You are on page 1of 1

Saya mempunyai seorang jiran yang baik. Nama jiran saya ialah Encik Mohan.

Encik Mohan mempunyai dua orang anak. Salah seorangnya bernama Vanitha dan sekelas dengan saya. Encik Mohan sering memberikan buah-buahan kepada kami. Ibu saya juga menghantar masakan kepada Encik Mohan. Hubungan kami dipupuk dengan perasaan hormat-menghormati dan saling mempercayai. Sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali kami akan saling mengunjungi. Kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan kami. Saya berharap hubungan kami terus erat kerana saya telah menganggap Encik Mohan seperti keluarga saya sendiri.

You might also like