You are on page 1of 2

Nor Azian bt.

Zaini 761003-08-5852

REFLEKSI Segala puji dan syukur bagi Allah, Yang Maha Kaya, Maha Bijaksana dan Maha Pemurah Syukur, Akhirnya saya telah menyiapkan tugasan projek yang diberi dibawah subjek Elektif PJM3106-Anatomi dan Fisiologi. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, apa yang saya perolehi ialah: A. Perihal bidang Tugasan Tugasan ini telah diberikan oleh Puan Ang Ha Loon , pensyarah mata pelajaran Elektif 1 Pendidikan Jasmani dibawah subjek Interaksi 1 (12. Januari 2013) . Tugasan Projek Anatomi dan Fisiologi pada bagi kursus Anatomi dan

Fisiologi ini memerlukan saya memilih satu acara permainan atau satu fasa acara olahraga bagi mengenalpasti bahagian- bahagian tulang, sendi dan otot utama yang terlibat dalam pergerakan kemahiran yang tertentu. Tugasan ini merupakan satu tugasan individu. B. Masalah Yang dihadapi dan cara mengatasinya Banyak masalah yang saya hadapi sepanjang menyiapkan tugasan ini. Masalah utama saya ialah kekangan masa yang saya perlu uruskan dengan bijak dan cekap,tugasan utama saya adalah pada murid-murid disekolah, ibu kepada empat anak yang sedang dalam proses pembesaran dan tugasan subjek lain bagi program PPG ini yang saya perlu siapkan. Masalah kedua saya ialah kesukaran untuk mentafsir maklumat yang dipaparkan. Walaupun banyak sumber boleh diperoleh di internet, namun kebanyakannya dalam versi Bahasa Inggeris dan istilah sains yang agak sukar difahami. Selain mendapat sumber rujukan di internet , saya juga mendapat sumber rujukan daripada buku,

Setelah selesai mengumpul maklumat yang diperlukan, saya telah membaca dan menggarisi isi- isi penting untuk dijadikan rujukan semasa membuat tugasan.

Nor Azian bt. Zaini 761003-08-5852

Selain itu, saya juga cuba mendapatkan bantuan daripada rakan- rakan seperti berkongsi maklumat dengan mereka serta bersama- sama berbincang tentang tajuk yang kurang difahami. Saya juga merujuk kepada kamus untuk mencari maksud untuk menterjemahkan istilah sains dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. C. Penutup Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa semua guru mestilah memahami struktur dan fungsi tubuh badan supaya apabila merancang aktiviti sukan dan permainan semasa matapelajaran Pendidikan Jasmani, latihan rumah sukan, atau semasa program satu murid satu sukan dapat merangcang aktiviti yang menggunakan fungsi otot dan tulang tanpa mencederakan organ tersebut kerana guru itu mempunyai ilmu pengetahuan Anatomi dan Fisiologi yang baiki. Tugasan seperti ini sangat menarik dan agak mencabar pengetahuan tentang sains dan manusia. Saya ingin mencadangkan ilmu pengetahuan ini dibawa ke sekolah dengan kerjasama pensyarah yang berkemahiran tinggi bidang ini

kepada semua jurulatih pasukan sekolah supaya kadar kecederaan murid semasa bermain dapat dikurangkan.

Sekian, terima kasih.

You might also like