You are on page 1of 9

Soalan PTK 1 1. Suruhanjaya berikut mempunyai Kuasa melantik kakitangan kecuali A Suruhanjaya Perkhidmatan Awam B.

Suruhanjaya Kehakiman C Suruhanjaya Ketenteraan D. Suruhanjaya Pasukan Polis 2. Elaun harian layak dituntut oleh pegawai-pegawai berikut apabila A. Di arah bertugas di luar ibupejabat dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang B. Diarah bertugas di luar ibupejabat melebihi 24 jam C. Diarahkan bertugas di luar ibupejabat dan kembali ke pejabat keesokan harinya D. Diarah bertugas di luar ibupejabat melebihi tempoh 8 jam tetapi kurang dari 24 jam 3. Encik Mat Deris diarah bertugas di luar ibupejabat iaitu di kelantan. Jaraknya dari ibupejabat adalah melebihi 240km.Beliau menggunakan kenderaan sendiri tanpa mendapatkan kelulusan Ketua Jabatannya. Dalam keadaan ini A. Beliau layak untuk menuntut elaun perbatuan kenderaan B. Beliau layak untuk menuntut elaun perbatuan kenderaan dan bayaran tol C. Beliau layak menuntut tambang gantian mengikut kelayakan jawatannya D. Beliau tidak layak menuntut apa-apa elaun kerana tidak mendapat kelulusan Ketua Jabatannya.

4.

Pilih satu kenyataan yang tepat mengenai Perlanjutan tempoh percubaan dengan berdenda A Beliau tidak layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunannya B Beliau boleh ditamatkan perkhidmatannya sekiranya masih tidak lulus peperiksaan yang ditetapkan C Beliau tidak layak dipertimbangkan pergerakan gaji tahunannya dan hilang kekananan bagi tempoh perlanjutan tersebut D Beliau tidak boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat.

5.

Kemudahan pengurusan Jenazah bagi anggota yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan diberi sebagai tanda penghargaan dan penghormatan terakhir mengikut (SSB 9/91). Jumlah bantuan kewangan tersebut adalah sebanyak A. RM 500.00 sahaja B. RM 1000.00 sahaja C. RM 1500.00 sahaja D. RM 2000.00 sahaja

6.

Cuti rehat tahun pertama yang tidak dapat dihabiskan akan luput dengan sendirinya pada akhir tahun A. 2 B. 3 C. 4 D. 5

7.

Kenyataan berikut adalah betul mengenai Cuti Separuh Gaji kecuali A. Diluluskan atas sebab kesihatan sanak saudara yang rapat kepada pegawai. B. Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti separuh gaji tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun. C. Jumlah cuti separuh gaji yang boleh diluluskan ialah 30 hari dan tidak melebihi 180 hari. D. Cuti separuh gaji boleh diberi kepada pegawai wanita atas sebab-sebab bersalin.

8.

Jenis cuti atas sebab-sebab perubatan adalah A. Cuti rehat B. Cuti Kuarantin C. Cuti Separuh Gaji D. Cuti Tanpa Gaji

9.

Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar Malaysia tidak layak mendapat cuti sakit. Tetapi sekiranya pegawai jatuh sakit pada tarikh ia patut pulang, syarat sijil cuti sakit tersebut boleh dipertimbangkan adalah: A. Pegawai mendapat cuti sakit tidak melebihi 7 hari. B. Pegawai mendapat cuti sakit perlu mendapatkan pengesahan pegawai perubatan dari Malaysia. C. Pegawai dimasukkan ke hospital selepas kembali. D. Pegawai dimasukkan ke hospital dan sijil cuti diperolehi dari pegawai perubatan kerajaan negeri berkenaan.

10.

Cuti kuarantin adalah tempoh penahanan kerana merebaknya wabak penyakit. Sekiranya seseorang pegawai terlibat dalam penahanan tersebut, beliau layak A. Diberi cuti kuarantin. B. Ditolak cuti rehatnya sepanjang tempoh penahanan tersebut. C. Diberi cuti kuarantin yang tidak dipotong dari cuti rehat yang ia berkelayakan. D. Diberi cuti sakit bagi tempoh penahanan tersebut.

11.

Pegawai yang mengambil bahagian dalam olahraga atau sukan di peringkat Negeri atau Antarabangsa boleh diberi cuti tanpa rekod sebanyak A. 30 hari B. 60 hari C. 90 hari D. 120 hari

12.

Tangguh pergerakan gaji boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tempoh berikut kecuali: A. Tiga bulan B. Empat bulan C. Enam bulan D. Sembilan bulan

13.

Kenyataan berikut adalah salah mengenai Penggantungan Kerja oleh Pihak Berkuasa Tatatertib: A. Penggantungan kerja dikenakan kepada pegawai yang disabitkan oleh mana-mana Mahkamah Jenayah. B. Penggantungan kerja dikenakan apabila pegawai itu dikenakan perintah tahanan C. Penggantungan kerja boleh dikenakan ke atas pegawai apabila prosiding jenayah telah dimulakan terhadap pegawai itu. D. Penggantungan kerja menyebabkan pegawai tidak dibenarkan menerima apa-apa emolumen dari tarikh pengantungan kerjanya.

