a. Muka surat verso.

OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran murid dapat: 1. Mengenali muka surat verso. 2. Mengetahui maklumat yang terdapat pada muka surat verso.

BAHAN perpustakaan dan buku LANGKAH-LANGKAH:

: teks.

Lembaran muka surat verso sebuah buku

1. Guru memperkenalkan muka surat verso. 2. Guru menerangkan beberapa maklumat yang terkandung di muka surat tersebut. a. b. c. d. e. f. Apakah nama penerbit buku ini? Bilakah buku ini diterbitkan? Di manakah buku ini diterbitkan? Apakah nombor ISBN? (Guru menerangkan makna ISBN). Apakah keterangan hak cipta? Siapa pencetaknya?

3. Melalui buku yang dibekalkan murid menyatakan secara lisan maklumatmaklumat seperti berikut: a. b. c. d. e. f. g. Penerbit Tarikh penerbitan Tempat diterbitkan Nombor ISBN Pencetak Kenyataan hak cipta Kenyataan edisi

4. Guru menerangkan kegunaan muka surat verso. a. b. c. d. Untuk mengetahui penerbit buku. Menerangkan tarikh buku diterbitkan. Peringatan kepada pembaca supaya tidak membuat cetak rompak. Untuk mengetahui berapa kali buku itu telah diulang cetak.

5. Latihan:

a. Mencari dan mencatat maklumat dari muka surat verso secara berkumpulan. b. Latihan membuat muka surat verso berdasarkan maklumat yang disediakan.

KEMAHIRAN MAKLUMAT TAHUN MASA KEMAHIRAN kemahiran : : : LIMA

30 MINIT 6.1 Mengetahui dan menguasai aspek-aspek dalam maklumat. 6.1.3 Ulasan Buku

OBJEKTIF

Di akhir pembelajaran murid dapat: 1. Menjawab 5 soalan berkaitan dengan buku secara lisan. 2. Memberikan dan menulis jawapan untuk butiran dan ulasan ringkas di lembaran kerja.

BAHAN LANGKAH-LANGKAH:

Buku cerita.

1. Guru memberikan setiap murid sebuah buku fiksyen (buku nipis 5-10 muka surat). Guru mengemukakan soalan kepada murid. Contoh: a. Siapakah nama pengarang?

b. Apakah tajuk buku itu? c. Apakah nama penerbit buku itu? d. Bilakah buku itu diterbitkan?

2. Guru mengedarkan sebuah petikan cerita pendek. Murid diminta membacanya. Seterusnya guru menarik perhatian murid untuk mencari isi penting cerita tersebut dengan mengemukakan beberapa soalan. 3. Guru menerangkan bahawa murid perlu mencari isi penting di dalam petikan dan mencatatkannya sebagai latihan. 4. Guru mengarahkan murid untuk membaca buku cerita mereka selama 5 minit secara senyap dan mencari isi-isi penting. 5. Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi butiran seperti contoh berikut untuk dilengkapkan oleh murid.

a . b . c . d . e . f. g .

Tajuk buku Nama pengarang Nama penerbit Tahun terbit Punca Bilangan muka surat Ulasan ringkas

6. Guru meminta beberapa orang murid melaporkan ulasan mereka.

PENGENALAN KOLEKSI BAHAN PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN MASA KEMAHIRAN PSS. : : : ENAM

30 MINIT 3.1 Mengetahui dan mengenal jenis koleksi bahan di 3.1.1 Buku Tahunan - Pengenalan, isi

kandungan/bidang(format dalaman) OBJEKTIF : Di akhir pembelajaran murid dapat: 1. Mengenal pasti dan menggunakan kemudahan dan perkhidmatan di PSS 2. Mengenal dan memahami fungsi serta boleh menggunakan buku tahunan gazetir, jurnal / bulletin dan bibliografi BAHAN LANGKAH-LANGKAH: 1. Guru membahagikan kalangan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Guru meletakkan beberapa naskah buku dari pelbagai jenis kepada setiap kumpulan. 3. Guru mengemukakan beberapa soalan mudah: a. Sila tunjukkan contoh sebuah buku novel/teks/bulletin/majalah? b. Sila tunjukkan buku laporan tahunan kepada kelas? : Buku Tahunan (Laporan BTPN)

4. Guru memberikan beberapa contoh buku tahunan yang lain kepada murid. 5. Murid menyenaraikan fungsi buku tahunan? a. b. c. d. Pihak yang menerbitkan buku. Isi kandungan buku. Pengarang buku. Fungsi buku/tujuan buku diterbitkan.(peranan/kejayaan/bahagianbahagian/pegawai yang bertanggungjawab/organisasi

6. Murid melaporkan hasil perbincangan mereka.

You might also like