You are on page 1of 3

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN ST MARK (M) BUTTERWORTH

Sekolah Kebangsaan St Mark (M) telah diasaskan 124 tahun yang lalu iaitu pada
tahun 1885 oleh mendiang Rev. H Mcdougal Courtney dari Province Wellesley
Anglican Mission yang ditubuhkan dalam tahun 1878 , akan tetapi selepas kematian
beliau dalam tahun 1898 , sekolah ini ditutup.
Sekolah Kebangsaan St. Mark (M) Butterworth ini telah dihidupkan semula pada
tahun 1901 oleh mendiang En. W.G. Gray. En. W.G. Gray , bekas guru Penang Free
School , telah memulakan sekolah Inggeris di Butterworth. Sekolah ini terletak di No.
338 , Jalan Telaga Air, Butterworth (berhampiran dengan SRJK(C) Chung Hwa
1) .
Ia sebenarnya kediaman seorang nyonya Cina yang secara sukarela menyewa
premisnya kepada En. Gray tanpa bayaran. Kelas dimulakan oleh En. Gray sendiri
dengan pendaftaran 30 pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 4. Pertambahan dalam
bilangan murid telah menyebabkan premis sekolah tidak dapat menampung lagi murid.
Oleh itu, sekolah Inggeris ini terpaksa berpindah ke satu tapak yang baru di Jalan
Bagan Luar, berhampiran dengan panggung wayang Rex.
Cabaran Tahun 1930 an
Sekitar tahun 1930 an merupakan titik hitam dalam sejarah sekolah. Masalah
premis sekolah sentiasa menghantui pentadbir sekolah. Berbagai usaha
dilakukan untuk mengatasi masalah ini tetapi tidak berjaya. Mujurlah pada ketika itu
kerajaan telah membina sebuah sekolah Melayu yang baru di Jalan
Mengkuang, jadi premis lama sekolah Melayu itu dipinjamkan kepada sekolah mubaligh
untuk sementara waktu. Masalah demi masalah telah melanda
sekolah ini. Pencapaian akademik sekolah ini mula merosot. Pihak sekolah terlalu
memberi tumpuan kepada menyelesaikan masalah premis sehingga
mengabaikan pelajaran pelajar-pelajar. Jemaah Nazir Sekolah berasa tidak puas hati
dengan pencapaian sekolah ini dalam peperiksaan tahunan kerajaan.
Mereka mencadangkan sekolah ini ditutup.
Dalam tahun 1930, Inspektor of School pada masa itu telah memutuskan untuk
menutup Sekolah St. Mark, Butterworth. Namun nasibnya baik Bishop of Singapore
telah membantu dengan menghantar pembantu kanan beliau mendiang Rev. Romanis
Lee untuk mempertahankan Anglican Mission untuk meneruskan
Sekolah St. Mark, Butterworth.
Demi menunjukkan kesungguhan dan keazaman beliau untuk meneruskan
kewujudan Sekolah St. Mark, Butterworth, mendiang telah menderma segala
hartanya untuk membiayai usaha tersebut. Bagi mengingati sumbangan ikhlas dan
juga jasa-jasa mendiang dewan sekolah telah dinamakan Romanis Lee Hall

Bantuan Daripada Sekolah St. Andrews


Ekoran daripada cadangan Rev. Romanis Lee, En. Dong Chui Sing yang sedang
berkhidmat di Sekolah St. Andrews, Singapura dihantar untuk menyusun semula
Sekolah St. Mark, Butterworth. Dengan kesedaran akan kepentingan tugasnya En.
Dong telah menetapkan 2 objektif utama yang mesti dicapai.
Objektif yang pertama adalah menaikkan imej dan prestasi Sekolah St. Mark dan
objektif yang kedua adalah untuk memastikan Sekolah St. Mark mempunyai bangunan
sendiri yang tetap.
Untuk mencapai objektif pertama, Encik Dong telah mempertingkatkan aktiviti
pembelajaran dengan mengadakan kelas tambahan selepas kelas rasmi
sebagai persediaan menghadapi peperiksaan kerajaan. Encik Dong sendiri telah
memberi
bimbingan
dan
tunjuk
ajar
dalam
kelas
tersebut
.
Dengan tercapainya objektif yang pertama, Encik Dong telah memulakan kempennya
untuk mengutip derma dan hasilnya tidak mwnghampakan. Sebuah bangunan papan
2 tingkat yang mempunyai 9 bilik darjah dan sebuah bilik pejabat berjaya dibina.
Bangunan itu terletak di Jalan St. Marks dengan keluasan dua ekar.
Ia wujud sehingga kini .
Pada
penghujung
tahun
1940
Encik
Dong
bersara
dan
kembali ke Singapura. Pengganti Encik Dong , iaitu Encik Tan Ah Hung. Encik Tan Ah
Hung berkhidmat selama 1 tahun (Januari 1940 hingga Disember 1941). Pada 8
Disember 1941, Sekolah St. Mark telah didduduki oleh tentera Jepun. Sepanjang
pendudukan Jepun Sekolah St. Mark telah kehilangan perkakasan dan peralatan,
malah papan dinding bangunan sekolah diguna sebagai kayu api semasa perang .
Era Selepas Perang
En. Tan Ah Hung membuka semula sekolah St. Mark pada 15 Oktober 1945.
Masalah utama yang dihadapi adalah kekurangan meja dan kerusi. Encik Tan Ah Hung
telah merayu kepada ibu bapa pelajar-pelajar dan dermawan agar menderma kerusi
dan meja kepada sekolah. Hasilnya sekolah St. Marks dipenuhi kerusi meja yang
berbagai saiz.
Menjelang 1950, pendaftaran pelajar meningkat dengan banyaknya, bilik darjah
yang sedia ada tidak dapat menampung permintaan murid lagi. Berkat usaha En. Tan
Ah Hung, sejumlah wang dapat dikumpulkan dan 4 buah bilik darjah, sebuah
perpustakaan dan sebuah dewan dibina bersambung dengan bangunan yang sedia
wujud. Pembinaan bangunan tambahan ini dapat dijayakan dengan bantuan Rev.
Romanis Lee. Beliau telah mendermakan segala wang simpanan tuanya kepada projek
tersebut. Demi memperingati jasa beliau dewan dibina itu dinamakan Dewan Roamis
Lee .
Sekolah St. Mark Butterworth telah dipindahkan ke lokasi kini pada tahun 1950
dan bangunannya yang terdahulu telah dibuka secara rasmi oleh Bishop of

Singapore, mendiang Rev. H.W.Baaines pada 28 Julai 1950. Pada Januari 1957 atas
arahan kerajaan , Sekolah St Mark telah dipisahkan kepada Sekolah
Rendah St. Mark yang terus kekal di Jalan St. Mark dan Sekolah Menengah St Mark
yang telah berpindah ke premis baru di Bagan Ajam.

You might also like