You are on page 1of 14

PETA MINDA : 1

JURNAL 1

Tujuan Pentaksiran - Pentaksiran terhadap pembelajaran ( Assessment of learning ) - Pentaksiran untuk pembelajaran ( Assessment for learning )

PENTAKSIRAN DI SEKOLAH MENENGAH

MASALAH AMALAN PUNCA DAN LANGKAH PENYELESAIANNYA

- Masalah guru menjalankan proses pentaksiran di sekolah - Berpunca daripada pihak pentadbir PPD dan KPM - Masalah ini menyangkal kebolehan pelajar

ULASAN : JURNAL :1 : AMALAN PENTAKSIRAN DI SEKOLAH MENENGAH, MASALAH, PUNCA DAN LANGKAH PENYELESAIANNYA.

Aspek pentaksiran adalah salah satu core bussines pihak sekolah. Namun, guruguru menghadapi pelbagai masalah untuk menjalankannya.Proses pentaksiran merupakan proses utama untuk mengenal pasti setakat mana proses pembelajaran pelajar telah berlaku.Seterusnya tahap pembelajaran pelajar ini boleh digunakan untuk mengesan tahap pengajaran guru dan kesesuaian objektif pembelajaran. Ini menunjukkan proses pentaksiran memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Justeru segala permasalahan berkaitan proses pentaksiran di sekolah perlu ditangani.Daripada kajian jurnal ini didapati guru-guru mengalami pelbagai masalah dalam menjalankan proses pentaksiran di sekolah.Masalah ini berpunca daripada tindakan guru itu sendiri malah ada juga yang disebabkan oleh urusan pentadbiran sekolah itu sendiri termasuklah pihak PPD atau pihak KPM.Oleh itu wajarlaj kajian perlu dibuat bagi menangani masalah ini supaya tidak menggangu proses pembelajaran pelajar iaitu produk terpenting institusi sekolah.Pentaksiran dibuat kerana untuk member pelaporan atau dikenali sebgai pentaksiran terhadap pembelajaran ( Assessment of learning ) dan satu lagi tujuan ialah untuk menggalakkan pembelajaran atau dikenali sebagai Pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment for learning ).Walaupun terdapat 2 tujuan utama tetapi guru lebih menumpukan kepada fungsi pemberian gred dan kurang memberatkan aspek-aspek pembaikpulihan pengajaran guru dan menggalakkan pembelajaran pelajar.Ini mengakibatkan wujudnya fenomena exam oriented dalam amalan pentaksiran di sekolah.Masalah lain yang sedang berakar umbi di sekolah ialah budaya teaching the test atau mengajar untuk peperiksaan.Seterusnya masalah pentaksiran yang ketara ialah guru lebih cenderung untuk tidak menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU ) atau Jadual Penentu Ujian ( JPU ) apabila menggubal item ujian.JPU memainkan peranan peranan penting untuk mempastikan soalan yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu tidak tersasar daripada isi kandungan pelajaran yang telah diajar kepada pelajar.Beberapa langkah menangani masalah ini didapati iaitu menganjurkan kursus latihn dalam perkhidmatan,kursus motivasi untuk guru,meningkatkan minat belajar dan pihak pentadbir sentiasa peka terhadap pelaksanaan pentaksiran di sekolah mereka.

PETA MIDNA : 2

JURNAL : 2

Proses pentaksiran melibatkan ketiga -tiga domain. 1. Merupakan satu proses yang sistematik bertujuan untuk mengesan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan berterusan, bersifat formatif, dirancang , dikendalikan dan taksir oleh guru sendiri. 2. Pentaksiran pada dasarnya dihuruaikan sebagai proses memerhati atau mencerap

pembelajaran, menghurai, mengumpul, merekod, mentskor dan menginterprestasikan maklumat. 3. Di negara kita pentaksiran dibuat melalaui dua kaedah : a). pentaksiran luaran dan dalaman

PENGUKURAN PEMBELAJARAN DI INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI AWAM MELALUI PROGRAM EASTEL : SATU INOVASI PENILAIAN

- Pentaksiran yang dibuat di dalam bilik darjah perlu bersifat formatif, - Guru perlu membimbing, membuat pemerhatian tingkah laku - Memberi motivasi yang berterusan - Memperbaiki pelajaran - Penambahbaikan pembelajaran - Dijalankan secara berterusan dan jelas

