You are on page 1of 1

SEJARAH SEKOLAH

Pada tahun 1920 penduduk Kajang telah merayu kepada Sister of St. Maur supaya
menubuhkan sebuah sekolah perempuan. Pada tahun 1930 barulah cadangan itu
dipersetujui dan sekolah ini ditubuhkan atas nama “Convent Holy Infant Jesus” oleh
para mubaligh, bermula dengan 3 Buah kelas.

Sekolah ini di bawah jagaan Sr. Martha dan guru- gurunya S. Dorothy, Cik E.
Coombs dan Cik D. David. Pada tahun 1939 sekolah ini telah berkembang dengan
pesatnya di mana 8 buah bilik darjah ditambah dan sekolah menengah pun diwujudkan
dalam satu pentadbiran yang berpusat di I.J Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Pada
tahun 1941, sekolah ini mendapat “Grand in Aid”. Di tahun yang sama banglo yang
mengandungi 3 buah bilik darjah telah dimusnahkan oleh bom dalam masa perang.
Selepas perang pada September 1945, usaha-usaha telah dijalankan untuk memulakan
persekolahan. Sekolah ini adalah sebuah sekolah “comprehensive” sehingga 1960.
Pertambahan murid yang semakin pesat menyababkan pada tahun 1961 sekolah ini
diasingkan kepada sekolah rendah dan menengah di atas keluasan tapak 3.5 ekar.
Sekolah ini ditadbirkan oleh I. J. Convent Bukit Nanas sehingga tahun 1963.

Pada tahun 1973 atas arahan Kementerian Pendidikan, sekolah ini ditukar
nama kepada SRKJ (Inggeris) Convent Kajang dan pada tahun 1998 nama ditukar lagi
kepada Sekolah Kebangsaan Convent Kajang. Pada tahun 2000 sekolah ini
dianugerahkan sebagai Naib Johan Pertama Sekolah Harapan Negara (Kategori Sekolah
Rendah Dalam Bandar) Peringkat Kebangsaan, dan hanya layak ke peringkat akhir
(tempat ke-4).

You might also like