You are on page 1of 18

PERSEPSI GURU TERHADAP AMALAN KEPIMPINAN INSTRAKSIONAL DALAM MENJANA SEKOLAH BERKESAN

SELVARANY A/P SACHINATHAN

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUALA LUMPUR 2013

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap kepimpinan instruksional Guru Besar di sebuah sekolah jenis kebangsaan di daerah Klang, Selangor. Keadah Temubual digunakan untuk meninjau persepsi guru terhadap tahap kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh guru besar dalam menetapkan pencapaian supaya menjana sekolah berkesan terutamanya dalam bidang akademik. Seramai 30 orang guru dan 3 orang guru besar telah dipilih sebagai responden kajian. Guru-guru ini dipilih secara rawak dari 3 buah sekolah yang mengamalkan kepemimpinan instruksional di daerah Klang. Maklumat yang diperolehi daripada temubual telah dianalisis untuk mengetahui keberkesanan gaya kepimpinan instruksional guru besar dalam pencapaian sekolah. Berdasarkan kepada kajian, diharap beberapa cadangan dapat dikemukakan bagi membantu pihak berkaitan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan kepimpinan instruksional buru besar . Kekunci : kepemimpinan instruksional, pencapaian akademik, sekolah berkesan

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK ...........................................................................................................

ISI KANDUNGAN ................................................................................................. 2 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 PENGENALAN ..................................................................................... LATAR BELAKANG......................................................................... PERNYATAAN MASALAH..................................................................... 5 OBJEKTIF KAJIAN................................................................................ PERSOALAN KAJIAN............................................................................ SOROTAN KAJIAN LITARATUR ......................................................... 6 PERKAITAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK 8.0 9.0 10.0 11.0 RANGKA KAJIAN .................................................................................. 10 METODOLOGI KAJIAN......................................................................... 12 BATASAN KAJIAN ................................................................................... 13 RUJUKAN ................................................................................................. 14 11 3

LAMPIRAN ........................................................................................................... 16

1.0 PENGENALAN Masyarakat masa kini sering mengaitkan kejayaan sesebuah sekolah itu dengan pencapaian di dalam peperiksaan, khususnya UPSR bagi sekolah rendah. Tuntutan masyarakat memaksa para guru khususnya pemimpin di sekolah melakukan pelbagai strategi untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Fokus utama yang perlu dititikberatkan ialah dari segi pengurusan kurikulum (Normah, 2006). Sebagai pemimpin pengajaran di sekolah, guru besar seharusnya melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan kurikulum serta seharusnya menjadi role model kepada guru-guru dibawahnya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Greenfield (2007) tentang kajian-kajian sekolah berkesan, beliau mendapati bahawa guru besar merupakan tunggak utama dalam menjana kepada keberkesanan sekolahnya (Normah, 2006). Hussein (2009) mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin sekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan untuk memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Sebagai seorang pemimpin instruksional, guru besar mestilah berupaya untuk memimpin murid-muridnya ke arah pencapaian proses pembelajaran yang maksimum. Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana guru besar dapat mengamalkan gaya kepimpinan yang berwibawa. Kepimpinan yang berwibawa meliputi memiliki pengetahuan yang meluas dalam aspek pengurusan sekolah. Ini termasuklah pengurusan pejabat, pengurusan kurikulum, perkembangan kakitangan, motivasi kepada guruguru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah, hubungan dengan luar sekolah serta berusaha meningkatkan prestasi sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998). Menurut Hussein (2009) di Malaysia kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan guru besar sekolah kerana amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan. Alimuddin (2010) menjelaskan seorang pemimpin instruksional yang menjadi agen perubahan dan mewujudkan persekitaran di sekolah yang kondusif dapat memberi impak
4