ULASAN JURNAL 2 : PENGUKURAN PEMBELAJARAN DI INSTITUT PENDIDIKAN TINGGI AWAM PENILAIAN MELALUI PROGRAM EASTEL : SATU INOVASI

Proses pentaksiran diukur dengan 3 domain taksonomi terdiri daripada aspek kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.Proses ini dibuat secara formatif bagi memastikan pencapaian pelajar sentiasa konsisten tinggi. Program e- Assessment system for Tertiary Learning ( EASTel ) adalah satu proses pentaksiran pembelajaran di bilik kuliah menggunakan perisian EASTel yang dibangunkan oleh Fakulti Pendidikan. Terdapat banyak aspek dalam pentaksiran pembelajaran pelajar yang boleh dinilai seperti projek komuniti peperiksaan, pembentangan individu atau kumpulan, pencapaian dalam kelas, kerja lab, perkuliahan tuagasan kursus tugasan individu demonstrasi dan sebagainya. Program ESTel boleh digunakan kepada semua peringkat pendidkan dan pengajian dari sekolah rendah, menengah, kolej sehingga pendidikan tinggi.Pentaksiran merupakan satu proses yang sistematik bertujuan untuk mengesan perkembangan pelajar secara menyeluruh dan berterusan bersifat formstif dirancang dekhendalikan dan ditaksir oleh guru sendiri yang bertujuan untuk memudahkan guru membuat tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan pembelajaran dan memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan pelajar disamping guru dapat memperkembangkan potensi pelajar dari aspek pengetahuan ( kognitif ) kemahiran ( afektif ) dan sikap serta nilai murni yang dihayati. Pentaksiran pada dasarnya dihuraikan sebagai proses memerhati ataumencerap pembelajaran menghurai, mengumpul, merekod, mentskor dan menginterpretasikan maklumat.Pentaksiran juga adalah sebahagian daripada proses penilaian yang dibuat secara berterusan bertujuan untuk memahami dan menambahbaikan pembelajaran. Pentaksiran adalah satu proses pengumpulan dan perbincangan maklumat dari pelbagai sumber bagi mengembangkan pemahaman yang mendalam mengenai apa yang pelajar tahu, apa yang difahami serta membolehkan pelajar memperolehi pengetahuandari pengalaman pendidikan. Pengukuran juga bermaksud satu proses puncak hasilan bagi meningkatkan pembelajaran pelajar.Di Malaysia pentaksiran dilaksanakan melalui dua kaedah pentaksiran luaran dan dalaman.Sistem pentaksiran luaran dijalankan di peringkat nasional selaras dengan arus pendidikan perdana manakala pentaksiran dalaman dilaksanakan di peringkat sekolah ( bilik darjah/kelas).Semua amalan pentaksiran di peringkat sekolah mempunyai perkaitan dengan peringkat nasional sebagai persediaan pelajar menempuh peringkat peperiksaan awam.

PETA MINDA : 3 JURNAL : 3

- Pentaksiran mempunyai hubungan rapat dengan pengajaran guru - Guru melengkapkan diri dengan kemahiran menilai - Ujian merupakan mekanisma formal yang digunkaan dalam pentaksiran

AMALAN REFLEKTIF GURU UNTUK MENINGKATKAN KUALITI SOALAN UJIAN

- Item penilain perlu dibuat dengan topik yang diajar - Guru perlu membentuk kerangka " frame and frame " - Ia membantu menganilisis maklumat - Ujian pentaksiran perlu ada kualiti

