You are on page 1of 15

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012 PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


KERANGKA KURSUS

Kursus

Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Sekolah Rendah Tahun 2012 (Kreativiti Dalam Pengajaran dan Pembelajaran) Aplikasi Proses Kreatif Terarah Dalam Model Pembelajaran

Topik Kod Kursus Masa Personel A. Objektif

Berasaskan Projek
MTSR6 1 jam Penceramah

Pada akhir sesi ini, peserta dapat: 1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan Model Pembelajaran Berasaskan Projek dalam pengajaran dan pembelajaran. 2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan Model Pembelajaran Berasaskan Projek. B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model pembelajaran berasaskan projek, perkaitan proses kreatif terarah dengan model pembelajaran berasaskan projek dan contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek. C. Kaedah Soal jawab, perbincangan, aktiviti hands-on, bengkel D. Bahan Pengajaran Bahan-bahan terbuang/terpakai, power-point E. Alatan Bahan-bahan berbentuk 2-D F. Penilaian Pembentangan Penyediaan Persediaan mengajar

57
G. Rumusan/Refleksi

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


Model Pembelajaran Berasaskan Projek Model ini memberi tumpuan kepada menyediakan pengalaman belajar yang kaya. Murid terlibat dalam menyelesaikan masalah, menyiasat dan tugas lain yang bermakna. Murid membina pengetahuan sendiri. Murid menghasilkan produk yang realistik. Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model pembelajaran berasaskan projek :

Model Pengajaran Pembelajaran Berasaskan Projek

Proses Kreatif Terarah Persediaan Tinjauan berfokus/ Berstruktur Penyoalan Imaginasi Meneroka Merancang Meramal Perkembangan Meneroka Mencari maklumat Membuat prototaip Tindakan Menganalisis maklumat Merumus Mentaksir Melapor Dokumentasi Menguji prototaip

Tegasnya, proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek

CONTOH 1 (MATEMATIK TAHUN 4) Tajuk : Bentuk dan Ruang Bidang: Bentuk Dua Dimensi Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: 13.4 Memahami perimeter dalam bentuk-bentuk 2 Dimensi (2-D).

58

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:

(i)

Mengecam sisi pada bentuk a) segi empat sama b) segi empat tepat c) segi tiga

(ii)

Mengukur dan merekodkan perimeter a) segi empat sama b) segi empat tepat c) segi tiga

Objektif Pengajaran Murid dapat membina sesuatu bentuk dengan mengetahui dengan tepat akan ukuran perimeter serta sisi yang ada pada bentuk yang dibina.

Masa: 60 minit (2 waktu)

FASA 1. Persediaan Tinjauan berfokus /berstruktur penyoalan

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

Guru menyediakan beberapa bahan Apakah nama bahan ini ? yang mempunyai bentuk segi empat sama, segi empat tepat dan segitiga Apakah bentuk bahan yang seperti biskut lemak, bata, sapu tangan, ditunjukkan ? ketupat, dll. Berapakah sisi yang ada Tunjukkan pada murid, minta mereka pada : namakan objek dan memberitahu a) segi empat sama ? bentuk yang sesuai, sama ada segi b) segi empat tepat ? empat sama, segi empat tepat atau segi c) segi tiga ? tiga

59

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


Memberitahu kepada murid bahawa bentuk-bentuk tadi dikenali sebagai bentuk 2-D. Ia mempunyai sisi dan juga perimeter. 2. Imaginasi Meneroka Membimbing murid untuk melakar bentuk-bentuk yang dinamakan tadi di atas beberapa keping kertas yang disediakan. Murid diminta untuk menggunting bentuk yang dilukis tadi dan menampalnya di dalam buku latihan. Setelah itu, minta murid menamakan setiap bentuk yang dilukis tadi serta jumlah sisi yang ada pada setiap bentuk. Murid menamakan dan melabelkan bentuk-bentuk yang telah dilukiskan tadi serta jumlah sisinya Merancang Menjelaskan kepada murid bahawa bentuk-bentuk yang telah mereka lukiskan tadi mempunyai perimeter, iaitu ukur lilit pada sesebuah bentuk. Penerapan nilai murni : a) berhati-hati ketika menggunting. Apakah bentuk yang kamu lukis ? Berapakah jumlah sisi yang ada pada setiap bentuk ?