yang signifikan dalam kecemerlangan pelajar. Menurut beliau lagi, tanggungjawab guru besar sebagai pemimpin instruksional adalah memastikan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik dirancang dan dilaksanakan dengan baik, proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan baik dan teratur serta melaksanakan pengurusan akademik yang teratur agar guru dapat mengajar dengan berkesan (Pendidik 2010). Dalam abad ke-21 amalan kepimpinan instruksional masih relevan dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah (Hallinger 2005; Jabatan Perdana Menteri 2010). Keberkesanan amalan kepimpinan instruksional turut dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (KPM 2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010). Kepimpinan instruksional mampu mempengaruhi pendekatan guru besar mengajar yang mana seterusnya berkait langsung dengan hasil pembelajaran murid, serta peningkatan potensi murid tersebut. Cara dan strategi guru besar bertindak di dalam kelas amat bertindak bergantung kepada analisis persekitaran sekolah. Oleh itu, seorang guru besar sebagai warga pendidik sepatutnya memahami masalah yang dihadapi murid. Guru besar yang berterampilan akan sentiasa berusaha untuk menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan pemimpin sekolah tersebut bermula daripada pemimpin peringkat tinggi hingga kepada pemimpin peringkat rendah. Inilah perubahan yang berlaku di dalam kepimpinan instruksional masa kini iaitu berfokuskan kepada perkongsian kepimpinan instruksional. Kejayaan murid dan sekolah amat bergantung kepada sejauh mana usaha dan komitmen yang diberi oleh setiap peringkat pemimpin dan warga pendidik di sekolah di dalam menyelaras dan menyokong setiap aktiviti instruksional supaya berlaku kesinambungan di antara satu peringkat ke peringkat yang lain. Pemantauan dan kawalan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya penambahbaikan dapat dilakukan. Guru besar sebagai pemimpin instruksional sentiasa memberi fokus kepada aspek-aspek merancang, mengelola, mengawal, menyelia dan membangunkan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara teliti dan perinci. Justeru itu, guru besar perlu sentiasa mengorientasikan pemikirannya kepada pencapaian matlamat iaitu ke arah peningkatan pencapaian akademik murid dan misi yang lebih terperinci dengan memberi penekanan kepada pencapaian akademik. Peranan ini selaras dengan usaha-usaha melahirkan sekolah
5

yang berkesan dan semua warga guru perlu memberi tumpuan kepada peningkatan akademik murid.

2.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH 3.0 PERNYATAAN MASALAH KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KOMITMEN GURU PENCAPAIAN MURID Berdasarkan analisis keputusan peperiksaan awam UPSR, didapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara prestasi antara beberapa buah sekolah rendah yang terletak berhampiran di daerah yang sama, serta mempunyai latar belakang guru, pelajar, ibu bapa, kakitangan, dan kemudahan yang hampir sama. Ada sekolah prestasinya mengatasi peratus kebangsaan manakala sekolah-sekolah lain prestasinya amat lemah. Perbezaan ini sebenarnya memerlukan satu faktor dalaman unik bagi sesebuah sekolah iaitu keberkesanan guru besarnya melaksanakan kepimpinan instruksional di samping komitmen guru-gurunya terhadap kepimpinan instruksional yang diamalkan oleh guru besar tersebut. Banyak pendapat mengakui bahawa terdapatnya hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung antara kepimpinan guru besar dan komitmen guru dalam memupuk pembelajaran pelajar. Greenfield (2007) mentakrifkan kepimpinan instruksional sebagai apaapa tindakan yang dilakukan oleh pengetua atau melalui penurunan kuasanya kepada orang lain dalam usaha bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran pelajar. Dalam tempoh kebelakangan didapati bahawa kepimpinan instruksional guru besar dan komitmen guru mula dianggap sebagai satu elemen utama dalam strategi penambahbaikan akademik di sekolah (Yusuf K. K Nsubuga, 2008). Kepimpinan instruksional ialah kepimpinan yang memfokuskan kepada penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran
6