Ulasan

Jurnal

: 3 : AMALAN REFLEKTIF GURU UNTUK MENINGKATKAN KUALITI SOALAN UJIAN

Jurnal ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti ujian kertas dan pensil yang dibina oleh guru di samping membantu guru menentukan item yang berkualiti sahaja disimpan dalam bank item.Selain itu kajian ini membantu guru dalam proses membina item ujian, mengenal pasti ciri-ciri soalan yang berkesan dan menguurangkan kesilapan menyediakan item ujian.Seandainya pelajar ingin berjaya dalam sesuatu bidang pelajar mesti memperoleh lebih daripada ilmu deklaratif. Ilmu itu mempunyai hubungan yang rapat dengan pengajaran guru dan pentaksiran ke atas pelajar.Adalah dikonsepsikan secara teori secara tingkah laku guru yang melengkapkan diri agar berkemahiran menilai kembali apa yang dilakukannya mempunyai kesan atau pengaruh terhadap pengajaran dan pembelajaranyang seterusnya memberi impak kepada pencapaian akademik dan misi organisasi. Kemampuan amalan reflektif ini membolehkan guru mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang dilakukannya. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan amalan reflektif dalam konteks sistematik memperlihatkan hampir semua literatur bersabit dengan pedagogi dan andragogi menyarankan agar amalan reflektif diberi tumpuan kerana mempunyainpelbagai kepentingan selain kelebihan berbanding amalan biasa yang berlaku dalam bilik darjah.Salah satu amalan ialah dengan menggunakan analisis item. analisis item adalah proses menumpul , merumus dan menggunakan maklumat daripada respons pelajar untuk membuat keputusan berkaitan setiap item.Daripada jurnal ini juga didapati guru melaksanakan " frame and frame " atan membentuk kerangka dan membentuk kerangka baru bagi menagani masalah yang kompleks dan membuat pengubahsuaian pada situasi tertentu.Proses ini sebenarnya memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalany secara berterusan . Konsep yang dihuraikan telah membentuk kesimpulan bahawa seseorang guru itu adalah pengamal reflektif jika diulang-ulang lingkaran refleksi yang terdiri daripada empat peringkat, trigger, frame reframe dan plan.Kualiti ujian mempunyai pertalian dengan konsep kesahan dan kebolehpercayaan . Kesahan ujian merujuk kepada keserasian tujuan kajian dengan maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan.Sesuatu ujian itu dikatakan sah jika sekiranya ujian tersebut boleh mengukur sesuatu yang sepatutnya diukur. Oleh itu ujian yang sah adalah ujian yang mampu membantu guru membuat keputusan yang berguna tentang pengajaran dan pembelajaran.Keboleh percayaan dirujuk kepada sejauh manakah penilai-penilai lain mencapai kata sepakat dalam satu-satu keputusan yang sama. Oleh yang demikian guru perlulah sekurang-kurangnya mengetahui sejauh mana tepatnya sesuatu ujian itu supaya dia dapat mengetahui tahap keyakinan yang boleh diletakkan terhadap ujian tersebut iaitu kepada ketekalan, ketepatan dan kebolh bergantung ujian berkenaan.

Komen mengenai jurnal yang di kaji

Pengukuran adalah proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif bagi sesuatu ujian pembelajaran dan dinyatakan dalam unit pernomboran atau peratusan atau gred mengunakan skala ordinal, skala jeda (interval) bagi menentukan kedudukan dan pencapaian murid di bilik darjah atau tahap yang sama .. skala ordinal digunakan untuk pangkatan gred atau kedudukan murid mengikut pencapaian markah .. skala jeda (interval) mengandungi unit markah yang sama pemberatan dengan nilai tersendiri dan digunakan untuk membandingkan gred di antara darjah dan lain-lain Dalam erti kata, skala ordinal menentukan kebolehan murid dengan/dan pencapaian skala Interval merangkumi markah dan gred bagi membandingkan tahap pencapaian di antara murid di dalam bilik darjah. Pengujian adalah satu cara sistematik bagi mengukur perubahan sikap individu (Gagne. R.M, 1965) Sesuatu ujian adalah untuk mengukur sikap dan tingkahlaku murid terhadap aktiviti yang diperolehi adalah instrumen pengukuran bagi memperolehi maklumat mengenai pencapaian murid dalam bidang atau domain kognitif , psikomotor dan afektif adalah perlu untuk menunjukkan aktiviti murid dalam perubahan tingkahlaku melalui pemerhatian atau ujian formal bermula dengan peringkat pembinaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat pemeringkatan . bagi memastikan murid menguasai kemahiran tertentu dan memperolehi pengetahuan yang diberikan Penilaian di definisikan sebagai proses bagi menentukan, mendapatkan dan menyediakan maklumat berguna untuk tujuan dan matlamat yang diperlukan Penilaian adalah satu sistem atau proses yang merangkumi aktiviti mendapatkan maklumat berkaitan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan menganalisa dan menterjemahkan keputusan Penilaian adalah satu proses kualitatif Penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, analisis dan penterjemahan Tujuan Pengujian : i) ii) iii) iv) v) . Menentukan perubahan tingkahlaku murid Menentukan pencapaian murid dalam penbelajaran tertentu Menempatkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut keputusan ujian Memotivasikan murid untuk mengulangkaji pembelajaran Melatih murid membuat penyediaan yang bersesuaian untuk ujian berpusat