Guru mengedarkan tali kepada muridmurid. Dengan menggunakan tali tersebut, guru membimbing murid-murid mengukur perimeter pada bentuk 2-D yang telah dilukiskan tadi. Murid-murid mencatat perimeter bagi setiap bentuk yang telah dilukiskan tadi. Meramal

Apakah nama bentuk yang telah dicantumkan tadi ? Jika dicantum bentuk-bentuk ini, apakah yang akan terhasil?

Apakah bentuk yang Guru menampal beberapa bentuk terhasil ? segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz. Daripada bentuk-bentuk yang disediakan itu, guru mencantumkan bentuk-bentuk tersebut. Guru meminta murid meramalkan dan menamakan apakah bentuk yang

60

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


terhasil jika bentuk-bentuk 2-D tadi dicantumkan 3. Perkembangan Meneroka

Murid diagihkan kepada 6 kumpulan. Apakah yang dimaksudkan Memberitahu murid-murid bahawa dengan kolaj ? mereka akan dibimbing untuk membina satu projek iaitu membuat satu kolaj berbentuk tunggal menggunakan bentuk-bentuk 2-D Guru mengedarkan beberapa helai kertas yang mengandungi bentukbentuk segiempat sama, segiempat tepat dan segitiga dalam pelbagai saiz.

Mencari maklumat

Murid diminta menggunting bentuk- Penerapan nilai murni : bentuk 2-D yang disediakan itu a) cermat ketika menggunting. b) kemas. Dengan menunjukkan beberapa contoh, minta mereka membentuk dan membina satu bentuk/benda dengan menggunakan bentuk-bentuk 2-D yang ada.

Murid digalakkan berbincang di dalam kumpulan masing-masing untuk mendapatkan idea dan membuat projek. Bertanya kepada guru jika perlu. Membuat prototaip Murid boleh merujuk kepada buku seperti mencari gambar atau lakaran serta maklumat tambahan yang sesuai bagi membentuk bahan atau benda yang dikehendaki. Murid melakar sketch idea untuk projek dan menunjukkan pada guru. Guru akan memberikan cadangan dan pandangan serta pendapat terhadap lakaran yang ditunjukkan sebagai penambahbaikan. Murid dibimbing projek/membina prototaip membuat masing-

61

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


masing. Murid diingatkan oleh guru tentang kekemasan dan ketelitian semasa membuat kolaj tersebut. 4. Tindakan Menganalisis maklumat

Meminta murid mengukur perimeter dan Apakah nama hasil prototaip juga bilangan sisi yang ada pada hasil kamu itu ? kolaj yang mereka bina bagi melaporkan tentang hasil karya yang telah dibuat. Ulang aktiviti mengukur perimeter dan menghitung sisi di antara kumpulan. Pastikan murid mengukur perimeter dan menghitung sisi yang ada pada kolaj yang dibina dengan tepat.

Mentaksir

Minta murid mencatat ukuran bilangan sisi, bentuk 2-D dan ukuran perimeter yang digunakan bagi membentuk bahan yang dihasilkan pada bahagian belakang kolaj yang dibuat. Namakan hasil prototaip yang dibuat. Memeriksa hasil prototaip yang bina/di buat dengan memeriksa tampalan, guntingan, kekemasan dan hasil karya murid yang dibuat. Menilai hasil kerja murid dengan Soal jawab tentang hasil meminta murid memberikan pendapat yang dibuat oleh murid: dan pandangan. a) Model apakah yang telah dibina oleh kumpulan ini? b) Berapakah ukuran perimeter untuk kolaj yang dihasilkan? c) Berapakah bilangan sisi yang ada pada kolaj ini? d) Apakah bentukbentuk 2D yang paling banyak digunakan untuk membina projek ini?

