You are on page 1of 7

(

Fakulti Pendidikan dan Bahasa


Semester Mei 2012

HBEF2703
PENDIDIKAN KOKURIKULUM
JURNAL REFLEKTIF KELAB TARIAN SEKOLAH RENDAH
Nama : CHANG LEE MOI NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN : 730601135598001 : 73060135598 : 0168965895 : leemoic@yahoo.com : PPW SARAW

Journal untuk Kelab Tarian


Tarikh Masa : 10 Januari 2012 : 2:30 3:30pm

Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti : Penubuhan AJK Kelab Refleksi : Ahli-ahli AJK untuk kelab kebudayaan 2012 telah dilantikan secara pengundian dalam perjumpaan ini. Semua ahli telah menghadiri perjumpaan ini. Calon-calon dicadangkan oleh ahli-ahli dan ahli-ahli membuat undian bagi menetapkan jawatan yang akan dijawat . Perjumpaan ini dijalankan dengan lancar dan berjaya. Semua ahli berpuas hati dengan ahli-ahli AJK yang dilanttik. Saya berharap ahli-ahli AJK akan dapat bekerjasama dengan baik pada tahun ini.

Tarikh Masa

: 14 Febuari 2012 : 2:30 3:30pm

Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti : Rancangan perlaksanaan aktiviti Refleksi: Dalam perjumpaan ini, semua ahli telah menghadir kecuali pengerusi disebabkan ada urusan rasmi. Ahli-ahli telah diberikan takwim tahun 2012 dan diberitahu secara terperinci tentang aktiviti kelab kebudayaan pada tahun ini. Perjumpaan hari ini dilancarkan oleh naib pengerusi kelab. Naib pengerusi meminta semua ahli untuk berbincang dan merancang tentang cara melancarkan aktiviti pada masa yang akan datang. Perbincangan berjalan dengan lancar. Semua ahli mengemukakan idea dan perancangan yang baik.

HBEF 2703

Tarikh Masa

: 28 Febuari 2012 : 2:30 3:30pm

Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti : Tontonan Video Refleksi : Jurulatih telah menghadiri perjumpaan kali ini. Jurulatih menayangkan video tarian yang akan dilatih oleh semua ahli pada tahun ini. Murid-murid menonton video dan meniru aksi tarian yang ditonton oleh mereka. Jurulatih memberi tunjuk ajar dan memberitahu teknik yang perlu diperhatikan dan membanding beza kekuatan dan kelemahan sesame ahli i. Jurulatih juga memberi pengingatan tentang apa yang perlu ahli-ahli sediakan sebelum, semasa, dan selepas menari. Dalam perjumpaan ini, saya mendapati ahli-ahli telah menguasai ilmu pengetahuan yang diterangkan oleh jurulatih. Saya bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan jurulatih yang berpengalaman.

Tarikh Masa

: 14 Mac 2012 : 2:30 3:30pm

Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti : Menghasilkan buku skrap Refleksi : Pada perjumpaan ini, saya telah membantu murid-murid untuk menghasilkan buku skrap. Dalam buku skrap ini, murid-murid perlu mencari gambar persembahan tarian kipas cina, tarian joget, dan tarian iban. Selain mencari gambar dan menampalkan dalam sebuah buku, ada juga murid yang melukiskan gambar sendiri. Pada akhir perjumpaan ini, saya sempat mengutip empat buah buku skrap yang kreatif dan inovatif . Aktiviti ini bukan sahaja dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid, malah memberi peluang kepada murid-murid untuk mencari maklumat melalui internet tentang gambar dan rakaman tarian tradisional Cina , Iban dan Melayu. Ini semata-mata merangsangkan minat mereka terhadap bidang Kelab Tarian yang diceburi.