(Hallinger, 2005). Dalam hal ini kepimpinan guru besar seorang sahaja tidak dapat memenuhi semua keperluan bagi menjayakan kepimpinan instruksional. Selain itu, usaha penambahbaikan sesebuah sekolah juga memerlukan keupayaan kepimpinan instruksional bukan sahaja dalam kalangan guru besar, penolong-penolong kanan dan ketua-ketua bidang tetapi juga dalam kalangan guru-guru biasa sekolah itu sendiri. Dalam hal ini, komitmen guru biasa sebagai pemimpin dan pengurus pembelajaran di bilik darjah juga adalah antara faktor penting yang menyumbang terhadap usaha-usaha penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sebuah sekolah. Penentuan sama ada status sesebuah akan menjadi sekolah berkesan atau sekolah yang lemah amat bergantung kepada faktor kepimpinan instruksional yang diamalkan di sekolah berkenaan. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

a.

Mencari hubungan antara kepemimpinan instruksional guru besar dengan pencapaian murid yang menjana sekolah berkesan.

b.

Mengkaji perkaitan antara kepemimpinan instruksional guru besar dengan komitmen guru terhadap pencapaian murid yang tinggi.

5.0 PERSOALAN KAJIAN Dalam usaha menjalankan penyelidikan yang lebih mendalam untuk melihat perkaitan antara kepemimpinan instruksional guru besar, tahap kepercayaan dan komitmen guru terhadap pencapaian murid, tiga persoalan utama telah dibina oleh penyelidik iaitu; a. Adakah amalan kepimpinan pengajaran guru besar menjadi faktor peramal kepada pencapaian murid yang menjana sekolah berkesan? b. Apakah perkaitan antara tahap komitmen guru dan amalan kepimpinan instruksional guru besar terhadap pencapaian murid yang tinggi?
7

6.0 KAJIAN LITARATUR Daripada kajian terhadap aktiviti-aktiviti dan tingkahlaku guru besar sebagai ukuran kepimpinan, Murat Gurkan (2008), mendapati bahawa pengetua mempunyai pengaruh tidak langsung terhadap pencapaian pelajar. Pengkaji tersebut juga menyimpulkan bahawa pemimpin sekolah yang sentiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bilik darjah selalunya akan membawa pengaruh positif terhadap hasil pembelajaran pelajar. Selain itu, Murat juga menerangkan bahawa kepimpinan guru merupakan proses guru-guru mempengaruhi rakan sejawatan dan komuniti sekolah untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk meningkatkan pencapaiaan pembelajaran pelajar. Temel, Ferudun, Hasan & Ali (2012) menyatakan bahawa antara faktor yang yang membezakan sama ada sesebuah sekolah itu berkesan atau tidak begitu berkesan adalah kehadiran pemimpin instruksional di sekolah yang mampu memberikan impak yang berbeza terhadap pembelajaran pelajar. Daripada kajian juga didapati bahawa penempatan pelajar ke sesebuah sekolah adalah dikaitkan dengan pencapaian pelajar dan prestasi akademik yang tinggi oleh sekolah berkenaan. Mustafa Yavuz & Gokhan (2010), pula menjelaskan bahawa kepimpinan instruksional adalah merujuk kepada tindakan-tindakan yang diambil oleh guru besar yang memberi perhatian terhadap usaha-usaha mengembangkan persekitaran kerja guru yang produktif dan memuaskan serta mengekalkan persekitaran pembelajaran yang diingini kepada pelajarpelajar. Pengkaji-pengkaji tersebut juga menjelaskan bahawa seseorang pengetua itu hanya akan berjaya meningkatkan prestasi akademik sekolahnya sekiranya pengetua tersebut telah dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran pengurusan dan kepimpinan instruksional yang cukup. Rose M. Ylimaki (2007) pula menyatakan bahawa intipati bagi kepimpinan instruksional adalah keupayaan pemimpin untuk mengubah sekolah yang pada asalnya budaya merupakan akauntabiliti dalamannya supaya menjadi sebuah institusi yang mampu memenuhi kehendak akauntabiliti luaran. Keperluan untuk kepimpinan pengajaran di sekolah-sekolah telah ditonjolkan melalui kemunculan akauntabiliti berasaskan standard dan menuntut bahawa pengetua bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar.

