You are on page 1of 4

Perubahan Dalam Matematik Rendah Matematik yang dipelajari di sekolah-sekolah rendah Malaysia sebelum Perang Dunia II adalah seperti

yang dihuraikan di atas. Risalah-risalah panduan yang dihasilkan sebelum perang untuk mata pelajaran tersebut telah terus digunakan hingga 1965, manakala suatu sukatan pelajaran aritmetik ( Kira-Kira) bagi kegunaan semua sekolah digazetkan. Dari segi tujuan dan penekanan, sukatan pelajaran ini sebenarnya tidak banyak berbeza daripada apa yang dipelajari sebelum dari ini. Pada mulanya ia diperkenalkan, sukatan pelajaran ini mengemukakan tiga perkara yang dianggap baru pada masa itu: i. ii. Tajuk-tajuk yang belum pernah diajar sebelum 1965. Perkembangan tajuk-tajuk yang cuba disusun mengikut prinsip-prinsip psikologi kanak-kanak iii. Arahan-arahan yang meminta guru menggunakan pendekatan atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan ilmu pendidikan. Dalam keadaan dan suasana yang ada masa itu, pengenalan unsur-unsur tersebut menimbulkan beberapa masalah apabila sukatan pelajaran itu dilaksanakan. Masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru ialah ketiadaan tafsiran yang lengkap mengenai sukatan pelajaran itu. Akibatnya, prestasi murid-murid dalam mata pelajaran tersebut, terutama sekali mereka yang di luar bandar, adalah amat rendah dibandingkan dengan apa yang diharapkan. Pada tahun 1968, Projek Khas ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran yang bertujuan untuk meningkatkan mutu pelajaran dan sains di sekolahsekolah rendah kebangsaan, terutamanya sekolah-sekolah di luar bandar. Penubuhan Projek Khas adalah berpunca daripada laporan yang dibuat oleh Jemaah Nazir Sekolah-Sekolah Persekutuan mengenai kedudukan

pendidikan matematik dan sains di sekolah rendah Malaysia. Kemungkinan besar juga yang penubuhan Projek Khas ini dipengaruhi oleh gelombang yang diakibatkan oleh pelancaran Sputnik I. Projek Khas menyediakan panduan-panduan guru yang berasaskan sukatan pelajaran 1965. Ramai yang telah salah faham tentang bahan-bahan

hasil Projek Khas ini, dan berpendapat bahawa yang diperkenalkan ialah Matematik Moden. Sebenarnya isi kandungan sukatan pelajaran tidak ditukar; hanya kaedah mengajar yang baru sahaja disyorkan. Kaedah baru tersebut mengutamakan pendekatan secara penyoalan atau penemuan, dan ia menekankan kefahaman dan penghasilan alat mengajar. Sekolah-sekolah mula menggunakan bahan-bahan Projek Khas pada tahun 1970. Pelbagai jenis perkhidmatan sokongan telah diberi kepada guru-guru, melalui kursuskursus dalam perkhidmatan, risalah-risalah, lawatan-lawatan, modul-modul panduan guru dan alat-alat mengajar prototaip. Di sepanjang pelaksanaan Matematik Moden Projek Khas ini, penilaian secara kualitatif dan tak formal telah dijalankan, iaitu melalui soal-selidik, perbincangan, pemerhatian di bilik darjah, laporan daripada guru dan analisis keputusan peperiksaan. Hasil daripada penilaian sukatan pelajaran pada tahun 1976 dan sukatan pelajaran yang dipinda ini dicuba di 13 buah sekolah pada tahun 1977, 1978 dan 1979. Pada 1979 pula, selaras dengan langkah kerajaan untuk bertukar ke sistem metrik, sukatan pelajaran disesuaikan pula sewajarnya. Perubahan Dalam Matematik Menengah Pelancaran Sputnik I (1975) telah membawa kepada kesedaran bahawa

kurikulum matematik dan sains pada masa itu tidak sesuai lagi, dan seterusnya perubahan besar dalam pendidikan matematik dan sains di

negara-negara barat. Kesannya dirasai juga di Malaysia. Matematik ialah suatu mata pelajaran yang semesta, dan sesuatu yang semesta itu sepatutnya selaras dan piawai di mana-mana pun; ini bermakan apa-apa perubahan dalamnya bukan sahaja relevan, tetapi juga perlu dibuat, di semua negara yang ingin bersama-sama mengikuti arah kecenderungan kemajuan, terutamanya dalam sains dan teknologi. Dengan itu setelah membuat segala kajian dan persediaan yang perlu, keputusan pun diambil untuk melaksanakan matematik moden di semua sekolah menengah di Malaysia, bermula dengan 26 buah sekolah pada tahun 1970. Bahan-bahan hasil projek Scottish Mathematics Group (SMG) dikaji dan diubahsuaikan mengikut keperluan Malaysia, untuk digunakan pada peringkat menengah rendah.