14.

Salah satu daripada kenyataan berikut adalah salah mengenai hukuman turun gaji ke atas seseorang pegawai: A. Turun gaji hendaklah dalam peringkat yang sama dan diturunkan secara mendatar. B. Penurunan gaji tidak boleh melebihi tiga pergerakan gaji. C. Hukuman turun gaji dilaksanakan pada tarikh ulangtahun pergerakan gajinya. D. Tempoh hukuman tidak boleh kurang daripada 12 bulan dan tidak melebihi 36 bulan

15.

Hukuman-hukuman tatatertib adalah seperti berikut kecuali: A. Tangguh pergerakan gaji B. Tahan kerja C. Turun gaji D. Buang kerja

16.

Pegawai-pegawai berikut akan dikecualikan dari bayaran wad sekiranya jatuh sakit. Mereka adalah A. Keluarga pegawai yang jatuh sakit. B. Pegawai yang telah bersara dari Jabatan Kerajaan. C. Pegawai yang jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di luar ibu pejabat. D. Pegawai yang dimasukkan ke dalam hospital bagi masa yang kurang dari 12 jam.

17.

Lembaga Perubatan boleh ditubuhkan apabila terdapat permohonan dari Ketua Jabatan Berikut adalah sebab-sebab Lembaga Perubatan ditubuhkan kecuali A. Memeriksa seseorang pegawai yang didapati masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti sakit biasanya. B. Memeriksa pegawai-pegawai yang Ketua Jabatan dapati tiada harapan untuk sembuh dan sihat untuk bertugas semula. C. Memeriksa pegawai yang tercedera semasa dalam bertugas. D. Memeriksa pegawai-pegawai yang didapati oleh Ketua Jabatan sering mengambil cuti sakit.

18.

Ketua Jabatan boleh membenarkan pegawai mengumpul cuti rehat untuk tujuan perjalanan ke seberang laut. Jumlah cuti yang boleh dikumpulkan adalah: A. Kelayakan cuti rehat 1 tahun. B. Kelayakan cuti rehat 2 tahun C. Kelayakan cuti rehat 3 tahun D. Kelayakan cuti rehat 4 tahun

19.

Cuti sakit bergaji penuh bagi pesakit barah adalah sebanyak A. 12 bulan B. 16 bulan C. 20 bulan D. 24 bulan

20.

Kelayakan Elaun Encik Rahman adalah RM 66.00.Beliau diarah bertugas rasmi diluar ibu pejabat.Beliau bertolak dari pejabat jam 8 pagi menaiki kenderaan jabatan dan kembali semula ke pejabat pada jam 12 malam.Berapakah kadar elaun yang layak diperolahi oleh Encik Rahman? A. RM 66.00 B. RM 66.00 dan elaun perbatuan C. RM 36.00 D. RM 33.00

21.

Seorang Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti sakit kepada kakitangannya dalam satu-satu tahun.Jumlah cuti sakit tersebut adalah A. Tidak melebihi 45 hari setahun B. Tidak melebihi 90 hari setahun C. Tidak melebihi 180 hari setahun D. Tidak melebihi 360 hari setahun

22.

Anda dilantik menjadi ahli sebuah syarikat kerjasama dan telah membuat akuan secara bertulis untuk memegang jawatan di dalam syarikat kerjasama berkenaan.Dalam hal ini,cuti tanpa rehat bagi anda menghadiri kursus kerjasama di maktab kerjasama adalah A. B. C. D. Tidak melebihi 30 hari Tidak melebihi 60 hari Tidak melebihi 90 hari Tidak melebihi 120 hari

23.

Pekerjaan luar perlu mendapat kebenaran dari ketua jabatan.Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan oleh ketua jabatan adalah seperti berikut kecuali A. B. C. D. Tidak dilakukan semasa waktu pejabat Tidak dilakukan semasa pegawai menjalankan tugas rasminya Mengambil bahagian secara langsung dalam perjalanan perusahaan tersebut Tidak menjejaskan kegunaan pegawai itu sebagai seorang pengkhidmat awam

24.

Encik Anton adalah seorang penjawat awam.Beliau sering memberi pinjaman kepada pegawai-pegawai ditempat dia bekerja dengan kadar bunga yang sangat rendah.Tindakan beliau adalah A. B. C. D. Sangat baik kerana menolong rakan-rakan sejawatnya Tiada kesalahan kerana menolong kawannya Salah kerana melanggar peraturan pejabat Salah kerana melanggar peraturan pegawai awam

25.

Seorang pegawai yang telah dipilih untuk mengikuti kursus di peringkat sarjana di Jepun selama 18 bulan layak menuntut elaun dan bayaran berikut: i. ii. iii. iv. elaun runcit elaun buku elaun pakaian insuran perubatan

A. i dan ii sahaja. B. i, ii dan iii sahaja. C. i, ii dan iv sahaja D. ii, iii dan iv sahaja

You might also like