Menguji prototaip

Melapor

62

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

Dokumentasi dan Merumus

Guru membuat rumusan daripada hasil yang diterima. Menampal hasil prototaip pada sudut pameran di belakang kelas. (Idea boleh dikembangkan mengikut respon dari murid) Penggunaan bentuk 2D yang sesuai, kedudukan dan susunan yang sesuai, saiz yang sesuai, dll

a) Adakah kolaj yang dihasilkan menarik? Kenapa? b) Adakah bentuk 2D yang dipilih ini sesuai? c) Bolehkah bentuk 2D yang lain digunakan untuk menghasilkan kolaj seperti ini?

Pentaksiran

Pembentangan murid berkaitan model yan dibina dan respon murid terhadap soalan yang diutarakan guru dan murid. Kerjasama. Saling bantu membantu, dan menganalisa,

Nilai dan Sikap

Lampiran

63

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

64

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

65

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Pembelajaran Berasaskan Projek

CONTOH 2 (MATEMATIK TAHUN 4) Tajuk(Gabung) : Jisim dan isi padu cecair. Bidang : Menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai operasi. Masa : 2 waktu (60 minit) Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk : Mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan tentang timbangan berat dan isi padu cecair. Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk : Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan timbangan berat kilogram dan gram dan isi padu cecair liter dan mililiter. Objektif Pengajaran: Menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut peraturan dan susunan langkah. D Bahan Pengajaran Guru perlu menyediakan bahan yang tersenarai di bawah ini terlebih dahulu di dalam bilik darjah atau Bilik Pendidikan Seni (jika ada)

66

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


Tepung Air Pewarna makanan Berus warna : : 4 Kilogram 4 jag

: Pelbagai warna : Pelbagai saiz

Alat timbangan berat : Dalam 1000 gram Bikar air dalam ukuran 1 liter/1000ml 5 Mangkuk besar untuk membancuh tepung

FASA Persediaan Tinjauan berfokus /berstruktur penyoalan

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN KOMUNIKASI

Guru menunjukkan beberapa jenis objek seperti patung, bata, paku, baju, gelas berisi air, botol air oren yang mengandungi cecair dalam pelbagai sukatan.

Cuba kamu namakan benda-benda yang cikgu tunjukkan ini

Guru meminta murid meneka berapa berat Pada pendapat kamu, dan isipadu cecair yang ada pada objek- berapa berat benda ini? objek yang ditunjukkan itu. Pada anggaran kamu, berapakah isipadu kandungan air yang ada pada botol ini? Imaginasi Meneroka Menjelaskan kepada murid bahawa hari ini mereka akan membuat satu projek. Projek yang dimaksudkan ialah membina objek atau arca. Selain bahan yang digunakan oleh pereka untuk membuat objek dan arca tadi, apakah bahan lain yang boleh Guru menayangkan beberapa contoh objek digunakan sebagai dan arca yang telah dibina dan dibentuk ganti? melalui LCD projektor a) Berapa banyak tepung yang perlu kita gunakan?

67

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


b) Berapa banyak yang diperlukan? air

Merancang

Menjelaskan kepada murid bahawa objek yang ditayangkan tadi boleh dibuat dengan adunan doh tepung gandum sebagai bahan ganti membuat arca dan objek seperti yang ditayangkan tadi. Menerangkan tentang projek yang hendak dibuat.

Meramal

Mencungkil pendapat dan pengalaman sedia ada murid untuk mengetahui bagaimana hendak menyediakan doh yang sesuai untuk membentuk objek atau membina arca.

Pada pendapat kamu, untuk membuat doh yang sesuai bagi membentuk objek, kita perlu tepung yang banyak, atau air yang banyak? Kenapa?

Bagaimana kamu hendak membentuk objek atau arca yang Murid di bahagikan kepada lima kumpulan. kamu pilih? Murid dibimbing untuk merancang dan Buat catatan langkah melakar apakah objek atau arca yang demi langkah yang akan hendak dibina dengan langkah demi kamu lakukan nanti langkah. Sebelum kamu mulakan tugasan pastikan : Kamu basuh tangan Guru menerangkan peraturan keselamatan bersih-bersih. sebelum memulakan tugasan. Pakai apron kamu. Jaga kebersihan meja kamu. Agihkan tugasan di antara ahli dalam kumpulan. a) Apakah yang perlu dilakukan? b) Apakah yang perlu digunakan dahulu? Air atau tepung? (Sukatan bahan kering dan basah perlu tepat.)

