You are on page 1of 2

Sembahyang Masbuq dan Muafiq Seseorang yang datang masuk solat jemaah, selepas niat dan membaca surah

Fatihah, fatihah yang dibaca ketika SIROTOLLAZI....tiba-tiba Imam rukuk, bila dia habis baca Fatihah, hendak rukuk, Imam dah takbir bangun untuk iktidal. Bagaimanakah solat makmum itu adakah ia ini jenis masbuk atau muwafik? Jawapan kita: Masbuq ialah seseorang yang tertinggal oleh solat Imam, kemudian ia masuk ke dalam saf agar dapat mengikuti solat Imam yang masih tinggal. Bagi orang yang masbuq, dikira telah mendapat satu raka'at imam jika ia sempat ruku'nya imam; yakni ia harus mendapat minima ruku' imam iaitu tangannya telah mencapai lutut sebelum Imam bangkit untuk i'tidal. Dalam kes di atas, si fulan itu telah masbuq dan tidak mendapat satu raka'at imam dan dia harus menyempurnakan raka'atnya. Si fulan di atas sepatutnya boleh mendapat satu raka'at imam jika ia bertakbir, mendengar bacaan imam dan terus mengikuti ruku'nya imam tanpa membaca Fatihah; kerana qaul yang kuat berpendapat bacaan Imam sudah memadai bagi makmum. (rujukan Dr Abdul karim Zaidan dalam al Mufassal.) Seseorang makmum telah masuk untuk berjemaah pada awal rakaat pertama, Imam tengah baca Fatihah, makmum tadi baca Doa Iftitah. Kemudian Imam baca Ayat Lazim, makmum baca Fatihah. Tiba-tiba Imam rukuk, makmum masih baca Fatihah. Imam naik iktidal makmum baru hendak rukuk. Soalannya, adakah makmum tadi mendapat rakaat itu? Jawab: Masbuq ialah bila makmum yang ditinggalkan oleh Imam yakni tidak sempat ruku' bersama Imam walaupun pada sekadar tangannya sempat menyentuh lutut hingga Imam iktidal. Muwafiq ialah makmum yang sempat ruku' bersama Imam. Dalam kes di atas, makmum itu telah masbuq dengan sengaja; sedangkan ia sepatutnya muwafiq kerana masa ia bersama Imam adalah memadai.

Ia telah melanggar disiplin solat jama'ah di mana pergerakan Imam perlu dikuti dengan serta merta, yakni ia tidak perlu membaca do'a iftitah dan Fatihah. Inilah qaul yang lebih kuat di kalangan fuqaha'. (Dr Abdul Karim Zaidan, alMufassal)

You might also like