You are on page 1of 1

REFLEKSI PJM3106 Pertama sekali saya merasa sangat bersyukur kerana dengan berkat Tuhan saya akhirnya berjaya

menyiapkan tugasan bagi kursus PJM 3106. Banyak cabaran dan pengalaman baru yang saya perolehi sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini. Salah satu cabaran yang mengganggu kelancaran saya membuat tugasan ini ialah dari segi bahasa. Kebanyakan bahan yang saya perolehi terdapat dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun memandangkan bahasa pengantar untuk subjek ini ialah dalam Bahasa Melayu, saya berusaha dan memaksa diri saya sendiri untuk menterjemahkan maklumat dan istilah-istilah tertentu ke dalam Bahasa Melayu. Keadaan ini sungguh sukar bagi saya. Kebanyakan masanya saya merasa takut akan terjemahan saya menjadi salah dan lari dari maksud yang sebenar. Untuk meringankan beban saya dalam hal ini, saya sering kali berjumpa dan berbincang dengan rakan-rakan seperjuangan saya. Di samping itu, saya berusaha juga mencari bahan-bahan yang berkaitan dalam Bahasa Melayu. Seterusnya, tajuk yang diberikan dalam tugasan ini merupakan sesuatu yang baru bagi saya. Dalam tugasan 1, kami dikehendaki untuk mengenalpasti tulang, otot dan sendi yang terlibat dalam kemahiran permainan ataupun sukan yang dipilih. Pada mulanya saya tidak faham bagaimana untuk menyelesaikan tugasan ini kerana amat sukar bagi saya untuk mengenalpasti bahagian- bahagian tersebut. Walaubagaimanapun, setelah mendapat tunjuk ajar daripada pensyarah, saya berjaya menyiapkan tugasan ini seperti yang dikehendaki. Selain itu, tugasan ini banyak membantu saya untuk mendalami topik yang terkandung dalam kursus ini. Ketika dalam sesi kuliah, saya mungkin tidak mendapat segala input yang diberikan oleh pensyarah sepenuhnya. Melalui tugasan sebegini, saya sboleh anggap sebagai satu cara untuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan di penghujung semester nanti. Nilai yang saya pelajari melalui tugasan ini ialah saya belajar untuk lebih menghargai tubuh badan saya. Tuhan telah menganugerahkan anggota badan yang sempurna buat semua manusia. Setiap anggota tubuh badan adalah tidak ternilai harganya. Setiap anggota badan mempunyai peranannya yang tersendiri. Saya sedar bahawa saya perlu lebih menghargai tubuh badan saya supaya saya dapat menjaga badan saya dengan sebaiknya.

You might also like