Guru mengedarkan Lampiran Latihan yang berupa resipi membuat doh.

68

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

Perkembangan Meneroka

Murid menguli doh dalam kumpulan Apakah objek yang masing. Setelah selesai, murid dibimbing akan kamu bentukkan? untuk membentuk objek dan arca yang dipilih. Murid diminta untuk membuat objek mengikut peraturan dan susun langkah seperti yang dirancang tadi.

Mencari maklumat

Murid mewarna dan mempamerkan hasil karya mereka dengan teliti dan secantik yang boleh. Guru meminta murid-murid menimbang dan mencatat terlebih dahulu objek yang dibina sebelum dijemur untuk dikeringkan diluar bilik darjah. Persediaan untuk mengesan proses pengeringan air di dalam doh

Membuat prototaip

Setelah kering, murid-murid akan menyapu putih telur pada objek untuk melindunginya. Guru menggalakkan murid menghias objek yang dibuat itu.

Tindakan Menganalisis maklumat

Guru mengedarkan kertas kerja kepada murid-murid. Mereka diminta membaca dan memahami soalan yang disediakan. Bincangkan disediakan. tentang soalan yang Bagaimanakah cara untuk mendapat jawapan? Adakah kamu berpuas hati dengan hasil kerja kamu? Apakah pendapat rakan-rakan yang lain tentang hasil projek ini?

Mentaksir

Murid menentukan operasi yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Rujuk kembali kepada objek yang dibuat. Mencatat timbangan selepas objek kering. Guru meminta pendapat serta kritikan akan hasil yang dibina oleh kumpulan masingmasing. Murid membuat penilaian ke atas hasil projek yang telah dihasilkan dari segi

Menguji prototaip

69

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012


bilangan, bentuk, kebersihan dan masa yang diambil. Melapor Dokumentasi dan Merumus Guru menilai hasil projek yang diserahkan dan mempamerkan di sudut pameran di dalam kelas

Resipi Bancuhan Tepung kilogram tepung liter air Cara membuatnya: 1. Masukkan tepung dalam mangkuk pembancuh. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati dan lembut. 3. Pastikan tepung diuli dengan betul-betul sebati sehingga menjadi doh yang lembut. 4. Dengan menggunakan doh, bentukkan sebarang objek yang kamu suka 5. Setelah selesai, warnakan bentuk yang dibina tadi dengan berus dan pewarna yang disediakan. 6. Jemur objek yang dibina. Setelah kering, sapukan putih telur pada permukaan objek itu. Jika suka, kamu boleh menghias objek yang kamu cipta itu untuk tambah menarik lagi. 7. Ulang aktiviti ini sehingga habis doh yang dibuat tadi. 8. Pamekan hasil binaan dan gubahan kamu di atas meja untuk dicatat timbangan berat dan penilaian hasil karya

Bersihkan meja kamu setelah selesai melakukan aktiviti.

70

KREATIVITI DALAM PdP (MATEMATIK SEKOLAH RENDAH) 2012

LEMBARAN LATIHAN

JAWAB SOALAN BERIKUT:

1.

kilogram tepung sama dengan ............... gram.

2.

Tukarkan 750 gram kepada kilogram

3.

Untuk menyediakan sebiji kek, ibu memerlukan 330g tepung. Berapa berat tepung dalam kg, yang ibu perlukan untuk menyediakan 5 biji kek yang sama?

4.

Sewaktu menyediakan ramuan untuk membuat cucur manis, ibu memerlukan 750ml air bagi setengah kilogram tepung. Jika ibu menggunakan 3 kilogram setengah tepung, berapa liter airkah yang diperlukan ibu?

5.

7 biji kek mentega memerlukan 1 kilogram dan 750g mentega. Jika Aminah ingin membuat 2 biji kek yang sama, berapa berat mentega yang diperlukan?

71

You might also like