Tujuan Pengukuran i) Menempatkan murid ke aliran yang sesuai

ii) Membuat penganalisaan, penterjemahan dan kesimpulan bagi kajian tertentu iii) Pensijilan dalam bentuk pencapaian akademik bagi tahap persekolahan tertentu iv) Digunakan sebagai kriteria oleh penguatkuasa tertentu untuk tujuan tertentu Tujuan Penilaian i) Mengumpul maklumat mengenai pencapain murid selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran ii) Menentukan kekuatan dan kelemahan murid dalam sesuatu kemahiran pembelajaran bagi membolehkan aktiviti pengayaan dan pemulihan iii) Menentukan keberkesanan penyampaian guru di dalam bilik darjah bagi membolehkan perancangan strategi pengajaran yang lebih berkesan iv) Merekodkan hasilan penilaian bagi pencapaian murid dan perekodan profil murid bagi membolehkan aktiviti rujukan dijalankan jika diperlukan v) Mentaksir keberkesana pelaksanaan program seperti KBSR dan KBSM

Pentaksiran adalah perkataan Latin yang bermaksud duduk bersama antara pentaksir dengan pelajar dan mengesahkan apa yang dilaksanakan oleh pelajar. Melalui pentaksiran yang berterusan ini, guru dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap pencapaian pelajar dari masa ke masa melalui pengumpulan maklumat dan data dan menganalisis maklumat mengenai tahap kemajuan sesuatu sama ada berbentuk program, individu dan lain-lain. Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan mengikut konteks pengajaran dan pembelajaran seseorang guru dalam sesebuah kelas yang diajarnya. Dalam konteks belajar, pentaksiran boleh menjelaskan tahap pencapaian sebenar seseorang pelajar. Selain itu. Pentaksiran juga boleh dirumuskan sebagai satu pengintegrasian data yang berbentuk kualitatif dan kuantitatif yang dikumpul untuk menyediakan maklumat mengenai pembelajar, apa yang diajar dan bagaimana ianya diajar. Melalui proses pentaksiran secara berterusan ini, guru dapat membantu pelajar dalam usaha membaiki tahap pencapaian dan kemajuan pelajar itu sendiri. Semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru dapat mentaksir tahap pengetahuan pelajar, sikap dan kemahiran yang diaplikasikan oleh pelajar semasa sesi pembelajaran

dalam kelas. Secara umumnya, perancangan pentaksiran hendaklah bebas dari bersifat berat sebelah atau dipengaruhi oleh unsur-unsur ketidakadilan. Dalam konteks ini, guru hendaklah bersikap secara profesional dan keterbukaan. Pentaksiran yang dilaksanakan hendaklah dapat menunjukkan apa yang telah dipelajari hasil daripada sesi pembelajaran dalam kelas dalam bentuk sama ada tugasan bertulis, ujian dan kuiz.Pentaksiran bukanlah sesuatu yang baru dalam sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu, sistem pentaksiran perlu difahami dan dilaksanakan serta diaplikasikan oleh para guru semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran, guru dapat mengetahui tahap kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar. Selain itu guru dapat memantau kemajuan pelajar secara berterusan. Sebagai contoh, ujian bulanan yang dijalankan dalam tempoh masa 2 bulan sekali dalam menguji daya ingatan dan pemahaman pelajar terhadap pembelajaran yang telah dipelajari sebelum ini. Dengan pentaksiran, guru dapat memberi dan menetapkan penggredan serta dapat menentukan keberkesanan pengajaran dalam setiap sesi pengajarannya. Melalui pentaksiran yang dilaksanakan oleh para guru, dasar perlaksanaan ini telah dapat membuka mata masyarakat terutamanya ibu bapa bahawa pentaksiran ini dapat membantu meningkatkan tahap keberkesanan pendidikan kerana pentaksiran sebenarnya menilai tahap pencapaian pelajar khususnya dan guru secara amnya. dan contoh. Strategi yang diterapkan oleh guru kepada pelajar seperi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis serta penerapan teori kecergasan pelbagai dapat menghasilkan satu produk yang berkualiti.Kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah kian diberi perhatian . Pentaksiran dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Tujuan pentaksiran yang terpenting adalah membantu pelajar menguasai isi kandungan pelajaran , memperbaiki pembelajaran pelajar . Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir tahun . Pentaksiran yang berkesan dapat membantu guru mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran guru. merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi perhatian. Para guru perlu mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi mengamalkan pentaksiran dengan berkesan. Guru menggunakan pelbagai teknik pentaksiran, walaupun mereka mungkin tidak diberi latihan yang