HBEF 2703

Tarikh Masa

: 28 Mac 2012 : 2:30 3:30pm

Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti : Tarian Kipas Cina Refleksi : Saya berasa gembira kerana semua ahli telah menghadiri perjumpaan kali ini. Jurulatih telah mengajar tarian kipas Cina. Disebabkan ini murid-murid telah mengetahui teknik berkenaan tarian kipas Cina. Tambahan Jurulatih yang berpengalaman dan berketrampilan menegaskan teknik membuka dan menutup kipas Cina untuk mengelakkan daripada kejatuhan semasa menari . Walaupun ia sangat mudah tetapi apabila membuka dan menutup dilakukan semasa menari, ia adalah susah dan sangat memerlukan teknik yang boleh dikuasai dengan mudah dan cekap . Melalui tinjauan saya mendapati masih ada murid yang masih belum menguasai teknik menari sambil memusing kipas. Saya akan memesan muridmurid mempratikkan diri di rumah kelak. Tarikh : 11 April 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina Refleksi: Pada perjumpaan ini, terdapat empat orang murid tidak dapat hadiri disebutkan pertandingan bercerita. Latihan tarian kipas cina perlu dijalankan tanpa empat murid-murid tersebut. Saya telah nampak ada peningkat pada murid dalam memainkan kipas cina. Jurulatih mengajar mereka untuk menari sambil memainkan kipas cina. Saya mendapati bahawa ada beberapa orang murid belajar tarian ini dan mengingati langkah dengan sangat cepat. Maka saya bercadang untuk mengatur mereka yang mahir untuk mempersembahankan tarian kipas cina pada malam jamuan akhir tahun. Tarikh : 23 April 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina Refleksi: Jurulatih telah memulakan latihan dengan membuat ulang kaji apa yang diajar pada 4

HBEF 2703

perjumpaan lepas. Ada beberapa orang murid telah lupa langkah tarian yang dibelajar pada latihan lepas. Jurulatih perlu ajar semula langkah tarian yang diajari pada latihan lepas. Selain itu, jurulatih juga perlu mengajar empat orang murid secara asing kerana mereka tidak hadir pada perjumpaan yang lepas. Saya telah mengingatkan murid-murid untuk melatihkan tarian yang dipelajari semasa di rumah supaya jurulatih tidak perlu mengulangkan tarian yang sama dalam setiap perjumpaan. Tarikh : 9 Mei 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina Refleksi: Jurulatih sambungkan tarian kipas cina dengan memainkan muzik. Murid-murid ada yang kelam kabut tidak dapat mengikut rentak muzik. Jurulatih telah memperlahankan latihan. Latihan dijalankan secara berperingkat. Pada akhir perjumpaan, saya nampak semua murid boleh menguasi apa yang telah diajar oleh jurulatih. Saya rasa ada beberapa orang murid memang berpotensi dalam tarian kipas cina. Nama murid yang berpotensi telah pun dibagi kepada jurulatih. Tarikh : 16 Mei 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina Refleksi: Guru besar telah menghadiri perjumpaan ini. Semua murid berasa gementar disebabkan kehadiran guru besar. Ada beberapa orang murid membuat kesalahan yang besar apabila menari di atas pentas kecil. Guru besar telah memberi galakkan dan nasihat kepada murid-murid sebelum beredar dari bilik kebudayaan. Selepas guru besar beredar, muridmurid berlatih seperti biasa. Jurulatih memberitahu murid-murid telah pun menunjukkan kemajuan yang sangat ketara. Tarikh : 30 Mei 2012 Masa: 2:30 3:30pm Tempat : Bilik Kebudayaan Aktivti: Tarian Kipas Cina (intensif) 5

HBEF 2703

Refleksi: Dalam perjumpaan ini, jurulatih membuat latihan intensif dengan murid-murid. Murid- murid menunjukkan apa yang mereka pelajari selama ini. Jurulatih tidak mengajar tarian. Saya telah menangkap gambar keadaan murid-murid semasa mereka membuat latihan intensif. Saya rasa semua ahli adalah sudah mahir dalam tarian kipas cina in

HBEF 2703

You might also like