Rose juga menyatakan bahawa kepimpinan instruksional perlu dikongsi oleh guru besar dengan pihak-pihak lain sama ada di luar atau di dalam sekolah. Dalam hal ini, komitmen guru-guru bagi pencapaian matlamat sekolah mengehendaki guru-guru percaya bahawa matlamat adalah sesuatu yang penting dan mereka berkemampuan untuk mencapainya. Sehubungan itu, pengetua hendaklah berkemampuan menyelaras dan memotivasikan guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolahnya dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi serta mewujudkan sekolah berkesan. Selain itu, dalam usaha bagi menambah keberkesanan kepimpinan ini, pengetua memerlukan bantuan daripada orang lain bagi membaiki kelemahan kepimpinannya, gaya dan keadaannya. Temel, Ferudun, Hasan & Ali (2012) berpendapat bahawa dalam usaha untuk menurunkan kuasa kepada guru yang berkemahiran dan profesional dalam abad ke-21, adalah tidak mencukupi bagi pemimpin sekolah dan guru-guru mempelajari tentang pedagogi dan mengaplikasikannya dengan penuh kesabaran di bilik darjah. Guru Besar hendaklah juga sentiasa bekerjasama dengan guru-gurunya bagi menyokong pencapaian tinggi semua pelajar dan sentiasa kelihatan di mana-mana sahaja di kawasan sekolah, pada semua peristiwa di sekolah dan kerap melakukan lawatan singkat ke bilik-bilik darjah. Sehubungan itu, Murat Gurkan (2008), telah menggariskan enam strategi yang boleh digunakan oleh guru besar bagi meningkatkan profesionalisme guru-gurunya iaitu menitikberatkan kajian-kajian tentang pengajaran dan pembelajaran, menyokong kolaborasi dalam kalangan guru, mengembangkan hubungan kejurulatihan dalam kalangan guru, menggalakkan dan mendorong guru-guru mereka bentuk semula program-program, mengaplikasi prinsip-prinsip pembelajaran dewasa dan melaksanakan kajian tindakan bagi tujuan membuat keputusan dalam hal ehwal pengajaran. Setiap komuniti sekolah mempunyai konteksnya sendiri yang unik di keadaan kerja yang berbeza berlaku. Para pengetua hendaklah berusaha supaya mereka perlu menjadi lebih fleksibel dan sentiasa boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran tempat kerja bagi menyokong pembelajaran pelajar-pelajar dan guru-guru. Selain itu, para pengetua dan guru hendaklah memahami prasyarat-prasyarat yang menyumbang kepada kesejahteraan kakitangan di tempat kerja.

Akhir sekali, kita hendaklah sedar tentang pentingnya hubungan baik antara pemimpin sekolah dengan guru-guru. Hubungan baik adalah sangat penting dan merupakan salah satu prasyarat dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah produktif dan hubungan manusia yang positif di sekolah. Sehubungan dengan itu, aspirasi NKRA Pendidikan adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh serta meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti. Kecemerlangan pencapaian pelajar adalah sangat penting dalam melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang kompetitif, seiring dengan wawasan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Perluasan akses kepada pendidikan berkualiti, akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia meningkatkan taraf hidup mereka. Pencapaian keberhasilan yang tinggi secara menyeluruh dalam sistem pendidikan akan hanya berlaku dengan memastikan semua sekolah menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berkualiti tinggi kepada setiap satu kanak-kanak. Kajian ini yang melibatkan sekolah rendah yang berkesan dan tidak berkesan (Abdul Karim, 2008) telah mengenalpasti 12 ciri yang membezakan antara sekolah berkesan dengan yang tidak berkesan, iaitu; 1) ke mahiran kepimpinan pengetua, 2) persepsi pengetua terhadap peranan mereka, 3) pengalaman pengetua, 4) bilangan strategi yang digunakan untuk menjayakan sekolah, 5) penglibatan ibu bapa, 6) jangkaan guru, 7) sikap guru terhadap murid, 8) perasaan guru terhadap sekolah, 9) disiplin kendiri pelajar, 10) penggunaan sumber dengan cekap dan berkesan, 11) persepsi guru terhadap laporan dan arahan kerajaan dan, 12) rasa kepuasan guru terhadap pelajar. Dapatan tersebut nyata menyenaraikan faktor kepimpijnan sebagai penentu utama berkesan tidaknya sesebuah sekolah. ( KAITKAN PERKARA INI DENGAN TAJUK) ( SAYA AKAN JELASKAN DALAM TELEFON)

