You are on page 1of 2

Puding Trifle 1 pek kek pound 2 kotak jelly (merah dan hijau) 1 tin buah buahan dalam tin

1 tin susu cair 1 tin air 7 sudu besar gula 4 sudu besar kastard + 1/2 tin air 300 ml Whipped cream Buah strawberry Trifle bowl Cara cara 1st layer; susun kek pound yang dah dipotong nipis kecil kecil dalam bekas. Tuangkan air buah buah tadi ke atas kek. Boleh juga disapu jem di dasar dan keliling bekas sebelum dimasukkan kek. 2nd layer; masak 1 kotak jelly warna merah dengan 2 mug air hingga hancur. Tuangkan jelly atas kek tadi. Masukkan buah buahan atas jelly. Tuang lagi jelly atas buah buahan koktail. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan sekejap. Lebihan jelly dimasukkan dalam bekas kecil dan boleh diwarnakan hijau, jika suka. 3rd layer; Masak 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula sampai mendidih. Sambil tu, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air. Bila susu mendidih, slowkan api dan masukkan bancuhan tepung kastad, kacau sampai pekat. Tuang kastard atas lapisan jelly yang dah keras. Atas lapisan kastard, saya lapiskan selapis lagi kek sponge dan jelly sebab mahu bowl nampak penuh. 4th layer; Letak whipping cream atas kastard sehingga rata semua permukaan. Saya hanya letak di sekeliling dan tengah sahaja Akhir sekali jelly dalam bekas kecil dipukul dg small whip dan sudukan jelly secara berselang seli warna di sekeliling bekas dan di tengah tengah juga. Kemudian susun buah strawberry di tengah tengahnya. Saya hanya meletak whipped cream di sekeliling dan terus diletakkan strawberry. Atas citarasa masing masing lah ya ..

You might also like