You are on page 1of 4

FOLIO AJARAN

SESAT!!!


OLEH: MUHAMMAD NUR FITRI B. NORAFFENDI
BAND:
KELAS: 1BUKHARI

Ajaran Ayah Pin
Tarikh Keputusan:
26 Oct, 1997
Huraian Tajuk/Isu:
Ajaran Ayah Pin adalah sesat,menyeleweng dan membawa kepada rosaknya akidah.
Kerana itu hendaklah orang ramai menghindarkan diri dari terbabit dengannya.
Keterangan/Hujah:
Antaranya :
1. Beliau mengaku tidak belajar agama,
2. Beliau berpegang kepada ajaran yang salah serta bertentangan dengan Syara',
3. Beliau pernah menyatakan bahawa " Tidak ada orang lain selain saya dan Nabi Muhammad saw yang
berguru dengan Jibril". Dakwaan ini salah dan palsu serta bertentangan dengan ajaran Islam dan
menghina Syara'.
4. Beliau mengaku mengajar. Ajaran serta pengangannya adalah sesat dan bertentangan dengan hukum
Syara'.
5. Mesti jumpa Allah dan Rasul dahulu baru boleh percaya.
6. Nabi Muhammad mencantumkan kitab Zabur,Taurat dan Injil dan menjadikan Al-Quran.
8. Setiap kali Sembahyang hendaklah beriktikad bahawa Ayah Pin berada di hadapan.
9. Quran perlu dibakar dan abunya dilumur pada tubuh Ayah Pin.
10.Mendakwa beliau telah melalui semua agama-agama barulah jadi Islam dan menerima syahadah
secara langsung dengan Tuhan.
11.Beliau mendakwa, di atas muka bumi ini tiada orang lain yang memimpin manusia melainkan Ayah
Pin seorang.
12.Nyawa manusia yang ada di atas muka bumi adalah duduk ditangannya kerana dia memegang segal
kunci-kunci akhirat.
13.Kalau bersyair memuji-muji di atas nama Ayah Pin adalah lebih afdhal daripada berzikir dan
bersembahyang.
14.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
15.Jika ada ahli yang akan mati, Ayah Pin akan pergi dahului untuk menentukan bagi simati syurga atau
neraka.
16.Setiap kali berhimpun di Gua Bayu, Gua Musang, Kelantan. Sebiji Quran akan dibakar dan abunya
akan dilumur pada tubuh Ayah Pin.
15.Percaya sesuatu mesti lihat dahulu, belum lihat tidak boleh percaya. Seperti dalam rukun iman, Ayah
Pin mengaku :-
i. Percaya kepada Allah ialah dengan kita kenal atau cam dia.
ii. Beriman kepada Rasul ialah dengan cara berjumpa dengan Rasul-Rasul.
iii. Kitab Al-Quran adalah cantuman daripada empat kitab.
iv. Malaikat dijadikan daripada Nur Muhammad dan malaikat seperti manusia.
v. Ayah Pin tidak percaya adanya langit dan bumi digulung atau dihancurkan pada hari kiamat sebab
belum berjumpa lagi.
vi. Pegangan Ayah Pin ialah setelah dia buat semua, dapatlah Qada' dan Qadar masing-masing
bahagian.
ciri-ciri yang ada pada Ajaran Syiah :



1. Mereka tidak membansuh dalam wuduk tetapi hanya menyapu di atas kaki seperti memakai khuf(
kasut kulit).
2. Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan ke bawah (sisi) tanpa meletakkan tangan di atas
pusat.
3. Kebanyakkan pengikut syiah akan membawa At-Turbah (sejenis batu yang dijadikan sebagai
tempat sujud).
4. Pengikut syiah tidak akan mengakhiri solatnya dengan salam tetapi mereka akan memukul kedua
pehanya beberapa kali.
5. Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka, harus menjamakkan solat
zohor-ansar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.
6. Menghalalkan nikah mutaah.
7. Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi saw dan isteri-isteri Nabi saw.
8. Mencela imam-imam sunnah 4 mazhab seperti Imam Hanafi,Maliki,Syafie, dan Hanbali dan imam-
imam hadis yang lain seperti Imam Bukhari dan Muslim.
9. Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap, sepatutnya 2 kali ganda lebih tebal daripada
al-Quran yang ada sekarang.
10. Mengatakan Saidina Ali ra lebih layak menjadi khalifah daripada Saidina Abu Bakar,Saidina Umar
dan Saidina Uthman.
11. Seorang syiah tidak boleh boleh diberikan nama atau dipanggil dengan nama Abu
Bakar,Umar,Uthman,Muawiyah dan Aisyah.
12. Beriktikad Imam-Imam 12 mereka adalah maksum (bebas daripada dosa besar dan dosa kecil).
Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan kedudukan imam-imam 12 adalah
setara bahkan ada yang mengatakan lebih tinggi dari kedudukan para Nabi dan Malaikat yang
paling hampir dengan Allah.
13. Rukun islam pertama : mengucap dua kalimah syahadah tetapi bagi fahaman syiah adalah
walayah (imam 12) . Oleh itu jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam
12 maka jatuh kafir.
14. Kain kafan mayat mereka bertulis.
15. Meletakkan gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah . Biasanya di dalam bilik.
16. Harus taqiah (boleh menipu,berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.
17. Mereka lebih banyak menyebut kalimah Imam-Imam mereka daripada menyebut kalimah Allah
ketika mereka ditimpa musibah.
18. Orang syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari
tersebut.
19. Setiap kali menyambut hari peringatan seperti hari memperingati terbunuhnya Saidina Ali bin Abi
Talib dan peringatan terbunuhnya Saidina Hussien bin Abi Talib , pengikut syiah akan melakukan
upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang
menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di
negara teluk mereka memukul-mukul badan mereka dengan tangan kosong, tetapi di Pakistan
dan Lebanon mereka akan mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang atau belati untuk
menumpahkan darah atau melukai anggota badan. Di tempat lain ada yang memukul badan
dengan rantai.
SEKIAN
TERIMA
KASIH

You might also like