You are on page 1of 1

Program kaunseling di sekolah boleh dipecahkan kepada dua iaitu kaunseling di sekolah menengah dan kaunseling sekolah rendah.

Bagi kaunseling di sekolah menengah, terdapat beberapa bidang tugas perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang disediakan, antaranya ialah akademik, kerjaya dan juga psikososial dan kesejahteraan mental. Bagi bidang akademik, guru kaunseling perlu memastikan keberkesanan bimbingan akademik yang diberikan kepada para pelajar dengan mengambil tindakan untuk menjalankan kajian keberkesanan terhadap setiap aktiviti bimbingan akademik yang telah dilaksanakan. Manakala, bagi bimbingan kerjaya pula, guru kaunseling perlu menjalankan aktiviti berasaskan kaunseling kerjaya seperti dengan mengadakan lawatan dan juga memberi kaunseling berlandaskan teori perkembangan kerjaya di samping membuat penilaian berterusan. Bidang psokososial dan kesejahteraan mental adalah bidang yang paling mencabar apabila dilihat melalui statistik yang dikeluarkan dan para pelajar tidak terlepas daripada mengalaminya akibat masalah-masalah yang dihadapi namun gagal ditangani oleh mereka secara berkesan. Bagi menanganinya, guru kaunseling perlu menyediakan perkhidmatan yang meluas.

Bagi bidang akademik, guru kaunseling perlu memastikan keberkesanan bimbingan akademik yang diberikan kepada para pelajar dengan mengambil tindakan untuk menjalankan kajian keberkesanan terhadap setiap aktiviti bimbingan akademik yang telah dilaksanakan. Manakala, bagi bimbingan kerjaya pula, guru kaunseling perlu menjalankan aktiviti berasaskan kaunseling kerjaya seperti dengan mengadakan lawatan dan juga memberi kaunseling berlandaskan teori perkembangan kerjaya di samping membuat penilaian berterusan. Bidang psokososial dan kesejahteraan mental adalah bidang yang paling mencabar apabila dilihat melalui statistik yang dikeluarkan dan para pelajar tidak terlepas daripada mengalaminya akibat masalahmasalah yang dihadapi namun gagal ditangani oleh mereka secara berkesan. Bagi menanganinya, guru kaunseling perlu menyediakan perkhidmatan yang meluas.

You might also like