bersesuaian dalam aspek pentaksiran dalam bilik darja. Sehingga kini, amalan pentaksiran dan kemahiran pentaksiran guru-guru di Malaysia kurang diketahui. Oleh itu, kajian ini dijalankan sebagai satu usaha untuk mengenal pasti amalan pentaksiran para guru supaya tindakan bersesuaian dapat diambil bagi meningkatkan kemahiran pentaksiran guru-guru sekolah. Tujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk mendapat maklumat tentang kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar Pentaksiran dalam bilik darjah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembentukan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi (performance assessment), penggredan, mentafsir skor peperiksaan, memberi maklum balas tentang hasil pentaksiran dan penggunaan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan. Apabila menggunakan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi, guru perlu sedar tentang kelebihan dan kelemahan setiap teknik pentaksiran supaya dapat memilih teknik pentaksiran yang sesuai untuk membuat pentaksiran tentang pembelajaran pelajar .Guru gunakan pelbagai kaedah pentaksiran untuk mengesan perkembangan pembelajaran pelajar dan juga pencapaian akademik pelajar bergantung kepada tujuan atau fungsi pentaksiran itu . Dalam bilik darjah, guru biasanya gunakan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi (performance assessment) atau pentaksiran autentik seperti pemerhatian dan teknik soal jawab untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran pelajar , kebanyakan guru sekolah gemar menggunakan ujian dan peperiksaan untuk menilai kemajuan pembelajaran pelajar, terutamanya guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris.Menyatakan amalan yang biasa dilakukan oleh seorang guru dalam bilik darjah meliputi aspek-aspek seperti mengesan tahap penguasaan pembelajaran pelajar, memberi latihan atau kerja rumah kepada pelajar berdasarkan tahap pencapaian pelajar, menyemak hasil kerja pelajar, menentukan konstruk yang ingin ditaksir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan merangsang pelajar untuk belaja

PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Kebanyakan guru sekolah memperoleh pengetahuan tentang pentaksiran daripada kursus-kursus dalam perkhidmatan. Namun, kebanyakan memperoleh latihan selepas 1-5 tahun. Terdapat guru yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan dengan pentaksiran.Guru sekolah yang terlibat dalam kajian mempunyai keyakinan dan bersedia untuk membuat pentaksiran terhadap pelajar. Ini juga dibuktikan benar apabila guru-guru sekolah memilih cara pentaksiran dengan memberi pertimbangan utama terhadap kesesuaian sesuatu pentaksiran dengan objektif pembelajaran. Kajian ini juga mendapati guru-guru sekolah banyak menggunakan ujian objektif aneka-pilihan dalam membuat pentaksiran tentang pelajar mereka, manakala kaedah pentaksiran yang paling kurang digunakan adalah soalan pemadanan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pengaruh peperiksaan awam yang kurang menggunakan format item demikian. Hasil kajian telah menunjukkan kaedah pentaksiran guru-guru sekolah selalu dipengaruhi oleh peperiksaan awam. Ini adalah dalam jangkaan disebabkan peperiksaan awam memainkan peranan penting dalam membuat keputusan tentang masa hadapan seseorang calaon serta sistem pendidikan Malaysia. Untuk memastikan pelajar berjaya dalam peperiksaan awam, guru-guru sekolah berusaha menyediakan pelajar supaya biasa dengan format soalan peperiksaan awam. Selain ujian objektif anekapilihan, guru-guru sekolah juga banyak menggunakan kerja rumah pelajar untuk menilai prestasi pelajar. Guru-guru dari peringkat persekolahan yang berlainan mempunyai amalan pembentukan dan penggunaan skema pemarkahan yang berbeza. Guru yang mengajar pada peringkat pra universiti lebih banyak membina skema jawapan untuk soalan esei berbanding dengan guru-guru lain. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan kaedah pentaksiran yang lazim diamalkan dalam peringkat pra universiti adalah berbentuk soalan esei. Guru yang mengajar sekolah rendah pula lebih banyak membina rubrik penskoran berdasarkan maklumatmaklumat yang dibekalkan oleh guru-guru lain.Dari segi maklum balas hasil penilaian, guru-guru yang mengajar di sekolah rendah lebih banyak memberi maklum balas tentang penilaian berbanding dengan guru-guru dari peringkat persekolahan yang lain. Guru-guru sekolah rendah lebih kerap memberi maklum balas tentang penilaian pelajar kepada ibu bapa dan pihak pentakbir sekolah. Manakala guru pra universiti lebih kerap memberi maklum balas