10

7.0 PERKAITAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK Southworth (2008) mendapati bahawa pemimpin sekolah yang berjaya menampilkan pendekatan kepimpinan instruksional dengan mengunakan tiga strategi iaitu; 1) Menjadi model kepada guru-guru 2) Memantau aktiviti-aktiviti di sekolah 3) Mengadakan dialog profesional secara berkala. Dapatan-dapatan kajian lalu nyata menyenaraikan faktor kepimpinan sebagai faktor utama dalam menentukan keberkesanan sekolah. Ini membuktikan bahawa pemimpin sekolah adalah kunci utama bagi membangunkan dan memajukan sesebuah sekolah. Kepentingan peranan pemimpin di sekolah turut diperkukuhkan lagi oleh dapatan daripada meta-analisis lebih daripada 88 kajian peringkat kedoktoran di tujuh buah negara. Dalam meta-analisis tersebut Hallinger (2009) mendapati kepemimpinan instruksional mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kejayaan sekolah dalam bidang akademik. Namun begitu, adalah malang sekali bagi sekolah -sekolah apabila Hussein Ahmad(1989) mendapati bahawa ramai guru besar di Malaysia yang tidak dapat memberi penekanan dalam bidang ini lantaran daripada tugas-tugas lain yang perlu tindakan segera. Memandangkan peri pentingnya peranan pemimpin dalam menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah, maka wajarlah kajian -kajian dalam aspek kepimpinan sekolah ini diteruskan. Dapatan kajian Southworth (2008), menunjukkan bahawa faktor kepimpinan pengajaran (instructional leadership) yang unik kepada persekitaran pembelajaran seperti sekolah nyata cuma kedapatan secara ketara di sekolah berkesan dan tidak ketara di sekolah-sekolah yang kurang berkesan. Walaupun persekitaran, kemudahan insfrastruktur serta sistem pengurusan sekolah adalah hampir sama, namun pendekatan kepimpinan guru besar di sekolah-sekolah tersebut didapati berbeza. Terdapat sedikit perbezaan gaya kepimpinan di dua buah sekolah berkesan yang menjadi sampel kajian ini. Namun aspek kepimpinan pengajaran dan perkongsian wawasan sekolah masih jelas berlaku di sekolah-sekolah yang menjadi sampel kajian ini.

11

8.0 KONSEP KERANGKA TEORITIK (SELURUH BAHAGIAN SALAH) Hallinger dan Murphy (2006) dan melalui model kepimpinan pengajarannya telah menyenaraikan sebelas amalan kepimpinan pengajaran yang harus dipamerkan oleh pengetua atau guru besar di sekolah. Antaranya ialah guru besar perlu merangka dan merealisasikan matlamat yang dirancang secara bersama dengan warga sekolah. Beliau juga menetapkan matlamat tahunan sekolah secara berfokus. Di samping itu, beliau juga memastikan matlamat sekolah yang dirangka itu berdasarkan tanggungjawab dan kebolehan guru yang akan melaksanakannya. Oleh itu, Hallinger (1987) telah menyenaraikan sebelas ciri-ciri kepimpinan pengajaran dikelompokkan kepada tiga dimensi utama iaitu menjelaskan dan mendefinisikan matlamat sekolah yang merangkumi merangka matlamat serta menyampaikan dan menyebarkan matlamat sekolah. Dimensi kedua ialah mengurus program pengajaran atau pengajaran mencakupi penyeliaan dan penilaian pengajaran, menyelaras kurikulum serta memantau kemajuan murid. Dimensi yang ketiga ialah mewujudkan atau menggalakkan iklim pembelajaran positif merangkumi tindakan seperti mengawal waktu pengajaran dan pembelajaran, membudayakan perkembangan profesional dan staf, mengekalkan ketampakan, menyediakan insentif kepada guru, menekankan kecemerlangan akademik serta menyediakan insentif kepada murid. Gambaran tentang kerangka kepimpinan pengajaran oleh Hallinger (1987) diperlihatkan melalui Rajah 1 di bawah.