SMG dipilih kerana tidak terdapat dalamnya terlalu banyak perubahandari segi isi jika dibandingkan dengan hasil projek-projek lain. Satu sebab lain ialah, sistem pendidikan di Malaysia berasaskan sistem pendidikan di Britain. Juga, pada masa itu sekolah-sekolah di Malaysia telah pun memulakan pelajaran Sains Paduan yang berasaskan bahan orang Scotland juga. Di peringkat menengah atas pula, projek yang dipilih untuk diubahsuaikan bagi kegunaan sekolah-sekolah Malaysia ialah School Mathematics Projek (SMP). Ia dipilih kerana didapati bahawa isinya paling dekat sekali memenuhi keperluan kertas peperiksaan Cambridge Alternative C, yang akan diambil oleh murid-murid yang memnuhi peperiksaan SPM/MCE. Dalam metematik moden, beberapa tajuk baru diperkenalkan, beberapa tajuk lama tidak diajar lagi, dan beberapa tajuk lama yang lain ditukar cara penyampaiannya. Ini dilakukan sesuai dengan keperluan dan matlamat individu, masyarakat dan negara yang berubah. Misalnya pada tahun 1874, tajukstatistik dan nombor perduaan m ungkin tidak sesuai dan tidak perlu diajar, tetapi lainlah sekarang. Selain daripada perubahan dari segi isi, kaedah mengajar juga turut bertukar. Murid menjadi fokus di dalam bilik darjah dan bukan lagi guru. Murid digalakkan mengambil bahagian yang aktif dan kefahaman yang sebenarnya, serta keseronokan adalah dipentingkan. Guru tidak digalakkan untuk menggunakan cara tradisi, yang dalam keadaan guru, papan hitam dan buku teks menguasai pembelajaran murid dan murid hanya menerima secara pasif sahaja. Ini bolehlah dikatakan suatu pembaharuan yang bererti, kerana penglibatan aktif murid dalam soalmenyoal dan pelbagai kegiatan membawa erti mereka dibebaskan dari pegangan lama yang menganggap murid sebagai kanak-kanak yang sepatutnya hanya duduk diam dan tidak menyoal orang dewasa. Dalam pada itu, tidak wajarnya seseorang guru Matematik Moden itu mengenepikan pula kepentingan penguasaan kemahiran mengira. Walapun dalam Matematik Moden beberapa kaedah mengajar disyorkan ke arah kefahaman yang berkesan, latihan-latihan biasa yang bertujuan

mengukuhkan kefahaman juga dipentingkan.

Kemasukan

teori-teori

baru

ke

dalam

pengajaran

matematik

sebenarnya telah bermula di beberapa negara sejak tahun lima puluhan lagi. Di beberapa tempat penekanan telah lama mula lebih cenderung kepada kefahaman murid tentang konsep, penglibatan aktif murid, penggunaan soalan terbuka, kerja projek, penggunaan alatan. Tajuk-tajuk baru atau moden yang diperkenalkan sebenarnya telah ditemui atau dikenali sejak seratus tahun yang lalu. Tahuk-tajuk ini adalah moden dari segi ia baru diperkenalkan ke dalam kuriklum sekolah, iaitu sejak lima belas tahun sebelum 1970. Di antara tajuk-tajuk baru ialah set, vektor, nombor perduaan, pengaturcaraan linear dan statistik. Tajuk-tajuk baru ini dianggap sesuai dan relevan bagi memenuhi keperluan masyarakat dan negara kita (pada masa itu) sekarang. Misalnya, beberapa aspek statistik diajar dari Tingkatan 1 lagi kerana penggunaan statistik terdapat dengan luasnya dalam kehidupan sehari-hari. (Misalnya maklumat yang digambarkan secara graf dalam surat khabar). Kefahaman tentang sistem perduaan pula adalah relevan dan berguna sebagai asas untuk memahami kerja-kerja berkaitan dengan komputer. Lapiran I ialah petikan daripada muka pertama sukatan pelajaran Matematik (Moden) yang diperljari oleh murid-murid Sekolah Menengah Malaysia sejak 1970 hingga sekarang. Sejak 1970, beberapa perubahan kecil telah berlaku kepada sukatan pelajaran Matematik Menengah: 1972 - Pindaan kecil kepada Sukatan pelajaran bagi Tingkatan I-III. 1978 - Penyatuan Sukatan-Sukatan Pelajaran bagi Tingkatan I-III dan bagi Tingkatan IV & V. 1980 - Penukaran istilah kepada istilah baru.

You might also like