tentang penilaian kepada pelajar mereka. Kajian ini menunjukkan guru-guru sekolah rendah lebih banyak menggunakan ujian bertulis. Guru-guru sekolah rendah kurang menggunakan teknik pentaksiran tradisional seperti ujian bertulis. Kajian ini mendapati bentuk ujian bertulis yang kerap digunakan oleh guru-guru sekolah rendah adalah soalan isi tempat kosong, soalan betul/salah dan soalan pemadanan. Selain ujian bertulis, strategi lain yang kerap digunakan oleh guru-guru sekolah rendah untuk mentaksir pembelajaran pelajar adalah teknik pemerhatian, teknik menyoal secara lisan dan temubual. Kajian ini juga mendapati amalan-amalan pentaksiran guru-guru sekolah berdasarkan bidang pengajaran guru tidak banyak berbeza. Perbezaan yang signifikan hanya wujud dalam penggunaan ujian bertulis. Guru-guru sekolah yang mengajar mata pelajaran bahasa paling banyak menggunakan ujian bertulis untuk menilai pelajar. Kajian ini menunjukkan guru-guru bahasa dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran.

IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN Ini mendapati kebanyakan guru sekolah memperoleh pengetahuan tentang pentaksiran daripada kursus-kursus dalam perkhidmatan. Oleh itu, untuk meningkatkan tahap literasi pentaksiran atau pun kualiti pentaksiran guru-guru sekolah, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negara dan Pejabat Pendidikan Daerah perlu lebih kerap menganjurkan kursus-kursus tentang pentaksiran. Kajian juga menunjukkan terdapat amalan pentaksiran yang berbeza antara guru sekolah rendah, menengah dan pra universiti. Ini bermaksud latihan pentaksiran yang diadakan perlu lebih spesifik untuk guru yang mengajar peringkat persekolahan yang berlainan. Keperluan kemahiran pentaksiran untuk guru sekolah rendah adalah berbeza dengan guru sekolah menengah. Guru yang mengajar mata pelajaran yang berlainan tidak mengamalkan pentaksiran yang berbeza. Oleh itu, kursus pentaksiran boleh dianggap sebagai kursus yang umum untuk semua guru yang mengajar pada peringkat persekolahan yang sama. Guru-guru dalam kajian ini menunjukkan kesediaan dalam menjalankan pentaksiran terhadap pembelajaran pelajar. Oleh itu, kajian masa akan datang boleh dilakukan terhadap aspek pentaksiran yang khas untuk membantu pembelajaran dan juga untuk mentaksir pelajar khas.

REFLEKSI

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin (1986). Asas Penilaian Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd. Airasian, P. W. (2001). Classroom Assessment: Concepts And Applications (4th edition ed.).New York: McGraw-Hill Higher Education. Akhbar Ibrahim, & Siti Zaliha Reduan (2002). Penilaian prestasi berasaskan sekolah: Pelaksanaan dan kesediaan guru. Paper presented at the Persidangan Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, USM Pulau Pinang. Black, P., & William, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment In Education, 5(1), 7-73.

You might also like