12

Rajah 1 Kerangka Kepemimpinan Pengajaran oleh Hallinger dan Murphy (1987)

9.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan soalan temubual yang dibentuk untuk menjawab kepada persoalan kajian, pemerhatian, dokumendokumen dan laporan. Ia bertujuan untuk memberi maklumat yang pelbagai. Mohd Najib (2009) menyatakan soalan temubual adalah sesuai digunakan terutama dalam mendapatkan maklumat secara terus kepada subjek dan ia sangat fleksibel dimana responden boleh menerangkan perkara yang tidak difahami dengan lebih lanjut. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti apakah persepsi guru-guru terhadap amalan kepimpinan instruksional guru besar yang menjana sekolah berkesan. Pendekatan kualitatif kajian kes pelbagai digunakan kerana kajian ini memenuhi kriteria yang dicadangkan oleh Yin (1994). Menurut beliau, kajian kes digunakan bila persoalan tentang bagaimana atau kenapa diutarakan atau sebab kenapa ia berlaku. Pendekatan ini juga menyediakan kaedah untuk mendapatkan maklumat yang lebih detail tentang pengalaman seseorang, perasaan dan situasi sekolah di bawah kepimpinan seseorang, dan yang pasti tidak boleh diperolehi dengan kaedah kuatitatif. Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang yang terdiri daripada guru sekolah jenis kebangsaan Tamil dan 3 orang guru besar sekolah di daerah Klang. Proses persampelan adalah bergantung kepada tujuan pemungutan data kajian (Dayang dan Hafiz, 2009). Kenyataan ini membawa maksud bahawa semua sampel yang dipilih mempunyai peluang untuk menjawab persoalan kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah melalui soal temubual. Soalan temubual separuh
13

struktur digunakan adalah adaptasi soalan-soalan daripada kajian lepas yang telah diubahsuai mengikut konteks pendidikan di Malaysia. Soalan temubual yang dibuat adalah untuk menjawab kepada persoalan kajian. Hubungan yang jelas antara persoalan kajian, soalan temubual dan teori-teori yang berkaitan adalah seperti di dalam Lampiran A. Tidak semua responden ditanya soalan yang sama di dalam temubual tersebut kerana pengetahuan dan pengalaman mereka tentang kepimpinan pemimpin sekolah adalah berbeza-beza. Temubual ini bertujuan untuk memungut data tentang bagaimana pemimpin sekolah memimpin sekolah, apakah kaedah-kaedah yang digunakan dan mengapa kaedah itu dipilih. Kesemua temubual telah direkodkan setelah mendapat kebenaran daripada responden kajian. 10.0 BATASAN KAJIAN Dalam kajian ini terdapat beberapa batasan kajian yang telah dikenal pasti. Batasan pertama adalah bersangkutan dengan kaedah pengumpulan data yang melibatkan rakaman video dan audio semasa membuat temubual dengan responden. Semasa membuat temubual dengan responden perlulah berupaya dan mahir untuk mengendalikan alat perakam video, disamping berupaya menulis nota lapangan. Kajian ini hanya tertumpu kepada para guru besar yang berlatar belakangkan ikhtisas pendidikan di institusi-institusi perguruan, untuk melihat tahap perancangan, pengurusan pentadbiran, penyampaian dan sahsiah responden. Tempat kajian adalah beberapa buah sekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di daerah Klang, Negeri Selangor. Saiz sekolah juga menjadi had kajian dimana ianya akan membawa perbezaan yang ketara terhadap perhitungan peratus pencapaian pelajar. Apabila kita bandingkan sekolah kecil yang muridnya kurang dengan sekolah yang mempunyai murid ramai, keputusan yang dihasilkan akan menjadi kurang tepat.

14

10.0

RUJUKAN

Alimuddin Mat Dom. 2010. Ciri-ciri pengetua yang outstanding. Pendidik. Widad Publications. Selangor. Bil. 73. Hallinger, P. 2008. Instructional leadership and the school principal: A passing fancy that refuses to fade away. Leadership and Policy in Schools Journal. 4: 1-20. Murat Gurkan, 2008. Research on Instructional leadership Competencies of school principal. Leadership and Policy in Schools Journal. 4: 1-20. Temel, Ferudun, Hasan & Ali, 2012. Examination of Relationships between Instructional Leadership of School Principals and Self-Efficacy of Teachers and Collective Teacher Efficacy* Educational Sciences: Theory & Practice - 12(4) Autumn 2498-2504 Mustafa Yavuz & Gokhan, 2010. Perceptions of elementary teachers on the instructional leadership role of school principals. Department of Educational Administration, Supervision, Planning and Economics, University of Selcuk, Konya, Turkey. Rose M. Ylimaki, 2007. Instructional Leadership in Challenging US Schools. ISEA, Volume 35, Number 3, Jabatan Perdana Menteri. 2010. Program transformasi kerajaan : Pelan hala tuju. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan. Putrajaya.

15

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2007. Memperkasa kepimpinan instruksional di sekolah. Bahagian Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Martha N. Ovando & Alfredo Ramirez Jr. Principals Instructional Leadership Within a Teacher Performance Appraisal System: Enhancing Students Academic Success. J Pers Eval Educ (2007) 20:85110 Pendidik. Januari 2010. Guru pegang janji setia, jamin kualiti pendidikan negara. Bil 68. Widad Publications. Selangor. Sazali Yusoff, Rusmini Ku Ahmad, Abang Hut Abang Engkeh & Zamri Abu Bakar. 2007. Perkaitan antara kepimpinan instruksional terhadap sekolah berkesan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki. 17 (2): 105-117. 22(1): 73-91. Normah, (2006). Leading educational change: Reflections on the practice of instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education, Vol. 33, No. 3. Greenfield (2007) Instructional Leadership and the School Principal: A Passing Fancy that Refuses to Fade Away. Leadership and Policy in Schools, Vol. 4 Issue 3, p221-239. Southworth (2009). Assessing the instructional leadership behavior of principals. Elementary School Journal, 86(2), 206-218.

16

LAMPIRAN A SAMPLE SOALAN TEMUBUAL 1. 2. 3. 4. Apakah yang anda faham tentang pembangunan kepimpinan? Apakah pandangan saudara tentang konsep kepimpinan di sekolah sekarang? Adakah ianya relevan diamalkan di sekolah anda? Kepimpinan bercorak bagaimanakah yang menjadi ikutan dalam kepimpinan guru besar anda? 5. 6. 7. Apakah pendapat anda terhadap kepimpinan instruksional? Adakah saudara/saudari bersetuju dengan amalan tersebut? Adakah amalan kepimpinan guru besar ini membawa keselesaan sewaktu menjalankan tugas? 8. Pada pendapat anda, adakah kepimpinan instruktsional guru besar menjadi satu keberatan bagi anda? 9. Adakah keputusan murid meningkat selepas guru besar mengamalkan kepimpinan
17

instruksional? 10. Pada pendapat anda adakah terdapat perkaitan antara kepimpinan instruksional guru besar sekolah anda dengan peningkatan akademik pelajar?

18

You might also like